Blogger templates

Saturday, 1 June 2013

Punca Kurang Berjalan..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
 

First sekali Mieza nak mohon maaf kepada semua rakan blogger kerana jarang berjalan dan tinggalkan komen di blog korang lately ni. Terutama sekali buat mereka yang setia singgah di blog Mieza ni. Sorry sangat-sangat korang. Puncanya ialah keadaan kesihatan Mieza kebelakangan ni tak begitu mengizinkan. Terpaksa gagahkan diri taip satu dua entri demi bisnes dan untuk bacaan pembaca setia blog. Tapi tak berjaya nak habiskan blogwalk ke semua blog kawan-kawan. Huhu.. Sedih~ T_T


Kebelakangan ni Mieza kerap diserang sakit-sakit badan terutamanya di bahagian bahu dan belikat sebelah kiri. Bila datang sakit tu memang tak boleh nak buat apa. Rasa mencucuk dan pedih yang amat sangat. Terpaksa berbaring secara menelentang untuk rehatkan badan dan legakan kesakitan tu. Bila dah lega sikit baru boleh sambung buat kerja. Tu pun tak bertahan lama. Dalam setengah jam dah start mencucuk balik. Serius sangat sakit. 

Dulu time still bekerja memang selalu kena serang sakit belikat ni. Boleh dikatakan setiap harilah. Dari sumber bacaan, sakit belikat ni antara simptom-simptom stress. Tapi tak taulah kan. Time kerja dulu memang agak stress. Tapi sebenarnya tak bekerja & duduk kat rumah pun boleh timbulkan stress jugak. Kat mana-mana pun stress. Huhu..

Tapi rasa risau pulak bila sakit tu makin menjadi-jadi kebelakangan ni. Tiga hari lepas rasa sakit tu menular ke satu badan. Dah la hari tu tengah puasa. Memang terbaring jelah satu hari tu. Sempat check email & update apa yang patut, lepas tu dah mencucuk sangat. Tak boleh buat apa. Terus tidur. Incit chenta balik terus tanya, "Kenapa pucat je ni? Sakit ke? Sakit kepala?".. Dia dah tahu sangat Mieza kalau pucat tu, kalau tak sebab senggugut, confirm sakit kepala or migrain. Mieza sendiri pun tak perasan yang muka Mieza sampai pucat macam tu. Ingat tak nak bagitau. Tapi tak boleh sorok, ketahuan jugak. Huhu..

Mulalah buat research lagi. Terjumpa pasal slip disc. Rasa bimbang makin menular dalam diri. Adakah aku dah terkena slip disc? Next entri Mieza akan cerita pasal slip disc ni ye. Sekarang ni tengah gigih taip entri ni untuk tatapan korang semua & supaya blog ni tak sunyi sangat. Kejap-kejap baring. Kejap-kejap baring. Rasa mencucuk datang lagi.. 

Okaylah korang, Mieza tak boleh lelama mengadap laptop ni. Makin pedih pulak rasa bahu & belikat ni. Sekali lagi Mieza mohon maaf sebab tak dapat nak balas kunjungan korang semua. Sempat balas kunjungan ke satu dua blog je sehari. Insha Allah, once dah makin sihat nanti Mieza akan cuba balas jejak & berjalan ke blog-blog korang semua ya..


  
NOTE : Sakit itu adalah nikmat.. Alhamdulillah.. :)

8 comments:

  1. take care ye kak.moga kembali sihat..ada masa dan sihat baru blogwalking dengan senang hati :)

    ReplyDelete
  2. cuba la pegi buat check up mieza. at least kita tau apa sebabnya.

    take good rest ok. ;)

    ReplyDelete
  3. kite pon dah lama myepi..apapon take care ya..smg cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  4. Bahaya juga slip disc tu. Gi buat follow up lah sebelum bertambah teruk.

    Get well soon. Jgn stress2 tau ☺☺

    ReplyDelete
  5. kesian mieza.. xpe.. pentingkan kshtn tu dulu..berblog ni bebila boleh.. moga cpt smbuh tau..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ros...sakit adalah penghapus dosa2 kita...;)

    ReplyDelete
  7. xpela dear.. utamakan kesihatan n y penting dlm hidup dlu.. lya pon camtu x smpat nk bw sgt

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com