Blogger templates

Tuesday, 30 April 2013

Penghargaan Buat Pengomen Tegar ZPC! ^_^


Assalamualaikum & selamat pagi semua! Sebelum ni Mieza ada mention akan bagi hadiah kepada 5 orang pembaca bertuah di blog Mieza ni kan? [Klik Untuk Baca] Empat daripadanya dah dipilih oleh mr. random.org [Klik Untuk Baca]. Seorang lagi special sikit sebab tak perlu cabut undi. Yang ni Mieza sendiri yang pilih. Kenapa? Rasanya gambar di atas dah tolong jawab bagi pihak Mieza. ^_^

Kalau dilihat pada ranking 'Pengkritik Abad Ini' tu, Wanieys a.k.a IbuQalief yang berada di kedudukan paling atas. Deqla Manjew berada dikedudukan kedua & ketiga. Kenapa ada 2 ranking untuk Deqla? Okay, yang first tu sebelum Deqla upgrade ke Google+ & yang second tu lepas dah diupgrade ke Google+. So, bila dicampur kedua-duanya, jumlah komen Deqla Manjew ialah 75!  


Bukti yang Deqla ni sangat2 rajin mengomen di blog ni... Semua ni pada hari yang sama iaitu hari ni! Rajin kan? Apa yang buat Mieza terharu, semua yang rajin melawat & tinggalkan komen di blog ni semuanya ikhlas2 belaka tanpa mengharapkan apa2 balasan seperti hadiah & penghargaan. Itulah yang buat Mieza sayang kat diorang semua ni. 

Kepada Deqla, please PM me ur details coz I have something for you sebagai tanda penghargaan dari blog Zon Permaisuri Chomel! ^__^

Send Me Ur Details As Follow :-

NAMA PENUH :

ALAMAT :
NO. H/P :

Emailkan ke rosmizaali@gmail.com atau direct PM me at 019-5327438! ^_^


NOTE : Kepada semua yang berada dalam list 'Pengkritik Abad Ini' jangan berkecil hati ye! Mieza sangat2 hargai kunjungan dan komen korang semua. Next time Mieza sediakan hadiah untuk Top 5 pulak. Insha Allah..



Read More

4 Tea Tree Dry Skin Relief Sudah Ada Yang Punya! ^__^


Assalamualaikum.. Kat bawah ni Mieza senaraikan kesemua pembaca yang telah tinggalkan komen dalam entri INI. Ada 13 orang kesemuanya. Terima kasih kepada semua yang sudi tinggalkan komen. Jadi siapakah 4 daripada mereka ini yang bertuah? Sila scroll down! ^_~

  1. Eyra Dzuhairah
  2. Chic Na
  3. Cik Suzlin
  4. Ween
  5. Shammira
  6. Bella Razali
  7. Miss Ary
  8. Norelina Zalia
  9. MZ
  10. Cik Honney
  11. Iu-Hazirah
  12. Nadratul Syazwana
  13. Azhafizah Md Nor


::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
V









Tahniah kepada 4 pembaca bertuah ini! Sila sediakan details anda seperti di bawah :-

NAMA PENUH :

ALAMAT :
NO. H/P :

Emailkan ke --> rosmizaali@gmail.com dengan Subjek : "Saya Pembaca Bertuah Itu"
Untuk respon yang lebih cepat, sila mesej details anda ke 019-5327438


NOTE : Kepada mereka yang tidak berjaya tu, jangan sedih2 ye. Cuba lagi di lain masa.. =)



Read More

Monday, 29 April 2013

CPUV Pertama ZPC! ^__^


Alhamdulillah, akhirnya melekat juga CPUV kat blog picisan ni. Kalau diperhatikan dari tarikh iklan tu memang dah lama sangat dah kan? Especially yang fisrt sekali kat bawah tu. November 2012 ? Ish2, kenapa sebelum2 ni tak pernah nampak pun CPUV ni?

Paling terbaru bulan lepas. Masa tu Mieza memang tak aktif berblog sebab masih dalam tempoh berkursus.  *Dalam tempoh berkursus ye, bukan tempoh berpantang* Tapi yang pelik kenapa selama ni tiap kali Mieza check akaun Nuffnang tak pernah ada pun CPUV campaigns ni? Hari2 kot login Nuffnang.. Credited pulak tu kan semua.. Ish2.. Sistem lambat update agaknya..


Tak kesahlah kan. Janji merasa juga nak ada CPUV.. Ihik2! Alhamdulillah.. Tak sia2 setia dengan kamu.. Terima kasih Nuffnang! ^__^


Bertambah semangat nak update blog! Psssst! Jangan lupa follow NuffnangX Mieza juga ye! ^_~



NOTE : Masih lagi tak percaya ni. Macam magik pulak rasa! Hehe..


Read More

Sunday, 28 April 2013

Kelebihan Minum Air Masak..




