Blogger templates

Saturday, 29 June 2013

Kawad Formasi Terpantas

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Kawad Formasi Terpantas | Tengok video ni betul-betul. Gila hebak! Agak-agak kita boleh ke buat kawad formasi macam ni? Mieza rasa berlanggar, tunggang langgang la kalau kita yang buat. Dengar comand tu macam Jepun. Kat Jepunlah ni kot.. 


NOTE : Rasanya ni lah entri terpendek sejak aku berblog selain dari entri-entri WW.. 
Read More

Friday, 28 June 2013

Last Day Promotion!!!

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Last Day Promotion!!! | Hari ni adalah hari terakhir untuk promosi jimat Meal ShakesStok adalah sangat terhad sekarang. Dengar khabarnya stok dah habis di cawangan KK. Semenanjung pun dah hampir kehabisan stok. Nampaknya promosi kali ni mendapat sambutan yang luar biasa daripada pengguna-pengguna produk Shaklee. Ini membuktikan bahawa produk Shaklee terbukti berkesan dan diyakini ramai.

CLICK TO ENLARGE

Hari ni Mieza nak seru semua yang ada untuk cuba produk ini dan rasai sendiri perbezaannya. Jadi sesiapa yang berminat tapi masih belum order tu, silalah berbuat demikian sebelum stok habis dan sementara harga tengah murah ni. 


Boleh buat stok untuk bulan puasa ni sekali. Kalau ada anak-anak yang baru nak belajar berpuasa tu amat disarankan bagi minum Meal Shakes ni. Bagi ibu-ibu mengandung dan yang menyusukan bayi tu pun sangat-sangat disarankan minum Meal Shakes untuk elak rasa lapar semasa berpuasa. Insha Allah anda & anak anda akan kekal bertenaga sepanjang Ramadhan. 


Suggestion Set Untuk Ramadhan :- 
SET MIGHTY 3 GEMS 



Yakini SHAKLEE! Ia SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI! ^_^


Inbox atau SMS Mieza segera untuk dapatkan harga istimewa..!
SMS : 019-5327438
EMAIL : miza@rafhanah.com.my
SHAKLEE PAGE : Shaklee Ipoh, Perak



Read More

4 Bulan 14 Hari..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
4 Bulan 14 Hari | Apa ada dengan 4 bulan 14 hari? Ooops! Bukan usia kandungan ke apa ya. Tapi usia penantian. Penantian apa? Penantian sesuatu yang sampai sekarang masih belum nampak hasilnya. Perasaan bercampur baur sekarang ni. Rasa tertipu, bengang, hampa semua ada. Korang mesti tak sabar-sabar nak tau kan? Okay, meh Mieza cerita.

4 bulan 14 hari yang lalu, Mieza ada lah join satu segmen ni. Erm, bukan segmen sangatla. Lebih kepada request. Mula-mula Mieza ingat maybe sebab tuan blog ni busy or kekurangan masa nak design request Mieza tu, sebab agak lama blog dia tak berupdate. So, Mieza okay jelah. Maybe dia tengah design kan my request tu. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Sampailah sekarang tak ada apa-apa berita. Bila jenguk-jenguk blog dia ada je update terbaru. Tapi tak ada cerita pasal request tu pun. 


Bila Mieza belek balik entri-entri lama beliau, rasanya tak sampai separuh dari request pun yang disiapkan. Ni lah namanya janji tinggal janji. Nampak lebih kepada nak tarik trafik ke blog sendiri je. Entah, malas nak fikir bukan-bukan sebenarnya. Tapi ye lah, kita mengharap. Tapi habuk pun tak ada.

Kesimpulannya kalau nak buat segmen or contest apa-apa tu ukur dulu kemampuan kita. Kalau rasa tak mampu nak tunaikan, hadkanlah penyertaan. Tak pun jangan buat langsung. Update je entri macam biasa. Kan lagi mudah macam tu. 



NOTE : Mieza tak akan bagi link blog beliau kat sini. Kalau rajin korang carilah sendiri dalam list entri bulan Februari. 



Read More

Thursday, 27 June 2013

Mentari Muncul Lagi.. ^__^

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg




Akhirnya mentari muncul lagi.. Rasa sebak di dada bila bangun pagi tadi buka tingkap, buka pintu nampak cuaca sangat cerah. Dongak ke langit, nampak langit membiru mula kelihatan. Tompokan awan kecil memutih mula muncul.. Tiada lagi kabut gelap kehitaman. 

Hari-hari mendung nan suram sudah berlalu. Jerebu yang melanda makin beransur pulih. Terus semak status IPU hari ini. Alhamdulillah, bacaan IPU di sekitar Jalan Tasek, Ipoh telah menurun ke 51* dan kembali ke paras sederhana. Hujan rahmat yang turun dua hari lepas telah membawa jerebu pergi..

Terima kasih Allah kerana menurunkan hujan di bumi Malaysia ini. Sesungguhnya ENGKAU lah yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani. Fenomena jerebu kali ni sangat terkesan di hati. Kita semua boleh lihat kekuasaanNYA kan? Allah Maha Besar.. Mieza dapat lihat & dapat rasa.. Tapi tak tau lah korang.. 

Teringat lagu band favourite dulu-dulu. SLAM : MENTARI MUNCUL LAGI.. Layannnnn! ^_~






NOTE : Semoga hari-hari mendatang terus cerah dan ceria seperti hari ini..





