Blogger templates

Wednesday, 29 May 2013

Project C Blogbuster Campaign

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Alhamdulillah, video submission untuk kempen blogbuster kedua dari Nuffnang dah approved! Apa itu project C? Entah, Mieza pun tak tahu sebenarnya. That's why la dia suruh teka kan? Suka jiwa je aku kata Christiano Ronaldo nak buka gerai cendol kat Malaysia.. Ngahahaha!

Korang kalau nak menang hadiah inovatif bernilai RM100,000 pergilah pakat teka ramai-ramai. Mana ler tau, ada rezeki kan.. Okaylah, sekarang ni dah ada dua blogbuster campaign yang sedang berlegar-legar di blog Mieza ni. First, Acer Hybrid Ultrabook. Mieza rasa campaign tu keluar kejap je kan? Sekali dua lepas tu senyap terus.. Huhuhu.. Takpelah..

Untuk campaign Project C ni, ianya akan berlangsung selama lebih kurang 2 minggu iaitu bermula 29 MEI 2013 hinggalah 13 JUN 2013 ye. So, kalau korang ternampak campaign ni keluar di ruangan 'Penaja Blog' tu, sudi-sudilah klik ye.. Jangan gelak sudah. Kehkehkeh!

 A sneak peek of the video campaign..



NOTE : Rafhanah De' Blogshop pun dapat lamaran dari dua campain yang sama tapi tak sempat nak buat video.. Huhu~~



Read More

Pertanyaan Dari WeeClicks..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Pertanyaan Dari WeeClicks | Siapa ada dapat emel dari WeeClicks macam ni? Atau ada sesiapa yang pernah pasang iklan WeeClicks ni di blog? Mieza tak berapa tahu sangat pasal WeeClicks ni. Risau kalau pasang nanti kang habis kacau status gliteratti Nuffnang. Huhu..


So, kepada sesiapa yang ada pengalaman dengan WeeClicks ni mohon bagi pandangan sikit boleh? Contohnya, kelebihan memasang iklan WeeClicks di blog. Adakah ianya salah satu musuh Nuffnang? Kalau kita pasang iklan WeeClicks di blog yang kita dah daftar dengan Nuffnang, adakah ia akan mengganggu status kita di Nuffnang?


Patut ke Mieza letak iklan dari WeeClicks ni kat blog? Owh! Dilema! Tolong kawan2..



NOTE : Kalau Advertlerts dah tentu2 musuh Nuffnang kan? Kalau WeeClicks? 



Read More

Tuesday, 28 May 2013

11 Painfull Things

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

11 Painfull Things | Jumpa di facebook. Terus share kat blog. Painfull sungguh. Dari senarai di atas ni, mana satu bagi korang adalah yang paling paling paling menyakitkan. Cuba buat rank untuk top 3 boleh? 

Oh ya! Tribal Ribbon Maxi dah siap upload dah. Boleh terjah sekarang sebelum kehabisan stok! Banyak lagi koleksi yang Mieza akan update. Tunggu ye..! ^_~



NOTE : Sakit belikat pun painful jugak oiii.. Huhuhu~~



Read More

Thursday, 23 May 2013

Misi Mencari Perkhidmatan Asrama Untuk Haiwan Peliharaan

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Sekarang ni Mieza tengah mencari perkhidmatan asrama untuk haiwan peliharaan di sekitar Ipoh. Dah jumpa beberapa boarding services for pets tapi tak prefer sangat sebab kebanyakannya non-muslim yang handle. It's not about tak bersih ke apa. Mieza dah tengok ruang hotel yang disediakan. Memang sangat bersih dan selesa untuk our pets. Siap ada air cond lagi. Tapi still mencari untuk rate yang lebih rendah & kalau boleh memang khas untuk kucing sahaja. 

Luckily, found satu tempat yang memang fully muslim yang jaga. Rate dia pun sangat murah & memang khas untuk kucing sahaja. Harap my pets will be comfortable & feel like home while kat sana nanti. 

Oh, ya! I will be away for several days bermula 7 Jun nanti. Insha Allah. Lambat lagi. Hehe! Tapi dah risau tak ketahuan pasal anak-anak Mieza tu. Kalau setakat sehari dua boleh la tinggal diorang kat rumah. Tapi ni macam 3,4 hari jugak kot. So, nak tak nak kena find a place to leave them. Sekurang-kurangnya ada orang tolong tengok-tengokkan. =)

Dapat hotel macam ni heaven la budak2 ni.. Hehe.. ^_^
Ada sesiapa yang tahu kat mana lagi ada sediakan perkhidmatan asrama or hotel untuk pets di sekitar Ipoh ni? Kalau ada, tolong bagitau Mieza ye.. ^^,



NOTE : Hari ni sepatutnya kena attend event Nuffnang.. Tapi atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, tak dapat jugak nak gi.. Huhu~~
Read More

Wednesday, 22 May 2013

Kecewa Dengan Sikap Blogger Glamour

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Entri kali ni Mieza tujukan khas buat seorang "blogger perempuan" yang bagi Mieza seorang blogger yang agak glamour. Sering dapat jemputan untuk event-event tertentu dan merupakan seorang model plus size.  Dia juga merupakan kawan rapat dengan seorang lagi "blogger perempuan" yang sangat popular. Semua orang kenal. Rasanya tak perlulah Mieza nak sebutkan nama dan link blog beliau kat sini.
Untuk pengetahuan saudari, saya merupakan seorang pembaca blog saudari yang sentiasa mengikuti perkembangan  saudari secara diam. Ye, memang saya tak pernah tinggalkan komen atau apa-apa link di blog saudari. Saya hanya seorang silent reader. Setiap kali saudari update blog saudari, saya akan singgah dan membaca. Blog saudari berada dalam salah satu bloglist saya.

