Blogger templates

Saturday, 27 April 2013

Supplemen Tak Berkesan.. Kenapa ??

"Kenapa saya makan supplemen tapi tak berkesan?".. Ini soalan yang biasa didengar bagi mereka yang amalkan pengambilan supplemen. Tak kesahlah supplemen apa2 pun. Sekarang ni kan dah macam2 jenis supplemen keluar.. Dengan kolagen lah, vitamin itu ini segala mak nenek kan?

Sebenarnya bukan tak berkesan ye sayang2ku. Tapi mungkin lambat menunjukkan hasil. Mieza pun ada amik supplemen. Soalan yang sama jugaklah yang keluar dari mulut Mieza. Untuk pengetahuan semua, setiap individu itu berbeza. Bergantung kepada faktor tubuh badan masing2. Ada yang dalam masa seminggu 2 minggu dah nampak kesan dia, tapi ada sesetengah individu pulak mungkin perlu mengambil masa untuk dapat hasil seperti orang lain.


Semua ni bergantung kepada beberapa faktor yang amat penting yang mungkin sebelum ni kita kurang tahu atau tak tahu langsung tentangnya. Oleh itu, mari kita ambil tahu bermula hari ini! ^^,



1. Kurang minum air putih
Ini adalah perkara yang paling penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Meminum air putih dengan banyak akan membantu tubuh kita menyingkirkan toksin daripada badan dengan lebih cepat. Beli supplemen mahal2 tapi malas minum air putih. Makan supplemen dah ikut dose tapi tak sampai seminggu mula complain naik jerawatlah, ruamlah, itulah inilah.. Bila ditanya minum air putih banyak tak? Berapa liter sehari? Jawapannya.......1 liter.


Okay, sebenarnya jumlah tu masih tak cukup untuk membantu badan kita menyingkirkan toksin. Sekurang2nya cuba amalkan minum air putih 3 liter sehari. Nanti kang ada pulak yang cakap, "Ala, minum air banyak2 tak larat nak ke tandas la. Asyik nak kencing jer. Nak buat kerja pun tak senang.."


Hai, itu perkara biasa la sayang. Makin kerap anda buang air kecil, makin banyaklah toksin dalam badan anda disingkirkan. Maka, makin lama makin sihat & makin cantiklah badan & kulit anda. Jangan cuma rajin  ambil supplemen, tapi hal2 yang penting ni tak jaga. Jadi banyakkan minum air putih okay?*Cis! Aku sendiri pun liat nak minum air putih.. Nak nasihat orang kunon -.-'* 



2. Tidak mengikut dose yang ditetapkan
Sesetengah dari badan kita mampu untuk mengambil supplemen dalam dose yang tinggi. Tapi ada sesetengahnya pula tidak mampu. Inilah antara penyebab ruam, jerawat dan sebagainya. Disarankan untuk permulaan, cuba ambil dalam sukatan yang sedikit dahulu. Selepas 3 hari baru tambah dose. Jika sekiranya tiba2 anda mengalami ruam atau simptom2 seumpanya, sila kurangkan dose pengambilan supplemen anda. Itu menunjukkan bahawa badan anda tidak mampu menerima dose yang tinggi. Banyakkan minum air putih berbanding air manis.



3. Tidak istiqamah
Ini pun biasa berlaku pada diri Mieza. Orang kata hangat2 najis ayam. Haha! Hari pertama semangat makan. Hari ke-3 ke-4 mula lah ada lopong2. Terlupa ambil time pagi lah. Terlupa ambil time malam lah. Lepas tu tak sempat nak ambil lah. Macam2 alasan kan? Itu biasa.. Hiks! 

Tipsnya mudah saja! Cuba guna sticky note yang kaler2 tu then tulis kat situ 'Sila ambil supplemen sebelum memulakan hari anda @ sebelum tdo!'.. Lepas tu tampal kat mana2 yang anda mudah nampak. Kat pintu bilik air ke, kat fridge ke, atau pun pada cermin solek! Belajar disiplinkan diri.. Supplemen bukan untuk anda kelihatan cantik semata2, tapi penting untuk kesihatan tubuh anda.


4. Pengambilan kafein or minuman berkarbonat
Kepada peminat2 minuman berkafein seperti kopi, nescafe, teh dan juga minuman2 berkarbonat tu, ini ada pesanan khas untuk anda! Kalau rasa tak sanggup nak tinggalkan minuman favourite anda tu, jadi silalah jangan makan supplemen sebab nanti membazir jer. 

Kalau anda beriya amal makan macam2 jenis supplemen sekali pun, tapi minum plak kafein jawabnya memang tak ke mana lah khasiat supplemen tu sebab dah diserap oleh kafein. Sebab tu lah tak nampak kesan. Lepas tu amuk kata supplemen tu tak baguslah, tak ori lah, orang yang jual tu penipulah. Macam2 statement negatif yang keluar kan? Ish2, jangan buat perangai cenggini ye sayang2ku. Huduh sangat rupanya.


Nak cantik, nak sihat, tapi tak sanggup nak hidup cara sihat. Cemane tu? Jadi, cuba2lah kurangkan pengambilan minuman berkafein atau berkarbonat. Kalau tinggal terus lagi bagus! Sebab badan manusia ni lain2. Macam yang Mieza bagitau awal2 tadi. Ada yang cepat nampak kesan, ada yang lambat. Bagilah masa untuk badan anda menunjukkan hasilnya. Tak semua orang dapat kesan yang terbaik dalam masa yang singkat. Yang penting disiplinkan diri & istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan. 



NOTE : Jom hidup secara sihat! ^_^



12 comments:

  1. Nice entry... Penerimaan bdn juga x sma..ikut metabolisme dan hormon badan msing2..

    ReplyDelete
  2. kan... byk faktor yg mempengaruhi. kdg2 kita sendiri pun tak sedar @ tak tau.

    ReplyDelete
  3. Belum berkesempatan amik apa-apa supplement lagi. Masih mencari mana yang sesuai.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian ni.tu lah kan,kalau amek supplement ape2 pun kene ikut aturan pemakanan yang betul.barulah menjadi.:)

    ReplyDelete
  5. Good entry dear..kena lebih istiqamah lps ni kl nak kekal cantik..

    ReplyDelete
  6. betul3...setuju sangat..minum air tu penting..untuk nyahkan toksin dalam badan..

    ReplyDelete
  7. betul3...setuju sangat..minum air tu penting..untuk nyahkan toksin dalam badan..

    ReplyDelete
  8. betol tu..mantap entry ni...
    kena usaha dan yg len tawakal jaa..

    ReplyDelete
  9. yup... tgk pd hormon kot..ada yg cpt berkesan, ada yg lmbt..

    ReplyDelete
  10. yup... tgk pd hormon kot..ada yg cpt berkesan, ada yg lmbt..

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com