Read More

Wednesday, 26 June 2013

TIPS Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg


TIPS Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa | Petang ni Mieza nak berkongsi tips macamana nak kekal bertenaga di bulan puasa nanti. Ramai yang refuse nak amik vitamin bentuk pil sebab culas nak monitor water intake level. Jadi apa pilihan anda? Pastinya SET MIGHTY 3 GEMS! Set ini sesuai untuk semua peringkat umur dan boleh diminum seisi keluarga.  Selain itu set ini juga membantu anda kekal cergas bertenaga sepanjang berpuasa.. Insha Allah.. 


Tips Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa
Semasa bersahur, makanlah makanan yang berkadar protein tinggi. Ini kerana pencernaan dan penyerapan makanan adalah jauh lebih lama jika dibandingkan dgn pengambilan makanan dengan kadar karbohidrat yg tinggi. Ambil bersama segelas susu dan juga multivitamin agar stamina tetap terjaga. 

Cara paling mudah adalah dengan mengambil SET MIGHTY 3 GEMS! Set ini terdiri daripada 3 rangkaian produk iaitu Mealshakes (multivitamin, multimineral, fiber dan protein)ESP (protein soya) dan Performance Drink (Pure Hydration Drink berperisa oren).


Ambillah SET MIGHTY 3 GEMS ini semasa bersahur dan selepas berbuka ataupun sebelum tidur. Insha Allah, anda akan kekal bertenaga sepanjang hari tanpa berasa lapar mahu pun letih. Cuba dulu baru tahu. Tak cuba tak tahu. Melabur lebih sikit untuk kesihatan dan kesejahteraan seisi keluarga apa salahnya.. =)

Kelebihan SET MIGHTY 3 GEMS :-

  • Kekal cergas bertenaga sepanjang hari
  • Fokus dalam ibadah dan membantu anda mendapatkan ibadah yang berkualiti
  • Menjalani rutin dan aktiviti harian seperti biasa tanpa merasa penat atau letih


Jom cuba SET MIGHTY 3 GEMS! ^_^
Dapatkan set ini bersama-sama OFFER MEALSHAKES yang berbaki LAGI 3 HARI!
PM atau SMS Mieza untuk dapatkan harga istimewa! ^_~


Yakini SHAKLEE! Ia SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI! ^_^


NOTE : Khabarnya branch semenanjung akan kehabisan stok Mealshakes... Dapatkan sekarang sementara stok masih ada..! Harga runtuh gila-gila untuk bulan ni sahaja! 



Read More

Bacaan Terkini IPU Di Seluruh Malaysia

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

CLICK TO ENLARGE

Bacaan Terkini IPU Di Seluruh Malaysia | Bacaan Index Pencemaran Udara (IPU) hari ini telah mula menurun di kebanyakan kawasan di Malaysia. Kat atas ni adalah bacaan terkini IPU sehingga jam 6 pagi tadi. Faktor hujan yang turun di beberapa kawasan mungkin merupakan punca utama berlakunya penurunan bacaan IPU ini.

Alhamdulillah. Nampaknya masalah jerebu yang melanda negara kita ni akan kembali pulih tak lama lagi. Ramai yang update status di FB semalam yang bagitahu tempat mereka dah mula hujan. Kuasa Allah SWT. DIA mendengar dan mengetahui rintihan setiap makhlukNYA. Di saat bumi Malaysia ini meruncing dengan permasalahan jerebu yang makin membimbangkan, DIA turunkan hujan untuk membantu kita. Rasa terharu dengan kebesaranNYA bila baca status kawan2 yang menyatakan hujan mula turun di tempat-tempat mereka semalam..




NOTE : Buka tingkap pagi ni, suasana nampak makin baik. Kabut dah berkurang. Alhamdulillah. Semoga jerebu cepat-cepat berlalu.



Read More

Google Cuba 'Fishing' Akaun Pengguna?!

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Google Cuba 'Fishing' Akaun Pengguna?! | Bangun pagi-pagi kononnya nak sahur. Tengah syok minum-minum, rupanya azan dah habis berkumandang. Adeh, apakah? Macamana boleh tak perasan jam dah dekat pukul 6? Terus sambung minum.. Kira breakfast di awal pagi lah ni.. Gugugu~~
Ni apa cerita pulak Google nak fishing-fishing akaun ni? Ni lah yang nak stroy ni. Alang-alang dah terlajak 'sahur' tu, check la email kejap. Check inbox check spam box segala. Tiba-tiba mata tertumpu dengan satu email ni. Dari google corporation katanya. Nak baca? Nah, amik baca..



Tengok alamat email si pengirim pun dah tau kan? Kalau betul dari google corporation, dah tentu-tentu alamat email tu ada perkataan google. Siap attach confidential letter lagi kau. Gigih sangat.. Haha!
CLICK TO ENLARGE

Gigih tak gigihnya kan? Rajin reka surat bagai.. Siap ada warning note lagi.. Jangan sebarkan kepada orang ramai atas alasan keselamatan! Kononnya.. Padahal takut semua yang dapat email yang sama tu tau yang diorang ni cuba nak 'fishing' kita.. 950,000 Great British Pounds kot.. Gila kau orang nak bagi free-free macam tu jer..




NOTE : Mohon jangan mudah percaya dan terpedaya dengan spam mail macam ni.. 



Read More

Tuesday, 25 June 2013

Tip Menjaga Kulit Ketika Jerebu

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Tip Menjaga Kulit Ketika Jerebu | Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi apabila zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan serta mungkin menyebabkan masalah pernafasan. 