Saya sangat mengagumi saudari kerana saudari tidak pernah menjadikan faktor fizikal saudari sebagai penghalang untuk saudari melangkah seiring dengan mereka-mereka yang mempunyai bentuk fizikal yang lebih menarik. Saudari sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak pernah merasa rendah diri dengan kekurangan diri saudari. Sebaliknya saudari sentiasa bersyukur dan gembira dengan pemberian Allah. Inilah antara faktor yang membuatkan saya kagum dengan saudari.

Saya add saudari di google+ saya kerana saya ingin sentiasa mengikuti perkembangan saudari. Dan saya tidak pernah berniat untuk mengganggu dan memenuhkan email saudari dengan 'entri-entri sampah' saya.. Tetapi jika sekiranya saudari merasa ianya mengganggu, saya mohon maaf. Saya jamin perkara yang serupa tidak akan berulang lagi.


Setelah menerima mesej ini dari saudari, tidak semena-mena persepsi saya terhadap saudari selama ini berubah 100%. Ianya sangat mengecewakan. Sebagai seorang yang berpelajaran, saudari boleh menghantar mesej yang lebih berhemah dan tidak melukakan hati pembaca blog saudari seperti ini. Saya tidak mengharap untuk tumpang populariti atau pun berada dalam kalangan mereka yang layak berkawan dengan saudari. Saya tahu ramai pembaca setia blog saudari akan mengutuk entri saya ini jika terbaca mengenainya. Tetapi tidak mengapa. Saya bersedia menerima segala kritikan dan kutukan. Tak semua orang akan suka kita. Itu biasa.. =)  

Saya akan delete google+ saudari seperti yang saudari kehendaki. Jangan risau kerana saya tidak akan mengganggu saudari termasuk mengunjungi blog saudari lagi. Sebagai seorang pembaca setia blog saudari sebelum ini, saya berasa sangat sedih dan kecewa dengan sikap saudari. Apa pun, saya tidak pernah berdendam dengan saudari apatah lagi menjadi hater blog saudari. Semoga sukses selalu! Salam..




NOTE : Kepada sesiapa yang berada dalam list google+ Mieza dan tak ingin 'entri-entri sampah' Mieza mengganggu ruangan email anda, sila tinggalkan ID google+ anda di bahagian komen di bawah. Mieza akan cuba remove satu persatu... Harap maklum & terima kasih! ^_^




Read More

Wordless Wednesday#43

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

SUMBER : Sabahan Troll
Read More

Tuesday, 21 May 2013

Running Man Ep. 145 : Running Man Vs. Law Of Jungle Team Review [Part 2]

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Okay, masa untuk sambung review. Harap masalah pop up message semalam tak jadi lagi. Hampeh betul, tengah elok-elok idea fresh dari ladang melimpah ruah terus hilang gara-gara pop up message tu. Sakkkit hati! (versi Ropi).. Sudah2! Mari kita sambung review Running Man Episod 145 yang tak sudah semalam tu.. 

Aksi Ji Suk Jin dalam rope skipping! Sadisnya, sampai terlondeh seluar.. Huhu~~ -.-" 


Pusingan Kedua : Underwater Iron-Bar Wrestling


Underwater Iron-Bar Wrestling
Dalam cabaran kedua ni pula, kelebihan masih pada team Law Of Jungle. Sebab? Game ni memerlukan kekuatan tangan dan kebolehan mengimbangi badan. Alah, bergayut & panjat memanjat ni memang dah jadi makanan diorang dah. Sebelum mula, Yoo Jae Suk sempat tanya Kim Byung Man berapa lesen yang dia ada dalam aktiviti yang melibatkan air.. 8 ko lesen dia! Padanlah masa cabaran pusingan pertama tu rilek je dia menyelam dalam air lama2. Gary jugaklah yang pancit, tak cukup nafas.. Kehkehkeh!

Untuk cabaran ni, kedua-dua pasukan akan cuba menjatuhkan lawan masing-masing ke dalam air. Tak kisahlah nak guna skill or taktik apa pun. Janji semua ahli team lawan jatuh dalam air. Ada 3 round. Round pertama, Kim Byung Man cuba nak lompat & bergayut pada palang tapi disebabkan faktor ketinggian yang tak berapa nak cukup inchi, cubaannya gagal.. Debusshhhh! Jatuh dalam air daa... Kahkahkah! Tapi percubaan keduanya, dia terus panjat naik atas palang & berjalan kat atas tu dengan penuh slumber land nya.. Masa ni, ada background music yang lawak giler.. Oh ya! Kim Byung Man ni walaupun kecik comey jer, tapi kelebihan dia banyak. Salah satunya ialah dia ada belajar martial arts. Sebab tu lah senang je nak balance-balance badan ni. Hehehe..

