Blogger templates

Thursday, 31 January 2013

Yeay! Tukar Ke Denim Template Pulak! \^o^/



Cea.. Dalam penat2 menyempat ajer tukar template blog segala. Sebelum ni Mieza guna simple template. Tapi orang kata denim template ni lagi senang nak edit. That's why la iols tukar ke denim ni. Rasanya lagi kemas kot guna template ni.. Erks! Ye ke ?

Tapi memang senanglah nak edit & design blog guna template ni. Tak pening sangat nak main ngan coding. Oklah, tu jelah kot nak canang hari ni. Menaip pada pukul 2.05am. Ohsem kan ? Migrain dah start balik.. Siang nanti kang kompem penin2 langau meniaga nih.. Haih..~ -_-'




P/S :
Mohon maaf tak sempat
nak jengah semua blog hari ni..
Huhu~~ T_T






Read More

Wednesday, 30 January 2013

Haiyak! Macam Dah Kurang Masa Nak Update Blog..




Selamat pagi semua! Erm, tajuk macam busy sangat jer bunyinya... Haha! Poyo pulak ku rasakan.. Ini semua poyo! Eh..!


Mieza sekarang ni kerja tolong mak cik sebelah rumah meniaga. Since minggu lepas lagi. Bukanlah takde masa, tapi macam keletihan pulok. Dah lama tak kerja, bila start kerja balik ni rasa macam penat semacam jer. Huhu~~


Start dari 11.30 pagi dah kena keluar rumah. Sebelum tu kenalah setelkan hal2 dalam rumah dulu, kemas rumah, basuh kain, masak untuk hubby, baru boleh keluar. Habis niaga dalam kul 3.45 petang camtu. Terus bergegas balik rumah nak kejar Zohor. Lepas tu dah kepenatan, pengsan (tidur).. *Mengalahkan orang yang kerja 8 jam sehari pulok. Tsk! -_-'*


Petang nak siap2 masak utk makan malam pulak sambil2 layan Setia Hujung Nyawa *yang ni pun kena selit sekali.. Haha!* Lepas tu baru terkedek2 nak bw ke blog kawan2. Sementara nak habis bw, mata dah mula ngantuk.. Acaner tu ?


Minggu depan Mieza akan berada di Semenyih selama lebih kurang 10 hari atas urusan kenduri keluarga belah hubby. Lepas tu balik Ipoh balik. Seminggu lepas tu insyaAllah Mieza akan kembali ke KL untuk mengikuti kursus GCAP. Ada yang pergi tak ? Boleh jumpa kat sana In Shaa Allah..





P/S :
Ini entry autopublish.




Read More

Tuesday, 29 January 2013

Rentetan Perjalanan Hari2 Terakhir Seorang Mujahidah Sejati..

Sedang asyik membalas jejak kawan2 di alam maya, Mieza terbaca suatu kisah yang cukup menyayat hati ni. Terasa betapa jauhnya beza diri ini dengan dirinya. Walaupun Mieza tak pernah mengenali diri almarhumah, tetapi terasa sungguh kehilangan seorang mujahidah sejati dari muka bumi ini. 


Terpanggil untuk membantu memanjangkan dakwah almarhumah. Mieza harap sangat semua yang singgah ke sini dapat luangkan sedikit masa untuk bermuhasabah diri membaca rentetan perjalanan hari2 terakhir almarhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir ini. Dan segala yang disampaikan ini adalah hasil tulisan bonda almarhumah sendiri.. Semoga perkongsian ini akan mendatangkan manfaat yang besar buat semua.. Selamat membaca!


====================================================


6 Jan 2013 (Ahad)-->

Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.


7 Jan 2013 (Isnin)-->
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’


8 Jan 2013 (Selasa)-->
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.


9 Jan 2013 (Rabu)-->
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.


10 Jan 2013(Khamis)-->
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.




11 Jan 2013 (Jumaat)-->
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.


12 Jan 2013 (Sabtu)-->
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.


13 Jan 2013(Ahad)-->
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’


14Jan 2013 (Isnin)-->
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.


