Blogger templates

Tuesday, 15 January 2013

Sepetang Di Padang Polo

Sabtu lepas Mieza & husband pergi jalan2 ambil angin petang di Padang Polo Ipoh.. Nama sebenar Padang Polo ni dataran apa entah. Lupa pulak. Haha ! Kitorang keluar dah pukul 6 petang. Sampai sana dalam 6.30 macam tu. Nasib baik tak hujan petang tu. Kalau tak, naya je berhujan petang2 rembang.. Gugugu!!~~


Ramai jugak manusia kat sana hari tu. Kebanyakan datang beriadah sambil jogging. Ada juga yang bawa family & anak2 berekreasi. Weols pulak pergi sebab nak cari benda untuk kudap2.. Bhahahaha! Sempat jalan satu round jer. Nak jogging macam tak sesuai pulak pakai macam tu, ngan selipar jepunnya lagi.. Haha! *Dah memang bukan niat nak exercise, tak payah nak bagi alasan sangatlah Mieza oii..!*  Tu pun banyak ngelat, ikut shortcut potong kat tengah2, rentas padang.. Hampeh betul! Macamanalah nak amalkan gaya hidup sihat. Exercise pun banyak ngelat jer.. Agaragaragaragr! *Gelak pesen baru.. Stylo tak?*


Okeylah, layan gambor pulak ye.. Modelnya dah tentu2lah cik puan belog.. Ngeh3!~~ ;p


Sampai senja jugaklah kat sana. Balik tu sempat menyinggah pasar malam cari makanan lagi. Beli dim sum ngan nasik ayam jer. *Ceh! Jer lah sangat..* Exercise tak teruk mana, mentekedarah jer lebih.. Eheks! Sebelum sampai rumah, singgah minum teh tarik kat kedai mamak dekat2 area rumah. Tekak lapar teh tarik, paksa jugak husband singgah. Buat sendiri kat rumah tak sama feel macam minum kat kedai mamak katanya.. Ngengada kan tekak iols nih.. Kehkehkeh! ^_~





P/S :
Nanti beli kasut jogging
bolehlah petang2 jogging
kat Padang Polo.. =)



PETRONAS Sky Bridge Visitors Get Interactive !






23 comments:

  1. Assalamualaikum, kalau dekat area perumahan sheila ada satu tempat riadah camni. namanya Taman Layang-Layang. sama cam ni, best kalau lepak situ. damai je :)

    ReplyDelete
  2. amboi bestnyaaa.. sis macam masih anak dara lagi... tak caya ena sis umo 28.. sis tipu ye?????

    ReplyDelete
  3. padang polo mane? ipoh ke? kalau ipoh org selalu gaq la pegi dulu time tengah belajar, hikhik~~

    ReplyDelete
  4. ok la tu... beli kasut blh jogging selalu... Amalkan gaya hidup sihat :D

    ReplyDelete
  5. lama tak pergi jogging. takde geng. huhuhu

    ReplyDelete
  6. jalan-jalan round satu taman pun mcm jogging gak tu hu huu

    salam kenal

    ReplyDelete
  7. amboii kemain lagi posing aih..hihi.. best kalo riadah tmpt2 gini.. kalo kl ni deqla sokmo ke titiwangsa & tmn manjalara je la..huhu

    ReplyDelete
  8. nampak lawajer scene petang2 kan?peace yoo=)

    ReplyDelete
  9. orang dulu-dulu jogging tak pakai kasut pun mieza, kaki ayam jer, kita zaman moden pentingkan gaya, heheh...tapi sekurang-kurang kuar jugak dari umah kan tengok alam :)

    ReplyDelete
  10. WAHHHHH .. AKAK .. BESHHHNYE .. RAMAI GILER KOT ORG TU .. RUGI X JOG .. HOKHOK

    ReplyDelete
  11. adeh! sue kalau p sana jerk mesti cari laksa kedah. sumtime tu saja p sana daripada parit buntar untuk makan laksa kedah kat situ terbaikkkkkkkkk!!! huhuh

    pssttt kenangan dating dengan ex tunang pun kat situ jugakkk huhuhu

    ReplyDelete
  12. komen kat sini la eah :)

    anda ditag :
    http://miszfarahanis.blogspot.com/2013/01/fivers-hijabis-giveaway-ii.html

    ReplyDelete
  13. ramai orang kat padang tu no..nampak meriah sgat...

    ReplyDelete
  14. padang polo pon ada..tahu baju polo jew.hikhik

    ReplyDelete
  15. Jalan2 jer ker, tak jogging skali ☺☺

    ReplyDelete
  16. seronoknya.. dah lama tak keluar g jalan kat taman :D

    ReplyDelete
  17. cntiknyeeeee gmbr atas skali tu. kalerful je nmpk. :)

    ReplyDelete
  18. wah nampak HAPPENING lah taman nii i loike

    ReplyDelete
  19. beriadah ptg2 camtu mmg best..tambah2 lak kat tmp beriadah tu ada laksa ..smbil amik angin sepoi2 bahasa lak kan..wahh indah sungguh.hehehe

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com