NOTE : Sekarang dah tau kan betapa pentingnya minum air masak.. ^_^



Read More

Saturday, 27 April 2013

Supplemen Tak Berkesan.. Kenapa ??

"Kenapa saya makan supplemen tapi tak berkesan?".. Ini soalan yang biasa didengar bagi mereka yang amalkan pengambilan supplemen. Tak kesahlah supplemen apa2 pun. Sekarang ni kan dah macam2 jenis supplemen keluar.. Dengan kolagen lah, vitamin itu ini segala mak nenek kan?

Sebenarnya bukan tak berkesan ye sayang2ku. Tapi mungkin lambat menunjukkan hasil. Mieza pun ada amik supplemen. Soalan yang sama jugaklah yang keluar dari mulut Mieza. Untuk pengetahuan semua, setiap individu itu berbeza. Bergantung kepada faktor tubuh badan masing2. Ada yang dalam masa seminggu 2 minggu dah nampak kesan dia, tapi ada sesetengah individu pulak mungkin perlu mengambil masa untuk dapat hasil seperti orang lain.


Semua ni bergantung kepada beberapa faktor yang amat penting yang mungkin sebelum ni kita kurang tahu atau tak tahu langsung tentangnya. Oleh itu, mari kita ambil tahu bermula hari ini! ^^,



1. Kurang minum air putih
Ini adalah perkara yang paling penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Meminum air putih dengan banyak akan membantu tubuh kita menyingkirkan toksin daripada badan dengan lebih cepat. Beli supplemen mahal2 tapi malas minum air putih. Makan supplemen dah ikut dose tapi tak sampai seminggu mula complain naik jerawatlah, ruamlah, itulah inilah.. Bila ditanya minum air putih banyak tak? Berapa liter sehari? Jawapannya.......1 liter.


Okay, sebenarnya jumlah tu masih tak cukup untuk membantu badan kita menyingkirkan toksin. Sekurang2nya cuba amalkan minum air putih 3 liter sehari. Nanti kang ada pulak yang cakap, "Ala, minum air banyak2 tak larat nak ke tandas la. Asyik nak kencing jer. Nak buat kerja pun tak senang.."


Hai, itu perkara biasa la sayang. Makin kerap anda buang air kecil, makin banyaklah toksin dalam badan anda disingkirkan. Maka, makin lama makin sihat & makin cantiklah badan & kulit anda. Jangan cuma rajin  ambil supplemen, tapi hal2 yang penting ni tak jaga. Jadi banyakkan minum air putih okay?*Cis! Aku sendiri pun liat nak minum air putih.. Nak nasihat orang kunon -.-'* 



2. Tidak mengikut dose yang ditetapkan
Sesetengah dari badan kita mampu untuk mengambil supplemen dalam dose yang tinggi. Tapi ada sesetengahnya pula tidak mampu. Inilah antara penyebab ruam, jerawat dan sebagainya. Disarankan untuk permulaan, cuba ambil dalam sukatan yang sedikit dahulu. Selepas 3 hari baru tambah dose. Jika sekiranya tiba2 anda mengalami ruam atau simptom2 seumpanya, sila kurangkan dose pengambilan supplemen anda. Itu menunjukkan bahawa badan anda tidak mampu menerima dose yang tinggi. Banyakkan minum air putih berbanding air manis.



3. Tidak istiqamah
Ini pun biasa berlaku pada diri Mieza. Orang kata hangat2 najis ayam. Haha! Hari pertama semangat makan. Hari ke-3 ke-4 mula lah ada lopong2. Terlupa ambil time pagi lah. Terlupa ambil time malam lah. Lepas tu tak sempat nak ambil lah. Macam2 alasan kan? Itu biasa.. Hiks! 

Tipsnya mudah saja! Cuba guna sticky note yang kaler2 tu then tulis kat situ 'Sila ambil supplemen sebelum memulakan hari anda @ sebelum tdo!'.. Lepas tu tampal kat mana2 yang anda mudah nampak. Kat pintu bilik air ke, kat fridge ke, atau pun pada cermin solek! Belajar disiplinkan diri.. Supplemen bukan untuk anda kelihatan cantik semata2, tapi penting untuk kesihatan tubuh anda.


4. Pengambilan kafein or minuman berkarbonat
Kepada peminat2 minuman berkafein seperti kopi, nescafe, teh dan juga minuman2 berkarbonat tu, ini ada pesanan khas untuk anda! Kalau rasa tak sanggup nak tinggalkan minuman favourite anda tu, jadi silalah jangan makan supplemen sebab nanti membazir jer. 

Kalau anda beriya amal makan macam2 jenis supplemen sekali pun, tapi minum plak kafein jawabnya memang tak ke mana lah khasiat supplemen tu sebab dah diserap oleh kafein. Sebab tu lah tak nampak kesan. Lepas tu amuk kata supplemen tu tak baguslah, tak ori lah, orang yang jual tu penipulah. Macam2 statement negatif yang keluar kan? Ish2, jangan buat perangai cenggini ye sayang2ku. Huduh sangat rupanya.