15 Jan 2013 (Selasa)-->
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.


16 Jan 2013(Rabu)-->
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.


17 Jan 2013(Khamis)-->
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.


18 Jan 2013Jumaat)-->
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.


19 Jan 2013 (sabtu)-->
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir


20 Jan2013 (Ahad)-->
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.



Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya


~Almarhumah SITI HAJAR~
Semoga rohnya tenang di sana... Al-Fatihah..




Read More

Friday, 25 January 2013

Graduate Career Accelerated Programme (GCAP)

Graduate Career Accelerated Programme (GCPA), Program Latihan Kebolehpasaran My-Partners, Program Skim Latihan 1 Malaysia 2013

Graduate Career Accelerated Programme (GCAP) adalah satu program anjuran My-Partners di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Sekretariat Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) yang bertujuan untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda yang masih belum mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian.


Antara kemudahan-kemudahan yang akan disediakan kepada peserta ialah :-
  • Tenaga pengajar bertauliah
  • Dewan tutorial yang luas
  • Bilik asrama untuk penginapan
  • Material pembelajaran
  • 'Fun & Professional Adult Learning Methodology'
  • TIADA yuran program dikenakan
  • Elaun disediakan


Antara modul-modul latihan yang akan diberikan kepada graduan ialah :-
  1. English Language Proficiency
  2. Basic English for Effective Communication
  3. English for Business Communication
  4. Professional Grooming and Etiquette
  5. Value Driven Professional
  6. Creative and Critical Thinking
  7. Organisational Adaptability


Butir-butir lanjut adalah seperti berikut :-
TARIKH : 

17 Februari 2013 - 24 Mac 2013 
(5 Minggu - Tidak termasuk tambahan hari untuk temuduga pekerjaan)


TEMPAT : 

German-Malaysian Institute (GMI)

Jalan Ilmiah, Taman Universiti,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Koordinat GPS : N2 56.004 E101 47.917 [*Berdekatan Komuter UKM, Bangi*]


PENDAFTARAN :

Asrama Blok A7, GMI
AHAD : 17 Februari 2013 (2.00-5.30 PM)
Pegawai Bertugas : En. Arfan (013-225 6689)


Penempatan pekerjaan (Career Fair) akan diadakan selepas tamat Program Latihan. My-Partners akan menyediakan platform dan peluang pekerjaan dengan kerjasama rakan-rakan industri dengan syarat peserta program perlu bersifat positif serta mengikuti kelas dan menghadiri temuduga pekerjaan (Career Fair) yang dirangka oleh pihak My-Partners.


Program ini terbuka kepada graduan dengan CGPA 2.30 dan ke atas sahaja. Jika berminat,  sila hubungi Sekretariat SL1M, Cik Fatin Nur Izzati Munshi di talian 03-8872 5291. Jika tidak dapat memenuhi syarat CGPA yang ditetapkan atau terdapat sebarang pertanyaan lain, sila berhubung terus dengan pihak Sekretariat di talian seperti yang tertera di bawah :-




Sekretariat Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)
Seksyen Pembangunan Modal Insan, Unit Perancang Ekonomi (EPU),
Jabatan Perdana Menteri (JPM), Aras 3, Blok B5, Kompleks JPM,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502, Putrajaya.
Tel : 03-8872 5291 / 3388 / 5337 / 3386 / 3387 / 5336 / 3390 /3393
Fax : 03-8888 3857
H/P : 012-260 1464




TARIKH AKHIR PENGESAHAN KEHADIRAN ADALAH PADA
8 FEBRUARI 2013 (JUMAAT) SEBELUM 5.00 PETANG



Read More

Thursday, 24 January 2013

Just A Few More Hours To Friday..

