Blogger templates

Sunday, 17 February 2013

Cuti Dari Berbelog..

Assalamualaikum semua! Mulai hari ni Mieza akan mula mengikuti kursus GCAP selama 5 minggu. Jadi, berkemungkinan blog ni akan sunyi buat sementara waktu. Harap korang rajin2lah datang tolong lap2kan habuk kat sini ye.. Hehehe..

Apa pun, Mieza akan cuba cari peluang untuk intai2 blog korang jika berkelapangan. Mohon doa semua agar Mieza dapat mengikuti kursus ni dengan jayanya.. Agak keberatan nak pergi sebenarnya, tapi since husband Mieza galakkan suruh pergi so Mieza pergilah. Peluang bukan datang selalu kan ?

Pssst! Kalau rindu tatap lah muka tuan blog kat atas tu ye..! See u later... Bye2 all! Bye2 blog! Sobs! T_T


Read More

Friday, 15 February 2013

Flat Shoe Order Dari Zalora Dah Sampai! ^__^

ZALORA, Online Shopping, Fashion & Lifestyle, Flat Shoe
*Tempek gambor muka sendiri sebesar2 alam.. Ko hado ? Bhahahahah!*

Yeay! Koumi Koumi Ballerina Flat Shoe yang Mieza order dari ZALORA hari tu dah sampai dah uols..! Sampai pagi semalam.. Tapi tak sempat nak update.. Hehe!

Sangat pantas arr servis & penghantaran diorang ko uols.. Boleh bagi rate 4-5 stars. Hikhok! ^_^ Mieza order hari tu hari Selasa malam. Pagi semalam dah sampai. Paling best kan uols, barang yang kita order tu memang sebijik macam yang kita tengok dalam website ZALORA ni tau. Takde kurang sikit pun.. Hehehehe..

ZALORA, Online Shopping, Fashion & Lifestyle, Flat Shoe
*Dalam kotak lagi.. Still berbalut kemas.. Hehe!*

ZALORA, Online Shopping, Fashion & Lifestyle, Flat Shoe
*Tadaa! Sebijik kan?*
Mula2 berdebar jugak takut tak muat or tak kena dengan kaki. Part yang bahagian depan tu la yang paling merisaukan. Mieza memang tak sesuai pakai kasut jenis yang runcing kat depan tu. That's why la Mieza pilih jenis yang round macam ni. Lagi satu risau takut cutting kat bahagian depan tu pendek sangat, kompem nampak lurah2 jari kaki iols nanti.. Huduh okey! Maklumlah, jari jenis panjang.. Tapi kan..................
ZALORA, Online Shopping, Fashion & Lifestyle, Flat Shoe
*Selamat! Lurah jari berjaya disembunyikan dengan jayanya! Ngahahaha!*
ZALORA, Online Shopping, Fashion & Lifestyle, Flat Shoe
*Sedang elok jer.. Nasib baik.. Ehehehe..*

Tunjuk kat incit husband, dia kata cantik! Eheks..! Kasut ni ringan sangat tau, so takdelah penat kalau jalan jauh2.. So, apa yang Mieza boleh cakap kat sini pengalaman pertama kali bershopping di ZALORA ni sangatlah memuaskan. Servis very the tip top & kualiti barang pun sangat baik. Takde cacat cela kat mana2. Korang kalau ada barang2 yang korang berkenan di page ZALORA ni janganlah ragu2 nak beli. Dijamin puas hati! ^_^

Psssst! Order sandal pulak dengan ZALORA. Dah sampai dah pun jap tadi. Nice tau! Nanti Mieza review ye.. ^_^


P/S :
Nak siap2 balik kampung melawat opah yang tengah sakit. Huhu~~


Read More

Cutenya Miow Ni Manja2 Ngan Dolphin.. ^_^


Kasih sayang sesama makhluk..
Walaupun berbeza alam, tapi masih boleh berkasih sayang..
Sweet sangat.. ^__^



Read More

Wednesday, 13 February 2013

4 Tips Yang Harus Ada Jika Ingin Berbisnes Secara Online..

Bagaimana Memulakan Perniagaan Secara Online, Tips For Online Business, Online Shopping

Nak berbisnes ni kena tau banyak benda. Kena bersedia melayan kerenah pelanggan yang macam2. Kena mesra dengan pelanggan. Dan kena banyak bersabar. Online business sekarang dah bersepah2 dah di internet. Bagi mereka yang biasa bershopping secara online tu tau lah kan. Tapi adakah anda berpuas hati dengan servis dan layanan yang diberi ?


