Blogger templates

Tuesday, 4 June 2013

Ciri-Ciri Blog Buat Duit

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Ciri-ciri blog buat duit | Dalam ramai-ramai yang menulis di blog ni, boleh dikatakan majoriti tujuan mereka adalah untuk menjana pendapatan sampingan atau dengan kata lainnya 'buat duit'. Mieza tahu, ramai yang akan menidakkan kenyataan Mieza ni. Mereka akan berkata saya suka menulis di blog sebab :-
  • memang saya suka menulis
  • hobi waktu senggang
  • nak berkongsi cerita dengan kawan-kawan
  • nak pahatkan kenangan supaya boleh dijadikan tatapan di hari tua
  • saja suka-suka
  • etc.
Betul? Ya, Mieza pun pernah cakap Mieza menulis di blog ni sekadar suka-suka untuk tatapan generasi akan datang *Tu pun kalau blogger ni ada lagi.. -.-'* Tetapi dalam kita menidakkan tu, sebenarnya antara punca kita berblog adalah untuk buat side income atau pun mendapat ganjaran hasil dari berblog. Tak percaya? Meh kita tengok ciri-ciri yang ada pada majoriti blog di Malaysia ni :-
  • pasang iklan di merata ceruk dalam blog 
  • menerima bayaran melalui produk review
  • join contest sana sini demi menang hadiah
  • paksa orang klik link-link iklan dalam kontest yang dianjurkan
  • tawarkan perkhidmatan pengiklanan di blog dengan bayaran tertentu secara bulanan
  • perkhidmatan edit blog
  • etc.
Nampak tak permainan dia? Dalam duk menidakkan, ada tak ciri-ciri kat atas ni dalam blog korang? Mieza mengaku, memang salah satu sebab Mieza berblog adalah untuk 'buat duit'. Tak ada salahnya kalau kena dengan caranya. Tapi jangan lah melampau tempek iklan kat blog tu, sampai satu hape pun orang tak boleh nak baca. Itu menyusahkan orang namanya.
Contoh blog yang mewah dengan iklan.. 
Nampak berapa banyak iklan bertempek dalam blog kat atas ni? Meriah sangat kan? Ada komli, ada nuffnang, ada innity.... tu belum masuk weeclicks, advertlerts, heartbeat, sophie paris segala bagai lagi tu. Pssst! Identiti blog terpaksa disembunyikan demi kesejahteraan warga blogger seantero alam. Eheh!~ ;-)
Sebenarnya ini lah  yang Mieza cuba nak sampaikan pun. Yang panjang-panjang berjela kat atas tadi tu baru mukaddimah. Haha!  Sakkkit tak hati awak? ;p
Mieza tak tahulah apa perasaan korang bila masuk ke blog yang meriah dengan iklan macam ni. Kalau iklan tu fixed kat sidebar or header or kat mana-mana bahagian dalam blog tu tak apa, itu dikecualikan. Tapi Mieza paling pantang masuk ke blog yang pasang floating ads macam ni. Kalau satu dua & tak mengganggu kita nak membaca tu okay lagi. Tapi kalau dah semak samun macam ni? Adalah sangat menyirap hokay! Rasa macam nak kirap jer meja ni..! *Ayat favourite Arina Ahmad.. Woi! Aku ingat lagi tau..Kehkehkeh~~* 


Friendly reminder ye! *Ewah, friendly sangat.. Mata ke atas tangan ke bahu* Ini bukanlah entri untuk kondemkan blog sesiapa. Apatah lagi nak menyakitkan hati sesiapa. Mieza cuma memberi pandangan dan cadangan
Kesimpulannya kat sini, suka hati koranglah nak pasang berapa banyak iklan pun kat blog korang tu. Everybody has their own right *Hamik, speaking London bersepah* Tapi pandai-pandailah arrange korang punya iklan tu k. Nak pasang iklan terapung, tertiarap, tertonggeng ke suka hati korang lah. Blog korang kan, apa ada hal. Tapi fikirkan kesejahteraan para pembaca blog korang jugak. Jangan sampai diorang annoyed. Kang tak pasal-pasal trafik elok tinggi melangit, terus menjunam tak naik-naik.
I'm not saying that my blog is perfect or good enough to write this kind of article. I just trying to improve my writing & my blog itself. But Mieza tak nak improve sorang-sorang, Mieza nak kita sama-sama improve. Perbaiki apa yang kurang dan terima segala kritikan dan pandangan tu secara positif. *Apesal aku rasa dah macam blog motivasi pulak ni? -.-"*


