Kahwin Oh Kahwin..

by - 2:39:00 pm

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Gambar Hiasan Sumber Google
Lagi cerita nikah kahwin. Baru balik dari kenduri kahwin jiran sebelah. So, nak buat sedikit review lah pasal kenduri yang Mieza hadiri tadi. Ni bukan entri nak kondem ke apa ye. Cuma ingin beri sedikit pandangan dari apa yang Mieza dapat lihat.

Masa nak keluar rumah tadi nampak pengantin diarak oleh sekumpulan motor besar. Kira macam konvoi la. Mungkin pengantin lelaki tu ahli kelab motor-motor besar tu kot. Agak unik pada pandangan Mieza sebab jarang dapat tengok pengantin datang naik motor besar macam ni. Bukan superbike macam  dalam gambar kat atas ni ea, tapi macam motor Awie selalu tunggang tu. Apa nama dia? Virago? Jaguh? Ah, what so ever lah..


Sekarang nak cerita pasal makan pulak. Sementara nak tunggu pengantin sampai, Mieza dan husband pun pergilah serang makanan dulu. Manusia sikit punya ramai. Terpaksa menunggu lama untuk masuk queue. Tu baru nak masuk queue, belum lagi kena ambil masa berbaris untuk cedok makanan. Dah start nak meletup dah ni. *Dah la memang dari pagi tadi lagi haku emo. Grrr!*


Elok sampai turn kitorang nak ambil makanan, tengok nasi putih dah habis. Tinggal nasi minyak jer. Agaknya tak sempat nak topup kot. *Grrrr lagi!* Nak tak nak terpaksalah Mieza ambil nasi minyak walaupun kelihatan  kurang menyelerakan. Part lauk pulak. Tengok kari daging dah tak ada daging. Tinggal lautan kuah jer. Cedok kuah. Ambil ayam masak merah seketul, ikan kering dan acar. Orang sini panggil jelatah. Kalau kat Terengganu jelatah tu ialah beras yang masih duk dalam kelongsong dia tu. Kelongsong? Apa ke nama entah benda tu. Ala, kalau korang tengok beras ada lagi yang belum terlerai sepenuhnya dari kulit dia yang kaler coklat keemasan tu kan? Ha, tu lah jelatah dalam istilah orang Terengganu. Okay stop! Bukan nak cerita pasal jelatah. Sambung balik cerita tadi..


Dah setel ambil makanan, nak cari tempat duduk pulak satu hal. Kena tunggu lagi sampai orang lain selesai makan, baru boleh duduk & makan. *Ok, fine! -.-"* Mieza nampak pengantin dah sampai masa tengah beratur nak ambil lauk tadi. Tapi pakcik jepridin yang sedari tadi duk berkaraoke masih lagi khayal dengan dunia jepridinnya. Sepatutnya berhentilah dulu menyanyi tu & umumkan ketibaan pengantin. Mieza agak maybe pengantin belum bersedia untuk diarak ke pelamin, so diorang standby dulu kat satu tempat tu & tunggu pakcik jepridin tu habis nyanyi.


Pedulikan hal pengantin, masa untuk mamam! Dah selesai baca doa makan, laju-laju kitorang gaul nasik. LEMBIK! Lauk ayam masak merah mewah dengan MINYAK! Makan nasi lembik dengan kuah minyak sangatlah 'heaven'.. Mieza tengok mamat kat depan yang iras-iras Azlee senario ni dah rupa pakai lipgloss terover tenyeh. Sememeh dengan minyak. Mieza teka rupa kitorang pun tak ubah macam tu. Nak blah cepat2! Mieza pun tambahkan speed menggaul, menyuap dan menelan. Suap, telan, suap, telan. *Dah rupa ular sawa aku rasa -_-#*. 


Pakcik jepridin masih lagi dengan dunianya. Menyanyi melalak bagai nak rak. Rasanya macam dah lama sangat si pengantin duk menuggu untuk diumumkan ketibaan diorang. Dari sebelum kitorang dapat makan, sampailah dah habis makan. Sebelum balik nak lah jugak tengok pengantin naik pelamin. Salah satu keterujaan Mieza setiap kali attend wedding ialah nak tengok pengantin. Suka tengok baju diorang, make up diorang, tema warna diorang. Tak dapat bergambar pun tak apa, janji dapat tengok. Mesti tengok sebelum blah. Kekekee..


