Kecewa Dengan Sikap Blogger Glamour

by - 1:23:00 pm

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Entri kali ni Mieza tujukan khas buat seorang "blogger perempuan" yang bagi Mieza seorang blogger yang agak glamour. Sering dapat jemputan untuk event-event tertentu dan merupakan seorang model plus size.  Dia juga merupakan kawan rapat dengan seorang lagi "blogger perempuan" yang sangat popular. Semua orang kenal. Rasanya tak perlulah Mieza nak sebutkan nama dan link blog beliau kat sini.
Untuk pengetahuan saudari, saya merupakan seorang pembaca blog saudari yang sentiasa mengikuti perkembangan  saudari secara diam. Ye, memang saya tak pernah tinggalkan komen atau apa-apa link di blog saudari. Saya hanya seorang silent reader. Setiap kali saudari update blog saudari, saya akan singgah dan membaca. Blog saudari berada dalam salah satu bloglist saya.

Saya sangat mengagumi saudari kerana saudari tidak pernah menjadikan faktor fizikal saudari sebagai penghalang untuk saudari melangkah seiring dengan mereka-mereka yang mempunyai bentuk fizikal yang lebih menarik. Saudari sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak pernah merasa rendah diri dengan kekurangan diri saudari. Sebaliknya saudari sentiasa bersyukur dan gembira dengan pemberian Allah. Inilah antara faktor yang membuatkan saya kagum dengan saudari.

Saya add saudari di google+ saya kerana saya ingin sentiasa mengikuti perkembangan saudari. Dan saya tidak pernah berniat untuk mengganggu dan memenuhkan email saudari dengan 'entri-entri sampah' saya.. Tetapi jika sekiranya saudari merasa ianya mengganggu, saya mohon maaf. Saya jamin perkara yang serupa tidak akan berulang lagi.


Setelah menerima mesej ini dari saudari, tidak semena-mena persepsi saya terhadap saudari selama ini berubah 100%. Ianya sangat mengecewakan. Sebagai seorang yang berpelajaran, saudari boleh menghantar mesej yang lebih berhemah dan tidak melukakan hati pembaca blog saudari seperti ini. Saya tidak mengharap untuk tumpang populariti atau pun berada dalam kalangan mereka yang layak berkawan dengan saudari. Saya tahu ramai pembaca setia blog saudari akan mengutuk entri saya ini jika terbaca mengenainya. Tetapi tidak mengapa. Saya bersedia menerima segala kritikan dan kutukan. Tak semua orang akan suka kita. Itu biasa.. =)  

Saya akan delete google+ saudari seperti yang saudari kehendaki. Jangan risau kerana saya tidak akan mengganggu saudari termasuk mengunjungi blog saudari lagi. Sebagai seorang pembaca setia blog saudari sebelum ini, saya berasa sangat sedih dan kecewa dengan sikap saudari. Apa pun, saya tidak pernah berdendam dengan saudari apatah lagi menjadi hater blog saudari. Semoga sukses selalu! Salam..




NOTE : Kepada sesiapa yang berada dalam list google+ Mieza dan tak ingin 'entri-entri sampah' Mieza mengganggu ruangan email anda, sila tinggalkan ID google+ anda di bahagian komen di bawah. Mieza akan cuba remove satu persatu... Harap maklum & terima kasih! ^_^




You May Also Like

22 Shaklee Lovers Visit

  1. La apasal ni..tak nak gaduh-gaduh k....tak pa sorang tak nak kawan ramai lagi nak kawan tau..chill k.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya...tak perlu lah sombong..even dah popular sangat..jangan lupa bahawa ada lagi org yg lagi hebat dari anda!! :D

    Btw..siapakah blogger itu??

    ReplyDelete
  3. for me...It's oklah Mieza...everyone has their own blogging rights...bagus jugak Mieza inform entry terbaru... at least ur readers are aware...

    tapi mungkin lain orang lain resamnya..sabar ek dear...itu cabaran dalam berblog ni...one of it...

    takpelah... now dah tahu...kita tuju hala lain pulak..

    * u can always notify me...there's no issue but i'm happy... teruskan berblogging yer...

    ReplyDelete
  4. boleh saya tahu sapa blogger yang femess tu yang sombong sangat tu ? aish. dunia dunia.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum mieza. masyallah. camtu sekali dia hantar kat awak. bawa bersabar ye.. kot ye lah dia tak suka mieza update blog, takyah sampai balas cmni sekali. tumpang kecewa gak mieza... siapakah org tersebut?