Team Running Man menghadapi saat getir apabila team Law Of Jungle menyerang & mengepung dari segenap sudut..
Ha Ha cuba membantu semasa Jin Woon kena counter attack dari team Running Man tapi tak berjaya. Dua-dua jatuh. Sempat juga Jin Woon tarik Yoo Jae Suk sekali. Masa ni ada lagi adegan seluar terlondeh. Bukan setakat londeh jer, tanggal terus.. Ko nampak seluar oren terapung dalam air tu? Siapakah gerangan empunya seluar oren? Kahkahkah! Lawak sungguh..! Skill team Law Of Jungle ni terserlah dalam game ni. Semua team Running Man berjaya ditumpaskan termasuk komando Kim Jong Kook.. Terbukti kekuatan fizikal bukan segala-galanya.. Haha!
Cakap banyak merepek meraban pun boleh menang besar cenggini.. Ko ade?

Pusingan pertama team Law Of Jungle menang! Pusingan kedua bermula dengan lebih serius apabila Kim Jong Kook mula menunjukkan taringnya. Mana taknya, selama ni semua orang takut dengan si komando ni, tapi bila kena berdepan dengan team Law Of Jungle semua orang lagi takut dengan team lawan dari komando sendiri.. Ngahahaha! Tapi malangnya, kemenangan tak berpihak pada team Running Man apabila team Law Of Jungle berjaya memenangi pusingan kedua. Mangsa tebusan kedua dari team Running Man ialah Yoo Jae Suk. Ada background music yang kengkunun sedih masa ni. Maklumlah, Yoo Jae Suk ni antara Ace dalam team Running Man selain Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo.. Dah kurang sorang Ace, masaklah team Running Man lepas ni.. Hoho..!


Okay, that's all for now.. Kita sambung next part di next entri k! Kang panjang berjela juling pulak bijik mata korang nak baca sampai habis.. Silap haribulan langsung tak baca.. Sedey tau kite buat review panjang-panjang tak ada orang baca.. Hewhew!~




NOTE : Alhamdulillah, banyak dapat jemputan ni. Tinggal nak confirmkan kedatangan jer.. Siapa sudi nak teman kite? ^_^



Read More

Monday, 20 May 2013

Running Man Ep. 145 : Running Man Vs. Law Of Jungle Team Review [Part 1]

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Baru lepas habis tengok Running Man Episod yang ke-145.. Antara episod yang paling best bagi Mieza. Kali ni pihak produksi menjemput team dari Law Of Jungle untuk tampil memberi saingan kepada team Running Man. Tapi Han Dong Hoon (Ha Ha) telah dipilih oleh team Law of Jungle untuk menyertai mereka menentang team Running Man. Jadi yang tinggal dalam team Running Man ialah Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Song Ji Hyo, Kang Gary, Kim Jong Kook, dan Lee Kwang Soo.

Peserta-peserta dari team Law Of Jungle juga tak kurang hebatnya dengan kehadiran Kim Byung Man, Jin Woon (2AM), Noh Woo Jin (Actor), Jeon Hye Bin (Actress), dan Park Jung Chul (Actor). Kelebihan team Law Of Jungle ni ialah mereka dah terbiasa dengan cabaran hidup dalam hutan yang mana tiada kelengkapan asas seperti kehidupan di bandar. Survival team ini memberikan saingan yang cukup sengit kepada team Running Man dalam episod kali ni.  

Untuk episod kali ini, ada 4 pusingan cabaran iaitu Water Relay, Underwater Iron-Bar Wrestling, Action Guest, Nametag Removing. Okay! Jom kita review sikit apa yang berlalu dalam episod kali ni! ^_^


Pusingan Pertama : Water Relay
Lokasi penggambaran Water Relay Running Man Episod 145
Dalam cabaran pertama, setiap peserta diberi satu tugasan untuk diselesaikan secara bergilir-gilir. So, masa ni diorang memang kena bekerjasama dan memberi kepercayaan penuh pada setiap ahli pasukan. Antara cabaran dalam pusingan pertama ini ialah lompat tali (skipping) dengan memakai kasut menyelam (kaki itik), tanggal stoking dalam air dengan salah seorang ahli kumpulan berada di atas bahu, jentik batu dalam air (tak sure apa nama mainan ni), bermain hoola hoop sambil sambut bola, menggelungsur dalam air sambil bawa 10 biji bola dalam mangkuk dan shoot sekurang-kurangnya sebiji bola ke dalam tong yang disediakan dalam masa 199 saat.

Underwater Sock Removing.. Sorang kena duduk atas bahu, yang kat bawah tu kena tanggalkan stoking yang dipakai hanya dengan menggunakan kaki..
Kim Byung Man yang sangat terer dengan aktiviti yang melibatkan air..
Team Running Man menghadapi kesukaran masa part skipping tu. Paling sadis, Ji Suk Jin siap terlondeh seluar semasa nak cukupkan 10 kali lompatan. Nasib baik pakai swimming suit kat dalam. Memang lucu sangat masa ni. Even Kim Jong Kook pun tak berjaya nak cukupkan 10 lompatan. Last-last dikurangkan ke 5 lompatan sahaja. Yang part hoola hoop tu pun sadis jugak. Tak ada sorang pun dari team Running Man sukarela nak buat tugasan tu. Sebab hoola hoop tu sangat besar, berat dan diperbuat daripada besi.

