Blogger templates

Wednesday, 13 February 2013

4 Tips Yang Harus Ada Jika Ingin Berbisnes Secara Online..

Bagaimana Memulakan Perniagaan Secara Online, Tips For Online Business, Online Shopping

Nak berbisnes ni kena tau banyak benda. Kena bersedia melayan kerenah pelanggan yang macam2. Kena mesra dengan pelanggan. Dan kena banyak bersabar. Online business sekarang dah bersepah2 dah di internet. Bagi mereka yang biasa bershopping secara online tu tau lah kan. Tapi adakah anda berpuas hati dengan servis dan layanan yang diberi ?


Mieza sendiri pun pernah shopping secara online. Ada yang memberi layanan dan servis yang sangat memuaskan, tak kurang juga yang servis cam hampeh. So, sebagai salah seorang online businesswoman, Mieza ada beberapa tips untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan secara online. Jom scroll down! ^_^

4 TIPS YANG HARUS ADA JIKA INGIN BERBISNES SECARA ONLINE :-


1. Servis Mesti Tip Top.

--> Pastikan anda sentiasa memberikan servis yang pantas dan memuaskan. Jika tidak dapat membuat penghantaran segera, sila maklumkan kepada pelanggan anda dan berikan sebab2nya.



2. Mesra Pelanggan.

--> Perlu sentiasa sabar dan memberikan layanan mesra kepada pelanggan. Luangkan masa untuk menjawab setiap kemusykilan pelanggan dan bersedia memberikan feedback yang positif untuk kepuasan pelanggan.



3. Penuhi Kehendak Pelanggan.

--> Pegang prinsip 'Customers Are Always Right'. Walaupun dah terang2 pelanggan kita yang salah, tapi beralah lah dan cuba perbaiki keadaan dengan berhemah. Lagi satu, jangan pandai2 nak tukar2 barang atau tukar kaedah penghantaran tanpa pengetahuan pelanggan. Kalau pelanggan mintak guna khidmat pos laju, jangan pandai2 tukar guna khidmat selainnya. Orang selalu keliru antara pos laju dan pos ekspress. Pos ekspress & pos laju berbeza ye. Biasanya pos laju lagi pantas berbanding pos ekspress.. Harap maklum!



4. Mesti Sentiasa Update Pelanggan.

--> Sila maklumkan kepada pelanggan anda setiap step yang anda dah lakukan. Contohnya, maklumkan kepada pelanggan jika sudah terima pembayaran, ketika ingin membuat penghantaran dan selepas membuat penghantaran.  Update tracking number kepada setiap pelanggan setiap kali penghantaran selesai dilakukan. JANGAN tunggu pelanggan follow up anda, tetapi sebaliknya anda yang mesti sentiasa update & follow up pelanggan2 anda..

So inilah serba sedikit tips yang Mieza dapat kongsikan dan yang sentiasa Mieza amalkan dalam berbisnes Harap dapat membantu semua peniaga online untuk terus memajukan bisnes masing2! ^__^ 



18 comments:

  1. tak retilah nak buat bisnes online mieza, taktau nak jual apa, haha...tu yang selalu masuk contest jer...

    ReplyDelete
  2. thanks for info...sy pown berniaga kecil-kecilan secara on9..
    first time dtg sini...cute nye blog!!nice2..salam perkenalan

    ReplyDelete
  3. bagus info nie..tak kira utk bisnes ke..semua yg bekerja dlm perkhidmatan dgn pelanggan nie mesti tau dan jaga pelanggan/client masing2..:-)

    ReplyDelete
  4. nice tips utk bakal2 bisnesman/bisneswoman tu... ;)

    ReplyDelete
  5. nice tips dear ;)..
    p/s:ayu lpa tgk jenama apa anip pkai mm..hihi..sama eh..sma fikiran kot..hihi

    ReplyDelete
  6. tq dear..share ni tips..berguna utk MV

    ReplyDelete
  7. nice tips mieza utk yg baru nak start on9 bisnes

    mieza love tu copy paste jer hahaha

    ReplyDelete
  8. PART MESRA PELANGGAN TU MMG WAJIB..

    ReplyDelete
  9. Mv tag http://msvelentine.blogspot.com/2013/02/handpainted-ga.html

    ReplyDelete
  10. hai pemaisuri..
    nice info..
    lepas ni boleh bisness dah..

    jom -->> http://iss-life.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. ai x pandai nk meniaga..malu tu lebih.hahaha..
    anyway gud tips :)

    ReplyDelete
  12. Sis mieza bisnes ape ?? nak terjah cket. hihi

    ReplyDelete
  13. yg pasti mesra pelanggan itu mmg perlu... :))

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com