Ketagih.. Apa Ubatnya?

by - 7:39:00 pm

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Ketagih internet ke ketagih membaca? Entahlah, mungkin dua-dua kot. Dua tiga hari ni semacam ketagih dengan blog. Bila ada artikel-artikel yang menarik perhatian Mieza dari blog kawan-kawan, Mieza akan terus melekat kat situ sampai berjam-jam. Siap boleh belek balik artikel-artikel lama si kawan  sampai lebam. Kalau buku, rasanya boleh rabak buku tu.. Haha!

Bila dinilai semula penulisan di blog ni, rasa masih banyak yang perlu diperbaiki. Baik dari segi penulisan mahupun penyampaian. Kalau dulu Mieza suka berkongsi sesuatu yang banyak berkaitan tentang perihal diri Mieza, mungkin lepas ni akan dikurangkan. Kadang-kadang kita seronok baca blog orang bila mereka bercerita hal-hal peribadi atau pun aktiviti-aktiviti harian mereka. Tak kurang blog-blog yang rajin bercerita tentang segala jenis event yang mereka hadiri. Tapi jangan lupa, mungkin ada di antaranya yang dah naik meluat dengan cerita-cerita kita tu.. 

Cemburu? Ye, pernah timbul perasaan cemburu bila tengok beberapa blogger tempatan yang terima pelbagai jemputan dari pihak pengiklan mahupun media. Tapi sejak kebelakangan ni, persepsi tu seakan sudah mula berubah. Tak perlu nak cemburu dengan kejayaan dan pencapaian orang lain. Setiap makhluk itu Allah dah tetapkan jalan dan rezeki masing-masing. =)

Lebih baik memperbaiki diri sendiri dari duk menyibuk cemburukan kejayaan orang. Life is a gift, jadi hargai dan penuhi hari ini dengan kebaikan dan sesuatu yang bermanfaat sebelum ianya berlalu begitu sahaja. Bila ia dah jadi sejarah, dah tak guna nak menyesal. 

Entah apa yang merasuk tetiba buat entri yang kengkonon berilmiah ni. Haha! Eh, takde gambar ea? Macam malas pulak nak tempek gambar.. Layan jelah ea.. Esok da masuk hujung minggu lagi, ada yang planning nak pergi berkelah? Rasa macam nak berkelah ke Chepor pulak.. Makan nasik dengan sambal tempoyak udang geragau pedas berdesing.. Pergh! Nanges..!~ 

Ha, bagi mereka yang berminat nak mulakan bisnes secara online tu bolehlah luang masa mendaftar perniagaan anda. Terhad kepada 50,000 perniagaan micro sahaja! Siapa cepat dia lah dapat! Weekdays sibuk kata ko.. Takkan weekend pun sibuk jugak? =)



NOTE : Sesibuk mana pun kita, tanggungjawab sebagai seorang muslim tu WAJIB ditunaikan.. Okay? Chow! ^_~



You May Also Like

4 Silent Hunter's Footprints

  1. Hmm , kalau betul blog memang nak buat kebaikan bersama dgn yang lain.. memang tak salah kongsi pendapat.. tapi kalau blog Nurrul.. errkk ,entahlah.. mmg hal peribadi aje banyak..hehe

    ReplyDelete
  2. assalam, ye buat apa nak jeles dengan pencapaian org lain kalau lepas tu kita duduk saja tak buat apa apa tindakan untuk jadi lebih baik kan. huhu. dag tengok iklan acer awak. terbaiiikkk!

    ReplyDelete
  3. kdg2 bila mood ok mmg suka jek dok dpn pc/lappy kan.. x buat keja umah pun xpe..hahahaha..

    ReplyDelete
  4. rezeki masing-masing.. kita yang kena usaha...=)

    ReplyDelete