Personaliti Aku Sebagai Seorang Yang Berdarah 'O' Telur Ayam..

by - 10:00:00 am

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Berikut adalah personaliti seorang yang berdarah 'O' :-
  • Setia (Totally agree! Cuma kalau melibatkan produk penjagaan diri ke apa tak setia sangat. Suka tukar2..Kekeke..)
  • Sabar (Tak rasa pun diri ini cukup penyabar.. Silap haribulan meletup jugak! Bagi mereka yang kenal aku dia taulah macamana aku meletup..)
  • Kuat cemburu (Dulu ye. Sekarang wat lek jer..)
  • Ingin jadi ketua dalam tugasan berkumpulan (Ada jugaklah sikit2.. Tapi tu ciri2 'Eagle'.. Aku 'Owl'.. Sangat tak ada kena mengena..)
  • Yakin terhadap keupayaan sendiri (Kalau bidang tu memang aku terer, ya memang aku yakin.. Tapi kalau benda tu di luar bidang aku, memang out terus! Kahkahkah!)
  • Berusaha bersungguh-sunguh untuk mencapai sesuatu matlamat (Exactly!)
  • Terlalu serius bersaing hingga memberi tekanan kepada diri sendiri (Sebab tu asyik migrain je kot..Huhu~)

Ada siapa-siapa berdarah telur ayam macam Mieza? Mohon bagi contact detail ye. Kot ada apa-apa kecemasan, senang nak cari penderma darah.. Hehe.. Darah jenis 'O' adalah penderma universal. Dia boleh derma kat sesiapa sahaja yang berdarah selain dari 'O'. Tapi dia tak boleh menerima derma dari sebarang jenis darah. Nak kena jenis yang sama jugak iaitu 'O'. Itu yang dikatakan SETIA kot. Setia dengan sesama jenis dia jer.. Ish, macam pelik pulak dengar kan? Sesama jenis? Oh no! 

Ok, cukup-cukuplah merepek. Nah, ni Mieza bagi jadual personaliti mengikut jenis darah. Korang darah jenis apa? Cer share sikit, sama ke tidok dengan yang dinyatakan dalam jadual kat bawah ni..

KLIK Untuk Tumbesaran Berlipat Kali Ganda..


NOTE : Personaliti seseorang itu boleh berubah mengikut keadaan dan persekitaran. So, jangan percaya sangat..



You May Also Like

4 Shaklee Lovers Visit

  1. baca boleh..percaya jgn kot.. huhu

    p/s : tadi tu kan mmg bahasa indon ..haha.. mls nak edit blk..search google trs copy paste je.. kohkoh

    ReplyDelete
  2. kelemahan darah 'O'.. kalu mengandung nk kena jg makan betul2 supaya ank tak kena kuning sgt bila lahir... sbb ank yg hasil ibu berdarah 'O' senang dan susah nak turun kuning nyer... kita alhamdulillah, darah 'A'... senang nk jaga... ank kena kuning pon kejap jer da turun..

    ReplyDelete
  3. Hmm , Nurrul tak tahu nurrul darah jenis apa.. mungkin kena check up nanti nak tahu jenis darah juga !

    ReplyDelete
  4. kite kan sampai sekarang tak pernah tau kite darah ape. sebab tak pernah derma darah. sobsss. takot sakitttt. wuwuuuu. kalau buat check up tak pernah pulak dokter tulis darah ape. huhuhu

    ReplyDelete