Blogger templates

Sunday, 30 December 2012

Mekar Dalam Kenangan.. Begitulah Kasih Sayangku..



Sesekali terasa rindu sangat dengan Tam Tam.. Bagi yang dah ikut blog ni dari dulu, mesti pernah baca pasal Tam Tam kan ? Bagi yang tak tau tu boleh KLIK SINI untuk baca..

Kawan pertama aku kat sini.. Tam Tam.. T_T

Ye, Tam Tam adalah kawan pertama aku kat Klebang ni.. Nama sebenar dia BLACK, tapi aku je yang panggil Tam Tam.. Manja yang amat.. Masa awal-awal kitorang pindah sini start dari kitorang cuci rumah & punggah barang-barang masuk rumah, Tam Tam ni lah yang sering datang meneman. Dia selalu datang temankan aku bila hubby keluar bekerja.. Tapi entah macamana satu hari tu dia langsung tak datang rumah aku dah.. Lama dia tak datang.. Tiap2 hari aku tunggu tapi Tam Tam tak pernah muncul lepas tu.. Aku fikir mungkin kena curi sebab memang tak pernah nampak dah kelibat dia.. Bila aku tanya tuan dia (jiran sebelah rumah), memang sah kena curi.. Sangat rindu dengan Tam Tam.. T_T

Goldie / Oyen.. Nama sebenar Meimei..

Lepas ketiadaan Tam Tam, adik dia plak yang datang gantikan tempat dia temankan aku hari-hari.. Nama sebenar dia Meimei, tapi aku panggil Oyen.. Oyen ni pun manja sangat.. Bila dia datang, aku selalu teringatkan Tam Tam.. Rindu sangat dengan Tam Tam.. Walaupun Oyen ni sama manja macam Tam Tam, tapi apa yang buat aku sayang sangat dengan Tam Tam adalah sebab dia kawan pertama aku kat sini..


....malang tak berbau, selang beberapa minggu Oyen pula menghilang. Aku dah mula risau. Dorang ni selalu kena tinggal kat umah sebab tuannya berniaga. Siang berniaga, malam pun berniaga.. Balik lewat-lewat malam. Sebab tu diorang selalu datang rumah aku. Haiwan pun macam manusia, perlukan perhatian dan dimanja.. Beberapa hari Oyen tak datang, aku bertanyakan pasal Oyen dengan tuannya.. Berita sedih lagi aku terima.. Oyen mati dilanggar kereta.. Berjurai air mata.. Allah saja yang tau betapa aku terasa kehilangan.. T_T

Comot a.k.a Manja..

Semenjak kehilangan Oyen, aku mula cuba menjauh dengan kucing. Baik kucing jalanan mahupun kucing-kucing jiran. Aku takut kehilangan teman baik lagi sekali.. Tapi Comot datang mengubat rindu. Nama sebenar Comot ni sebenarnya Manja. Comot ni ialah mak kepada Tam Tam & Oyen. Cuma dia kurang mesra dengan kucing-kucing lain yang menumpang makan di rumah aku. Dia manja, sama macam anak-anaknya tapi mungkin disebabkan faktor usia, Comot lebih bersifat dominan.


....mungkin disebabkan kehilangan Black & Meimei, tuan mereka mula memberi perhatian kepada Manja.. Oleh sebab itu, Manja a.k.a Comot ni jarang-jarang datang ke rumah aku..

Comel..

Comel pula datang mengubat rindu aku pada Tam Tam, Oyen, dan Comot.. Tapi jiran sebelah rumah yang lagi sorang ni pun penggemar kucing, berebut-rebut pula aku nak bela si Comel.. Akhirnya aku mengalah & lepaskan Comel dijaga & dibela oleh jiran aku.. Sekarang Comel dah besar dah.. Dah jadi anak teruna dah pun.. Hensem & bergaya.. Selalu juga Comel datang melawat aku.. ^_^


....dan sekarang aku ditemani Puteh, Boolat, & Qaseh.. Kesayanganku sudah pastinya Puteh yang telah berjaya mengubat rindu aku pada Tam Tam & Oyen.. Sayang Puteh sangat-sangat.. Aku harap Puteh akan setia temankan aku sampai bila-bila.. 

Puteh Mueza Kesayanganku.. =)
Boolat a.k.a Gendut.. =)
Love Both.. =)



P/S :
Qaseh ni kucing baru.. Tak berkesempatan lagi nak snap gambar. Nanti senang-senang, aku upload gambar Qaseh pula ye.. ^_^





WRITTEN BY : 

5 comments:

  1. banyaknya kucing awak. comel2 je. :)

    ReplyDelete
  2. oren 2 macam kucing kina..xp kucing kina besar gedabak macam garfield..huhu:)kecik sket kod..:)

    ReplyDelete
  3. wow..byknye kucinggggg... suka laaa... smua comel2.. mintak satuuuu :p

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com