Blogger templates

Friday, 10 May 2013

Keistimewaan Bulan Rejab


Beberapa hadis Rasulullah SAW menunjukkan kelebihan Bulan Rejab :-

  1. Hendaklah kamu memuliakan Bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan 1000 kemuliaan di hari kiamat.
  2. Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanKu, dan Bulan Ramadhan bulan umatKu.
  3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Syaaban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.
  4. Kelebihan Bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
  5. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepadaNya. 
  6. Puasa pada awal Rejab, di pertengahan dan di akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
  7. Sesiapa yang bersedekah pada bulan Rejab, seperti bersedekah 1000 dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat, dihapus 1000 kejahatan.



Amalan Berpuasa Di Bulan Rejab Dan Kelebihannya :-


  • Puasa 1 hari -> seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi (Firdaus).
  • Puasa 2 hari -> mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari -> dijauhkan dugaan dunia Allah SWT, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
  • Puasa 4 hari -> diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah dajal.
  • Puasa 5 hari -> aman dari azab kubur.
  • Puasa 6 hari -> dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
  • Puasa 7 hari -> ditutup baginya 7 pintu neraka.
  • Puasa 8 hari -> Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
  • Puasa 9 hari -> keluar dari kuburnya lalu menyeru Laailahaillallah dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  • Puasa 10 hari -> Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap 1 batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang di titian Siratul Mustaqim.
  • Puasa 13 hari -> Saidina Ali berkata fadhilatnya seperti puasa 3000 tahun.
  • Puasa 14 hari -> Saidina Ali berkata fadhilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
  • Puasa 15 hari -> diampunkan dosanya yang lalu dan menggantikan amalan kejahatannya dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata fadhilatnya seperti puasa 100, 000 tahun.
  • Puasa 16 hari -> akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 hari -> dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
  • Puasa 20 hari -> diampunkan dosanya yang lalu dan melakukan amalan yang baik dengan baki umurnya.

"Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya seperti berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasad, 70 hajat ketika di dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika amalannya ditimbang di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim".
"Barangsiapa yang berpuasa pada tanggal 27 Rejab iaitu pada hari Isra' Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa"

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi, dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak akan merasa lapar dan hasu bagi mereka". 




NOTE : Masa untuk memperbanyakkan amal.. Jom! ^^,



7 comments:

  1. Banyak keistimewaan bulan Rejab ni...

    Kepada sesiapa yang mengingatkan bulan Rejab kepada saudara2 muslim maka diharamkan api neraka menyentuhnya. Akak ambil kesempatan disini sekiranya ada salah dan silap selama menulis atau dibaca di blog akak. Akak mohon ampun dan maaf ya ;)

    ReplyDelete
  2. nice entri yunk.. thanx sharing

    ReplyDelete
  3. sekejap jew dah rejab... x sabar nak tunggu ramadhan

    ReplyDelete
  4. bulan terbaik untuk berpuasa.mana yang belum ganti puasa tu moh le kita ganti ye.

    ReplyDelete
  5. Istimewa sungguh bln Rejab...Tq utk perkongsian yg sgt bermanfaat ni

    ReplyDelete
  6. subhanallah..byk keistimewaannya.. rebut jgn x rebut... ;)

    ReplyDelete
  7. Dinasihatkan supaya kaji semula status hadis yang dikongsi kerana sebahagian di atas adalah hadis maudhu' (palsu).

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com