Day Counting



Ada tak yang macam gini uols ? Hari Isnin tu standardlah kan lemau2 jer nak masuk kerja. Semua duk pakat berMonday blues.. Ye dok ? Hahaha.. Masuk hari Jumaat jer semangat bukan main.. Betul dok ? 


Skang ni pun Mieza pasti mesti ramai yang tengah duk menghitung waktu nak menunggu hari esok kan ? Kenapa esok ? Yelah, esok kan Jumaat.. Lepas Jumaat Sabtu.. Lepas Sabtu Ahad.. Ini bermakna cuti hujung minggu..! Yeahoooo! \^o^/


Ha tu bagi yang bercuti hujung minggu, belum masuk lagi bagi yang extend cuti tu.. Syorgalah korang kan ? Tapi bagi yang bergelar surirumah macam Mieza ni, takde istilah holiday2 segala ni. Kerja rumah tetap jalan macam biasa. Kadang bertambah2 lagi adalah kan ? Sabo jelah.. Kata nak jadi isteri mithali.. Heeeeee..~ ^_^






P/S :
Alhamdulillah, semakin pulih setelah beberapa hari dilanda gejala kurang sihat..
Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan Mieza.. 
Terima kasih yang tak terhingga juga buat suami tercinta
kerana sudi menjaga & menemani diri ini sepanjang 
tempoh kurang sihat tu.. =)




Read More

Salam Maulidur Rasul 1434H


Tanggal 24 Januari 2013M 
bersamaan 12 Rabiul Awal 1434H

Maulidur Rasul 1434H, Maulidur Rasul 2013, Maulidur Rasul 24 Januari 2013, Salam Maulidur Rasul, Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Setiap kali tiba bulan Rabiul Awal, umat Islam menyambut kelahiran Rasulullah S.A.W dengan pelbagai program keagamaan dan majlis2 tertentu. Pelbagai agensi dan institusi terutamanya masjid & surau mengadakan ceramah, forum, perarakan, kenduri dan lain2 demi memperingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, yang telah membawa Islam yang menerangi jalan kehidupan manusia di atas muka bumi ini.


Sesungguhnya kedatangan & pengutusan baginda membawa agama Islam ini merupakan satu nikmat agung kepada umat Islam. Ini kerana dengan agama Islam, mereka terselamat dari menjalani kehidupan penuh kekufuran dan kejahilan.


Bagaimanapun perasaan bersyukur dan berterima kasih atas nikmat agung ini tidak seharusnya terhad dengan sambutan Maulidur Rasul semata2. Sambutan ini hanyalah sekadar peringatan akan tanggungjawab yang terpikul di atas bahu setiap umat baginda, iaitu untuk meneruskan tugas Rasulullah S.A.W memberikan petunjuk dan bimbingan kepada umat manusia, memimpin mereka ke arah jalan yang betul dan diredhai Allah. Kita sebagai umat Islam bertanggungjawab memimpin umat yang lain, bukan sebaliknya.


Justeru bulan Rabiul Awal ini semestinya memberikan kita kesedaran betapa mengamalkan ajaran Islam sebenar dalam kehidupan peribadi, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara merupakan tuntutan yang amat perlu ke atas semua umat Islam. Mantapkanlah akhlak dalam diri kita dengan ibadat yang betul dan berterusan. Dirikanlah solat kerana ia mencegah perbuatan mungkar, tunaikanlah zakat kerana ia menyucikan jiwa dan harta, berpuasalah kerana ia membenihkan ketaqwaan.


Renungilah perumpamaan berikut, yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada generasi para sahabat, menggambarkan kedudukan yang mereka capai pada masa itu di hadapan kaum2 yang bukan Islam :


"Nabi Muhammad S.A.W adalah Rasul Allah; dan orang2 yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang2 kafir, dan sebaliknya bersikat kasih sayang serta belas kasihan terhadap sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk & sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-NYA. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang2 yang soleh) terdapat pada muka mereka, dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas).      

Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam kitab Injil pula ialah : (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak & tunasnya, lalu anak & tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang2 yang menanamnya.

(Allah menjadikan sahabat2 Nabi Muhammad S.A.W & pengikut2nya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang2 kafir merana dengan perasaan marah & hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang2 yang beriman & beramal soleh daripada kalangan mereka, keampunan & pahala yang besar." - (Surah Al-Fath : 29)





~Selawat & Salam Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W~





Read More

Wednesday, 23 January 2013

NIVEA Pure & Natural

Rangkaian Proudk NIVEA Pure & Natural, NIVEA Pure & Natural, NIVEA


Baru-baru ni jenama penjagaan kulit terbesar dunia, NIVEA telah melancarkan rangkaian produk terbarunya iaitu NIVEA Pure & Natural. Ianya menggabungkan 8 manfaat terbaik dari sumber alam semulajadi yang penting untuk kesihatan kulit seperti Minyak Argan, Aloe Vera dan Chamomile.


Minyak Argan mengandungi 3x vitamin E berbanding minyak zaitun. Ia juga merupakan salah satu sumber antioksidan yang amat baik untuk merawat kulit. Kandungan Aloe Vera pula membantu memberikan kesan kelembapan pada kulit di samping menyokong proses baik pulih serta merangsang pertambahan sel2 baru kulit. Manakala Chamomile berfungsi menenangkan kulit. Ianya mampu melindungi daripada kesan rengsa yang sangat ideal untuk kulit sensitif.


Apakah 8 Manfaat Semulajadi Yang Terkandung Di Dalam Rangkaian Produk NIVEA Pure & Natural Baru?


  • Melindungi kulit
  • 3x vitamin E berbanding minyak zaitun
  • Memulihkan lapisan kulit yang rosak
  • Antioksidan semulajadi untuk merawat kulit agar kelihatan awet muda
  • Melindungi lapisan lembapan kulit
  • Mengandungi ramuan pemulihan kulit yang sangat berkesan
  • Memberikan kesan kelegaan
  • Mengandungi tindakan antibakteria



Rangkaian produk Pure & Natural yang mengandungi sehingga 95% bahan semulajadi ini terdiri daripada produk penjagaan wajah, losyen badan dan deodorant. Paling menarik, ianya bebas daripada Silikon, Paraben atau pewarna tiruan yang bertindak kasar ke atas kulit. Jom kita tengok rangkaian dan keistimewaan produk2 NIVEA Pure & Natural baru ni! ^_^


Nivea Pure & Natural Body Lotion, Rangkaian Proudk NIVEA Pure & Natural, NIVEA Pure & Natural, NIVEA
NIVEA Pure & Natural Body Lotion
>> Menjadikan tekstur kulit badan lebih halus, gebu, licin, dan lembut sambil memulihkan lapisan kulit yang kering.


NIVEA Pure & Natural Cleansing Lotion, Rangkaian Proudk NIVEA Pure & Natural, NIVEA Pure & Natural, NIVEA
NIVEA Pure & Natural Cleansing Lotion
>> Membersih sisa solekan, sebum serta kotoran pada wajah tanpa melucutkan lapisan lembapan yang asli.


NIVEA Pure & Natural Cleansing Toner, Rangkaian Proudk NIVEA Pure & Natural, NIVEA Pure & Natural, NIVEA
NIVEA Pure & Natural Cleansing Toner
>> Membersih, menyegar dan menyediakan kulit untuk rutin seterusnya.


NIVEA Pure & Natural Refreshing Cleansing Wipes, Rangkaian Proudk NIVEA Pure & Natural, NIVEA Pure & Natural, NIVEA
NIVEA Pure & Natural Refreshing Cleansing Wipes
>> Bukan sahaja membersihkan kesan solekan serta kotoran wajah dengan lembut, malah ia sempurna dibawa ke mana2 sahaja, lebih2 lagi kala bercuti.


