Salam Maulidur Rasul 1434H

by - 8:00:00 am


Tanggal 24 Januari 2013M 
bersamaan 12 Rabiul Awal 1434H

Maulidur Rasul 1434H, Maulidur Rasul 2013, Maulidur Rasul 24 Januari 2013, Salam Maulidur Rasul, Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Setiap kali tiba bulan Rabiul Awal, umat Islam menyambut kelahiran Rasulullah S.A.W dengan pelbagai program keagamaan dan majlis2 tertentu. Pelbagai agensi dan institusi terutamanya masjid & surau mengadakan ceramah, forum, perarakan, kenduri dan lain2 demi memperingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, yang telah membawa Islam yang menerangi jalan kehidupan manusia di atas muka bumi ini.


Sesungguhnya kedatangan & pengutusan baginda membawa agama Islam ini merupakan satu nikmat agung kepada umat Islam. Ini kerana dengan agama Islam, mereka terselamat dari menjalani kehidupan penuh kekufuran dan kejahilan.


Bagaimanapun perasaan bersyukur dan berterima kasih atas nikmat agung ini tidak seharusnya terhad dengan sambutan Maulidur Rasul semata2. Sambutan ini hanyalah sekadar peringatan akan tanggungjawab yang terpikul di atas bahu setiap umat baginda, iaitu untuk meneruskan tugas Rasulullah S.A.W memberikan petunjuk dan bimbingan kepada umat manusia, memimpin mereka ke arah jalan yang betul dan diredhai Allah. Kita sebagai umat Islam bertanggungjawab memimpin umat yang lain, bukan sebaliknya.


Justeru bulan Rabiul Awal ini semestinya memberikan kita kesedaran betapa mengamalkan ajaran Islam sebenar dalam kehidupan peribadi, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara merupakan tuntutan yang amat perlu ke atas semua umat Islam. Mantapkanlah akhlak dalam diri kita dengan ibadat yang betul dan berterusan. Dirikanlah solat kerana ia mencegah perbuatan mungkar, tunaikanlah zakat kerana ia menyucikan jiwa dan harta, berpuasalah kerana ia membenihkan ketaqwaan.


Renungilah perumpamaan berikut, yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada generasi para sahabat, menggambarkan kedudukan yang mereka capai pada masa itu di hadapan kaum2 yang bukan Islam :


"Nabi Muhammad S.A.W adalah Rasul Allah; dan orang2 yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang2 kafir, dan sebaliknya bersikat kasih sayang serta belas kasihan terhadap sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk & sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-NYA. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang2 yang soleh) terdapat pada muka mereka, dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas).      

Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam kitab Injil pula ialah : (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak & tunasnya, lalu anak & tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang2 yang menanamnya.

(Allah menjadikan sahabat2 Nabi Muhammad S.A.W & pengikut2nya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang2 kafir merana dengan perasaan marah & hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang2 yang beriman & beramal soleh daripada kalangan mereka, keampunan & pahala yang besar." - (Surah Al-Fath : 29)





~Selawat & Salam Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W~





You May Also Like

9 Silent Hunter's Footprints

  1. salam maulidur rasul..:D semoga kita sentiasa berusaha mempertingkatkan keimanan..:D

    ReplyDelete
  2. salam maulidur rasul :) tq sharing miza! :)

    ReplyDelete
  3. salam maulidur rasul

    BY: DJ dan CHEF
    (djdanchef.blogspot.com)
    == ♥ == ♥ == ♥ == ♥ ==

    ReplyDelete
  4. salam maulidur rasul kak... terima kasih share cerita ni.. hehe

    ReplyDelete