Antara punca utama berlakunya jerebu adalah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. Dalam pada masalah pencemaran udara yang kian meruncing ini, pelbagai masalah kesihatan akan timbul seperti iritasi kerongkong dan batuk-batuk, kesukaran bernafas atau hidung tersumbat, iritasi di mata serta mata merah, serta kulit terasa gatal-gatal.


Pandangan Satelit Jerebu Yang Melanda Malaysia 17 Jam Lalu. Sumber Google. 

Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah di atas ialah pakai topeng muka yang mempunyai penuras, kurangkan penggunaan kenderaan terutama motosikal, sentiasa basuh bahagian yang terdedah atau mandi, dan sediakan ubat jika anda mempunyai masalah pernafasan.


Kulit kita paling banyak terdedah dengan pencemaran udara. Amatlah perlu untuk kita mengambil berat akan kesihatan kulit kita kerana jika dibiarkan ianya boleh mengakibatkan iritasi yang teruk dan mengundang kepada penyakit yang lebih merbahaya. Oleh itu, menjaga kulit ketika jerebu adalah amat penting. Ikuti tip-tip berikut.


Tip Menjaga Kulit Ketika Jerebu :-

Lindungi Kulit
Elakkan dari terlibat dengan aktiviti luar yang terlampau. Tetapi jika ia tidak dapat dielakkan, rajin-rajinkanlah mencuci muka dan kulit badan yang terdedah itu. Pastikan juga tiada kulit luka yang terdedah. Ini merupakan punca utama ia dijangkiti kuman.

Pelindung
Rawatan penjagaan kulit perlu dipertingkatkan. Ia boleh dilakukan dengan menyapu krim pelindung matahari yang mempunyai kandungan SPF yang tinggi iaitu lebih daripada 30+. Ia penting bagi melindungi kulit dari terkena terus oleh pancaran matahari.

Minum Air
Jangan lupa untuk minum air masak dengan kerap. Ia bukan sahaja membantu mengembalikan jumlah air dalam badan yang hilang, malah ia merupakan salah satu senjata untuk melawan pelbagai jenis penyakit. Juga dapatkan pemeriksaan daripada doktor bagi memastikan kesihatan anda berada di tahap yang baik. 

Bercutilah
Sekiranya laporan menunjukkan kadar jerebu akan menjadi semakin serius, ambil cuti dan pergilah melancong ke luar kawasan yang tidak terjejas. Bahaya jerebu ternyata sangat merisaukan. Namun, inilah cabaran yang perlu kita hadapi tambahan lagi berada di negara beriklim khatulistiwa. 


Semoga tip-tip yang diberikan ini dapat membantu anda menjaga kesihatan kulit anda. Paling penting, banyakkan meminum air masak untuk membantu mengembalikan kandungan air dalam badan kita sekaligus menyahtoksin bahan-bahan yang tidak diperlukan. 





NOTE : Bacaan IPU terkini di Ipoh semakin meningkat.. 



Read More

Sunday, 23 June 2013

Isteri Pengsan Terima Email Dari Suami Yang Baru Meninggal

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Isteri Pengsan Terima Email Dari Suami Yang Baru Meninggal | Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.


Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Pahang pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. 


Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:



To : Isteri Kesayanganku

Date : 23 Jun 2013

Subject : Abang Telah Selamat Sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini....



***Hari Ni Dah Vote?***
Kalau belum, jangan lupa vote dulu ye! Thanks..! ^_~
 


NOTE : Adeh, boleh pulak tersalah send email gitu.. Kalau aku pun pengsan kot.. Gugugu~~



Read More

Saturday, 22 June 2013

SHAKLEE Meal Shakes : Serat Pemakanan Dan Protein Untuk Seisi Keluarga

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg


SHAKLEE Meal Shakes : Serat Pemakanan Dan Protein Untuk Seisi Keluarga | Badan terlalu kurus? Tidak mempunyai selera makan? Sering mengalami sembelit dan mudah jatuh sakit? 

Meal Shakes Adalah Makanan Segera,Tanpa curiga

Dalam kehidupan seharian yang sangat aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang. Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik.




Meal Shakes Sesuai Untuk Semua Termasuk :-
  • Ibu hamil yang tiada selera makan, morning sickness yang teruk.
  • Ibu menyusu yang ada kekangan bajet untuk mendapatkan Energizing Soy Protein [ESP].
  • Ibu bapa yang telah berumur yang tidak makan secara sihat dan tidak suka makan vitamin berbentuk pil.
  • Kanak-kanak dan remaja yang sedang meningkat dewasa.
  • Anak-anak yang kurang selera makan.
  • Sesiapa sahaja yang selalu tidak sempat untuk minum pagi, secawan Meal Shakes sudah cukup untuk anda.



Sediakan vitamin dan mineral penting serta nutrien asas yang diperlukan oleh anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja untuk terus kuat dan sihat. Meal Shakes adalah sumber terbaik serat pemakanan dan protein untuk seisi keluarga! ^_^



PROMOSI BULAN JUN!!!
Kongsi pembelian Meal Shakes dengan ahli keluarga dan sahabat handai untuk mendapatkan harga terbaik! Lebih murah, lebih jimat! Beli 6 Percuma 1!!!! Harga terendah hanya dalam bulan Jun 2013!!! 