Nak cantik, nak sihat, tapi tak sanggup nak hidup cara sihat. Cemane tu? Jadi, cuba2lah kurangkan pengambilan minuman berkafein atau berkarbonat. Kalau tinggal terus lagi bagus! Sebab badan manusia ni lain2. Macam yang Mieza bagitau awal2 tadi. Ada yang cepat nampak kesan, ada yang lambat. Bagilah masa untuk badan anda menunjukkan hasilnya. Tak semua orang dapat kesan yang terbaik dalam masa yang singkat. Yang penting disiplinkan diri & istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan. 



NOTE : Jom hidup secara sihat! ^_^



Read More

Thursday Plantation Tea Tree Dry Skin Relief Untuk 4 Pembaca Bertuah Blog ZPC! ^_^


Assalamualaikum semua! Hari minggu macam ni buat apa je la korang? Mieza macam biasalah, hujung minggu ke tak hujung minggu ke tanggungjawab sebagai surirumah tetap kena buat macam biasa. Mana ada istilah cuti. Huhu.. -.-'

Okay, seperti yang Mieza janjikan, Mieza ada 5 hadiah untuk diberikan kepada 5 pembaca bertuah blog Zon Permaisuri Chomel ni. Tapi untuk kali ni cuma ada 4 tube Thursday Plantation Tea Tree Dry Skin Relief (200ml) untuk 4 orang yang bertuah. Another 1 special sikit. Coz Mieza nak bagi kepada seseorang yang special jugak! *Tak perlu cabut2 undi untuk beliau ;-)* 


Siapa dia? Jeng3! Next entry Mieza bagitau k!


So, kepada sesiapa yang berminat nak hadiah istimewa ni silalah tinggalkan komen korang. Mieza bagi masa untuk korang tinggalkan komen sampai esok je tau! Tak ada limit penyertaan ye coz ni bukan GA. Sekadar nak berkongsi rezeki dengan kawan2.. ^^,


Cara pemilihan mereka yang bertuah ialah melalui khidmat random.org. Nama pun pembaca bertuah kan? Hikhik! Semoga bertuah! ^__^



Read More

Thursday, 25 April 2013

Ayuh Bersatu Menentang Jenayah!


Jenayah semakin menjadi-jadi dan berleluasa di Malaysia. Pernah tak terfikir, apa sumbangan kita sebagai salah seorang rakyat Malaysia untuk sama-sama mengurangkan kadar jenayah di negara kita? Mieza pasti tak ramai yang berani tampil menentang jenayah even berlaku depan mata kita sendiri. Betul tak?

Pelbagai usaha telah dilakukan namun tanpa sokongan kita semua sebagai rakyat Malaysia, usaha2 tersebut tak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sudah tiba masanya untuk kita sama2 memikul tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan menentang jenayah.

United Agains Crime adalah projek di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih selamat. Di sini kita boleh belajar berkenaan pencegahan jenayah, berkongsi dengan keluarga dan kawan2 kita, sekaligus turut sama membantu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman & selamat untuk hidup.

Jadi apa yang kita boleh lakukan ialah sama2 berikrar demi keselamatan dan keamanan negara tercinta.

My Pledge! ^_~

Alhamdulillah, Mieza dah register my pledge! Lebih 600,000 rakyat Malaysia sudah pun berikrar! Korang bila pulak? ^_^
::
::
::


NOTE : Mieza dah ada hadiah untuk diberi kepada 5 pembaca bertuah blog ni! Macamana nak jadi bertuah? Tunggu my next entri k! ^_~



Read More

Wednesday, 24 April 2013

2 Tahun Yang Lalu..


Pejam celik pejam celik dah 2 tahun lebih berlalu. Rasa baru semalam naik pelamin. Perasan pengantin baru lagi. Ahaks! ^_^

Sekadar memahat secebis kenangan untuk tatapan di masa hadapan. Pergh! Ayat dah macam ayat dalam novel. Ngahahahaha! Sebelum ni tak pernah lagi upload gambor nikah kahwin iols kat sini kan? Baru perasan. Ngeee..


Majlis kami dulu simple2 jer. Tapi alhamdulillah berjalan dengan lancar even hujan di kedua2 belah kenduri sampai digelar pengantin hujan. Hehe.. Make up for semua majlis dalam gambar kat atas ni adalah sendirian berhad kecuali yang baju merah tu.


Yang baju silver grey tu masa akad nikah. Merah masa kenduri belah Mieza. Yang pakai gaun tu pulak  masa acara potong kek. Yang ni buat belah malam after kenduri belah Mieza. Just for family terdekat jer. Yang ni langsung tak pakai make up. Sekadar tempek compact powder & eyeliner.. Pemalas giler nak make up..Haha!


