Blogger templates

Monday, 17 June 2013

Nuffnang : Rahsia Earning Mencanak Naik!

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Nuffnang : Rahsia Earning Mencanak Naik! | Log in ke akaun Nuffnang ni dah jadi salah satu rutin harian selain menguruskan hal-hal rumahtangga dan update blog di samping urusan-urusan perniagaan di Rafhanah dan Rafhanah De' Blogshop.


Sepanjang hampir dua tahun bergiat aktif dalam aktiviti penulisan blog ni, memang Mieza tak pernah merasa cash out daripada Nuffnang. Bukan earning tak masuk or tak naik. Naik tu memang naik, tapi biasalah slow sikit. Maklumlah, blog ni pun masih lagi boleh dikategorikan sebagai newbie. Usia pun baru setahun jagung, trafik tu dah tentu-tentu lah tak berapa nak tinggi macam blog-blog orang lain kan?


Dalam pada Mieza aktif berblog, pernah juga rasa putus asa bila tengok earning Nuffnang tak cukup memberangsangkan. Tambah-tambah lagi bila tengok blogger-blogger lain bukan main rancak cash out earning masing-masing. Nak kata otai, tengok usia blog mereka pun baya-baya blog Mieza jugak. Maka timbullah perasaan ingin tahu dalam diri Mieza.


Biasalah, Mieza ni jenis yang bila mula timbul rasa ingin tahu dalam diri Mieza, Mieza akan mula bertanya pada diri sendiri. Apa kelebihan yang ada pada blog mereka dan yang tak ada pada blog ni? Bagaimana mereka boleh menjana earning yang begitu kencang dengan pengiklanan Nuffnang di blog mereka? Apa rahsia menjana pendapatan dengan blog sehingga mampu menjadi sumber pendapatan tetap seseorang blogger? Di mana kesilapan Mieza dalam menulis di blog? Pelbagai persoalan akan timbul bila kita mula mempersoalkan tentang sesuatu perkara.


Pada fikiran Mieza, mungkin masih banyak kekurangan dalam gaya penulisan dan cara penyampaian Mieza untuk menarik lebih banyak trafik ke blog ini. So dari situ Mieza mula mengkaji semula hasil penulisan Mieza sebelum-sebelum ni. Dan dari situ juga Mieza mula belajar dan cuba hasilkan penulisan yang lebih matang dan berkualiti.


Untuk hasilkan tulisan yang berkualiti itu bukanlah satu perkara yang mudah. Mieza boleh jer nak menulis setiap hari bahkan post entri-entri terbaru setiap jam. Tapi dari segi kualiti tu mungkin kurang memuaskan. Untuk menghasilkan sesebuah entri yang matang dan berkualiti serta dapat menarik minat Nuffnang untuk menawarkan iklan-iklan yang lebih menarik ke blog kita, ada beberapa faktor yang perlu dititikberatkan. Antaranya :-