Produk kesihatan dan nutrisi SHAKLEE terbukti selamat dan berkesan sejak dulu lagi..! Tinggal lagi beberapa hari sebelum promosi tamat.. Jom pakat-pakat order! ^_^







***Jangan Lupa Undi Mieza Ye!***
Undi Hari-Hari Tau!
Just Log In via FB or Twitter, then CLICK 'VOTE NOW'
Thank You All..! ^_~
 

Yakini SHAKLEE! Ia SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI! ^_^ 
 .:: Berminat, sila hubungi Mieza di 019-5327438 (SMS) ::. 
.:: atau boleh juga inbox di Facebook::. ^_^



Read More

Friday, 21 June 2013

Cenderamata Sharing Is Caring Dari Blogger Sihatimerahjambu..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Cenderamata Sharing Is Caring Dari Blogger Sihatimerahjambu.. | Cenderemata kali ni Mieza terima dari seorang lagi blogger iaitu Azhafizah merangkap tuan empunya Blog Sihatimerahjambu. Mieza dapat hadiah ni pun sebab menang contest Sharing Is Caring yang Fiza anjurkan tak lama dulu..

Hehe.. Tak menahan statement tak lama dulu tu. Memang dah lama hadiah ni sampai sebenarnya. Tapi belum berkesempatan nak update. Alasssssan sangat kan? Huhu.. Apa-apa pun, jom kita tengok dulu apa yang Mieza dapat.


Dapat 4 keping mini kalendar dan keychain. Murah hati betul si Fiza ni tau. Masa umum pemenang tu dia tulis kat situ, dapat satu keychain & satu calendar.. Tapi extra pula dibaginya. Alhamdulillah, syukur sangat dapat kenal rakan-rakan blogger yang baik dan murah hati macam ni. Dulu dapat cenderemata dari Waniey, sekarang dapat dari Fiza pula. Semua kawan-kawan blogger yang Mieza kenal baik-baik belaka. Tak sia-sia menjerumuskan diri dalam dunia blogging ni.. =)

Cantik tulisan si Fiza ni tau.. 

By the way, terima kasih lagi sekali Fiza.. Akak suka sangat hadiah yang Fiza bagi ni. ^__^



***Jangan Lupa Tolong VOTE Mieza untuk hari ini! ^_~***
 


NOTE : Assignment tak siap lagi.. Bila nak start ni Mieza oiii??!



Read More

Kisah Teladan : Jenazah Berubah Menjadi Babi Hutan

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Kisah Teladan : Jenazah Berubah Menjadi Babi Hutan | Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.


"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah.


"Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan. Siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" tanya anak itu.


Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.


Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali bertukar menjadi jenazah manusia. Kemudian nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu ingin dimakamkan, wajahnya berubah kembali menjadi babi hutan. 


Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan ayahnya selama hidupnya.


"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu.


Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda kepada sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat".


-Wallahu'alam-   

LIKE? VOTE HERE! ^_~
 

NOTE : Marilah saling berpesan sesama kita agar sentiasa menjaga solat. 



Read More

Wednesday, 19 June 2013

Kisah Buat Sang Suami.. [WAJIB BACA!]

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg


Pak Ngah Adan : Ko ni apa hal monyok semacam jer ni Muin?

Muin : Ntah ler Adan.. Bini aku tu, maleh benor masak gulai tempoyak faveret aku.

Pak Ngah Adan : Ate, apasal ko tak masak sendiri jer? 

Muin : Mane ler aku tau masak Adan oiii.. Aku ni kan suami.. Bior ler bini aku masak, aku makan jer..

Pak Ngah Adan : Patutnye ko ler yang masak..

Muin : Ish..! Masak tu kan tugas isteri..

Pak Ngah Adan : Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?

Muin : Laa.. Kan dari dahulu kala lagi dah memang tugas isteri masak memasak ni.

Pak Ngah Adan : Itu ler masalahnya. Kita ni duk sibuk amal budaya sampai lupa ajaran agama.

Muin : Ajaran agama? Lain ke yang Islam ajar?

Pak Ngah Adan : Memang ler lain. Tu pasal la kita kena belajor.

Muin : Sebenarnya ikut Islam macamana?



***Iklan kejap.. Pinjam seminit tolong vote Mieza boleh? ^^,***



Klik Banner Ni & Klik "VOTE NOW"!
That's all..
Thanks! ^_~ 

Sambung cerita....


Pak Ngah Adan : Kalau ikut Mazhab Shafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu jer. Layan suami. Yang lain semua kewajipan suami.

Muin : Huh? Layan suami jer?

Pak Ngah Adan : Ye. Kewajipan isteri cuma layan suami jer. Yang lain-lain dalam urusan rumahtangga semua tanggungjawab suami. Seperti sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami.

Muin : Susukan anak pun suami kena buat? Bior benar kamu ni Adan.

Pak Ngah Adan : Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa. Dia kena cari ibu susuan atau cari lah susu kamibing ke lembu ke.. Tapi Islam ni indah. Allah tak wajibkan, sebaliknya Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak itu.

Muin : Ooo.. Jadi apa lagi kewajipan suami?

Pak Ngah Adan : Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum satu mug atau satu cupak Baghdad yakni lebih kurang 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. Lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun.

..kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya. Tapi kalau suami nak bagi lebih pun tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasik tak berlauk pulak kan?

..suami tak wajib bagi isteri kat isteri dia. Tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri. Contohnya gantikan makanan dengan duit, jadi isteri makan sendirilah. Lagi satu, duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya. Dia boleh buat apa sahaja duit dengan duit tu tanpa mintak izin dari suami. Tapi seeloknya bagitaulah kalau benda tu besar macam nak beli kereta.  

Muin :  Kalau isteri tak tuntut hak dia? 

Pak Ngah Adan : Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumahtangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik.

..kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan beban suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada isteri.

..Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri. Tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat yang cukup kuat dalam sesebuah rumahtangga dan mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah.

Muin : Oooo.. Baru aku tau..

Pak Ngah Adan : Itulah masalahnya dengan orang kita ni, belajar tak berapa mau. Akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini sebab tak tau betapa beratnya kewajipan seorang suami. Kalau semua benda bini sanggup buat, memang best lah kahwin ramai. 

..Isteri pulak dalam tak sedar, ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula lah membebel. Kadangkala pegi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala, dapat dosa. 




Pesanan Buat Semua Baik Suami Mahu Pun Isteri : 
Ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter kerana letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Renung-renugkanlah.. Wallahu'alam.. 



Read More

Nuffnang : Earning Project C Pula Menyusul

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg


Nuffnang : Earning Project C Pula Menyusul | Log In ke akaun Nuffnang seawal pagi tadi. Alhamdulillah, earning untuk satu lagi blogbuster campaign dah masuk. Kelmarin earning untuk campaign Acer Hybrid Ultrabook dah selamat dikreditkan ke akaun Nuffnang Mieza. Hari ni earning Project C pula menyusul. So, ada yang dah dapat jawapan untuk Project C tu? Tak sabar nak tau siapakah yang bakal membawa pulang hadiah inovatif bernilai RM100,000.. Woot woot! ^o^


Earning yang memberangsangkan.. Alhamdulillah.. =)

Memang berbaloi-baloi usaha Mieza buat video untuk kedua-dua campaign ni. Ini merupakan earning pertama Mieza dengan blogbuster campaign. Kira macam eksperimen la ni. Sebab tak pernah dapat dan tak tahu keberkesanan iklan sebegini. Kalau nak dibandingkan dengan CPC campaign memang jauh beza total earning yang kita boleh dapat. Untuk Acer Hybrid Ultrabook, tempoh kempen adalah dari 16 Mei hingga 11 Jun 2013. Untuk Project C pula kempen berlangsung bermula dari 23 Mei hingga 13 Jun 2013. Dalam tempoh lebih kurang 2 minggu untuk setiap campaign dah boleh dapat earning tinggi sebegini. Jadi, eksperimen ni Mieza boleh katakan success lah! ^_^

Total earning setakat ini.. 

Walaupun pernah dapat CPUV Campaign, tapi entah di mana silap earning 'zero'. Huhu! Apa pun, Mieza tetap gembira dan bersyukur dengan rezeki yang ada ni. Terima kasih Nuffnang atas peluang yang diberikan! Harap lepas ni pihak Nuffnang tak lupa offer Mieza untuk blogbuster campaign terbaru nanti.. Sponsored post pun boleh.. Kih kih kih..! ^_^


Jadi kepada mereka yang dapat peluang macam ni, ambil peluang tu. Cabar diri sendiri untuk sahut cabaran Nuffnang. Jangan kata tak pandai, tak reti, or tak tahu.. Semua tu boleh belajar. Mieza sendiri pun bermula dengan zero. Tapi Mieza belajar. Walaupun video yang terhasil tu tidaklah sehebat mana, tapi sekurang-kurangnya kita mencuba.. Boleh rujuk tips menarik earning ke blog untuk membantu anda menarik trafik dan minat syarikat pengiklanan ke blog anda!


Pssst! Rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk. Contoh dengan Nuffnang, tak semestinya dalam bentuk wang tunai. Mungkin dalam bentuk produk kecantikan, mungkin juga dalam bentuk tiket wayang percuma, atau pun pakej percutian yang menarik. Jadi mendaftarlah dengan NUFFNANG! ^_~





NOTE : Syukur pada Allah SWT atas pemberian nikmat rezeki yang diberikan.. =)



Read More

Tuesday, 18 June 2013

Fasa-Fasa Perkahwinan

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Fasa-Fasa Perkahwinan | Kata orang-orang tua, setiap rumahtangga yang dibina perlu melalui 3 fasa utama perkahwinan :-

Fasa Pertama (5 tahun pertama)
  • Sentiasa diuji dengan kesempitan dan kekurangan harta. Pada peringkat ini pasangan suami isteri perlulah banyak belajar bersabar. 

Fasa Kedua (10 tahun perkahwinan)
  • Allah SWT akan mula membuka 1001 pintu rezeki untuk mereka yang berjaya menempuh ujian di fasa pertama dan masih kekal bersama meneraju bahtera perkahwinan. Pada peringkat ini rumahtangga semakin stabil dan tenang.

Fasa Ketiga (15 tahun perkahwinan)
  • Kehidupan lebih simple tetapi stabil dari segala sudut. Pada peringkat ini pasangan biasanya akan lebih meluangkan banyak masa bersama keluarga. Mungkin bercuti bersama anak dan isteri ke tempat-tempat menarik. 


Fuhhhh! Ada banyak betulnya. Kami sekarang masih lagi dalam fasa pertama. Panjang lagi perjalanan untuk kehidupan yang lebih stabil dan selesa. Semoga diberikan kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menghadapi cabaran hidup berumahtangga ini. Amin~~



NOTE : Wang ringgit bukanlah segalanya. Apa yang penting adalah kualiti masa yang dilperuntukkan untuk bersama pasangan dan anak-anak. 



Read More

Monday, 17 June 2013

Nuffnang : Rahsia Earning Mencanak Naik!

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Nuffnang : Rahsia Earning Mencanak Naik! | Log in ke akaun Nuffnang ni dah jadi salah satu rutin harian selain menguruskan hal-hal rumahtangga dan update blog di samping urusan-urusan perniagaan di Rafhanah dan Rafhanah De' Blogshop.