Last but not least baju kaler hot pink tu masa kenduri belah incit chenta. Actually kain untuk baju ni ialah hantaran masa bertunang. Request kat bakal mak mertua (masa tu lah, skang dah jadi ibu mertuaku.. Hehe!) nak kaler purple pink macam kaler myvi tu. Last2 dapat hot pink. Pasrah je la.. Huhu~~


Apa pun, sangat berterima kasih kepada semua kaum keluarga, jiran tetangga, sahabat handai & semua yang telah banyak membantu dalam menjayakan majlis2 kami.. ^_^




NOTE : Ni kira entri sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2 bulan lepas. Thinking of giving away some gifts for my lucky readers. Sape nak?




Read More

Selamat Makan Tengahari! ^_^


Dah masuk waktu makan tengahari dah ni. Semua dah makan ke? Ni bukan lauk hari ni ye.. Minggu lepas punya. Haha! Semua cerita basi jer haku nih. Ha, kalau yang ni if ada lagi hari ni dah kompem2 basi. Telur dadar tu dah jadi menu wajib kat umah ni. Kalau takde, mesti bising incit chenta duk mencari telur dadar. 

Hari2 makan telur. Muka pun dah rupa telur. Tak lama lagi boleh join keluargaYokies! Haha! Budak2 zaman sekarang mana tau citer katun Yokies ni. Zaman2 den yo tau.. 

Kamilah Keluarga Yokies! 


NOTE : Rindu zaman kecik2 dulu.. Time makan, makan.. Tak payah penin2 nak pikir nak masak lauk apa bagai.. Huhu~~


Read More

KFC Spicy Korean Crunch..


Mempersembahkan KFC Spicy Korean Crunch! Antara menu baru di KFC Colonel. Dari apa yang diperkatakan, pedasnya memang boleh buat tercabut rambut. Tapi for me, biasa2 je kot. Tak pedas pun. Huhu..


Ni semua hasil penangan iklan di tv dan review dari rakan2. Tak nak ketinggalan kononnya. Haruslah nak cuba kan? Makanya, mintak incit chenta belikan. Mieza tak kata tak sedap tau. Okla jugak rasa dia cuma tang spicy tu macam terpedaya jer.. Tang mana spicynya? 


NOTE : Sebut pasal Korean food, tetiba nak makan bibimbap pulak. Haih~! -.-'



Read More

Tuesday, 23 April 2013

Apa Ada Pada RM1 ??


Ini adalah berita hebak buat pengguna2 maxis seluruh negara. Ewah! Seronok ler tu? Sekarang ni korang boleh la bergembira download lagu2 kegemaran korang dengan hanya RM1 untuk setiap lagu.

Ko nak lagu apa ? Cakap jer. Lagu omputih, hindustan, indonesia, raflesia.. Semua ado! Ha, kalau rasa nak feeling2 Kpop tu boleh ler download lagu2 Kpop dambaan kalbu masing2. Very the ohsem kan? Jadi apa tunggu lagi? Dail lah *100*2# sekarang!

Pengguna2 maxis sahaja ye. Korang yang guna selain daripada tu sila duk diam2 kat tepi. Jangan kacau orang nak pilih lagu.. Eh? Iols pengguna Celcom ke? Okay, fine! -.-'



Go To Maxis Hotlink For More Info! ^_~



Read More

Shopping Banyak Ni Pun Kena RM300! Ish2!

Last Saturday, since barang2 dapur pun dah kering so me & incit chenta pegi ler ke Mydin Hypermarket Jelapang untuk shopping barang dapur. Barang2 sekarang beli secoet pun dah beratus kan? Kalau dulu RM100 tu macam2 boleh beli.. Sekarang, apa sangatla boleh dibeli dengan nilai tu.. Ermmm..~~

See? Banyak ni pun nak dekat RM300 kena cas! Pengsan! -.-'

Nasib ler nak idup. Kadang2 naik penin memikirkan harga barang2 sekarang ni. Makin lama makin tercekik rasa nak membeli. Huhuhu~~

Masa ni dah masuk waktu makan tengahari. Nak balik masak macam dah lewat sangat. So kitorang makan tengahari di Marry Brown. Mieza masa ni still kenyang lagi, so takdela memilih sangat nak makan kat mana2.  Tekak haku ni demand tau! Ko jangan memain. Hehe..

Since incit chenta insist nak try makan kat situ, Mieza pun on je la.. Masuk2 terus order. incit chenta gi cop tempat kat bahagian dalam sikit. Ada buai.. Macam sonot pulok kalau dapat makan sambil berbuai kan? Haha!

Menu kami! Mieza makan Fish & Chips kebenda ntah.. Incit Chenta pulak order Tower Burger..

