Blogger templates

Monday, 11 February 2013

Meet Our Loner! ^_^

Our new baby! Please meet our Loner.. Loner ni Mieza & hubby jumpa dalam 2 minggu lepas. Masa tu tengahari, Mieza terdengar bunyi anak kucing menangis. Sayu pulak hati ni dengar. Terbayang kalaulah anak manusia yang menangis macam tu, sedihnya la hai..

Terus Mieza tinjau2 depan gate tapi tak nampak bayang anak kucing pun. Dalam setengah jam lepas tu dah senyap, so Mieza espect maybe kucing jiran2 sebelah kot.. Petang tu kitorang keluar pusing2 taman. Saja amik angin petang. Sampai2 rumah, Mieza terdengar lagi bunyi anak kucing menangis. Mendayu2 jer bunyinya..

Mieza pun pergilah tinjau2 kat longkang besar depan rumah kitorang. Tinjau punya tinjau ternampaklah si Loner tengah duk menangis sampai dah nak hilang suara. Tetiba rasa sakit dada. Mieza memang dari kecik dibesarkan dengan kehadiran kucing2 peliharaan keluarga Mieza. Disebabkan tu, Mieza dah anggap kucing ni adalah sebahagian dari kita yang perlu kasih sayang, dimanja dan dibelai macam anak2 kecil jugak. So, tiap kali Mieza nampak kucing2 terbiar macam ni, Mieza jadi sebak & sedih. Tu yang buat sakit dada.

Mieza pun jerit kuat2 kat husband yang baru nak parking motor. Laju2 dia datang tengok. Terus gi amik wat balik rumah. Mieza tengok mata si Loner ni masa tu berair, bengkak & kemerahan. Mungkin sebab dah lama sangat menangis kat situ tapi takde orang hirau. Dengan laparnya lagi, dahaganya lagi.. Aduhhh, kesian sangat..

Masuk2 rumah Mieza terus bagi makan & minum air. Ketara sangat dia tengah lapar & haus.. Mieza agak Loner ni sebelum ni ada ibu, sebab bulu dia bersih & tak kurus macam kucing2 liar lain. Mungkin ibu dia mati dilanggar kenderaan lalu lalang kat situ. Sebab longkang tu betul2 tepi jalan besar..

2 hari pertama tu PUTEH memang tak boleh terima kehadiran si kecik Loner ni.  Asik nak bergaduh jer. Mungkin dia jeles kot. Masuk hari ke-3 tu nampak diorang dah boleh main sama2 & tidur pun sama2.. Pandai PUTEH layan adik.. =)



P/S :
Masa nak tinggalkan diorang seminggu lebih baru2 ni pun dada Mieza sakit sangat. Sedih & tak sampai hati nak berjauhan dengan diorang sampai termenangis.. Ingatkan takde orang perasan, tapi hubby perasan. Terus dia urut2 belakang Mieza & genggam tangan Mieza.. Thank you abi for always comfort me.. =) 


8 comments:

  1. Comelnyeee.... Teringat kucing sy yg hilang dulu... Wrna sma je...

    ReplyDelete
  2. puteh dah ada kawan la ye. tp dia takmo kawan lak. hihi..

    ReplyDelete
  3. Putih mula2 ego tu... lama2, baru rasa syok ada kawan.. hehehe ena dah habis belajar nanti baru nak bela sekor.. dlu ada bela, lepas tu bg kat orang.. hurmmmm

    ReplyDelete
  4. Seronoklah kucing kak Mieza dah ada kawan.. hehe.. Manjanya Looner.. bantal tuh jadi tempat tidur dia..

    ReplyDelete
  5. nk nanges rasa bila mieza ckp dia nanges kelaparan, dahaga.. deqla mmg tak sggp tgk kucing terbiar..mcm mieza jugak deqla suka bawak blk kucing...kat dlm umah, luar umah mmg kaya kucing dah..takpe la kalo tak kaya harta skali pun...hihi..alhamdulillah kucing tu dijumpai manusia yg luhur hatinya mcm mieza.. tahniah tau mieza.. kekalkan sifat mcm ni.. ;)

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com