Sepanjang hampir dua tahun bergiat aktif dalam aktiviti penulisan blog ni, memang Mieza tak pernah merasa cash out daripada Nuffnang. Bukan earning tak masuk or tak naik. Naik tu memang naik, tapi biasalah slow sikit. Maklumlah, blog ni pun masih lagi boleh dikategorikan sebagai newbie. Usia pun baru setahun jagung, trafik tu dah tentu-tentu lah tak berapa nak tinggi macam blog-blog orang lain kan?


Dalam pada Mieza aktif berblog, pernah juga rasa putus asa bila tengok earning Nuffnang tak cukup memberangsangkan. Tambah-tambah lagi bila tengok blogger-blogger lain bukan main rancak cash out earning masing-masing. Nak kata otai, tengok usia blog mereka pun baya-baya blog Mieza jugak. Maka timbullah perasaan ingin tahu dalam diri Mieza.


Biasalah, Mieza ni jenis yang bila mula timbul rasa ingin tahu dalam diri Mieza, Mieza akan mula bertanya pada diri sendiri. Apa kelebihan yang ada pada blog mereka dan yang tak ada pada blog ni? Bagaimana mereka boleh menjana earning yang begitu kencang dengan pengiklanan Nuffnang di blog mereka? Apa rahsia menjana pendapatan dengan blog sehingga mampu menjadi sumber pendapatan tetap seseorang blogger? Di mana kesilapan Mieza dalam menulis di blog? Pelbagai persoalan akan timbul bila kita mula mempersoalkan tentang sesuatu perkara.


Pada fikiran Mieza, mungkin masih banyak kekurangan dalam gaya penulisan dan cara penyampaian Mieza untuk menarik lebih banyak trafik ke blog ini. So dari situ Mieza mula mengkaji semula hasil penulisan Mieza sebelum-sebelum ni. Dan dari situ juga Mieza mula belajar dan cuba hasilkan penulisan yang lebih matang dan berkualiti.


Untuk hasilkan tulisan yang berkualiti itu bukanlah satu perkara yang mudah. Mieza boleh jer nak menulis setiap hari bahkan post entri-entri terbaru setiap jam. Tapi dari segi kualiti tu mungkin kurang memuaskan. Untuk menghasilkan sesebuah entri yang matang dan berkualiti serta dapat menarik minat Nuffnang untuk menawarkan iklan-iklan yang lebih menarik ke blog kita, ada beberapa faktor yang perlu dititikberatkan. Antaranya :-

  • MASA. Jika ingin menghasilkan sesebuah artikel yang menarik dan bermanfaat untuk pembaca, masa yang berkualiti adalah amat penting. Macam Mieza sendiri memang Mieza perlukan masa yang sesuai untuk menulis satu-satu artikel yang boleh membantu memberi informasi berguna kepada pembaca blog Mieza. Selalunya masa yang sesuai untuk Mieza ialah waktu-waktu yang tenang seperti lewat malam dan awal pagi. Mieza akan habiskan masa 2-3 jam hanya untuk menghasilkan sebuah entri yang betul-betul berkualiti.
  • IDEA. Idea yang bernas tak selalu hadir. Kadang-kadang bila ketandusan idea, kita tak dapat nak menulis dengan baik. Masa tu lah keluarnya entri-entri 'copy paste' ni. Kerja senang, semua orang boleh buat. Tapi dari segi kualiti dan keunikan penulisan kita tu memang zero lah. 
  • BACA. Ya! Membaca adalah sangat penting untuk menambah pengetahuan kita. Bacalah sesuatu. Tak kisahlah pasal apa sekali pun, yang penting baca! Bacalah novel ke, komik ke, manga ke, majalah hiburan ke, apa-apa je lah yang boleh dibaca. Paling terbaik ialah baca surat khabar dan buku-buku yang memberi informasi berguna. Dalam sehari kita ada 24 jam. Luangkan sejam dua pun jadilah untuk membaca. Janji baca!
  • BERGURU. Berguru adalah perlu. Apa-apa ilmu yang kita dapat hasil dari pembacaan mahu pun dari sebarang sumber seperti orang kedua ketiga dan sebagainya tak semestinya benar belaka. Kadang-kadang informasi yang kita dapat tu ada yang bercanggah dari perkara sebenar. Samalah juga seperti kita belajar ilmu agama. Yang ni selalu orang kita buat. Banyak membeli dan membaca buku-buku bercorak keagamaan, kemudian percaya dan ambil bulat-bulat segala apa yang mereka baca. Mieza tak kata buku-buku tu semua tak betul atau tak bagus. Tapi carilah guru yang betul-betul memahami akan agama kita dan bergurulah dengannya. Tanya dan dapatkan kesahihan tentang satu-satu perkara tu. Perkara yang melibatkan agama ni bukan main-main. Sama seperti kita nak menulis tentang sesuatu, kalau tersalah maklumat dah jadi fitnah. Nak-nak lagi bab agama, salah pemahaman boleh jadi ilmu sesat. Tak pasal-pasal dapat dosa free. Jadi, bergurulah!
  • TANYA. Kalau tak tahu, tanya. Tak pandai, belajar. Jangan sesekali berputus asa dan jangan sesekali ambil langkah mudah tulis ikut suka hati kita. Kalau hal-hal tentang kehidupan kita sendiri tu lain lah, kita boleh tulis ikut pengalaman sendiri. Tapi jika ingin menulis tentang satu-satu isu yang berkaitan, kaji dulu. Tanya pada yang lebih maklum. Kalau bab nak menghasilkan penulisan yang bagus, nak dapatkan trafik yang tinggi ke blog kita dan nak menjana pendapatan yang lumayan dengan blog, bertanyalah pada mereka yang lebih berpengelaman. Kita ada ramai blogger yang berpengalaman yang boleh bantu kita seperti Denaihati, Earncent, HasrulHassan, Mamamurai, AkmaOmar, Eyriqazz, BroFramestone, AbangEnsem, EncikTitan, RedMummy dan ramai lagi. Dekati mereka, dan belajar dari mereka. Insha Allah, mereka tak akan lokek ilmu dengan kita. Antara nak dengan tak nak jer. =)
  • BERANI MENCUBA. Ini pun merupakan salah satu faktor earning Nuffnang Mieza mencanak naik! Apa-apa jer peluang yang diberi, Mieza akan cuba. Berjaya ke tak berjaya ke, itu belakang cerita. Yang penting cuba dulu! Jangan mudah putus asa. Contohnya iklan blogbuster baru-baru ni. Mieza dapat 4 tawaran campaign blogbuster. Dua untuk blog ni, dua lagi untuk blogshop Mieza. Semua video campain yang Mieza submit, diluluskan. Dan hasilnya amatlah memberangsangkan. Di samping itu, Mieza juga dapat beberapa tawaran sponsored post dari syarikat-syarikat pengiklanan. Ini semua hasil penulisan yang mungkin menarik perhatian mereka untuk menawarkan peluang tersebut kepada Mieza dan blog ni. Alhamdulillah. =)