NIVEA Pure & Natural Moisturizing Cream, Rangkaian Proudk NIVEA Pure & Natural, NIVEA Pure & Natural, NIVEA
NIVEA Pure & Natural Moisturizing Cream
>> Memberi khasiat pelembapan yang lebih efektif iaitu 3x Vitamin E berbanding minyak zaitun.


NIVEA Pure & Natural Roll-On Deodorant, Rangkaian Proudk NIVEA Pure & Natural, NIVEA Pure & Natural, NIVEA
NIVEA Pure & Natural Roll-On Deodorant
>> Memberi kesan sensasi segar 24 jam pada daerah bawah lengan.




Psst! Kalau nak tau, inilah rahsia kecantikan kulit Kate Middleton..! Korang pun boleh dapatkan kulit yang cantik seperti beliau hanya dengan menggunakan rangkaian dari produk NIVEA Pure & Natural ni! ^_~




Untuk maklumat lanjut tentang produk2 NIVEA, sila layari http://www.nivea.com.my/ atau boleh ke Facebook NIVEA Malaysia.




**Rangkaian lengkap NIVEA Pure & Natural kini boleh didapati secara eksklusif di semua Farmasi Guardian seluruh negara dengan harga di antara Rm8.90 hingga RM26.90**



Read More

Monday, 21 January 2013

Diserang Migrain Lagi.. -_-

Migrain, Migrain Headache, Simptom-Simptom Migrain, Migrain Attack


Selamat petang semua.. Mieza sebenarnya kurang sihat sikit hari ni. Masuk hari ni dah tiga hari diserang migrain. Tangkap urat mata dengan tengkuk dah ni. Makan ubat pun dah tak jalan. Jadi tahankan ajelah. Ni pun online kejap jer nak check email & order dari customer.


So, alang2 dah bercerita pasal migrain ni Mieza share sikitlah pasal simptom2 migrain. Semua credit to google ye. Memang dah tak larat nak memikirkan ayat. Sekadar tak nak bagi sunyi sangat jer blog ni memandangkan dah ada yang tanya bila nak update. So korang just baca jelah apa yang Mieza jumpa hasil carian google ni ye.

Simptom-simptom migrain, Peringkat-peringkat migrain, migrain, sakit kepala
*Pic Credit To Google*

Okaylah, tu je yang Mieza dapat share untuk kali ni. Jumpa next time..~




P/S :
Assignment tak siap2 lagi draft. 
Harap esok or malam ni dah kurang 
sikit sakit kepala ni. Bolehla fokus buat keje..
Aktiviti bw pun tergendala buat seketika.. 
Maaf ye kawan2.. Mieza akan jejak korang balik 
once  dah semakin sihat nanti..





Read More

Friday, 18 January 2013

Alololo.. Lawanya Weyh!

Bedroom Decoration, Pink Colour Bedroom, Sweet Pink Bedroom

Korang2, cuba tengok ni..! Lawa kan ? Bagi mereka si penggemar pink tu mesti suka giler ? Serius super sweet decoration bilik tidur ni weyh..! Dapat kat Mieza lah ni kan, kompem hari2 bangun lewat.. Ngahahahahah! 


Silap haribulan masa ni tak bangun lagi ko.. Matai kena pelangkung dengan incit laki. Ngehehhehe.. ^_~ Tapi kan memang lawalah. Teringin gak nak bilik tidur yang well deco macam ni satu hari nanti. Pasang angan2 dari sekarang.. In Shaa Allah ada rezeki, angan2 akan jadi kenyataan.. ^__~




P/S :
Tengah drafting for special assignment..
Alhamdulillah, syukur di atas
nikmat rezeki yang diberi.. =)




Read More

Jangan Lokek Untuk Senyum.. ^__^

Kadang2 kan kalau pergi berurusan di mana2 kaunter perkhidmatan ni paling sakit hati tengok muka orang yang jaga kaunter yang tak reti nak senyum. Dah lah tak reti senyum, bercakap dengan kita pun bukan main kerek lagi. Padahal kita tanya elok2 jer. 


