Graduate Career Accelerated Programme (GCAP)

by - 2:07:00 am

Graduate Career Accelerated Programme (GCPA), Program Latihan Kebolehpasaran My-Partners, Program Skim Latihan 1 Malaysia 2013

Graduate Career Accelerated Programme (GCAP) adalah satu program anjuran My-Partners di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Sekretariat Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) yang bertujuan untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda yang masih belum mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian.


Antara kemudahan-kemudahan yang akan disediakan kepada peserta ialah :-
  • Tenaga pengajar bertauliah
  • Dewan tutorial yang luas
  • Bilik asrama untuk penginapan
  • Material pembelajaran
  • 'Fun & Professional Adult Learning Methodology'
  • TIADA yuran program dikenakan
  • Elaun disediakan


Antara modul-modul latihan yang akan diberikan kepada graduan ialah :-
  1. English Language Proficiency
  2. Basic English for Effective Communication
  3. English for Business Communication
  4. Professional Grooming and Etiquette
  5. Value Driven Professional
  6. Creative and Critical Thinking
  7. Organisational Adaptability


Butir-butir lanjut adalah seperti berikut :-
TARIKH : 

17 Februari 2013 - 24 Mac 2013 
(5 Minggu - Tidak termasuk tambahan hari untuk temuduga pekerjaan)


TEMPAT : 

German-Malaysian Institute (GMI)

Jalan Ilmiah, Taman Universiti,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Koordinat GPS : N2 56.004 E101 47.917 [*Berdekatan Komuter UKM, Bangi*]


PENDAFTARAN :

Asrama Blok A7, GMI
AHAD : 17 Februari 2013 (2.00-5.30 PM)
Pegawai Bertugas : En. Arfan (013-225 6689)


Penempatan pekerjaan (Career Fair) akan diadakan selepas tamat Program Latihan. My-Partners akan menyediakan platform dan peluang pekerjaan dengan kerjasama rakan-rakan industri dengan syarat peserta program perlu bersifat positif serta mengikuti kelas dan menghadiri temuduga pekerjaan (Career Fair) yang dirangka oleh pihak My-Partners.


Program ini terbuka kepada graduan dengan CGPA 2.30 dan ke atas sahaja. Jika berminat,  sila hubungi Sekretariat SL1M, Cik Fatin Nur Izzati Munshi di talian 03-8872 5291. Jika tidak dapat memenuhi syarat CGPA yang ditetapkan atau terdapat sebarang pertanyaan lain, sila berhubung terus dengan pihak Sekretariat di talian seperti yang tertera di bawah :-




Sekretariat Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)
Seksyen Pembangunan Modal Insan, Unit Perancang Ekonomi (EPU),
Jabatan Perdana Menteri (JPM), Aras 3, Blok B5, Kompleks JPM,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502, Putrajaya.
Tel : 03-8872 5291 / 3388 / 5337 / 3386 / 3387 / 5336 / 3390 /3393
Fax : 03-8888 3857
H/P : 012-260 1464




TARIKH AKHIR PENGESAHAN KEHADIRAN ADALAH PADA
8 FEBRUARI 2013 (JUMAAT) SEBELUM 5.00 PETANG



You May Also Like

17 Shaklee Lovers Visit

  1. mcm menarik...
    dan macam berkenan...
    hihihi

    ermm..nantilah fikir balik...

    ReplyDelete
  2. oh kira tuk mereka yg lpsan tp xdpt kj lg la eh..boleh la dr dok saja kan :)

    ReplyDelete
  3. pegi ke? sy pon dapat email nih hehe

    ReplyDelete
  4. huhuhuhuhu. kita dah join dahhhhhhhhh. huhuhuhu.

    ReplyDelete
  5. Tag akak :http://angellovesoldier.blogspot.com/2013/01/segmen-who-is-lucky-one-by-hanna-kk.html

    ReplyDelete
  6. owh utk lepasan yg msh xdpt keje lagi..bagus2 hehe

    ReplyDelete
  7. dpt jga email ne..ermm..harap2 bestla kat sna nnt..:)
    Jumlaha elaun termasuk dgn Kos penginapan,so rasa2nya brapa balance
    nye aik?..he2..

    ReplyDelete
  8. *Yang best SL1M ne..teda had umur
    :)..
    *ermm.. nak tahulah memang 5 minggu je ke Latihan ne?
    *Hari untuk temuduga kerja agak2 berapa hari?
    *Modul SL1M Modules -latihan 2 bulan latihan soft-skill dan minima 6 bulan latihan dalam pekerjaan
    (Tol. jelaskan sapa yg tahu benda ne?)

    ReplyDelete
  9. kalaulah dapat join. ;)

    hai mieza. lama tak datang sini.

    ReplyDelete
  10. huhuhu mula2 ingat nak datang bagitahu kat sini jerk pasai GCAP neh. hehehe tapi tengok komen laaa tak tahu pulakkk ramai yang di tawarkan! sue dah lepas dah bulan 12 hari tuh! uhuhuhu. nanti sue buat entry laa untuk neh. boleh kongsi dengan orang ramai! :)

    ReplyDelete
  11. ayut tak leh la nk daftar..sape yg lom bkerja tu bek daftar..pluang bsar ni :)

    ReplyDelete
  12. jom baca sini!!

    http://nurputribatrisyasuri.blogspot.com/2013/02/pengalaman-aku-dalam-program-gcap.html

    ReplyDelete
  13. saya pun dapat email ni!

    Macam menarik je! eh eh. Cane dengan pengangkutan ke kelas?

    ReplyDelete
  14. NURUL FARHANA
    --> Mieza dah gi tengok tempat ni.. Rasanya tak perlu pengangkutan kot sebab hostel ngan dewan kuliah macam dekat2 jer.. Tapi kalau nak keluar outing ke apa macam payah sikit sebab tempat ni agak pedalaman.. Huhu..

    ReplyDelete