Setakat ni, itu jelah yang Mieza amalkan untuk menghasilkan sebuah artikel yang lebih matang dan berkualiti. Pada masa yang sama dapat menarik minat lebih ramai pembaca untuk singgah dan menyumbangkan trafik ke blog ini. Extra benefits, lebih ramai syarikat-syarikat pengiklanan dan individu tertentu yang berminat menawarkan sponsored post di blog kita! ^^,


Hasil berani mencuba! Terima kasih Nuffnang dan kepada semua yang sudi klik iklan ni.. 


Apa pun, masih banyak yang Mieza perlu pelajari dalam dunia blog ni. Apa yang Mieza boleh kongsi, Mieza akan kongsikan. Insha Allah. Perlu diingat, tak semua yang kita tulis, semua orang suka baca. Dan tak semua orang yang datang ke blog kita, tak suka baca apa yang kita tulis. So, pandai-pandailah tackle pembaca kita! ^_~




NOTE : Adakah keajaiban itu akan muncul? Semoga dipermudahkan.. Amin.. =)



Read More

Sindrom Bahu Lenguh

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Sindrom Bahu Lenguh | Tak habis lagi buat reserach. Huhu!~ Tak puas hati dengan maklumat tentang Slipped Disc hari tu. Research punya research, jumpa lah pasal sindrom bahu lenguh ni pula. Hasil dari pembacaan, inilah yang Mieza dapat.. Jom baca! ^_^


Sindrom bahu lenguh (shoulder impingement syndrome) sebenarnya masalah yang dialami oleh kebanyakan orang. Bagaimanapun, kegagalan menerangkan kepada doktor secara tepat menyebabkan sindrom itu diklasifikasikan sebagai sakit urat, sakit tulang belikat, atau sakit tengkuk. Sindrom berkenaan membabitkan tengkuk dan bahu, Kadangkala kesakitan itu merebak ke dada atau bagi perempuan di bahagian payu dara.


Anatomi bahu adalah seperti cawan dan piring. Cawan merujuk kepada sendi yang bertindak seakan bola pada bahu (head of humerus) dan piringnya pula adalah tulang belikat (shoulder blade). Tendon daripada 4 otot yang melindungi head of humerus membentuk rotator cuff dan berfungsi untuk menstabilkan bahu. Serat di dalam rotator cuff boleh membengkok mengikut posisi bahu.


Sindrom bahu lenguh terjadi kerana tekanan pada tendon di rotator cuff yang berada di antara tulang belikat dan head of humerus. Ia boleh menyebabkan radang yang kronik dan menyebabkan kelemahan tendon. Konsultan Ortopedik dan Pembedahan Kecederaan Sukan, Kol (B) Dr. Azmi Abdul Latif dari Hospital Pusrawi Sdn Bhd berkata, bahu lenguh adalah satu daripada masalah biasa di kalangan orang dewasa.


"Walaupun begitu, ramai orang yang tidak tahu malah mungkin ada doktor juga tidak tahu. Selalunya pesakit akan memberitahu doktor bahawa dia sakit tulang belikat atau sakit urat. Mereka tidak tahu pun masalah itu sebenarnya merujuk kepada sindrom bahu lenguh."


Dr. Azmi berkata, sindrom bahu lenguh menyebabkan bahu tidak stabil. Kestabilan bahu banyak bergantung kepada rotator cuff. Selain itu, sindrom bahu lenguh juga menjadi punca tendon rotator cuff terkoyak dan mudah tercedera. Apabila otot tidak kuat dan tidak seimbang, bahu akan terjatuh (displaced) sama ada ke depan atau ke bawah menyebabkan ia menekan ke atas saraf dan terasa lenguh. Bahu yang yang tidak seimbang akan kelihatan senget.


"Perlu diketahui bahawa sindrom bahu lenguh lebih berisiko kepada perempuan kerana kebanyakan wanita tidak duduk dengan posisi yang betul", katanya.