Bagi Mieza takde la sedap mana pun. Siap tak abis makan lagi. Huhu... Last2 tapau wat balik bagi budak2 kat umah makan.. Tapi incit chenta kata burger yang dia makan tu sedap. Maybe sebab Mieza still kenyang that's why la semua tak sedap.. Hikhokkk~~


Yang bestnya makan di Marry Brown ni pada Mieza is just because of the environment. Santai2 jer.. Macam makan kat umah. Siap ada tv, buai, & playground. Bagi mereka yang ada anak kecik tu boleh la lepas anak2 uols main kat dalam tu sementara uols makan.. Sambil2 tu boleh pantau dorang dari luar..  =)

A sneak peek of the deco & environment..

Laki haku tengah ralit melayan citer 'The Cars' kat tv.. Rate Mieza boleh bagi untuk Marry Brown ni just 2 stars kot.. Huhu.. Sori ler berlori2.. Not my taste sangat makan kat sini.. Tapi lain orang lain citarasa kan? Maybe orang lain ok jer makan kat sini.. But not for me.. Jangan marah haaa bagi peminat2 Marry Brown.. =)
Read More

Monday, 22 April 2013

Secawan Neslo Panas..

Pergh! Hujan boleh tahan lebat 2,3 hari ni. Alhamdulillah, rahmat Tuhan.. Hujan2 macam ni layan blog syok jugak. Ditemani pulak dengan secawan Neslo panas.. Asikkkkkk! ^_^

Dah lama tak blogwalk ke blog kawan2. Bukan malas tau, jangan salah paham pulak ea kawan2. Tapi biasalah, banyak urusan nak kena handle. Sejak mula terlibat sepenuhnya dengan Rafhanah Trading ni, masa lapang tu dah makin berkurangan. Blogshop pun dah tak sempat nak update. Huhu.. But insha Allah, ada update terbaru nanti.. Keep on track ye semua! ^_~

Alhamdulillah, business semakin stabil. Semua ni rezeki yang Allah ta'ala bagi. Hope satu hari nanti kami berjaya menjadi salah satu syarikat bumiputera yang maju dan disegani ramai. Insha Allah. Janji Allah itu pasti. Yang penting usaha + doa + tawakal.. ^_^

Jemput minum! Amik secawan sorang ye.. Jangan rebut2.. =)


NOTE : BELIEVE & NEVER LOSE HOPE! ^___^



Read More

Mamam Time! ^_^

Dalam entry sebelum ni Mieza cerita pasal Muay Thai kan? Well still trying to upload the video but the same problems occur. Error! What so ever! Yang penting perut perlu diisi.. Betul ke tidokkk? Haha!

Lepas jer tamat perlawanan persahabatan Muay Thai tu kitorang pegi menternak lemak di food court sebelah pulak. Sangatlah sehat kan? Dalam hati aku, macam tak berbaloi jer kome bersukan bagai. Abis bersukan terus pi menyantap. Tengah malam buta pulok tu. Ermm..

Tapi demi kecintaan terhadap makanan dan kasih sayang yang tak berbelah bagi terhadap perut masing2,  maka pejam mata jelah menapak ke food court. Ngahahahaha! Haku tak makan lagi kot woiii..! Gara2 over excited nak tengok Muay Thai sampai lupa nak makan sebelum keluar. Parah! -.-'
Menu hamba! Apa ke nama ntah, lupa dah. Yang ingat hotplate jer. Haha! Nampak tak permainan dia? Perut punya pasal, sampai nama apa menu yang haku order pun lupa. Nak tangkap gambar pun lupa. Dah siap ngap sampai dah nak abis baru teringat nak snap gambar. Maka, inilah hasilnya! Tinggal sejemput nasik ditemani beberapa ketul daging jer. Yang sedap hanyalah nasik & dagingnya. Selain dari tu sumpah tak sedap. Tapi sebab lapor tak hengat, licin jugak haku balun.. Lalalala~~
Yong tau fu! Order banyak2, makan ramai2! Pun  takde la sedap mana, tapi licin jugok kitorang bedal. Haha! Nafsu makan katanya.. Beh~~~  -_-#

Psttt! Kalau korang perasan, sebelah hotplate iols tu ada 2 gelas teh o ais asam boi! Tamak sangat! Ngahahahahaha! Sekian entri makan situ sana sini.. Lama kan tak buat entri makan2 ni? Next will be makan2 lagi.. I love makan! \^o^/



Read More

Muay Thai ? Ada Berani ??


Ni cerita Jumaat 2 minggu lepas. Haha! Kalau boleh basi, dah lama basi kot. Tapi apa ada hal? Tengah berkelapangan ni, baik dikongsi. Siapa kat sini tau pasal Muay Thai? Or ada siapa2 yang memang join akdemi Muay Thai kat mana2? Seperti biasa, tempek muka tuan blog sebesar2 alam dulu. Bhahaha!

