OST Sedetik Cinta | Rindu By Agnes Monica

by - 8:00:00 am

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Ada sesiapa yang ikut drama 'Sedetik Cinta' dalam Slot Akasia di TV3 baru-baru ni? Dah tamat dah pun cerita tu. Mula-mula tengok tu macam boring-boring sikit. Dah tau dah jalan cerita dia. Bila dah masuk klimaks tu, layan jugak. Haha!

Naik emo pun ada bila si Tini yang bawa watak antagonis dalam drama ni makin menjadi-jadi kegilaan dia time dekat-dekat nak ending tu. Itu maknanya dia berjaya melakonkan watak yang diberi dengan baik. Kita yang menonton ni jugalah yang beriya emo tak ketahuan. Kahkahkah!

Pengajaran yang Mieza dapat dari cerita ni ialah semua orang ada masalah. Orang susah, ada masalah dia sendiri.. Orang kaya tak semestinya dia kaya, hidup dia pun kaya dengan kebahagiaan. Kadang-kadang lagi susah dari orang susah. Masalah hutang keliling pinggang satu hal, masalah anak beranak berebut harta pulak satu hal. Tu tak masuk lagi masalah orang luar yang sibuk nak tumpang bolot harta sekali. Ish! Kalau nak cerita satu-satu, alamatnya sampai minggu depan pun tak habis. Inilah yang jadi bila harta dunia mengatasi saham akhirat. Semua duk mengejar harta, sampai naik gila meroyan. Mintak selisih Malaikat 44. *Tertanya-tanya kenapa orang selalu sebut ayat ni ea bila nak mintak jauh dari bahaya atau malapetaka? Ada siapa-siapa boleh bagi penjelasan?*  

Bila dengar salah satu OST drama ni, yang perempuan nyanyi tu. Dengar suara macam kenal. Macam suara Agnes Monica. Terus laju-laju search kat internet. Sah! Agnes Monica.. Mieza memang minat gila dengan Agnes Monica ni. Selain dari gerak tari dia yang lincah, Agnes mempunyai vokal yang sangat mantap. Kalau kat Malaysia ni, memang Stacy lah pegang title tu. Tapi sekarang Stacy macam dah berisi sikit. Tak sesuai kot nyanyi lagu-lagu Balada. Dia kena nyanyi lagu-lagu rancak supaya dia boleh menari & maintain slim. 

Ewah! Panjang pulak mengarut. Dah lah tu.. Sekarang duduk diam-diam ye semua.. Kita layan jiwang sejenak. Terimalah Rindu by Agnes monica ! ^_^


Selama aku mencari
Selama aku menanti
Bayang-bayangmu di batas senja
Matahari membakar rinduku...
Ku melayang terbang tinggi..


Bersama mega-mega
Menembus dinding waktu
Ku terbaring dan pejamkan mata
Dalam hati ku panggil namamu
Semoga saja kau dengar dan merasakan..


Getaran di hatiku
Yang lama haus akan belaianmu
Seperti saat dulu
Saat-saat pertama 
Kau dekap dan kau kecup bibir ini
Dan kau bisikkan kata-kata
Aku cinta kepadamu..


Peluhku berjatuhan menikmati sentuhan
Perasaan yang teramat dalam
Telah kau bawa segala yang ku punya
Segala yang ku punya ooohhhh...


Getaran di hatiku
Yang lama haus akan belaianmu
Seperti saat dulu
Saat-saat pertama 
Kau dekap dan kau kecup bibir ini
Dan kau bisikkan kata-kata
Aku cinta kepadamu..
Ooooh, kepadamu ooohh..


Pssst! Ada yang menangis ke layan lagu ni? Biasa kalau orang tu jenis detail, mesti tersentuh bila dengar lagu-lagu sentimental macam ni. Yes, I am a very detailed person. Guest la.. But no worries, I'm just fine.. Jiwa sentimental memang macam ni. Tengok cerita korea pun boleh nanges sampai tak cukup tisu sekotak nak lap hingus.. Ini semua poyo!  Kahkahkah! :D



NOTE : Mood karaoke ON! Tak pernah berjaya bawa lagu-lagu Agnes dengan baik. Nak-nak bila masuk part high pitch tu.. Pergh! Macam nak tercabut ko anak tekak haku.. Ark ark ark! ^o^



You May Also Like

2 Shaklee Lovers Visit

  1. dah lama tak tengok TV3.... sebab tu tak tahu langsung kewujudan drama di atas tu... he he he

    ReplyDelete
  2. sama la..time klimaks baru nk lyn..hihi.. tp ending dia x best la.. huhu

    ReplyDelete