Selain wanita, golongan yang berisiko diserang sindrom bahu lenguh adalah mereka yang banyak menggunakan pergerakan tangan seperti atlit badminton, tenis dan skuash, serta kepada mereka yang suka tidur mengiring. Mereka yang bekerja secara berterusan dengan komputer juga antara mereka yang berisiko.

Antara Simptom-Simptom Sindrom Bahu Lenguh :

  • Kebiasaannya, simptom awal tidak disedari kerana ia tidak begitu menyakitkan. Pada peringkat ini kebanyakan pesakit tidak tidak berusaha untuk mendapatkan rawatan.
  • Bagaimanapun, pesakit akan mula merasa sakit pada bahu samada ketika menggunakan komputer atau ketika berehat. Kesakitan itu datang dari atas bahu dan menular ke lengan. Pesakit juga akan menyedari kesakitan akan menyerang apabila cuba mencapai atau mengangkat barang.
  • Sindrom bahu lenguh selalunya menyebabkan bengkak pada bahu. Kadangkala ia sakit dan terasa tegang apabila pesakit cuba meluruskan bahu. Kesakitan juga boleh dirasai apabila menurunkan tangan ke posisi tertentu. 
  • Kesakitan juga akan menyerang di waktu malam apabila masalah itu semakin bertambah.
  • Malah pesakit akan hilang kekuatan dan tidak boleh bergerak. Pesakit juga mungkin sukar membawa tangan ke belakang selain sukar mengenakan butang dan zip pakaian.

Rawatan terhadap sindrom bahu lenguh adalah sama dengan rawatan untuk slipped disc. Boleh rujuk dalam ENTRI INI.


**Sesetengah orang akan mendapatkan khidmat tukang urut. Selalunya urutan berkesan untuk beberapa minggu, selepas itu masalah ini akan kembali menyerang.**


P/S : Boleh juga cuba ambil Advanced Joint Health Tablet untuk membantu memelihara kesihatan tulang dan sendi kita. Setiap penyakit itu ada penawarnya. Yang penting kena yakin setiap kesembuhan dari satu-satu penyakit tu adalah dengan izin Allah. =)
  


NOTE : Rupanya kena sindrom bahu lenguh. Tapi kalau dibiarkan lama-lama kebarangkalian untuk terkena slipped disc tu tinggi juga. Huhu.. Bahaya2~~ T_T



Read More

Saturday, 15 June 2013

SHAKLEE Advanced Joint Health Tablet Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
SHAKLEE Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. 

Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

SHAKLEE Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.

Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, SHAKLEE Advanced Joint Health Tablet ialah sayur-sayuran 100%. 



Yakini SHAKLEE! Ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI! ^_^ 
 .:: Berminat, sila hubungi Mieza di 019-5327438 (SMS) ::. 
.:: atau boleh juga inbox di Facebook ::. ^_^



Read More

Friday, 14 June 2013

Ayat Kursi Menjelang Tidur

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Abu Hurairah r.a pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga ia pun merengek-rengek, "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya sangat ramai, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin? Keesokan harinya Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah baginda, "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam ya Hurairah?"

Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya ramai dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya bahawa ia kesian kepada pencuri itu, lalu dilepaskannya.

"Bohong ia," kata Nabi. "Pada malam nanti ia akan kembali".

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka kawalannya diperketat dan beliau lebih berwaspada pada malam itu. Benar seperti yang diperkatakan oleh Rasulullah, pencuri itu kembali lagi lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah.

Sama seperti sebelumya, pencuri itu lalu meminta ampun, "Saya orang miskin, keluarga saya ramai. Saya berjanji esok saya tidak akan kembali lagi," kata si pencuri.

Mendengar keluhan pencuri itu, Abu Hurairah berasa kasihan lalu melepaskan ia pergi. Pada paginya kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan baginda pun bertanya seperti kelmarin. Setelah mendapat jawapan yang sama, Rasulullah pun menegaskan, "Pencuri itu bohong dan nanti malam ia akan kembali lagi."


Credit Pic To Google

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan penuh waspada. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri di sekelilingnya. Jika pencuri itu benar-benra datang seperti yang diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, beliau telah bertekad tidak akan melepaskannya lagi. Sudah dua kali beliau dibohongi oleh pencuri itu. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu kedatangan si pencuri itu. Beliau kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya?

"Awas!", katanya di dalam hati. "Kali ini tidak akan ku berikan ampun".

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dijaga rapi.

"Nah, benar juga. Ia datang lagi!", kata Abu Hurairah di dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu  bertekuk lutu di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah si pencuri. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya ku adukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga."

"Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Namun dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat, dapat difahami bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa akhirnya pencuri itu berkata, "Lepaskan saya. Akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu.

"Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu..  Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Dan keesokan harinya ia kembali mengadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa malam tadi. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?", tanya Rasulullah sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia aku lepaskan," jawab Hurairah.

"Kalimat apakah itu?" tanya nabi.

Katanya, "Kalau kamu tidur bacalah ayat kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu..  Dan seterusnya sampai akhir ayat." Dan ia katakan pula, "Jika engkau membacakan itu maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari ini."

Mendengarkan cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula, "Tahukah kamu siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu setiap malam itu?"

"Entahlah," jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan.." balas Rasulullah S.A.W.




NOTE :   Sebelum tidur amalkan membaca surah Al-Fatihah, 3 Qul, dan ayat Kursi. Insha Allah akan dilindungi dari gangguan syaitan hingga ke pagi.. =)


  
Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com