Kenduri Kahwin : Perlu Ke Dilakukan Secara Besar-Besaran?

by - 8:18:00 pm

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Gambar Hiasan. Sumber Google.

Gendang dipalu pengantin baru..
Duduk bersanding tersipu malu..
Lalalala..~~


Tu dia! Sound system dah start memainkan peranan. Esok kenduri kahwin anak jiran sebelah sebelah sebelah umah. Tiga kali sebelah sama dengan lompat duah buah rumah dari rumah Mieza. Maksudnya nak ke sana kena main lompat-lompat katak sambil nyanyi lagu lompat si katak lompat. Jangan salah landing rumah orang lain pulak. Kahkahkah! *Amende entah aku mengarut ni.. #-_-'* Intro ke bulan bintang. Tiada kena mengena sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Haha!

Zaman sekarang ni asal nak berkenduri kahwin je semacam dah jadi satu benda wajib pula kan dengan sound system bagai. Tak boleh tak ada. Mesti kena ada. Time Mieza dulu tak ada pun benda-benda ni semua. Kalau boleh pelamin bersanding semua tu pun tak nak. Buat yang wajib je. Yang penting ijab dan kabul. Tapi kakak-kakak semua cakap biarlah ada bersanding tu. Bukan selalu. Sekali seumur hidup. *Insha Allah* Lagi pun Mieza anak bongsu & dah lama keluarga kitorang tak buat kenduri kahwin ni semua. Nak juga merasa kemeriahan majlis kahwin. Last dah pun katanya.


So, merasalah naik pelamin tu. Tu pun kakak yang sulung sponsor. Sebab kalau ikut Mieza memang tak nak bersanding-sanding nih. Nak buat kenduri doa selamat & tahlil je. Tapi kebanyakannya sekarang ni siap ada pertandingan karaoke segala pulak. Meriah sakan. Jangan kata kenduri kahwin, majlis bertunang pun dah berjemput sampai satu taman. Siap tak muat tempat duduk. Kompius haku, ni majlis tunang ke kenduri apa?


Pada Mieza tak perlu kot benda-benda tu semua. Tapi apa pun, terpulang pada individu itu sendiri. Kalau  ada bajet lebih, apa salahnya sekali seumur hidup nak merasa majlis sendiri yang grand-grand macam ni kan? Sekali je tau. Kalau dua tiga kali tu, mau rabak poket kau. Haha! Cuma niat tu kena jaga. Jangan terpesong sebab nak menunjuk-nunjuk pulak. Tu dah riak namanya. Astaghfirullahalazim..


Bersederhanalah dalam melakukan sesuatu. Itu adalah lebih baik.. =)




NOTE : Esok dapat makan free. Tak payah pening2 fikir nak masak lauk apa.. Yeahoooo!!!!



You May Also Like

4 Shaklee Lovers Visit

  1. susah nak cakap... mula2 memang nak simple je. tapi bila dah dekat tarikh perkahwinan.. tambah itu tambah ini.. terus jadi besar tanpa disedari..

    ReplyDelete
  2. yg penting elakkan elemen nembazir..

    ReplyDelete
  3. bagi deqla x perlu.. kena pikir pulak life lps kawen.. xkan nak berhutang sana sini semata2 nak buat kenduri besar2..tgk mcm majlis deqla dulu, sedehana je..ramai gak yg dtg meraikan.. yg pntg cukop mkn..hahaha..

    ReplyDelete
  4. hmm , asalkan tak membazir.. tapi buat besar2arn sgt pun macam nak menunjuk ajee.. better yg simple..

    ReplyDelete