Jangan Lokek Untuk Senyum.. ^__^

by - 10:00:00 am

Kadang2 kan kalau pergi berurusan di mana2 kaunter perkhidmatan ni paling sakit hati tengok muka orang yang jaga kaunter yang tak reti nak senyum. Dah lah tak reti senyum, bercakap dengan kita pun bukan main kerek lagi. Padahal kita tanya elok2 jer. 


Selalu jer kena macam tu. Rasa macam nak tunjal2 je dahi orang macam ni tau. Tu kalau kat kaunter2 perkhidmatan, promoter2 di shopping2 kompleks pun 2x5 jer. Pernah sekali Mieza pergi Bodyshop nak cari perfume. Ada satu jenis perfume ni yang Mieza suka, tapi cari2 kat shelf satu pun takde. So, Mieza tanyalah dengan one of the staff kat situ, "Miss, perfume amorito ni memang takde ea ?". Boleh dia jawab, "Tengoklah kat situ, kalau takde tu takdelah".. Ewah2!~


See ? Betapa bersopan santunnya rakyat Malaysia.. Dah lah muka macam cencurut tua. Hish! Bengang pulak bila ingat2 balik.. Mieza tanya tu sebab pergi cawangan bodyshop kat mana2 pun tak jumpa dah perfume tu. So, ingatkan kat tempat lain tu abis stok ke apa.. Lagi pun masa tu Mieza tengok dia tengah susun barang dekat rak. Manalah tau, kot ada dalam stor tapi tak sempat nak susun lagi ke. Kot ye pun, cubalah jawab elok2 kan.. Kalau takde tu, bagitaulah kenapa takde. Stok habis ke, or memang dah tak keluar ke wangian jenis tu.. Bukannya kena bayar pun. 


Tapi tak semua berperangai tak semenggah macam ni. Ramai jer yang murah dengan senyuman & layan customer dengan beradab dan sopan santun. =)

Seyum Itu Sedekah, Mulakan Hari Dengan Senyuman, Senyum Seindah Suria,
Ikan jaws pun pandai senyum.. Huh!~ 


Jadi, Mieza nak tekankan di sini *Pergh! Dah macam nak buat penggulungan perbahasan pulok* janganlah lokek dengan senyuman. Senyum tu kan sedekah. Tak rugi sesen pun awak oii.. Bahkan dapat pahala lagi. Benda yang paling simple.. S.E.N.Y.U.M.. Paling senang nak buat amal..  S.E.N.Y.U.M.. Senyum mampu  menyenangkan hati suami. Jadi sentiasalah tersenyum untuknya .. ^________^





P/S :
Tiba2 teringat satu lagu ni,
"Senyum seindah suria yang membawa cahaya,
Senyumlah dari hati duniamu berseri.." =)





You May Also Like

18 Shaklee Lovers Visit

  1. Assalamualaikum mieza, heheh sheila pun setuju! heee senyummmm sokmo . boleh buat org lain happy :)

    ReplyDelete
  2. puteh bersih ek gambar gigi ikan paus tuh?eh paus ker jerung??

    ReplyDelete
  3. betul2 senyum tak perlu bayar pun jadi tak rugi pun :)

    ReplyDelete
  4. Tak patut orang tu wat camtu.. tapi takper, kita kene pikir positif. Mungkin orang tu penat layan ramai customer, dia pun tak sedar dia dah bersikap buruk.. Takpun jgn pergi sana dah :D

    ReplyDelete
  5. senyum itukan sedekah...
    secara tidak langsung bila senyum kita dah bersedekah dekat org...

    ReplyDelete
  6. eh,eh?? kita neh cust. ikut suka hati kita laaa nak tanya apa pun. nak cakap apa pun. huhuhu. menyampah betul su kalau dengan orang yang mcm neh. eh, tetiba jerk rasa menyampah hhehehe

    ReplyDelete
  7. suka sngt lagu tuuu...

    Dengan Senyum Terjalinlah Ikatan...

    kih3x

    ReplyDelete
  8. Salam..gigi dah macam gigi manusia..senyum sokmo haha

    ReplyDelete
  9. lenkali klau jumpa org mcm tu bahsakan terus. no sivik kannnn. CiM mmg pntang klau irg tk beradab ni. klau dh tau perangai mcm haprak tu, gi lah keje kilang yg 8 jam kena pkai mask tu.

    ReplyDelete
  10. itu bkn xrti senyum ckp pn xda adab dh tu..xska kan gtu.hmm

    ReplyDelete
  11. hahahah..kalu senyum macam ikan jaws tu macam melampau la pulak...

    ReplyDelete
  12. betul3... org yg x reti senyum ni sebnrnya urat senyum putus.. hahahaha..

    ReplyDelete
  13. hahaha..tgk gmbar jaws ada gigi..klakar..senyum jela lg2x yg jg kaunter ni... ^^

    ReplyDelete
  14. memang kena senyum..:-)

    senyum tak perlu kata apa-apa..:-)

    ReplyDelete