Blogger templates

Sunday, 23 June 2013

Isteri Pengsan Terima Email Dari Suami Yang Baru Meninggal

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Isteri Pengsan Terima Email Dari Suami Yang Baru Meninggal | Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.


Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Pahang pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. 


Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:



To : Isteri Kesayanganku

Date : 23 Jun 2013

Subject : Abang Telah Selamat Sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini....



***Hari Ni Dah Vote?***
Kalau belum, jangan lupa vote dulu ye! Thanks..! ^_~
 


NOTE : Adeh, boleh pulak tersalah send email gitu.. Kalau aku pun pengsan kot.. Gugugu~~



9 comments:

  1. hihi sbr jela...

    t dtg cubit, tak jumpa..hihi.

    ReplyDelete
  2. Yela...tgh emosi lg. Maunya x pengsan...
    Kesian kan..

    Cite real ke ni ros?

    ReplyDelete
  3. confirm pengsan tang ayat "Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok".

    ReplyDelete
  4. haha, bahaya betul tersalah anta emel ni

    ReplyDelete
  5. nah hah..biaq betoi.kalo saya pon compom pengsan ntah² ati terus kes heart attack..kihkih

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. tp brmkna msg tu..da yg trsirat wlau slh antr kn

    ReplyDelete
  8. rasanya ni lawak je kot kan.. deqla penah baca ....

    ReplyDelete
  9. AINE AINUN
    -> Rasanya sekadar cerita jenaka je kot.. Jumpa kat FB.. =)

    DEQLA MANJEW
    -> Rasanya lawak jer ni Deqla.. Sekadar hiburan semata-mata.. Hehe..

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com