Blogger templates

Tuesday, 21 May 2013

Running Man Ep. 145 : Running Man Vs. Law Of Jungle Team Review [Part 2]

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Okay, masa untuk sambung review. Harap masalah pop up message semalam tak jadi lagi. Hampeh betul, tengah elok-elok idea fresh dari ladang melimpah ruah terus hilang gara-gara pop up message tu. Sakkkit hati! (versi Ropi).. Sudah2! Mari kita sambung review Running Man Episod 145 yang tak sudah semalam tu.. 

Aksi Ji Suk Jin dalam rope skipping! Sadisnya, sampai terlondeh seluar.. Huhu~~ -.-" 


Pusingan Kedua : Underwater Iron-Bar Wrestling


Underwater Iron-Bar Wrestling
Dalam cabaran kedua ni pula, kelebihan masih pada team Law Of Jungle. Sebab? Game ni memerlukan kekuatan tangan dan kebolehan mengimbangi badan. Alah, bergayut & panjat memanjat ni memang dah jadi makanan diorang dah. Sebelum mula, Yoo Jae Suk sempat tanya Kim Byung Man berapa lesen yang dia ada dalam aktiviti yang melibatkan air.. 8 ko lesen dia! Padanlah masa cabaran pusingan pertama tu rilek je dia menyelam dalam air lama2. Gary jugaklah yang pancit, tak cukup nafas.. Kehkehkeh!

Untuk cabaran ni, kedua-dua pasukan akan cuba menjatuhkan lawan masing-masing ke dalam air. Tak kisahlah nak guna skill or taktik apa pun. Janji semua ahli team lawan jatuh dalam air. Ada 3 round. Round pertama, Kim Byung Man cuba nak lompat & bergayut pada palang tapi disebabkan faktor ketinggian yang tak berapa nak cukup inchi, cubaannya gagal.. Debusshhhh! Jatuh dalam air daa... Kahkahkah! Tapi percubaan keduanya, dia terus panjat naik atas palang & berjalan kat atas tu dengan penuh slumber land nya.. Masa ni, ada background music yang lawak giler.. Oh ya! Kim Byung Man ni walaupun kecik comey jer, tapi kelebihan dia banyak. Salah satunya ialah dia ada belajar martial arts. Sebab tu lah senang je nak balance-balance badan ni. Hehehe..

Team Running Man menghadapi saat getir apabila team Law Of Jungle menyerang & mengepung dari segenap sudut..
Ha Ha cuba membantu semasa Jin Woon kena counter attack dari team Running Man tapi tak berjaya. Dua-dua jatuh. Sempat juga Jin Woon tarik Yoo Jae Suk sekali. Masa ni ada lagi adegan seluar terlondeh. Bukan setakat londeh jer, tanggal terus.. Ko nampak seluar oren terapung dalam air tu? Siapakah gerangan empunya seluar oren? Kahkahkah! Lawak sungguh..! Skill team Law Of Jungle ni terserlah dalam game ni. Semua team Running Man berjaya ditumpaskan termasuk komando Kim Jong Kook.. Terbukti kekuatan fizikal bukan segala-galanya.. Haha!
Cakap banyak merepek meraban pun boleh menang besar cenggini.. Ko ade?

Pusingan pertama team Law Of Jungle menang! Pusingan kedua bermula dengan lebih serius apabila Kim Jong Kook mula menunjukkan taringnya. Mana taknya, selama ni semua orang takut dengan si komando ni, tapi bila kena berdepan dengan team Law Of Jungle semua orang lagi takut dengan team lawan dari komando sendiri.. Ngahahaha! Tapi malangnya, kemenangan tak berpihak pada team Running Man apabila team Law Of Jungle berjaya memenangi pusingan kedua. Mangsa tebusan kedua dari team Running Man ialah Yoo Jae Suk. Ada background music yang kengkunun sedih masa ni. Maklumlah, Yoo Jae Suk ni antara Ace dalam team Running Man selain Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo.. Dah kurang sorang Ace, masaklah team Running Man lepas ni.. Hoho..!


Okay, that's all for now.. Kita sambung next part di next entri k! Kang panjang berjela juling pulak bijik mata korang nak baca sampai habis.. Silap haribulan langsung tak baca.. Sedey tau kite buat review panjang-panjang tak ada orang baca.. Hewhew!~




NOTE : Alhamdulillah, banyak dapat jemputan ni. Tinggal nak confirmkan kedatangan jer.. Siapa sudi nak teman kite? ^_^



5 comments:

  1. Dah banyak dah citer nie ekk , beratusepisod dah.. Nurrul tak ada beyond..tuh yg tak ley nak tgok.. :P

    ReplyDelete
  2. x penah tgk pun.. hihi.. lawak la smpai terlondeh seluar.. naseb ada seluar hitam tu..kalo x sadiss..

    ReplyDelete
  3. Pernah tgk skali kat umah abang. ANak saudara peminat citer ni ☺☺

    ReplyDelete
  4. memang kelakar..suka tgk RM ni..hehe dh tgk episod 146 lgi kelakar hihi

    ReplyDelete
  5. kalau tgk running man, mesti ketawa berdekah-dekah!

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com