Mieza sendiri pun pernah shopping secara online. Ada yang memberi layanan dan servis yang sangat memuaskan, tak kurang juga yang servis cam hampeh. So, sebagai salah seorang online businesswoman, Mieza ada beberapa tips untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan secara online. Jom scroll down! ^_^

4 TIPS YANG HARUS ADA JIKA INGIN BERBISNES SECARA ONLINE :-


1. Servis Mesti Tip Top.

--> Pastikan anda sentiasa memberikan servis yang pantas dan memuaskan. Jika tidak dapat membuat penghantaran segera, sila maklumkan kepada pelanggan anda dan berikan sebab2nya.



2. Mesra Pelanggan.

--> Perlu sentiasa sabar dan memberikan layanan mesra kepada pelanggan. Luangkan masa untuk menjawab setiap kemusykilan pelanggan dan bersedia memberikan feedback yang positif untuk kepuasan pelanggan.



3. Penuhi Kehendak Pelanggan.

--> Pegang prinsip 'Customers Are Always Right'. Walaupun dah terang2 pelanggan kita yang salah, tapi beralah lah dan cuba perbaiki keadaan dengan berhemah. Lagi satu, jangan pandai2 nak tukar2 barang atau tukar kaedah penghantaran tanpa pengetahuan pelanggan. Kalau pelanggan mintak guna khidmat pos laju, jangan pandai2 tukar guna khidmat selainnya. Orang selalu keliru antara pos laju dan pos ekspress. Pos ekspress & pos laju berbeza ye. Biasanya pos laju lagi pantas berbanding pos ekspress.. Harap maklum!



4. Mesti Sentiasa Update Pelanggan.

--> Sila maklumkan kepada pelanggan anda setiap step yang anda dah lakukan. Contohnya, maklumkan kepada pelanggan jika sudah terima pembayaran, ketika ingin membuat penghantaran dan selepas membuat penghantaran.  Update tracking number kepada setiap pelanggan setiap kali penghantaran selesai dilakukan. JANGAN tunggu pelanggan follow up anda, tetapi sebaliknya anda yang mesti sentiasa update & follow up pelanggan2 anda..

So inilah serba sedikit tips yang Mieza dapat kongsikan dan yang sentiasa Mieza amalkan dalam berbisnes Harap dapat membantu semua peniaga online untuk terus memajukan bisnes masing2! ^__^ 



Read More

First Time Shopping Di Zalora..

Zalora.Com.My, Koumi Koumi Ballerina Flats
Koumi Koumi Ballerina Flats

Ehem2, baru2 ni which is last week Mieza dapat free voucher bernilai RM50 dari salah satu online shopping store yang terbesar di Malaysia iaitu zalora.com.my. Alhamdulillah, murah betul rezeki tahun ni. Hehe.. Dah dapat free voucher ni apa lagi, haruslah laju2 pergi terjah page ZALORA untuk bershopping! Woohoo..! ^o^

Sebelum2 ni memang dah selalu terjah page ZALORA ni. Tapi setakat online window shopping je lah. Ahaks! Memang banyak sangat barangan & produk2 yang dijual di ZALORA ni. Rambang mata jugaklah dibuatnya.

Mula2 rasa nak beli satu baju ni. Tapi fikir2 balik, buat masa ni kasut lebih diperlukan since my crocs shoe tu dah tak boleh pakai. Makanya section kasut wanita jadi tumpuan. Hehe..
Zalora.Com.My, Koumi Koumi Ballerina Flats

Dan seperti biasa, kasut2 flat jer yang Mieza suka. Godek punya godek, memang terberkenan dengan banyak jenis flat shoe kat site ZALORA ni. Kalau diikutkan hati, nak jer borong semua. Tapi nafsu itu berjaya dikawal, dan Koumi Koumi Ballerina Flats ni yang jadi pilihan Mieza. Ada 4 pilihan warna which is biru, hitam, kuning dan hot pink. Mula2 macam nak try kaler pink tu. Tapi bila fikir2 balik, better amik hitam senang nak matching ngan baju..