    ReplyDelete
  6. sabar k..huhu...
    model plus size,mcm tau sape

    ReplyDelete
  7. hahaha.. APTB .. dia ni saya rasa takdelaa glamor mana .. puii ..tak pyh nak glamor sgt laa.. tak kemana .. kesian blogger2 newbie.. ciss

    ReplyDelete
  8. Ishhhh...napa lah macam tu skali. Siapa kah blogger itu? Sabar jer lah mieza.

    ReplyDelete
  9. laaa..x patut sungguh dia buat camtu kt awk. sabar ye. benarlah kata org, rambut sama hitam, hati lain2. org yg kita sangka baik, tapi bersikap sebaliknya. huhuhu

    ReplyDelete
  10. eeiii teroknyee... bajet glemer sgt la tu... kalo ye pun, tegor la baik2.. nape kasar mcm tu..? don wori k.. xde pun entri sampah dari mieza bg deqla...x penah menganggu pun..suka lagi ada la.. ignore je org mcm tu mieza ... tu baru jadi blogger femes.. lom retis femes lagi.huhu...dah nk berlagak kemain.. boleh jalan daa.. psst..bole deqla tau sape tu?? tu pun kalo mieza nk bgtau la.. tak paksa.. kalo mieza bgtau, deqla xkan hebohkan pun..cuma penasaran nk tau.. setahu deqla blogger femes ni cun2.. tp mieza ckp dia biasa2 je bentuk fizikal kan.. hurm..

    ReplyDelete
  11. pergghhh.. sampai mcm tu sekali. kenapa dia ckp menggangu. ke buat autopost to friend lain. sbb google plus boleh setting tu semua

    ReplyDelete
  12. Masya Allah...kenapalah teruk sgt org mcmtu... Xblh ke berbahasa elok skit. Ibarat kata pepatah ibarat menarik rambut dlm tepung, tepung x selerak, rambut pun x putus.. Ermm xpelah jgn sedih2.. biarkanlah org mcmtu. Meiza x rugi apapun, malah dia yg rugi sebab hilangnya pembaca setia blog dia sendiri.. sabar ya..

    ReplyDelete
  13. adeii, kalau akak dpt email tu agak sentap la juge, memang sombong tu, for me kalau tak nak baca sgt update kita tu, ignore jelah kan. tak yah nak suruh kita delete dia segala.sabo ya sis... bajet glamer la tu

    ReplyDelete
  14. mungkin...sebagai saranan...nanti sis jgn tick bghn [sent to email too ]time nak publish entry sis kat google + tu..coz myb itu yg dia maksudkan kot

    actually ade gak cara lain...klo kita xnak notification email seseorg masuk lam email kita..kat bhgn setting google + org tu, kita blh settingkan 'mute'..so xde trime email dari org tu..

    saya dh pernah cuba..mmg berhasil

    huhuhu..sedih jgk klo dpt email mcm tu..tacing...hope bersabar ye sis



    ReplyDelete
  15. ena ni tak tahu selok belok dalam google plus ni. memang tak pernah usya ke update kat situ, so memang tak tahu. tapi bila ena baca apa yang blogger tu ckp, memang tak patut la. bila kita blogger ni, kita kena give and take. bila dah feymes, make another people like u bukan makin mmbenci diri u. sabar ye kak.

    ReplyDelete
  16. sape la blogger tu kan tau la pemes tp jgn la sombong-mombong.

    kan nt Allah tarik semua tu sekelip mata baru taw.

    x gitu :D

    salam singgah :D

    http://dingraphic.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. yui mmg tak tahu la pasal google + ni..hihi..

    takpe kak.. dia wat cmtu tak ke mana kan.. ALLAH nak tarik jap je..

    sbr ye kak..yui kan ada =)

    ReplyDelete
  18. hai sayang..x abis lagi ke kuciwa.. ?? blog x berupdata pun ni....

    ReplyDelete
  19. wowww.. very straight forward. ahakk.. relaks yer mieza. tak sangka ada orang macam tu, tak pasal2 dia dah hilang sorang loyal reader..rugi la dia, anyway mieze kene chill yaa

    ReplyDelete
  20. huhhh??
    smpai g2?? sape tu mieza.. lya tbyang beberapa nama..tp tak tau ye ke dop.. ermmm..

    ReplyDelete
  21. tu la kan...
    tanpa peminat siapalah kamu, dan bila dan double triple femes, lupaaaaaaaaa semua...

    Miza, saya x fahamla pasal google pus, nanti ade masa Up la n3 ni..=)

    ReplyDelete
  22. eRr.. terkedu baca mesej yg diberi... apalah.. tak sepatutnya begitu... takpelah kak Mieza.. banyakkan bersabar..

    ReplyDelete