Lee Kwang Soo gigih nak siapkan tugasan hoola hoop.. 
Seperti biasa, Lee Kwang Soo lah yang jadi kambing hitam. Kim Jong Kook sendiri pun tak tahan sakit main hoola hoop tu.. Kekekeke! Dari team Law Of Jungle, tugasan tersebut dipertanggungjawabkan kepada Jeon Hye Bin. Terer gila Hye Bin main hoola hoop nih. Macam tak sakit langsung. Lain pulak hal Kwang Soo, nampak sangat sengsara tahan sakit.. Kahkahkah! Apa pun, kemengan berpihak kepada team Law Of Jungle untuk pusingan pertama dan Ji Suk Jin jadi mangsa tebusan pertama dari team Running Man. 

Aksi Ha Ha & Yoo Jae Suk dalam final challenge of Water Realay!


Okay, cukup sampai pusingan pertama dulu.. Something weird happen to my blog suddenly.. 

CLICK To Enlarge!


NOTE : Tengah syok taip review keluar pop up macam dalam gambar kat atas ni. Kenapa arr? Someone please help me! 



Read More

Sunday, 19 May 2013

Kahwin Oh Kahwin..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Gambar Hiasan Sumber Google
Lagi cerita nikah kahwin. Baru balik dari kenduri kahwin jiran sebelah. So, nak buat sedikit review lah pasal kenduri yang Mieza hadiri tadi. Ni bukan entri nak kondem ke apa ye. Cuma ingin beri sedikit pandangan dari apa yang Mieza dapat lihat.

Masa nak keluar rumah tadi nampak pengantin diarak oleh sekumpulan motor besar. Kira macam konvoi la. Mungkin pengantin lelaki tu ahli kelab motor-motor besar tu kot. Agak unik pada pandangan Mieza sebab jarang dapat tengok pengantin datang naik motor besar macam ni. Bukan superbike macam  dalam gambar kat atas ni ea, tapi macam motor Awie selalu tunggang tu. Apa nama dia? Virago? Jaguh? Ah, what so ever lah..


Sekarang nak cerita pasal makan pulak. Sementara nak tunggu pengantin sampai, Mieza dan husband pun pergilah serang makanan dulu. Manusia sikit punya ramai. Terpaksa menunggu lama untuk masuk queue. Tu baru nak masuk queue, belum lagi kena ambil masa berbaris untuk cedok makanan. Dah start nak meletup dah ni. *Dah la memang dari pagi tadi lagi haku emo. Grrr!*


Elok sampai turn kitorang nak ambil makanan, tengok nasi putih dah habis. Tinggal nasi minyak jer. Agaknya tak sempat nak topup kot. *Grrrr lagi!* Nak tak nak terpaksalah Mieza ambil nasi minyak walaupun kelihatan  kurang menyelerakan. Part lauk pulak. Tengok kari daging dah tak ada daging. Tinggal lautan kuah jer. Cedok kuah. Ambil ayam masak merah seketul, ikan kering dan acar. Orang sini panggil jelatah. Kalau kat Terengganu jelatah tu ialah beras yang masih duk dalam kelongsong dia tu. Kelongsong? Apa ke nama entah benda tu. Ala, kalau korang tengok beras ada lagi yang belum terlerai sepenuhnya dari kulit dia yang kaler coklat keemasan tu kan? Ha, tu lah jelatah dalam istilah orang Terengganu. Okay stop! Bukan nak cerita pasal jelatah. Sambung balik cerita tadi..


Dah setel ambil makanan, nak cari tempat duduk pulak satu hal. Kena tunggu lagi sampai orang lain selesai makan, baru boleh duduk & makan. *Ok, fine! -.-"* Mieza nampak pengantin dah sampai masa tengah beratur nak ambil lauk tadi. Tapi pakcik jepridin yang sedari tadi duk berkaraoke masih lagi khayal dengan dunia jepridinnya. Sepatutnya berhentilah dulu menyanyi tu & umumkan ketibaan pengantin. Mieza agak maybe pengantin belum bersedia untuk diarak ke pelamin, so diorang standby dulu kat satu tempat tu & tunggu pakcik jepridin tu habis nyanyi.


Pedulikan hal pengantin, masa untuk mamam! Dah selesai baca doa makan, laju-laju kitorang gaul nasik. LEMBIK! Lauk ayam masak merah mewah dengan MINYAK! Makan nasi lembik dengan kuah minyak sangatlah 'heaven'.. Mieza tengok mamat kat depan yang iras-iras Azlee senario ni dah rupa pakai lipgloss terover tenyeh. Sememeh dengan minyak. Mieza teka rupa kitorang pun tak ubah macam tu. Nak blah cepat2! Mieza pun tambahkan speed menggaul, menyuap dan menelan. Suap, telan, suap, telan. *Dah rupa ular sawa aku rasa -_-#*. 


Pakcik jepridin masih lagi dengan dunianya. Menyanyi melalak bagai nak rak. Rasanya macam dah lama sangat si pengantin duk menuggu untuk diumumkan ketibaan diorang. Dari sebelum kitorang dapat makan, sampailah dah habis makan. Sebelum balik nak lah jugak tengok pengantin naik pelamin. Salah satu keterujaan Mieza setiap kali attend wedding ialah nak tengok pengantin. Suka tengok baju diorang, make up diorang, tema warna diorang. Tak dapat bergambar pun tak apa, janji dapat tengok. Mesti tengok sebelum blah. Kekekee..