Antara faktor utama Mieza pilih Koumi Koumi Ballerina Flats ni adalah tapak dia sebab tak semua jenis flat Mieza boleh pakai. Kalau yang jenis leper & nipis sangat tu kaki Mieza memang tak tahan. So, kena cari jenis tapak yang tebal sikit pastu cutting dia tu tak leper sangat. Lagi satu nampak dia punya tapak macam getah & boleh grip kalau jalan kat tempat2 licin. Hope so..


So, baru jer order malam tadi. See ? Betapa lamanya iols nak pilih kasut.. Tu baru tengok bahagian flats shoe jer. Kalau tengok semua section, pengsan sampai ke tahun depan belum tentu habis tapis lagi. Mana taknya, di ZALORA mereka sentiasa update produk2 terbaru by day. Mana tak juling bijik mata iols noks.. Ahaks! ^_^


Terima Kasih ZALORA..! ^____^


P/S :
Tunggu barang sampai nanti Mieza review lagi ye.. Harapnya sedang eloklah dengan kaki. Malas nak return2 dah. Huhu~~

JOM SHOPPING DI ZALORA MALAYSIA!^_~



Read More

Tuesday, 12 February 2013

Cara2 Menyediakan Kolagen Rumpai Laut Asli..

Pure Marine Kolagen, Kolagen Rumpai Laut Asli, Gred AAA, Cara-Cara Penyediaan Kolagen Rumpai Laut
Dalam entri sebelum ni Mieza ada janji nak tunjuk cara2 nak sediakan kolagen rumpai laut asli ni kan ? Ok2, jom Mieza ajarkan.. ^_^


1. Mula2 basuh dan bilas sepeket/separuh kolagen mentah 100gm beberapa kali (seperti membasuh beras) sebelum direndam semalaman di dalam air bersih.

Pure Marine Kolagen, Kolagen Rumpai Laut Asli, Gred AAA, Cara-Cara Penyediaan Kolagen Rumpai Laut
Pure Marine Kolagen, Kolagen Rumpai Laut Asli, Gred AAA, Cara-Cara Penyediaan Kolagen Rumpai Laut
Pure Marine Kolagen, Kolagen Rumpai Laut Asli, Gred AAA, Cara-Cara Penyediaan Kolagen Rumpai Laut


2. Selepas semalaman, basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut dan kotoran  yang melekat.
Pure Marine Kolagen, Kolagen Rumpai Laut Asli, Gred AAA, Cara-Cara Penyediaan Kolagen Rumpai Laut
Selepas direndam semalaman, kolagen mentah tadi akan kembang macam ni.


3. Lepas basuh & bilas lagi beberapa kali, toskan kolagen tadi.
Pure Marine Kolagen, Kolagen Rumpai Laut Asli, Gred AAA, Cara-Cara Penyediaan Kolagen Rumpai Laut


4. Kemudian rebus bersama 2 liter air (untuk sepeket kolagen 100gm) / 1 liter air (untuk separuh peket ). Tunggu hingga mendidih dan biarkan selama 15-20 minit.
Pure Marine Kolagen, Kolagen Rumpai Laut Asli, Gred AAA, Cara-Cara Penyediaan Kolagen Rumpai Laut
Masukkan beberapa helai daun pandan untuk mengurangkan bau hanyir.
Pure Marine Kolagen, Kolagen Rumpai Laut Asli, Gred AAA, Cara-Cara Penyediaan Kolagen Rumpai Laut


5. Lepas semua kolagen dah larut, sejukkan di dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk (bukan di ruang sejuk beku ye..)
Pure Marine Kolagen, Kolagen Rumpai Laut Asli, Gred AAA, Cara-Cara Penyediaan Kolagen Rumpai Laut
Mieza guna bekas tupperware taufu fah tu jer..



Siap! Bila dah sejuk & kolagen tadi pun dah jadi jeli so boleh la makan..! Boleh dimakan begitu sahaja or dicampurkan ke dalam jus minuman. 

