Kisah Buat Sang Suami.. [WAJIB BACA!]

by - 11:16:00 am

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg


Pak Ngah Adan : Ko ni apa hal monyok semacam jer ni Muin?

Muin : Ntah ler Adan.. Bini aku tu, maleh benor masak gulai tempoyak faveret aku.

Pak Ngah Adan : Ate, apasal ko tak masak sendiri jer? 

Muin : Mane ler aku tau masak Adan oiii.. Aku ni kan suami.. Bior ler bini aku masak, aku makan jer..

Pak Ngah Adan : Patutnye ko ler yang masak..

Muin : Ish..! Masak tu kan tugas isteri..

Pak Ngah Adan : Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?

Muin : Laa.. Kan dari dahulu kala lagi dah memang tugas isteri masak memasak ni.

Pak Ngah Adan : Itu ler masalahnya. Kita ni duk sibuk amal budaya sampai lupa ajaran agama.

Muin : Ajaran agama? Lain ke yang Islam ajar?

Pak Ngah Adan : Memang ler lain. Tu pasal la kita kena belajor.

Muin : Sebenarnya ikut Islam macamana?



***Iklan kejap.. Pinjam seminit tolong vote Mieza boleh? ^^,***



Klik Banner Ni & Klik "VOTE NOW"!
That's all..
Thanks! ^_~ 

Sambung cerita....


Pak Ngah Adan : Kalau ikut Mazhab Shafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu jer. Layan suami. Yang lain semua kewajipan suami.

Muin : Huh? Layan suami jer?

Pak Ngah Adan : Ye. Kewajipan isteri cuma layan suami jer. Yang lain-lain dalam urusan rumahtangga semua tanggungjawab suami. Seperti sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami.

Muin : Susukan anak pun suami kena buat? Bior benar kamu ni Adan.

Pak Ngah Adan : Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa. Dia kena cari ibu susuan atau cari lah susu kamibing ke lembu ke.. Tapi Islam ni indah. Allah tak wajibkan, sebaliknya Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak itu.

Muin : Ooo.. Jadi apa lagi kewajipan suami?

Pak Ngah Adan : Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum satu mug atau satu cupak Baghdad yakni lebih kurang 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. Lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun.

..kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya. Tapi kalau suami nak bagi lebih pun tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasik tak berlauk pulak kan?

..suami tak wajib bagi isteri kat isteri dia. Tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri. Contohnya gantikan makanan dengan duit, jadi isteri makan sendirilah. Lagi satu, duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya. Dia boleh buat apa sahaja duit dengan duit tu tanpa mintak izin dari suami. Tapi seeloknya bagitaulah kalau benda tu besar macam nak beli kereta.  

Muin :  Kalau isteri tak tuntut hak dia? 

Pak Ngah Adan : Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumahtangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik.

..kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan beban suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada isteri.

..Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri. Tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat yang cukup kuat dalam sesebuah rumahtangga dan mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah.

Muin : Oooo.. Baru aku tau..

Pak Ngah Adan : Itulah masalahnya dengan orang kita ni, belajar tak berapa mau. Akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini sebab tak tau betapa beratnya kewajipan seorang suami. Kalau semua benda bini sanggup buat, memang best lah kahwin ramai. 

..Isteri pulak dalam tak sedar, ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula lah membebel. Kadangkala pegi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala, dapat dosa. 




Pesanan Buat Semua Baik Suami Mahu Pun Isteri : 
Ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter kerana letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Renung-renugkanlah.. Wallahu'alam.. 



You May Also Like

14 Silent Hunter's Footprints

  1. great piece of sharing dear...ada juga terbaca... thanks tau share... *_^

    ReplyDelete
  2. sedarlah wahai suami-suami diluar sana, tapi bertolak ansur dengan isteri tu yang lebih baik, hargailah isteri anda.....

    ReplyDelete
  3. nice entry dear.. deqla penah tau psl ni.. masa kusus kawen dulu uztaz ada tekankan psl ni.. so, hubby mmg dah tau awal2.. hihi.. tp camne pun deqla tetap nk buat smua tu..mana2 isteri pun rasanya tetap nk buat utk suami jugak kan tanda ksh syg kita pd suami.. tp suami pulak jgn la naik lemak pulak.. dah isteri buat mcm2, dia goyang kaki saja.. apapun bertolak ansur tu sgt penting dlm rumah tangga.. kalo isteri penat, apa la slhnya suami pulak yg buatkan ye tak.. =)

    ReplyDelete
  4. ena pun ada dengar mengenai perkara ni... tapi sekarang pakat2 nak semua hal rumah perempuan yg uruskan.. hurmmmm... terima kasih share kak

    ReplyDelete
  5. wow.. baru N tahu.. dah siap print out nak bawa balik rumah :P

    ReplyDelete
  6. I do not even knοw how I ended up heгe,
    but I thought thіs post was great. I dоn't know who you are but certainly you are going to a famous blogger if you are not already ;) Cheers!

    My homepage ... Hotels at heathrow Airport

    ReplyDelete
  7. ada baca kat fb. moga2 dijadikan pengajaran. ;)

    ReplyDelete
  8. Excellent post. I ωаѕ checking cоnѕtantly this blog and I am impressed!
    Vеrу uѕеful іnformatiοn ѕpeciаllу the lаst pаrt :)
    I cаre for such infо a lot. I waѕ looking for this certain іnformation for a very long
    time. Thаnk уou anԁ best of luck.

    Feel freе to surf to mу homepage ... Cheap Hotels inside Portugal

    ReplyDelete
  9. sy isteri kpd somi sy tak baca ke..hehee gurau je..heheheh betul..betul..betul..setuju sgt

    ReplyDelete
  10. kbykan kita xtau semua ni kan..ikt adat ja semua isteri kna buat..nk kna bg bca ni.hehe

    ReplyDelete
  11. yui bc sebagai bakal isteri la ni..hihi..

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum ....menariknya...;)

    ReplyDelete
  13. saya dah baca kat FB...

    tu la,
    org lelaki anggap semua kerja rumah dibahu isteri kan kan...

    ReplyDelete
  14. Ini petanda akhir zaman...

    ReplyDelete