Last 2 weeks, Mieza ikut incit chenta pegi tengok perlawanan persahabatan Muay Thai. Selalu tengok kat tv jer, tak pernah lagi tengok secara life. Teringin jugak nak tengok life kan. Hehe.. Sampai2 kat sana, takde orang lagi. Over excited ko weols, terawal pulak sampai. Ngeeee~~
Tapi no hal. Lepak2 dulu tengok budak2 dorang training, camwhore macam budak jakun sejenak, lepas tu menyibuk join dorang menyembang. Haha! Dalam 9.30 pm macam tu baru la perlawanan start. Duh, dasyat jugak ekk.. Bila dorang suh incit chenta haku masuk ring, haku pulak yang kecut. Terus bagi hint kat incit chenta, jangan naik! Mau tak kecut hoi..! Yang kat dalam ring tu bekas champion Muay Thai kebangsaan bro! Laki haku tu ilmu di dada pun belum cukup lagi.. Baik jangan cari nahas..

Perlawanan awal2 tu suam2 kuku jer coz ramai budak baru. Macam kurang umph sikt. Boleh pulak umph2 kan? Apa ko ingat ni teh boh? Ada umph takde umph? Ahaks! Masuk yang last tu baru la gempaq. Yang berdiri sebelah kanan yang pakai short pendek warna kelabu & singlet kaler itam tu la bekas champion. Orang kata badan dia dah keras macam besi. Hari2 kot training. Siapa2 yang sparing dengan dia memang kesakitan la jawabnya. Nampak kecik je kan? Tapi pergh! Memang hebak ah! Yang lawan dia tu pulak jurulatih incit chenta & the geng. Boleh tahan gak ko dia buat tendangan yang terbang2  pusing2 tu. Apa ke nama ntah jenis tendangan macam tu.

Sebenarnya ada rakam video tau. Tapi macam berat sangat pulak nak upload. Asyik error jer.. Huhu.. Nampak gaya takde rezeki ler korang nak tengok. Takpe2, next time Mieza try upload lagi k!



NOTE : Amacam? Ada berani nak join Muay Thai?
  


Read More

Ahli Baru Lagi! ^_^


Hai korang! Tenggelam timbul jer kan blog ni 2,3 hari ni. Hehe.. Bukan menyepi. Ada jer. Tapi kekangan masa tak mengizinkan Mieza untk update blog selalu. Huhu.. Adat la kan kalau dah nama surirumahtangga ni. Macam2 benda kena urus. Nak2 pulak sejak bertambah ahli keluarga ni.. Hehe..

Oh, si PUTEH dah besar tau. Gemuk gedempol! Sekarang nama panggilan dia kat umah ni TEH MOK.. Ahaks! Keje dia macam dalam pic kat atas tu la. Siang tido, malam merayap kat luar. Kadang2 terpaksa gi mencari pulak tengah2 malam buta. PUTEH.. PUTEH.. 
Si LONER pun dah makin membesar. Dia ni suka jeles kalau kitorang duk manjakan PUTEH tau. Asal orang dukung or usap2 PUTEH mesti budak ni datang menyemak. Tabiat LONER ni is kalau kita nak makan, kena siap2kan satu piring untuk dia sekali. Orang makan dia pun nak makan sama. Kalau letak piring dia siap ada makanan kat dapur, dia tak nak makan. Nak makan ramai2 kononnya.. Ngengada sangat.. Oh! Satu lagi budak ni pantang jumpa kertas or tisu, abisla satu kotak tisu tu dikerjakannya kalau tak sorok betul2.. Sabo jela..

Sekarang dah bertambah sekor lagi keluarga baru. Incit chenta nampak si kecik ni kat tepi longkang sekor2 masa dia balik dari kerja. Masa tu dah tengah malam tau. Dia balik2 pas kan barang2 dia suh Mieza simpan, pastu kuar balik katanya nak gi amik anak kucing. Dan inilah si kecik tu...........


Sama macam si LONER dulu, jumpa tepi longkang. Bezanya cuma LONER masa kitorang jumpa tu besar sikit je dari si kecik ni. Nama dia EGAN. Tu incit chenta yang bagi, tapi Mieza panggil KEKET or CHEQ jer. Baru masuk 2 minggu si EGAN ni dengan kitorang. Nampaknya PUTEH & LONER pun dah mula boleh terima kehadiran si kecik ni dalam family dorang. =)


NOTE : Incit chenta pun dah kena penyakit suka kutip kucing liar wat balik umah.. Hehehe.. 


Read More

Tuesday, 16 April 2013

Craving For Meatball Abang Burn..


Hohoii !! Ko tengok tu uols. Mana tak mengidam haku dengan Meatball Abang Burn ni. Dah lama sebenarnya Mieza duk usha2 Burger Bakar Abang Burn ni. Sebelum ni duk uhsa Burger Bakar. Tetiba keluar pulak menu baru meatball ni. Kalau dapat makan lah ni, pergh! Kompem nanges..!

Antara menu yang buat iols mengidam sampai ke la..





Tang kambing tu takdela meliur sangat since Mieza memang tak makan kambing. Tapi kalau bagi kat incit chenta maunya dia tapau 2,3 ketul bawak balik. Hehe..