Cara pengambilan boleh baca SINI. ^_^



P/S :
Bagi sesiapa yang berminat nak cuba boleh lah melawat ke blogshop Mieza. Mieza jual murah2 jer & Mieza juga ada jual ready made jeli kolagen ni. Boleh COD untuk pelanggan di sekitar Ipoh.. If ada sesiapa berminat nak jadi agen, emailkan ke rosmizaali@gmail.com dengan subject : "AGEN DROPSHIP" ye.. Mieza bagi special price untuk agen.. ^_^




Read More

Saya Pengguna Kolagen Rumpai Laut Asli! ^_^

Pure Marine Collagen, Cara-Cara Pengambilan Kolagen Rumpai Laut Asli, Khasiat Kolagen Rumpai Laut Asli Gred AAA
Sekarang ni kan tengah musim orang berkolagen. Mieza pun tak ketinggalan mencuba salah satu kolagen asli ni iaitu Pure Marine Collagen. Dah masuk 3 minggu Mieza ambil kolagen ni. So far, tekak boleh terima. Mula2 risau jugak takut tekak tak mampu nak telan coz Mieza ni jenis yang agak memilih makan. Kalau masuk2 mulut jer terus kembang tekak tu memang tak ar Mieza nak makan. Hehe..

Selama 3 minggu pertama mengamalkan kolagen rumpai laut asli ni, apa yang Mieza perasan kulit Mieza dah kurang bermasalah. Contohnya kalau dulu kulit muka selalu berjerawat & kusam, sekarang dah mula rasa semakin licin even tak flawless sepenuhnya.. Ala, baru 3 minggu.. Kita tunggu sekurang2nya 3 bulan..

Nak tau cara Mieza ambil kolagen ni ? Jom Mieza tunjuk! ^_~

Pure Marine Collagen, Cara-Cara Pengambilan Kolagen Rumpai Laut Asli, Khasiat Kolagen Rumpai Laut Asli Gred AAA
Ini kolagen yang dah siap dimasak . Dalam bentuk jeli. Ambil 2-3 sudu besar setiap pagi sebelum gosok gigi & malam sebelum masuk tidur.

Pure Marine Collagen, Cara-Cara Pengambilan Kolagen Rumpai Laut Asli, Khasiat Kolagen Rumpai Laut Asli Gred AAA
Mieza campurkan ke dalam jus minuman untuk elak rasa kembang tekak. Sebenarnya takde rasa apa pun. It is tasteless..

Pure Marine Collagen, Cara-Cara Pengambilan Kolagen Rumpai Laut Asli, Khasiat Kolagen Rumpai Laut Asli Gred AAA
Selalunya Mieza ambil bersama jus mangga. Sedap. Rasa macam nata de coco jer.. 

Pure Marine Collagen, Cara-Cara Pengambilan Kolagen Rumpai Laut Asli, Khasiat Kolagen Rumpai Laut Asli Gred AAA
Kacau rata sebelum minum..

Pure Marine Collagen, Cara-Cara Pengambilan Kolagen Rumpai Laut Asli, Khasiat Kolagen Rumpai Laut Asli Gred AAA
Sedia untuk diminum.. Inilah sarapan pagi Mieza setiap hari.. 

Kolagen yang Mieza ambil ni gred AAA & yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan dalaman serta luaran. Kadang2 ada jugak terskip ambil kolagen ni. Hehe.. Biasalah Mieza ni, apa2 jer yang berkaitan kesihatan ni memang culas & tak disiplin. Makan ikut dan jer.. Hikhik! Tapi tetap gak Mieza gagah cuba disiplinkan diri ambil kolagen ni sampai habis..

Kalau makan kolagen ni, tak boleh minum minuman berkafein or berkarbonat untuk 3 jam pertama selepas ambil tu tau. Lepas 3 jam tu baru boleh minum. Lagi satu kena minum banyak air putih.. Sekurang2nya 2.5 liter hingga 3 liter sehari untuk membantu menyingkirkan toksin dalam badan..

Lepas ni Mieza kongsikan macamana cara nak sediakan kolegen rumpai laut asli ni pulak ye.



Bagi yang berminat nak cuba, boleh order di SINI! ^_^



Read More

Monday, 11 February 2013

Lapar Nasik Lemak Pulak Malam2 Buta Ni..

Nasi Lemak
Tetiba rasa lapar nak makan nasi lemak pulak tengah malam2 buta ni. Tapi mana nak dapat nasi lemak malam2 cani. Argh! Nasi lemakkkkkkk!!!