Pusing-pusing, tengok si pengantin dah selamat bertenggek di pelamin. Siap dah setel main renjis-renjis dipilis lagi. Blurrrr kejap! Masa bila pulak diorang lalu? Kenapa aku tak perasan? Walhal pelamin betul-betul belakang kitorang. Tak ada pengumuman apa-apa pun?! Waddehel! Malas nak tunggu lelama, angkat bontot sambar doorgift terus blah. Minum air pun kat rumah.. Husband stay untuk tolong cuci pinggan.


Baru perasan, sepanjang majlis tak ada satu bacaan doa pun disampaikan. Biasanya orang akan jemput tok imam or sesiapa yang berkelayakan untuk bacakan doa selamat untuk pengantin dan keluarga. Tapi tak ada pun. Yang kedengaran dari awal sampai lah sekarang hanyalah suara pakcik jepridin. Kesimpulan? Korang fikirlah sendiri.. 



Update terbaru : Husband dah balik dari cuci pinggan mangkuk periuk belanga. Nasik dah habis katanya. Baru 2.30 petang kot. Nasi dah habis?! Kesian la kat tetamu yang datang lewat..



NOTE : Bukan senang nak handle kenduri kahwin ni. Kena pandai bajet & rujuk kepada orang yang lebih berpengalaman.



You May Also Like

11 Shaklee Lovers Visit

  1. kenduri kahwin ni nak kena betul2 planning...x ley main tangkap muat jer...kalau main tangkap muat jer...cenggitu la jadinya... planning mesti nak kena betul...

    ReplyDelete
  2. huhu.. biasa la tu.. majlis org ramai.tuan rumah pun mesti tak sangka org seramai tu. huhu. kenapa awk tak bacakan je doa untuk diorang? hehe

    ReplyDelete
  3. Yela..lgla kalo pakai catring skrg ni. Ade yg ok ade tak...

    SMOGA majlisnya dberkati..Amin♡

    ReplyDelete
  4. mcm tu la klu g knduri gak..

    ReplyDelete
  5. yup,tersalah bajet, terkurang, malu dibuatnya..terlebih, membazir pula

    ReplyDelete
  6. alahaii.. sadis betol nasik dah habis cpt.. yup mmg kena baca doa la..alhamdulillah majlis deqla dulu ada bacaan doa.. biarpun x semeriah mana, yg penting tetamu dpt mkn..smua cukop serba serbi..huhu.. xde la suara yg syok sendiri dok menyanyi je kan..hahaha...

    ReplyDelete
  7. camane laa tuan rumah punya bajet yer... awal bebenor jamuan dah habis

    ReplyDelete
  8. Sepatutnya perkara-perkara macam tuh kena jaga.. paling penting.. sebab kita dah jemput orang datang.. then layanan nya mcm tuh.. apa pulak kata org..

    Sebab tuh law kenduri ini mmg betul2 kena budget berapa makanan.. etc barang yg lan tuh..

    ReplyDelete
  9. Paling ksian kt pgntin.. orang tak peduli pun diorang sampai..msti fokus kat pakcik jepridin 2 jerr..hehe

    ReplyDelete
  10. bapak kite masak kenduri kawen. kadang2 tuan rumah yang salah bajet. huhuhu.

    tapi tulah kan kadang2 memang benci kalau datang kenduri kawen lauk dah tinggal sikit je. padehal time tu baru dua lebih. benci2. hahaha.

    spoil the mood betol. hikhik

    ReplyDelete
  11. Majlis kenduri kahwin seperti ini tidak boleh dijangka. Biasanya samada Katering atau gotong raya memang sudah ada back up pelan melebihkan lauk. Faktor tetamu tak ingat orang belakang pun ya juga atau kehadiran tetamu luar jangkaan. :-)

    ReplyDelete