Cukuplah membebel untuk hari ni. Panjang sangat dah ni. Kang korang pulak yang annoyed ngan kite.. Dah lah trafik tak berapa nak ke langit.. Silap haribulan lingkup pulak trafik kite, terpaksa tutup kedai. Oh mai! A big NO! NO! *See? Dah start merepek lagi.*


Sebelum lebih panjang aku mengarut, baik kita berhenti di sini. Dah! Tata! See you next entry.. Salam! ^_~
NOTE : Kesihatan beransur pulih. Terima kasih buat semua yang mendoakan! ^_^

18 comments:

  1. assalamualaikum ros...alhamdullilah kalau ada rezeki nyer dr blog...;)

    ReplyDelete
  2. lya pon mcm mieza.. mmg sebab2 diatas jugak & x diakui, duit pon salah satu y myumbang semangat utk bblog..tp bg lya la.. kalo ade rezeki adalah... kalo xde xpela.. ttp akan trskan bblog..

    ReplyDelete
  3. blog saya cuma ada nuffnang sahaja.

    ReplyDelete
  4. kalau banyak sangat iklan kekadang tu rasa semak jugak...susah nak baca entry...

    ReplyDelete
  5. betul. tak salah nak buat duit dengan blog. tp kalau dah banyak sngt iklan and then mengacau pembacaan sye pangkah terus je lah huhuhu

    ReplyDelete
  6. uhuhu.... tulis sekadar mengisi masa lapang. nk tepek iklan byk2 x reti dan rasa mcm semak plak.. oppsss...

    ReplyDelete
  7. Sblm ni x tepek pon, mula join nuffnang dis lpas, smpai skrg x prnah dpt BE.. X kisah la, takkan nak meroyan sampai berhenti blogging plk kan? :P

    ReplyDelete
  8. huhu pedih dan pedas juga entry akk ni.. tapi ada betulnya.. kalau nak letak iklan2 tu byk2 bolehkan, janji biar kemas.. senang org nak baca entry

    ReplyDelete
  9. duit adalah faktor utama untuk terus hidup..tak ada duit bagaimana mau beli makanan..begitu juga dengan tujuan buat blog..mau duit.

    ReplyDelete
  10. stkt ni ada nuff jela..hihi..

    yg pntg kwn itu lbh, itu yui suka =)

    ReplyDelete
  11. nanti dtg jentik ea coz tak jumpa pg ni =(

    ReplyDelete
  12. bab2 psg iklan tu mmg ayu xpndai.hehe

    ReplyDelete
  13. huhuhu.. deqla pasang nuffnang je kot..tp kalo deqla nk menidakkan bole? sbb deqla just pasang tp 1 hape pun xtau pasal nuffnang..hahaha... org pasang, deqla pun nk pasang.. kehkeh.. tp kalo ada rezeki amek je la..tp yg pasti itu bukan tujuan utama deqla berblog.. serius.. huhu...

    ReplyDelete
  14. memang bosan masuk blog macam ni. hahaha. kite buat blog sebab kite suka merepek sorang2. hikhik

    ReplyDelete
  15. tedi blogging utk diri sendiri.. iklan2 tu ujikaji je.. tp nuffnang punya stats tu sedap ditengok selain stats blogger sendiri. :)

    ReplyDelete
  16. dapat duit dr blog.. hehe bagus gak ..dr duk melangut depan lappy .. kurang kurang masuk hasil . leh bayar bil internet,,, hehe :)

    ReplyDelete
  17. Cara dah ada. Tapi nak gunakan itu yang masih tak jadi-jadi lagi.

    Mungkin anda suka dengan Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati
    ? Boleh cuba gunakan?

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com