Selalu jer kena macam tu. Rasa macam nak tunjal2 je dahi orang macam ni tau. Tu kalau kat kaunter2 perkhidmatan, promoter2 di shopping2 kompleks pun 2x5 jer. Pernah sekali Mieza pergi Bodyshop nak cari perfume. Ada satu jenis perfume ni yang Mieza suka, tapi cari2 kat shelf satu pun takde. So, Mieza tanyalah dengan one of the staff kat situ, "Miss, perfume amorito ni memang takde ea ?". Boleh dia jawab, "Tengoklah kat situ, kalau takde tu takdelah".. Ewah2!~


See ? Betapa bersopan santunnya rakyat Malaysia.. Dah lah muka macam cencurut tua. Hish! Bengang pulak bila ingat2 balik.. Mieza tanya tu sebab pergi cawangan bodyshop kat mana2 pun tak jumpa dah perfume tu. So, ingatkan kat tempat lain tu abis stok ke apa.. Lagi pun masa tu Mieza tengok dia tengah susun barang dekat rak. Manalah tau, kot ada dalam stor tapi tak sempat nak susun lagi ke. Kot ye pun, cubalah jawab elok2 kan.. Kalau takde tu, bagitaulah kenapa takde. Stok habis ke, or memang dah tak keluar ke wangian jenis tu.. Bukannya kena bayar pun. 


Tapi tak semua berperangai tak semenggah macam ni. Ramai jer yang murah dengan senyuman & layan customer dengan beradab dan sopan santun. =)

Seyum Itu Sedekah, Mulakan Hari Dengan Senyuman, Senyum Seindah Suria,
Ikan jaws pun pandai senyum.. Huh!~ 


Jadi, Mieza nak tekankan di sini *Pergh! Dah macam nak buat penggulungan perbahasan pulok* janganlah lokek dengan senyuman. Senyum tu kan sedekah. Tak rugi sesen pun awak oii.. Bahkan dapat pahala lagi. Benda yang paling simple.. S.E.N.Y.U.M.. Paling senang nak buat amal..  S.E.N.Y.U.M.. Senyum mampu  menyenangkan hati suami. Jadi sentiasalah tersenyum untuknya .. ^________^





P/S :
Tiba2 teringat satu lagu ni,
"Senyum seindah suria yang membawa cahaya,
Senyumlah dari hati duniamu berseri.." =)





Read More

Doa Memohon Memohon Agar Allah Memperbaiki Diri Kita Setiap Masa

Doa Harian, Doa Memohon Agar Allah Memperbaiki Diri Kira Setiap Hari

Assalamulaikum & selamat pagi semua ! Alhamdulillah, bertemu lagi kita di pagi Jumaat yang penuh kemuliaan ni. Semua dah hadiahkan bacaan surah Al-Fatihah untuk kedua ibu bapa pagi ni ? Harapnya semua tak lupalah ye..


Hari ni Mieza kongsikan satu doa untuk memohon supaya Allah SWT sentiasa memperbaiki diri kita pada setiap masa. Sama2 kita amalkannya dan berusaha lebih keras untuk berubah ke arah yang lebih baik. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. In Shaa Allah.. =)




P/S :
Mulakan hari dengan mengucapkan
syukur diiringi dengan sekuntum
senyuman.. ^____^




Read More

Thursday, 17 January 2013

Masa Untuk Ber'Eskinol'! ^o^


Dalam entri sebelum ni Mieza ada cerita pasal this Eskinol Cleanser kan ? As promised, sekarang Mieza nak kongsikan cara2 nak mix kan serbuk antibiotik ke dalam cleanser ni. 