Pusing-pusing, tengok si pengantin dah selamat bertenggek di pelamin. Siap dah setel main renjis-renjis dipilis lagi. Blurrrr kejap! Masa bila pulak diorang lalu? Kenapa aku tak perasan? Walhal pelamin betul-betul belakang kitorang. Tak ada pengumuman apa-apa pun?! Waddehel! Malas nak tunggu lelama, angkat bontot sambar doorgift terus blah. Minum air pun kat rumah.. Husband stay untuk tolong cuci pinggan.


Baru perasan, sepanjang majlis tak ada satu bacaan doa pun disampaikan. Biasanya orang akan jemput tok imam or sesiapa yang berkelayakan untuk bacakan doa selamat untuk pengantin dan keluarga. Tapi tak ada pun. Yang kedengaran dari awal sampai lah sekarang hanyalah suara pakcik jepridin. Kesimpulan? Korang fikirlah sendiri.. 



Update terbaru : Husband dah balik dari cuci pinggan mangkuk periuk belanga. Nasik dah habis katanya. Baru 2.30 petang kot. Nasi dah habis?! Kesian la kat tetamu yang datang lewat..



NOTE : Bukan senang nak handle kenduri kahwin ni. Kena pandai bajet & rujuk kepada orang yang lebih berpengalaman.



Read More

[VIDEO] : Rugi Tak Baca Al-Quran..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Alangkah ruginya orang yang tak membaca Al-Quran dan selalu beralasan tak punya masa untuk membaca Al-Quran. 

Buku-buku lain di baca tetapi Al-Quran tak dibaca.. Rugi!
Hari-hari dengar muzik tetapi Al-Quran tak dibaca.. Rugi!
Sibuk berniaga tak sempat baca Al-Quran.. Rugi!
Sibuk berkeja, tak ada masa untuk baca Al-Quran.. Rugi!
Sibuk berpolitik tak pernah baca Al-Quran.. Rugi!
Pandai menyanyi, karaoke, dangdut, joget-joget.. Tapi tak pandai baca Al-Quran.. Rugi!
Pandai ilmu-ilmu akademik tapi tak pandai baca Al-Quran.. Rugi!
Boleh membaca Al-Quran tapi tak nak membaca Al-Quran.. Rugi!
Tak tahu membaca Al-Quran dan tak nak belajar membaca Al-Quran.. Rugi!

Rugi! Rugi! Rugi! Rugi sekali.. Rugi dunia dan akhirat..




NOTE : Cuba kira berapa banyak RUGI kita kerana tak luang masa untuk baca Al-Quran.. Sebaiknya baca dan cuba fahami kerana Al-Quran lah yang akan jadi pembela kita di akhirat kelak..


Read More

Personaliti Aku Sebagai Seorang Yang Berdarah 'O' Telur Ayam..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Berikut adalah personaliti seorang yang berdarah 'O' :-
  • Setia (Totally agree! Cuma kalau melibatkan produk penjagaan diri ke apa tak setia sangat. Suka tukar2..Kekeke..)
  • Sabar (Tak rasa pun diri ini cukup penyabar.. Silap haribulan meletup jugak! Bagi mereka yang kenal aku dia taulah macamana aku meletup..)
  • Kuat cemburu (Dulu ye. Sekarang wat lek jer..)
  • Ingin jadi ketua dalam tugasan berkumpulan (Ada jugaklah sikit2.. Tapi tu ciri2 'Eagle'.. Aku 'Owl'.. Sangat tak ada kena mengena..)
  • Yakin terhadap keupayaan sendiri (Kalau bidang tu memang aku terer, ya memang aku yakin.. Tapi kalau benda tu di luar bidang aku, memang out terus! Kahkahkah!)
  • Berusaha bersungguh-sunguh untuk mencapai sesuatu matlamat (Exactly!)
  • Terlalu serius bersaing hingga memberi tekanan kepada diri sendiri (Sebab tu asyik migrain je kot..Huhu~)

Ada siapa-siapa berdarah telur ayam macam Mieza? Mohon bagi contact detail ye. Kot ada apa-apa kecemasan, senang nak cari penderma darah.. Hehe.. Darah jenis 'O' adalah penderma universal. Dia boleh derma kat sesiapa sahaja yang berdarah selain dari 'O'. Tapi dia tak boleh menerima derma dari sebarang jenis darah. Nak kena jenis yang sama jugak iaitu 'O'. Itu yang dikatakan SETIA kot. Setia dengan sesama jenis dia jer.. Ish, macam pelik pulak dengar kan? Sesama jenis? Oh no! 

Ok, cukup-cukuplah merepek. Nah, ni Mieza bagi jadual personaliti mengikut jenis darah. Korang darah jenis apa? Cer share sikit, sama ke tidok dengan yang dinyatakan dalam jadual kat bawah ni..

KLIK Untuk Tumbesaran Berlipat Kali Ganda..


NOTE : Personaliti seseorang itu boleh berubah mengikut keadaan dan persekitaran. So, jangan percaya sangat..



Read More

Saturday, 18 May 2013

Kenduri Kahwin : Perlu Ke Dilakukan Secara Besar-Besaran?

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Gambar Hiasan. Sumber Google.