  • MASA. Jika ingin menghasilkan sesebuah artikel yang menarik dan bermanfaat untuk pembaca, masa yang berkualiti adalah amat penting. Macam Mieza sendiri memang Mieza perlukan masa yang sesuai untuk menulis satu-satu artikel yang boleh membantu memberi informasi berguna kepada pembaca blog Mieza. Selalunya masa yang sesuai untuk Mieza ialah waktu-waktu yang tenang seperti lewat malam dan awal pagi. Mieza akan habiskan masa 2-3 jam hanya untuk menghasilkan sebuah entri yang betul-betul berkualiti.
  • IDEA. Idea yang bernas tak selalu hadir. Kadang-kadang bila ketandusan idea, kita tak dapat nak menulis dengan baik. Masa tu lah keluarnya entri-entri 'copy paste' ni. Kerja senang, semua orang boleh buat. Tapi dari segi kualiti dan keunikan penulisan kita tu memang zero lah. 
  • BACA. Ya! Membaca adalah sangat penting untuk menambah pengetahuan kita. Bacalah sesuatu. Tak kisahlah pasal apa sekali pun, yang penting baca! Bacalah novel ke, komik ke, manga ke, majalah hiburan ke, apa-apa je lah yang boleh dibaca. Paling terbaik ialah baca surat khabar dan buku-buku yang memberi informasi berguna. Dalam sehari kita ada 24 jam. Luangkan sejam dua pun jadilah untuk membaca. Janji baca!
  • BERGURU. Berguru adalah perlu. Apa-apa ilmu yang kita dapat hasil dari pembacaan mahu pun dari sebarang sumber seperti orang kedua ketiga dan sebagainya tak semestinya benar belaka. Kadang-kadang informasi yang kita dapat tu ada yang bercanggah dari perkara sebenar. Samalah juga seperti kita belajar ilmu agama. Yang ni selalu orang kita buat. Banyak membeli dan membaca buku-buku bercorak keagamaan, kemudian percaya dan ambil bulat-bulat segala apa yang mereka baca. Mieza tak kata buku-buku tu semua tak betul atau tak bagus. Tapi carilah guru yang betul-betul memahami akan agama kita dan bergurulah dengannya. Tanya dan dapatkan kesahihan tentang satu-satu perkara tu. Perkara yang melibatkan agama ni bukan main-main. Sama seperti kita nak menulis tentang sesuatu, kalau tersalah maklumat dah jadi fitnah. Nak-nak lagi bab agama, salah pemahaman boleh jadi ilmu sesat. Tak pasal-pasal dapat dosa free. Jadi, bergurulah!
  • TANYA. Kalau tak tahu, tanya. Tak pandai, belajar. Jangan sesekali berputus asa dan jangan sesekali ambil langkah mudah tulis ikut suka hati kita. Kalau hal-hal tentang kehidupan kita sendiri tu lain lah, kita boleh tulis ikut pengalaman sendiri. Tapi jika ingin menulis tentang satu-satu isu yang berkaitan, kaji dulu. Tanya pada yang lebih maklum. Kalau bab nak menghasilkan penulisan yang bagus, nak dapatkan trafik yang tinggi ke blog kita dan nak menjana pendapatan yang lumayan dengan blog, bertanyalah pada mereka yang lebih berpengelaman. Kita ada ramai blogger yang berpengalaman yang boleh bantu kita seperti Denaihati, Earncent, HasrulHassan, Mamamurai, AkmaOmar, Eyriqazz, BroFramestone, AbangEnsem, EncikTitan, RedMummy dan ramai lagi. Dekati mereka, dan belajar dari mereka. Insha Allah, mereka tak akan lokek ilmu dengan kita. Antara nak dengan tak nak jer. =)
  • BERANI MENCUBA. Ini pun merupakan salah satu faktor earning Nuffnang Mieza mencanak naik! Apa-apa jer peluang yang diberi, Mieza akan cuba. Berjaya ke tak berjaya ke, itu belakang cerita. Yang penting cuba dulu! Jangan mudah putus asa. Contohnya iklan blogbuster baru-baru ni. Mieza dapat 4 tawaran campaign blogbuster. Dua untuk blog ni, dua lagi untuk blogshop Mieza. Semua video campain yang Mieza submit, diluluskan. Dan hasilnya amatlah memberangsangkan. Di samping itu, Mieza juga dapat beberapa tawaran sponsored post dari syarikat-syarikat pengiklanan. Ini semua hasil penulisan yang mungkin menarik perhatian mereka untuk menawarkan peluang tersebut kepada Mieza dan blog ni. Alhamdulillah. =)


Setakat ni, itu jelah yang Mieza amalkan untuk menghasilkan sebuah artikel yang lebih matang dan berkualiti. Pada masa yang sama dapat menarik minat lebih ramai pembaca untuk singgah dan menyumbangkan trafik ke blog ini. Extra benefits, lebih ramai syarikat-syarikat pengiklanan dan individu tertentu yang berminat menawarkan sponsored post di blog kita! ^^,


Hasil berani mencuba! Terima kasih Nuffnang dan kepada semua yang sudi klik iklan ni.. 


Apa pun, masih banyak yang Mieza perlu pelajari dalam dunia blog ni. Apa yang Mieza boleh kongsi, Mieza akan kongsikan. Insha Allah. Perlu diingat, tak semua yang kita tulis, semua orang suka baca. Dan tak semua orang yang datang ke blog kita, tak suka baca apa yang kita tulis. So, pandai-pandailah tackle pembaca kita! ^_~




NOTE : Adakah keajaiban itu akan muncul? Semoga dipermudahkan.. Amin.. =)



15 comments:

  1. beznya mm..usaha tngga kjyaan..1 iklan byk tu mmg byk kot,ayu pn xpnh dpt byk tu

    ReplyDelete
  2. Tahniah mieza..byklah tu banding saya

    ReplyDelete
  3. Suka dengan luahan hati mieza ni..memang tak dinafikan banyak yang betulkan..tapi one thing jangan putus asa, mesti ada rezeki kalau kita ikhlas kan..

    ReplyDelete
  4. nice tips dear..deqla ni mmg x bukak nuffnang..haha.. kalo kat opis bole bukak agaknya hari2 bukak.. ;)

    ReplyDelete
  5. nak pasang jugak nuffnang tapi belum berkesempatan huhu

    ReplyDelete
  6. byknya ... 1 kempen pun dah rm45 dpt... klu 3~4 kempen lg byk

    ReplyDelete
  7. eh! lupa nak ckp tahniah kat awk... 1 tip berguna

    ReplyDelete
  8. Wah... akhirnye berhail gak yea...
    Tahniah... (^_^)
    Giorgio kn try gak ni... He3

    ReplyDelete
  9. Slm... info yang berguna.. tq..

    ReplyDelete
  10. nice sharing dear, sy pon blum prnh dapat be..huhuu xpnday la nak buat

    ReplyDelete
  11. Good tips. Banyak juga amount utk blogbuster campaign tu yer. Tapi tulah...daku tak reti nak buat...huhuhu...

    ReplyDelete
  12. Nice & good tips :)
    I'm a newbie too... :)

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com