P/S :
Entri paling ringkas untuk malam ni. Nak gi cari makanan jap. Lapor pulok perut kite nih.. Ish!


Read More

Meet Our Loner! ^_^

Our new baby! Please meet our Loner.. Loner ni Mieza & hubby jumpa dalam 2 minggu lepas. Masa tu tengahari, Mieza terdengar bunyi anak kucing menangis. Sayu pulak hati ni dengar. Terbayang kalaulah anak manusia yang menangis macam tu, sedihnya la hai..

Terus Mieza tinjau2 depan gate tapi tak nampak bayang anak kucing pun. Dalam setengah jam lepas tu dah senyap, so Mieza espect maybe kucing jiran2 sebelah kot.. Petang tu kitorang keluar pusing2 taman. Saja amik angin petang. Sampai2 rumah, Mieza terdengar lagi bunyi anak kucing menangis. Mendayu2 jer bunyinya..

Mieza pun pergilah tinjau2 kat longkang besar depan rumah kitorang. Tinjau punya tinjau ternampaklah si Loner tengah duk menangis sampai dah nak hilang suara. Tetiba rasa sakit dada. Mieza memang dari kecik dibesarkan dengan kehadiran kucing2 peliharaan keluarga Mieza. Disebabkan tu, Mieza dah anggap kucing ni adalah sebahagian dari kita yang perlu kasih sayang, dimanja dan dibelai macam anak2 kecil jugak. So, tiap kali Mieza nampak kucing2 terbiar macam ni, Mieza jadi sebak & sedih. Tu yang buat sakit dada.

Mieza pun jerit kuat2 kat husband yang baru nak parking motor. Laju2 dia datang tengok. Terus gi amik wat balik rumah. Mieza tengok mata si Loner ni masa tu berair, bengkak & kemerahan. Mungkin sebab dah lama sangat menangis kat situ tapi takde orang hirau. Dengan laparnya lagi, dahaganya lagi.. Aduhhh, kesian sangat..

Masuk2 rumah Mieza terus bagi makan & minum air. Ketara sangat dia tengah lapar & haus.. Mieza agak Loner ni sebelum ni ada ibu, sebab bulu dia bersih & tak kurus macam kucing2 liar lain. Mungkin ibu dia mati dilanggar kenderaan lalu lalang kat situ. Sebab longkang tu betul2 tepi jalan besar..

2 hari pertama tu PUTEH memang tak boleh terima kehadiran si kecik Loner ni.  Asik nak bergaduh jer. Mungkin dia jeles kot. Masuk hari ke-3 tu nampak diorang dah boleh main sama2 & tidur pun sama2.. Pandai PUTEH layan adik.. =)



P/S :
Masa nak tinggalkan diorang seminggu lebih baru2 ni pun dada Mieza sakit sangat. Sedih & tak sampai hati nak berjauhan dengan diorang sampai termenangis.. Ingatkan takde orang perasan, tapi hubby perasan. Terus dia urut2 belakang Mieza & genggam tangan Mieza.. Thank you abi for always comfort me.. =) 


Read More

Cashout Churp2 Buat Pertama Kali.. ^_^


Alhamdulillah, dah selamat sampai Ipoh. Terus tapis2 stroy mana yang nak diupdate dulu.. Ihiks! *Ni namanya gelak gediks mintak penampor*..

Pada 1 Februari baru2 ni 1st time Mieza cashout CHURP CHURP  Sebenarnya target nak cashout hujung bulan Januari hari tu. Tapi dek kerana kununnya busy tak ketahuan, entah macamana boleh termiss the date. Bajet nak cashout hujung bulan Januari tu so that hujung bulan ni dah terima check. Tapi dah termiss ni bertabah jelah tunggu until end of next month.. 

Takpela tunggu lama sikit, bukan nak buat apa pun dengan duit tu. Cuma teruja terlebey. Maklumla, 1st time kot ko iols nak terima check dari Churp2 ni.. SAYS dah merasa.. Dah selamat berkenduri dah pun.. Kekekekekek..