Gendang dipalu pengantin baru..
Duduk bersanding tersipu malu..
Lalalala..~~


Tu dia! Sound system dah start memainkan peranan. Esok kenduri kahwin anak jiran sebelah sebelah sebelah umah. Tiga kali sebelah sama dengan lompat duah buah rumah dari rumah Mieza. Maksudnya nak ke sana kena main lompat-lompat katak sambil nyanyi lagu lompat si katak lompat. Jangan salah landing rumah orang lain pulak. Kahkahkah! *Amende entah aku mengarut ni.. #-_-'* Intro ke bulan bintang. Tiada kena mengena sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Haha!

Zaman sekarang ni asal nak berkenduri kahwin je semacam dah jadi satu benda wajib pula kan dengan sound system bagai. Tak boleh tak ada. Mesti kena ada. Time Mieza dulu tak ada pun benda-benda ni semua. Kalau boleh pelamin bersanding semua tu pun tak nak. Buat yang wajib je. Yang penting ijab dan kabul. Tapi kakak-kakak semua cakap biarlah ada bersanding tu. Bukan selalu. Sekali seumur hidup. *Insha Allah* Lagi pun Mieza anak bongsu & dah lama keluarga kitorang tak buat kenduri kahwin ni semua. Nak juga merasa kemeriahan majlis kahwin. Last dah pun katanya.


So, merasalah naik pelamin tu. Tu pun kakak yang sulung sponsor. Sebab kalau ikut Mieza memang tak nak bersanding-sanding nih. Nak buat kenduri doa selamat & tahlil je. Tapi kebanyakannya sekarang ni siap ada pertandingan karaoke segala pulak. Meriah sakan. Jangan kata kenduri kahwin, majlis bertunang pun dah berjemput sampai satu taman. Siap tak muat tempat duduk. Kompius haku, ni majlis tunang ke kenduri apa?


Pada Mieza tak perlu kot benda-benda tu semua. Tapi apa pun, terpulang pada individu itu sendiri. Kalau  ada bajet lebih, apa salahnya sekali seumur hidup nak merasa majlis sendiri yang grand-grand macam ni kan? Sekali je tau. Kalau dua tiga kali tu, mau rabak poket kau. Haha! Cuma niat tu kena jaga. Jangan terpesong sebab nak menunjuk-nunjuk pulak. Tu dah riak namanya. Astaghfirullahalazim..


Bersederhanalah dalam melakukan sesuatu. Itu adalah lebih baik.. =)




NOTE : Esok dapat makan free. Tak payah pening2 fikir nak masak lauk apa.. Yeahoooo!!!!



Read More

OST Sedetik Cinta | Rindu By Agnes Monica

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Ada sesiapa yang ikut drama 'Sedetik Cinta' dalam Slot Akasia di TV3 baru-baru ni? Dah tamat dah pun cerita tu. Mula-mula tengok tu macam boring-boring sikit. Dah tau dah jalan cerita dia. Bila dah masuk klimaks tu, layan jugak. Haha!

Naik emo pun ada bila si Tini yang bawa watak antagonis dalam drama ni makin menjadi-jadi kegilaan dia time dekat-dekat nak ending tu. Itu maknanya dia berjaya melakonkan watak yang diberi dengan baik. Kita yang menonton ni jugalah yang beriya emo tak ketahuan. Kahkahkah!

Pengajaran yang Mieza dapat dari cerita ni ialah semua orang ada masalah. Orang susah, ada masalah dia sendiri.. Orang kaya tak semestinya dia kaya, hidup dia pun kaya dengan kebahagiaan. Kadang-kadang lagi susah dari orang susah. Masalah hutang keliling pinggang satu hal, masalah anak beranak berebut harta pulak satu hal. Tu tak masuk lagi masalah orang luar yang sibuk nak tumpang bolot harta sekali. Ish! Kalau nak cerita satu-satu, alamatnya sampai minggu depan pun tak habis. Inilah yang jadi bila harta dunia mengatasi saham akhirat. Semua duk mengejar harta, sampai naik gila meroyan. Mintak selisih Malaikat 44. *Tertanya-tanya kenapa orang selalu sebut ayat ni ea bila nak mintak jauh dari bahaya atau malapetaka? Ada siapa-siapa boleh bagi penjelasan?*  

Bila dengar salah satu OST drama ni, yang perempuan nyanyi tu. Dengar suara macam kenal. Macam suara Agnes Monica. Terus laju-laju search kat internet. Sah! Agnes Monica.. Mieza memang minat gila dengan Agnes Monica ni. Selain dari gerak tari dia yang lincah, Agnes mempunyai vokal yang sangat mantap. Kalau kat Malaysia ni, memang Stacy lah pegang title tu. Tapi sekarang Stacy macam dah berisi sikit. Tak sesuai kot nyanyi lagu-lagu Balada. Dia kena nyanyi lagu-lagu rancak supaya dia boleh menari & maintain slim. 

Ewah! Panjang pulak mengarut. Dah lah tu.. Sekarang duduk diam-diam ye semua.. Kita layan jiwang sejenak. Terimalah Rindu by Agnes monica ! ^_^


Selama aku mencari
Selama aku menanti
Bayang-bayangmu di batas senja
Matahari membakar rinduku...
Ku melayang terbang tinggi..