Sebenarnya, tak nak campur dengan antibiotik pun boleh. Tapi kononnya kalau campur dengan antibiotik ni kuman or bakteria lagi takut or susah nak hinggap ke muka.. So, harapannya muka iols lepas ni bebas jerawat forever lah.. Hikhok! But it is up to you k! Nak campur pun takpe, tak nak pun takpe.. =)


Inilah dia antibiotik tu. Dia dalam bentuk kapsul. Jangan risau tak tau nak beli kat mana coz Zie ada jual sekali di kedai beliau. RM2 per kapsul. Mieza beli 2 kapsul sebab cleanser yang Mieza beli ni saiz sederhana. Kalau korang beli yang saiz kecik cuma perlukan satu kapsul jer, but if korang beli yang besar pulak perlukan 3 kapsul ye. ^^,


Caranya mudah saja, mula2 buka penutup cleanser. Kemudian ambil kapsul antibiotik tadi then remove the capsule cap. Lepas tu, tuangkan serbuk antibiotik tadi ke dalam botol cleanser. Then, tutup balik botol cleanser & goncangkan hingga semua serbuk antibiotik tadi larut di dalam larutan cleanser. Refer pic kat bawah k! ^_^

::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::



See ? Dah larut dah..! Sekarang tiba masa untuk ber'Eskinol' ! Cara nak apply sama jer macam korang apply toner. Siapa2 nak cuba bolehlah order di ZIE MADINI STORE..!





P/S :
Tempoh penggunaan untuk
cleanser yang dah dicampurkan
dengan serbuk antibiotik ni 3 BULAN jer tau.
Lepas dari tempoh tu jangan guna dah
even ur cleanser still banyak.
Beli lain..







Read More

Banana Choc.. Nyum2! ^_^

Secret Recipe, Banana Chocolate Cake, Chocolate Cake


Hari Selasa baru2 ni husband belikan my favourite kek nih. Banana Chocolate dari Secret Recipe. Kek birthday katanya. So sweet! ^^, Malam tu memang tak masak coz hubby belikan KFC sekali.. Thank you so much to hubby tersayang.. ^___^

Secret Recipe, Banana Chocolate Cake, Chocolate Cake

Sedap giler ar kek ni tau. Tapi tekak Mieza la, tekak korang Mieza tak tau lah pulak. Selera masing2, tekak pun masing2 kan ? Heheheheh..




Read More

Wednesday, 16 January 2013

Wordless Wednesday#42

Read More

Wordless Wednesday#41

Read More

Tuesday, 15 January 2013

Sepetang Di Padang Polo

Sabtu lepas Mieza & husband pergi jalan2 ambil angin petang di Padang Polo Ipoh.. Nama sebenar Padang Polo ni dataran apa entah. Lupa pulak. Haha ! Kitorang keluar dah pukul 6 petang. Sampai sana dalam 6.30 macam tu. Nasib baik tak hujan petang tu. Kalau tak, naya je berhujan petang2 rembang.. Gugugu!!~~


Ramai jugak manusia kat sana hari tu. Kebanyakan datang beriadah sambil jogging. Ada juga yang bawa family & anak2 berekreasi. Weols pulak pergi sebab nak cari benda untuk kudap2.. Bhahahaha! Sempat jalan satu round jer. Nak jogging macam tak sesuai pulak pakai macam tu, ngan selipar jepunnya lagi.. Haha! *Dah memang bukan niat nak exercise, tak payah nak bagi alasan sangatlah Mieza oii..!*  Tu pun banyak ngelat, ikut shortcut potong kat tengah2, rentas padang.. Hampeh betul! Macamanalah nak amalkan gaya hidup sihat. Exercise pun banyak ngelat jer.. Agaragaragaragr! *Gelak pesen baru.. Stylo tak?*


Okeylah, layan gambor pulak ye.. Modelnya dah tentu2lah cik puan belog.. Ngeh3!~~ ;p


Sampai senja jugaklah kat sana. Balik tu sempat menyinggah pasar malam cari makanan lagi. Beli dim sum ngan nasik ayam jer. *Ceh! Jer lah sangat..* Exercise tak teruk mana, mentekedarah jer lebih.. Eheks! Sebelum sampai rumah, singgah minum teh tarik kat kedai mamak dekat2 area rumah. Tekak lapar teh tarik, paksa jugak husband singgah. Buat sendiri kat rumah tak sama feel macam minum kat kedai mamak katanya.. Ngengada kan tekak iols nih.. Kehkehkeh! ^_~





P/S :
Nanti beli kasut jogging
bolehlah petang2 jogging
kat Padang Polo.. =)



PETRONAS Sky Bridge Visitors Get Interactive !






