Blogger templates

Friday, 17 May 2013

Acer Hybrid Ultrabook Blogbuster Campaign

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Nampak apa yang Mieza nampak? Okay, sebelum apa-apa Mieza nak bagitau awal-awal lah ye, ini bukan entry menunjuk-nunjuk atau nak riak takbur. Cuma nak berkongsi sesuatu yang Mieza banyak belajar dari satu blog otai ni. Rasanya ramai yang kenal kot. Antara blogger Malaysia yang mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan dalam dunia blogging. Mieza rasa korang patut terjah. Korek ilmu dari dia.. =)

Pertama kali dapat proposal untuk hasilkan satu video pendek untuk campaign blogbuster dari Nuffnang. Perasaan masa mula-mula dapat campaign ni memang excited sangat. Lepas tu rasa down sikit sebab Mieza tak pandai nak buat video. Apatah lagi nak edit-edit video ni. Tak pernah seumur hidup buat video clip sendiri. Setakat rakam bodoh-bodoh syok-syok sendiri tu tau la. Hehe..

Tapi sejak Mieza mula timba ilmu sikit-sikit dari blog buat duit ni, sedikit demi sedikit Mieza termotivasi. Kalau nak dapatkan sesuatu atau hasil daripada sesuatu, USAHA! Tak ada satu benda pun dalam dunia ni yang datang bergolek macam tu jer. Tak pandai, BELAJAR! Tak tahu, TANYA! Malu bertanya sesat jalan. Malas belajar sendiri yang rugi. Yang penting, jangan mudah berputus asa..

Alhamdulillah, dari situ Mieza belajar buat video untuk campaign ni. Berjaya submit 2 video clip. Alhamdulillah juga, kedua-dua video lulus setelah ditapis oleh pihak Nuffnang.. Perasaan? Semestinya bangga dengan diri sendiri. Bukan bangga nak glamour ke apa, tapi bangga sebab Mieza berjaya atasi kekurangan diri Mieza iaitu tiada keyakinan diri dan mudah putus asa. ^^,


Sekarang dah ada 1 blogbuster campaign yang sedang berlegar-legar di blog Mieza. Kepada sesiapa yang perasan ada keluar 'Acer Hybrid Ultrabook' campaign di bahagian Penaja Blog tu, sudi-sudilah klik ye. Kekekeke! Kempen akan berlangsung bermula 16 Mei 2013 - 11 Jun 2013. ^_^

Ada satu lagi proposed blogbuster campaign yang sedang menanti. Dah selamat submit lagi 2 video clip semalam. Last minute submission. Nasib baik sempat. Sekarang tengah tunggu untuk diapprove. Ada yang mengadu tak reti nak buat video. Jangan give up dulu kawan! Banyak free software untuk video editing yang kita boleh download di internet. Siap ada tutorial lagi. Cari dan belajar sesuatu yang baru. Tak rugi.. =)

A sneak peek of the video campaign..




NOTETengok muka sendiri dalam iklan rasa macam kelakar pulak.. Ermm.. Mohon jangan gelak.. Gugugu~~ 



10 comments:

  1. wahh , haha , ada niat nak buat duit dari blog nih , tapi takde masa lagi sekarang , lagipun dah dapat kerja dah , hehehe , gud luck ye kak :D

    ReplyDelete
  2. kite dapat jugak invitation tu tapi alahai malas gile. hahaha! takpe2 gud luck miza. nanti kite klik klik ye. hikhik

    ReplyDelete
  3. wahhhh wahhh.. tahniah sebab dah diapprove.. eheks, comel je akk...

    ReplyDelete
  4. bagusnya kak mieza..husna dpt kempen tuh dua ketul buat bodoh je..=(
    teringin jugak tp kamera plak xde..adehh..

    ReplyDelete
  5. ouuhh , baru tahu yang blogbuster tuh untuk promot tapi guna video kita.. hehe tq3..

    ReplyDelete
  6. wahh ramai yg dpt ni.. ehh mieza dah buat lom video ?? nak tgkkk...mmg kalo tgk muka sendiri mmg nk tergelak..tp org lain tgk biasa2 je kot..

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum...tahniah...earning utk blogbuster nie dah credited..kan.

    mselim3

    pls: earning utk blogbuster nie..best kan..

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com