Bersama mega-mega
Menembus dinding waktu
Ku terbaring dan pejamkan mata
Dalam hati ku panggil namamu
Semoga saja kau dengar dan merasakan..


Getaran di hatiku
Yang lama haus akan belaianmu
Seperti saat dulu
Saat-saat pertama 
Kau dekap dan kau kecup bibir ini
Dan kau bisikkan kata-kata
Aku cinta kepadamu..


Peluhku berjatuhan menikmati sentuhan
Perasaan yang teramat dalam
Telah kau bawa segala yang ku punya
Segala yang ku punya ooohhhh...


Getaran di hatiku
Yang lama haus akan belaianmu
Seperti saat dulu
Saat-saat pertama 
Kau dekap dan kau kecup bibir ini
Dan kau bisikkan kata-kata
Aku cinta kepadamu..
Ooooh, kepadamu ooohh..


Pssst! Ada yang menangis ke layan lagu ni? Biasa kalau orang tu jenis detail, mesti tersentuh bila dengar lagu-lagu sentimental macam ni. Yes, I am a very detailed person. Guest la.. But no worries, I'm just fine.. Jiwa sentimental memang macam ni. Tengok cerita korea pun boleh nanges sampai tak cukup tisu sekotak nak lap hingus.. Ini semua poyo!  Kahkahkah! :D



NOTE : Mood karaoke ON! Tak pernah berjaya bawa lagu-lagu Agnes dengan baik. Nak-nak bila masuk part high pitch tu.. Pergh! Macam nak tercabut ko anak tekak haku.. Ark ark ark! ^o^



Read More

Friday, 17 May 2013

Ketagih.. Apa Ubatnya?

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Ketagih internet ke ketagih membaca? Entahlah, mungkin dua-dua kot. Dua tiga hari ni semacam ketagih dengan blog. Bila ada artikel-artikel yang menarik perhatian Mieza dari blog kawan-kawan, Mieza akan terus melekat kat situ sampai berjam-jam. Siap boleh belek balik artikel-artikel lama si kawan  sampai lebam. Kalau buku, rasanya boleh rabak buku tu.. Haha!

Bila dinilai semula penulisan di blog ni, rasa masih banyak yang perlu diperbaiki. Baik dari segi penulisan mahupun penyampaian. Kalau dulu Mieza suka berkongsi sesuatu yang banyak berkaitan tentang perihal diri Mieza, mungkin lepas ni akan dikurangkan. Kadang-kadang kita seronok baca blog orang bila mereka bercerita hal-hal peribadi atau pun aktiviti-aktiviti harian mereka. Tak kurang blog-blog yang rajin bercerita tentang segala jenis event yang mereka hadiri. Tapi jangan lupa, mungkin ada di antaranya yang dah naik meluat dengan cerita-cerita kita tu.. 

Cemburu? Ye, pernah timbul perasaan cemburu bila tengok beberapa blogger tempatan yang terima pelbagai jemputan dari pihak pengiklan mahupun media. Tapi sejak kebelakangan ni, persepsi tu seakan sudah mula berubah. Tak perlu nak cemburu dengan kejayaan dan pencapaian orang lain. Setiap makhluk itu Allah dah tetapkan jalan dan rezeki masing-masing. =)

Lebih baik memperbaiki diri sendiri dari duk menyibuk cemburukan kejayaan orang. Life is a gift, jadi hargai dan penuhi hari ini dengan kebaikan dan sesuatu yang bermanfaat sebelum ianya berlalu begitu sahaja. Bila ia dah jadi sejarah, dah tak guna nak menyesal. 

Entah apa yang merasuk tetiba buat entri yang kengkonon berilmiah ni. Haha! Eh, takde gambar ea? Macam malas pulak nak tempek gambar.. Layan jelah ea.. Esok da masuk hujung minggu lagi, ada yang planning nak pergi berkelah? Rasa macam nak berkelah ke Chepor pulak.. Makan nasik dengan sambal tempoyak udang geragau pedas berdesing.. Pergh! Nanges..!~ 

Ha, bagi mereka yang berminat nak mulakan bisnes secara online tu bolehlah luang masa mendaftar perniagaan anda. Terhad kepada 50,000 perniagaan micro sahaja! Siapa cepat dia lah dapat! Weekdays sibuk kata ko.. Takkan weekend pun sibuk jugak? =)



NOTE : Sesibuk mana pun kita, tanggungjawab sebagai seorang muslim tu WAJIB ditunaikan.. Okay? Chow! ^_~



Read More

Acer Hybrid Ultrabook Blogbuster Campaign

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Nampak apa yang Mieza nampak? Okay, sebelum apa-apa Mieza nak bagitau awal-awal lah ye, ini bukan entry menunjuk-nunjuk atau nak riak takbur. Cuma nak berkongsi sesuatu yang Mieza banyak belajar dari satu blog otai ni. Rasanya ramai yang kenal kot. Antara blogger Malaysia yang mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan dalam dunia blogging. Mieza rasa korang patut terjah. Korek ilmu dari dia.. =)

Pertama kali dapat proposal untuk hasilkan satu video pendek untuk campaign blogbuster dari Nuffnang. Perasaan masa mula-mula dapat campaign ni memang excited sangat. Lepas tu rasa down sikit sebab Mieza tak pandai nak buat video. Apatah lagi nak edit-edit video ni. Tak pernah seumur hidup buat video clip sendiri. Setakat rakam bodoh-bodoh syok-syok sendiri tu tau la. Hehe..