Tekak orang puasa cengginila uols. Semua benda duk mengidam. Tapi serius dah lama dah duk mengidam ngan Burger Bakar Abang Burn ni. Kat Ipoh ni memang ada burger bakar, tapi bukan Abang Burn punya jajahan. Sedap tu sedap la, tapi dah semua duk havoc cakap Burger Bakar Abang Burn ni paling terbaik, harus jugak nak try. 

Harap2 lepas ni Abang Burn luaskan jajahan ke Ipoh pulak ye.. Kompem tiap2 minggu haku duk bertenggek gi makan burger bakar & meatball kat sana.. Hehehehhokkk~~! ;p



Nak Tau Lebih Lanjut ? 
::
::
Sila Ke Website : http://www.abangburn.com/
atau 


Read More

Monday, 15 April 2013

First Cheque From Churp2! ^_^


Alhamdulillah, merasa juga income dari Churp2. My first check from Churp2 ni tau. Sampai dah lama dah sebenarnya. Dalam 2 minggu lepas kalau tak silap. Tapi lupa nak update. Total takde la banyak mana, tapi bolehla buat rewards diri sendiri untuk subscribe Bag Of Love! Hehe.. 

Lepas ni tunggu Nuffnang pulak. Even still cam lambat lagi tapi takpe, sikit2 lama2 jadi bukit. Blind pun dah boleh cashout. Hoyeah2! Says bakal menyusul untuk 2nd cashout.. Rezeki berblog. Syukur apa adanya.. =) 


Read More

Friday, 12 April 2013

Cotton Candy Romantic Sangat..


Semalam bw ke blog kawan2 terjumpalah satu kuiz ni kat blog SOLEHAH SHAMSUDDIN. Kuiz pasal Enchanteur : What kind Of Romantic Are You? Rasa macam best jer. So, Mieza pun sajela suka2 jawab kuiz tu. Suka kuiz ni bukan sebab apa, gambar2 dia comey2 sangat.. Hikhik!

And the result is ............. You Are A Cotton-Candy Romantic! Haha! Romantik sangat..! Terasa comel pun ada.. Lalalalalala~~

Okla, just for fun! Korang kalau nak cuba boleh la ke Enchanteur Official Facebook kat SINI. Have fun! Bye! ^_^



Read More

Bag Of Love : Unboxing Tea Party!


Siapa kat sini pernah dengar pasal Bag Of Love? Kalau tak pernah, meh Mieza bagitau. Untuk dapatkan Bag Of Love ni, kita kena langgan tau. Dengan langganan Bag Of Love ni, korang akan dapat a beautiful bag of 5 deluxe sample-size beauty products. Ha, best kan? Beauty products tu pula terdiri daripada rangkaian produk penjagaan rambut, kulit, badan, kuku, wangian hinggalah ke alat solek. Ohsem kan?

Paling best, korang akan dapat design beg dengan rangkaian produk yang berlainan setiap bulan! Tapi kenalah subscribe dulu. Jangan risau, korang boleh pilih nak subscribe untuk berapa bulan based on your budget macam dalam pic kat bawah ni.



See? Boleh pilih mana2 yang sesuai dengan bajet masing2. Nak tengok macamana dia punya packaging ? Okey, jom scroll down..!
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
Debut Bag : Mac 2013

Bag of April 2013!

Menarik kan? Weols are so lucky tau coz Bag Of Love ni baru je debut its first bag last month. So, it is still not too late for us to subscribe for the next design & different beauty products! Yeay! \^o^/

Ehemmm.. Ni yang paling best & I'm pretty sure everyone is waiting for this! Same goes to me! Weeee..! ^_^

The Unboxing Tea Party!

Venue : Delectable Su, Paradigm Mall
Date : 27 April 2013 (Sabtu)
Time : 11am-1pm | 2pm-4pm

The reason why Mieza nak sangat2 join this Unboxing Tea Party ialah :-

  • Ingin merasai sendiri keterujaan & pengalaman kejutan unboxing the Bag Of Love.
  • Ingin mendapat peluang mereview barangan kecantikan dari Bag Of Love.
  • Minat yang mendalam terhadap barangan kecantikan. 
  • Last but not least, of course nak berada di kalangan beauty bloggers yang hadir and berkenalan dengan lebih dekat dengan mereka (untung2 dapat tips2 kecantikan secara percuma! Hehe..) 



For More Details:-
Check Out Their Website at http://www.bag-of-love.com
or 
Visit Their Facebook : Bag Of Love



To Join!
Click Here --> THE BUTTERFLY PROJECT and go to GIVEAWAY!



**All Pictures Credit To Bag Of Love**



Read More

Thursday, 11 April 2013

Merasa Jugak Nak Makan Alien..

Jumaat lepas kan tekak iols ni merengek tetiba nak makan kek. Dalam pada nak makan kek tu nak jugak makan Alien. Eh, ni bukan alien makhluk asing tu tau. Ko gila tiba2 haku nak makan alien tu. Haha! Ni Alien donat Big Apple.. Hehe.. Ngengada sangat kan ?