Read More

Menginjak 28 Sudah.. Hoho..!

Quotes Comments Pictures


Alhamdulillah, hari ni dah masuk 28 tahun Mieza bernafas di muka bumi ni. Rasa sekejap sangat masa berlalu.. Banyak kenangan, pengalaman, dan kisah hidup yang Mieza dah lalui sepanjang tempoh ni. Sesungguhnya tanpa pengorbanan dan kasih sayang dari seorang ibu & ayah, takkan Mieza ada kat sini, menulis, melontarkan pandangan dan mencurah segala isi hati di sini hari ini.


Terima kasih yang tak terhingga juga buat semua yang mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan Mieza selama ni. Untuk semua rakan2, saudara mara serta sahabat handai yang sudi mengingati tarikh hari ni dan yang wish Mieza tu terima kasih sangat2.. Teruskan support Mieza ye kawan2! Sayang kamoo semua..! ^___^





P/S :
Special thanks to Liyana Hamid
yang sudi SMS akak just to wish
my birthday! It's so sweet of you dear.. =)



Read More

Monday, 14 January 2013

FB Account Has Been Suspended.. WHY Arr ??



Kejap tadi try akses FB macam biasa tetiba keluar notification kata my account has been suspended.. Padahal pagi tadi ok jer kot. Aduiiii, apa lah pulak hal nya ni ??! Bengang ar ni .. Ada siapa2 boleh tolong ? Time2 macam ni pulaklah nak gantung2 akaun orang.. Macam dah takde keje sangat pulak diorang nih..


Siapa pernah kena macam Mieza ni ? Boleh bagitau tak apa punca jadi macam ni ? Tak pernah2 akaun FB kena gantung, tetiba je nih. Boikot jugaklah kang FB ni..! Hish..!






P/S :
Phishing ni bukan salah satu 
cara orang hack akaun kita ke ? 
Huwaaaa! Macam mana ni ???!


Read More

AWAS Kepada Semua Pengguna Mesin ATM..!

Berhati-hati apabila memasukkan Card dan No. PIN di Mesin ATM (Bank)

PERHATIAN: Berhati-hati apabila memasukkan Card dan No. PIN di Mesin ATM (Bank) !!!


Dulu kita biasa dengar orang rompak Bank pecahkan mesin ATM, tapi sekarang zaman teknologi moden ni, diorang dapatkan duit dengan PERANGKAP orang ramai menggunakan alat yang direka sendiri, atau yang dibeli dari negara lain. Alat yang dah dikenalpasti adalah Slot pembaca Card (Skimming) palsu, dan satu Keypad palsu.


Slot pembaca Card (Skimming) palsu yang direka oleh PENJENAYAH CYBER adalah untuk merakam DATA yang ada pada Card korang. dan Keypad palsu untuk perangkap No. PIN yang korang tekan. bila dia dah dapat DATA Card dan No. PIN korang, diorang boleh ceroboh korang punya akaun bank tanpa kad.. 



Mungkin ramai yang belum tahu kes ni. Jadi dinasihatkan supaya korang berhati-hati semasa memasukkan kad dan No. PIN di mesin ATM (Bank). Kalau nampak mesin ATM tu pelik, jangan sesekali korang masukkan kad dan No. PIN. Kes ni banyak berlaku di Indonesia.




P/S :
Entri ni disalin semula 
dari SINI..


Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com