BLIN.GD pun dah boleh cashout, tapi taknak usik lagi. Nak tunggu payment hasil dari my 1st sponsored post dikreditkan ke my account dulu baru cashout.. Hoyeah2!  \^o^/ Tu pun by end of this month jugak. Sabor Mieza sabor.. Hehe..

Nuffnang pun sedang mengejar rapat untik dicashout.. ^_^

Korang yang belum berdaftar tu, bolehla mendaftar sekarang untuk mula menjana pendapatan sampingan dengan berblog.. Jom register! It's totally FREE..! ^_~



KLIK Untuk Mendaftar Secara PERCUMA! 


P/S :
Alhamdulillah, rezeki berbelog dah mula menampakkan hasil.. Walaupun tak segah blogger2 otai yang mampu meraih sehingga ribuan ringgit sebulan, namun tetap bersyukur dengan nikmat rezeki yang diberikan.. Thank You ALLAH.. =)



Read More

Saturday, 9 February 2013

Kekangan Masa Nak Update Blog..


Assalamualaikum all! Sorry semua coz Mieza minggu ni tak berkesempatan nak update blog hari2.. Huhu.. Terima kasih kepada mereka yang masih tak jemu2 datang menjenguk blog Mieza ni & tinggalkan komen even takde update terkini. Banyak cerita nak story kat korang tau. Tapi tu la, kekangan masa tak mengizinkan Mieza untuk up story baru...

Mieza sekarang di Pasoh, Negeri Sembilan. Menaip di bilik hotel.. Nasib baik hubby bawa lappy, & nasib baik jugak ada Wifi... Hehehehe..

Petang ni In Shaa Allah balik Semenyih, then pagi esok baru bertolak balik Ipoh.. Next week In Shaa Allah Mieza nak pulun up entri.. Coz lepas tu if takde aral Mieza akan ikut GCAP, so maybe akan terabai lagi la blog ni for another 5 weeks.. Huhu~~



P/S :
Entri kali ni tak bergambar.. Tak sempat nak search kat Google.. Layan jela yew.. Tata! ^_~


Read More

Sunday, 3 February 2013

Yeehooo! Dapat Cenderemata Dari Blogger Waniey! ^o^

Assalamualaikum semua! Hari ni nak kongsi tentang cenderemata yang Mieza terima dari seorang rakan blogger Mieza ni. Sebenarnya dah lama dah terima hadiah ni. Dalam 2 minggu lepas kalau tak silap. Tapi baru sekarang berkesempatan nak tempek kat blog. Busy mengalahkan MB.. Nyampah nah.. -_-'

Sebelum tu Mieza nak ucapkan terima kasih kepada Waniey yang bermurah hati bagi Mieza cenderemata ni. Sebenarnya Mieza dapat hadiah daripada Waniey sebab ni tau --> [KLIK]. Ngeh2!

Jom kita tengok apa yang Waniey bagi kat Mieza! ^__~
::
::
::
::
::
v
Meriah kan hadiah dia ? Sebenarnya Mieza takde la espect hadiah semeriah ni tau.. Tapi tak sangka pulak Waniey sangat bermurah hati nak bagi Mieza hadiah2 yang ohsem cam gini.. Semuanya best2!  Ada hiasan dinding, keychain & dompet syiling.. Tenkiu Waniey  Love the presents so much! Hubby pun suka sangat dengan hiasan dinding tu.. Tak menyempat dia nak gantung kat dinding.. Hehehehe.. ^^,

Keychain tu Mieza gantungkan kat dompet syiling yang super cute ni. Dah rasmi dah pun.. Memang tengah duk berkira nak cari dompet untuk syiling sebab purse Mieza yang kat bahagian duit syiling tu dah rabak. Haha! Kira langkah kanan la ni, tetiba terbang melayang this cute dompet from Waniey.. Ihiks! ^_^
See ? Comel kan ? ^_^

Mieza memang suka kumpul keychain & FM. Dah bertambah dah lagi satu koleksi keychain. Hoyeah! ^o^ 
Special thanks to Waniey atas pemberian yang sangat istimewa ni. Terima kasih juga sudi jadi kawan & support Zon Permaisuri Chomel. Semoga satu hari nanti kita boleh jadi sahabat di alam realiti pula. Sayang kamu ketat2! Xoxo! ^.^



P/S :
To Waniey, nanti PM ur address kat FB ea.. =)




Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com