So, last Saturday incit chenta bawak la gi cari Alien. Hari tu ada wedding anak buah makcik sebelah rumah ni jugak. So kitorang pegi attend the wedding first, lepas tu baru gi dating. Gigih sangat ko iols gi jalan2 berdating pakai baju kurung. Ahaks!

Plan tak dirancang, dan2 pulak incit chenta ajak tengok wayang. Apa lagi ko uols, on ajerrrr.. Lagi pun macam dah lama sangat tak tengok wayang berdua. So, terus gi beli tiket dulu. Wayang start pukul 4.30 petang. Masa tu baru kul 3.30 ptg, so kitorang gi isi perut dulu. *Pssst! Baru lepas makan nasik kenduri, tapi macam tak kenyang pulok. Ahaks! Dasar tekak tong dram*


So, kitorang ke Secret Recipe. Makannnnn!!! Ooops! Since cik puan bini duk merengek tergedik2 nak makan Big Apple, haruslah gi beli Big Apple dulu.. Kang ada pulok kejadian amuk kat SR tu, sape nak jawab ? Haha..! Kengkonon nak mencekik Big Apple kat SR, tapi staff situ tak kasi ko uols. Oleh yang demikian, tahankan ajer la tembolok dahku ni. Incit chenta suh bedal jer, feduliks kan dorang katanya. Tapi iols ni kan manusia yang mematuhi peraturan *sangatttttt.. Tangan ke bahu mata ke atas*, so konon2 hormat peraturan dorang jadi tak makanlah kat situ.

Inisiatif yang diambil adalah...............

......pau makanan incit chenta!!!!! Ngahahaha!!! Sedap ko uols benda alah nih. Apa kebenda nama ntah. Chicken Parmigiana? Permigriana? Ha, cenggitulah lebih kurang bunyi dia. Haku feduliks apa, dah tak boleh nak makan Alien haku, makanan incit chentalah yang jadi mangsa.. Nyum2! ^_^

Dan opkos dessert yang nanges gila dapat makan........
.....Chocolate indulgence! Pergh, dapat jugak makan kek.. Nyum2 sangat..! Tapi my most favourite is Chocolate banana. But since incit chenta punya, jangan nak banyak bunyi sangatla kan. Orang dah offer tu dah cukup baik dah. Makan jer diam2.. Ngeeee..~~


Weols punya air. Makan2 takde air kang tercekik pulok. Mieza order ice lemon tea jer. Incit chenta punyer ntah apa ke nama ekk? Capuchino Caramel? Ah! Tak koser nak ingat.. Tapi sedap! Haku bab mengepau makanan orang memang hebak! Ahahahaha! 

Dah kenyang2 tu barulah feel tengok wayang. Membajet nak mencekik donat dalam panggung wayang, tapi kedapatan pulok ngan abams yang jaga tiket tu. Nyampah nah! Terpaksa tinggalkan kat luar. Cisss sangat! Nasib baik citer best. Sampai lupa Alien aku kat luar. Nak tau kitorang tengok citer apa? Pilih dari senarai dalam gambar di bawah.. 

Ha, teka jangan tak teka..! Sape dapat teka dengan betul menang hadiah. Hadiahnya ialah penginapan hari2 setiap malam di rumah sendiri. Hikhik! Jangan marah arrrr.. 

Iols tahu, uols mesti tak koser nak layan main teka2 ngan iols ni kan? So iols bagi la jawapan terosss.. Weols tengok citer 'The Croods'..! Ahahahah! Anak2 sangat kan ? Dengar prung prang prung prang orang cakap best, mestilah kite pun nak tengok jugak.. Tak nak kalah.. Haha! Tapi memang best pun.. Ada satu part tu hampir2 nak nanges kite tau, nasib baik tak nanges lagi.. Huhu!~

Eh, baru perasan. Gambar muka tuan blog sekeping haram takde tertangkap. Cissss! Acaner leh terlupa nak enteprem nih ? Ah! Ni semua gara2 Alien! Ko dah kenapa, gara2 tak tersnap muka sendiri pun nak amuk bagai..? Eh, mana ada amuk.. Takde.. Takde.. Eheks!

Balik rumah laju2 buka kotak Big Apple. Oh, my alien! Lama ko tunggu aku ngap ko kan ? Akhirnya merasa juga nak makan ko..! Nyum..! ^_^
Korang tau Alien yang mana? Tu ha, yang ada coklat curl2 tabur kat atas tu.. Ada 2 ketul, seketul sorang. Last but not least, million thanks to incit chenta coz belanja kite Big Apple! Xoxo! ^_^

Oh ya! Tengah2 boring duk menunggu makanan siap tu aku ngan incit chenta sempat buat show jap. Saksikan the puppet show kitorang! Ngahahahhaha..! ^o^

video



Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com