Tapi sejak Mieza mula timba ilmu sikit-sikit dari blog buat duit ni, sedikit demi sedikit Mieza termotivasi. Kalau nak dapatkan sesuatu atau hasil daripada sesuatu, USAHA! Tak ada satu benda pun dalam dunia ni yang datang bergolek macam tu jer. Tak pandai, BELAJAR! Tak tahu, TANYA! Malu bertanya sesat jalan. Malas belajar sendiri yang rugi. Yang penting, jangan mudah berputus asa..

Alhamdulillah, dari situ Mieza belajar buat video untuk campaign ni. Berjaya submit 2 video clip. Alhamdulillah juga, kedua-dua video lulus setelah ditapis oleh pihak Nuffnang.. Perasaan? Semestinya bangga dengan diri sendiri. Bukan bangga nak glamour ke apa, tapi bangga sebab Mieza berjaya atasi kekurangan diri Mieza iaitu tiada keyakinan diri dan mudah putus asa. ^^,


Sekarang dah ada 1 blogbuster campaign yang sedang berlegar-legar di blog Mieza. Kepada sesiapa yang perasan ada keluar 'Acer Hybrid Ultrabook' campaign di bahagian Penaja Blog tu, sudi-sudilah klik ye. Kekekeke! Kempen akan berlangsung bermula 16 Mei 2013 - 11 Jun 2013. ^_^

Ada satu lagi proposed blogbuster campaign yang sedang menanti. Dah selamat submit lagi 2 video clip semalam. Last minute submission. Nasib baik sempat. Sekarang tengah tunggu untuk diapprove. Ada yang mengadu tak reti nak buat video. Jangan give up dulu kawan! Banyak free software untuk video editing yang kita boleh download di internet. Siap ada tutorial lagi. Cari dan belajar sesuatu yang baru. Tak rugi.. =)

A sneak peek of the video campaign..




NOTETengok muka sendiri dalam iklan rasa macam kelakar pulak.. Ermm.. Mohon jangan gelak.. Gugugu~~ 



Read More

Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru!

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Credit To : Fiz Graphic 

Entri ni khas untuk semua yang bergelar pendidik di Malaysia terutamanya buat cikgu2 dan pensyarah2 Mieza dari Mieza tadika sampailah ke universiti. Tak ketinggalan juga buat fasilitator2 Coach 2 Success sepanjang mengikuti program GCAP. *Ada yang minta share pengalaman sepanjang mengikuti program ni. Insha Allah, ada masa Mieza akan kongsikan* 

Buat guru agama Mieza iaitu Allahyarham Pak Teh, hanya doa dan al-fatihah yang dapat dihadiahkan. Semoga roh mu tenang di sana dan semoga Allah swt menempatkan beliau di kalangan para sahabat yang solihin. Banyak yang Mieza belajar dari allahyarham. Banyak lagi yang Mieza nak belajar & nak tau.. Namun, Allah swt lebih menyayangi beliau. Di kesempatan ini, Mieza mohon jasa baik semua agar sama2 sedekahkan al-fatihah buat allhyarham. Terima kasih..

Ucapan istimewa ini juga Mieza tujukan buat sepupu kesayangan Mieza merangkap sahabat baik susah senang suka duka dari kecik sampai lah sekarang, Achique. Selamat Hari Guru! Semoga perjalanan hidup ko sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan rahmat dariNya. Dan semoga menjadi seorang pendidik yang cemerlang dan disanjungi semua! Semoga cepat2 bertemu jodoh juga! Hikhik! Sayang ko ketat2.. Hari tu jumpa kejap jer.. Tak puas lagi nak spend time together.. Huhu~~ 

Apa pun terimalah hadiah tak seberapa dari aku ni. Tahun lepas pun aku dedicate lagu yang sama jugak.  Kahkahkah! Bajet nak m****s sepupu ko ni kan? Yela2, tahun ni extra lagi satu lagu.. Ceh, macam suara sedap sangat.. Puiii..!!








NOTE : Erks, sakit pulak telinga dengor.. Mohon jangan tampor muka teman.. Huhu!~



Read More

Wednesday, 15 May 2013

Sel-Sel Otak Bersambung Dengan Capital Fm Reconnect!

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Put those brain cells to the test with Capital FM's "Reconnect" memory game! 

From 6 - 24 May, take a shot at memorising the correct combinations on the Reconnect game to win up to RM 20,000 cash and cool prizes including an all-paid weekend getaway, spa packages and more. 

The Capital FM "Reconnect" game runs 5 times a day, so stay tuned!



NOTEWonder if I can remember enough to win RM20k cash..




Read More

Tuesday, 14 May 2013

DIAM..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen 
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur 
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat 
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes 
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam mempersetujui 

TETAPI 

Biarlah DIAM kita mereka fahami ertinya
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya

KERANA

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syakwasangka
DIAM kita mungkin silap diterjemah
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud

JUSTERU ITU

Jika kita merasakan DIAM itu terbaik, seharusnya kita DIAM
Namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak,
Maka berkatalah sehingga mereka DIAM..



NOTE : Ikutlah resmi ubi.. Diam2 ubi berisi.. Jangan jadi tin kosong.. Bunyi jer bising, tapi takde isi..



Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com