Running Man Ep. 145 : Running Man Vs. Law Of Jungle Team Review [Part 1]

by - 3:25:00 pm

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Baru lepas habis tengok Running Man Episod yang ke-145.. Antara episod yang paling best bagi Mieza. Kali ni pihak produksi menjemput team dari Law Of Jungle untuk tampil memberi saingan kepada team Running Man. Tapi Han Dong Hoon (Ha Ha) telah dipilih oleh team Law of Jungle untuk menyertai mereka menentang team Running Man. Jadi yang tinggal dalam team Running Man ialah Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Song Ji Hyo, Kang Gary, Kim Jong Kook, dan Lee Kwang Soo.

Peserta-peserta dari team Law Of Jungle juga tak kurang hebatnya dengan kehadiran Kim Byung Man, Jin Woon (2AM), Noh Woo Jin (Actor), Jeon Hye Bin (Actress), dan Park Jung Chul (Actor). Kelebihan team Law Of Jungle ni ialah mereka dah terbiasa dengan cabaran hidup dalam hutan yang mana tiada kelengkapan asas seperti kehidupan di bandar. Survival team ini memberikan saingan yang cukup sengit kepada team Running Man dalam episod kali ni.  

Untuk episod kali ini, ada 4 pusingan cabaran iaitu Water Relay, Underwater Iron-Bar Wrestling, Action Guest, Nametag Removing. Okay! Jom kita review sikit apa yang berlalu dalam episod kali ni! ^_^


Pusingan Pertama : Water Relay
Lokasi penggambaran Water Relay Running Man Episod 145
Dalam cabaran pertama, setiap peserta diberi satu tugasan untuk diselesaikan secara bergilir-gilir. So, masa ni diorang memang kena bekerjasama dan memberi kepercayaan penuh pada setiap ahli pasukan. Antara cabaran dalam pusingan pertama ini ialah lompat tali (skipping) dengan memakai kasut menyelam (kaki itik), tanggal stoking dalam air dengan salah seorang ahli kumpulan berada di atas bahu, jentik batu dalam air (tak sure apa nama mainan ni), bermain hoola hoop sambil sambut bola, menggelungsur dalam air sambil bawa 10 biji bola dalam mangkuk dan shoot sekurang-kurangnya sebiji bola ke dalam tong yang disediakan dalam masa 199 saat.

Underwater Sock Removing.. Sorang kena duduk atas bahu, yang kat bawah tu kena tanggalkan stoking yang dipakai hanya dengan menggunakan kaki..
Kim Byung Man yang sangat terer dengan aktiviti yang melibatkan air..
Team Running Man menghadapi kesukaran masa part skipping tu. Paling sadis, Ji Suk Jin siap terlondeh seluar semasa nak cukupkan 10 kali lompatan. Nasib baik pakai swimming suit kat dalam. Memang lucu sangat masa ni. Even Kim Jong Kook pun tak berjaya nak cukupkan 10 lompatan. Last-last dikurangkan ke 5 lompatan sahaja. Yang part hoola hoop tu pun sadis jugak. Tak ada sorang pun dari team Running Man sukarela nak buat tugasan tu. Sebab hoola hoop tu sangat besar, berat dan diperbuat daripada besi.

Lee Kwang Soo gigih nak siapkan tugasan hoola hoop.. 
Seperti biasa, Lee Kwang Soo lah yang jadi kambing hitam. Kim Jong Kook sendiri pun tak tahan sakit main hoola hoop tu.. Kekekeke! Dari team Law Of Jungle, tugasan tersebut dipertanggungjawabkan kepada Jeon Hye Bin. Terer gila Hye Bin main hoola hoop nih. Macam tak sakit langsung. Lain pulak hal Kwang Soo, nampak sangat sengsara tahan sakit.. Kahkahkah! Apa pun, kemengan berpihak kepada team Law Of Jungle untuk pusingan pertama dan Ji Suk Jin jadi mangsa tebusan pertama dari team Running Man. 

Aksi Ha Ha & Yoo Jae Suk dalam final challenge of Water Realay!


Okay, cukup sampai pusingan pertama dulu.. Something weird happen to my blog suddenly.. 

CLICK To Enlarge!


NOTE : Tengah syok taip review keluar pop up macam dalam gambar kat atas ni. Kenapa arr? Someone please help me! 



You May Also Like

8 Silent Hunter's Footprints

  1. tadi ada keluar sekali...lepas tu dah occay jer dah mender alah tu...

    panjang betul siri Running Man ni ek...walaupun dah beratus2 episod...sekali pun belum pernah tengok lagi...

    ReplyDelete
  2. haha mmg best episod tu.. kesian kwang soo.. selalu kena buli... dah laa kurus..pastu kena main hoola hoop... besar plak tu gelung tu... huhu


    ehhh sama laa ngan moon..asyik keluar benda yg sama je....

    kenapa ehh... risau plak..moon pon ingat blog kena hack gak... huhu

    ReplyDelete
  3. Ada orang log masuk di lokasi lain.. elok tukar password as soon as possible

    ReplyDelete
  4. same lah kite tau. tengah best2 menaip asyik je dok keluar mende alah tu. tapi bile click takde lah pulak kene log in balik. elok je. last2 biar je asal die keluar close. sampai lah abes menaip entry. takde effect pape pon. tapi mende tulah mengacau. huhuhu

    ReplyDelete
  5. nanti bru nak layan running man..kih2..lambatkan?

    haah, yui ad pasn td tp skg dh ok..jgn mcm2 udah.

    ReplyDelete
  6. saya mmg x layan tv sgt da skrg ni..
    semua ketinggalan....

    eh samela...
    tapi hari ni xdak lak die kuar..hehe

    ReplyDelete
  7. ala.. deqla x lyn ar citer ni...huhu.. eh tu dah kenapa..? alamak.. x pakar...huhu

    ReplyDelete
  8. Kena tukar password yangstrong tu kak Mieza.. ada lah tuh someone masuk dlm blog.. jgn jadi cam Nurrul dulu...

    ReplyDelete