Sindrom Bahu Lenguh

by - 8:30:00 am

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Sindrom Bahu Lenguh | Tak habis lagi buat reserach. Huhu!~ Tak puas hati dengan maklumat tentang Slipped Disc hari tu. Research punya research, jumpa lah pasal sindrom bahu lenguh ni pula. Hasil dari pembacaan, inilah yang Mieza dapat.. Jom baca! ^_^


Sindrom bahu lenguh (shoulder impingement syndrome) sebenarnya masalah yang dialami oleh kebanyakan orang. Bagaimanapun, kegagalan menerangkan kepada doktor secara tepat menyebabkan sindrom itu diklasifikasikan sebagai sakit urat, sakit tulang belikat, atau sakit tengkuk. Sindrom berkenaan membabitkan tengkuk dan bahu, Kadangkala kesakitan itu merebak ke dada atau bagi perempuan di bahagian payu dara.


Anatomi bahu adalah seperti cawan dan piring. Cawan merujuk kepada sendi yang bertindak seakan bola pada bahu (head of humerus) dan piringnya pula adalah tulang belikat (shoulder blade). Tendon daripada 4 otot yang melindungi head of humerus membentuk rotator cuff dan berfungsi untuk menstabilkan bahu. Serat di dalam rotator cuff boleh membengkok mengikut posisi bahu.


Sindrom bahu lenguh terjadi kerana tekanan pada tendon di rotator cuff yang berada di antara tulang belikat dan head of humerus. Ia boleh menyebabkan radang yang kronik dan menyebabkan kelemahan tendon. Konsultan Ortopedik dan Pembedahan Kecederaan Sukan, Kol (B) Dr. Azmi Abdul Latif dari Hospital Pusrawi Sdn Bhd berkata, bahu lenguh adalah satu daripada masalah biasa di kalangan orang dewasa.


"Walaupun begitu, ramai orang yang tidak tahu malah mungkin ada doktor juga tidak tahu. Selalunya pesakit akan memberitahu doktor bahawa dia sakit tulang belikat atau sakit urat. Mereka tidak tahu pun masalah itu sebenarnya merujuk kepada sindrom bahu lenguh."


Dr. Azmi berkata, sindrom bahu lenguh menyebabkan bahu tidak stabil. Kestabilan bahu banyak bergantung kepada rotator cuff. Selain itu, sindrom bahu lenguh juga menjadi punca tendon rotator cuff terkoyak dan mudah tercedera. Apabila otot tidak kuat dan tidak seimbang, bahu akan terjatuh (displaced) sama ada ke depan atau ke bawah menyebabkan ia menekan ke atas saraf dan terasa lenguh. Bahu yang yang tidak seimbang akan kelihatan senget.


"Perlu diketahui bahawa sindrom bahu lenguh lebih berisiko kepada perempuan kerana kebanyakan wanita tidak duduk dengan posisi yang betul", katanya.


Selain wanita, golongan yang berisiko diserang sindrom bahu lenguh adalah mereka yang banyak menggunakan pergerakan tangan seperti atlit badminton, tenis dan skuash, serta kepada mereka yang suka tidur mengiring. Mereka yang bekerja secara berterusan dengan komputer juga antara mereka yang berisiko.

Antara Simptom-Simptom Sindrom Bahu Lenguh :

  • Kebiasaannya, simptom awal tidak disedari kerana ia tidak begitu menyakitkan. Pada peringkat ini kebanyakan pesakit tidak tidak berusaha untuk mendapatkan rawatan.
  • Bagaimanapun, pesakit akan mula merasa sakit pada bahu samada ketika menggunakan komputer atau ketika berehat. Kesakitan itu datang dari atas bahu dan menular ke lengan. Pesakit juga akan menyedari kesakitan akan menyerang apabila cuba mencapai atau mengangkat barang.
  • Sindrom bahu lenguh selalunya menyebabkan bengkak pada bahu. Kadangkala ia sakit dan terasa tegang apabila pesakit cuba meluruskan bahu. Kesakitan juga boleh dirasai apabila menurunkan tangan ke posisi tertentu. 
  • Kesakitan juga akan menyerang di waktu malam apabila masalah itu semakin bertambah.
  • Malah pesakit akan hilang kekuatan dan tidak boleh bergerak. Pesakit juga mungkin sukar membawa tangan ke belakang selain sukar mengenakan butang dan zip pakaian.

Rawatan terhadap sindrom bahu lenguh adalah sama dengan rawatan untuk slipped disc. Boleh rujuk dalam ENTRI INI.


**Sesetengah orang akan mendapatkan khidmat tukang urut. Selalunya urutan berkesan untuk beberapa minggu, selepas itu masalah ini akan kembali menyerang.**


P/S : Boleh juga cuba ambil Advanced Joint Health Tablet untuk membantu memelihara kesihatan tulang dan sendi kita. Setiap penyakit itu ada penawarnya. Yang penting kena yakin setiap kesembuhan dari satu-satu penyakit tu adalah dengan izin Allah. =)
  


NOTE : Rupanya kena sindrom bahu lenguh. Tapi kalau dibiarkan lama-lama kebarangkalian untuk terkena slipped disc tu tinggi juga. Huhu.. Bahaya2~~ T_T



You May Also Like

8 Silent Hunter's Footprints

  1. kalau lenguh bukan main lg bahu ni..

    ReplyDelete
  2. balik kerja baru rasa lenguh-lenguh
    masa kerja ok je..
    selalu kena mintak hubby picitkan

    ReplyDelete
  3. skt bahu ni kdg2 jd jgk..huhu

    ReplyDelete
  4. skrg ni tgh lenguh lah ni efek skali dgn pening....iskkk

    ReplyDelete
  5. penah jugak lengoh bahu.. rasa mcm dok tanggung beban yg berat sgt.. alahaii.. bahaya juga ye..

    ReplyDelete
  6. selalu kena lenguh2 bahu ni... punca dia sb guna mouse terlalu lama

    ReplyDelete
  7. kalau buat keja lelama kat meja mesti lenguh kan. huhu..

    ReplyDelete
  8. wahh macam kena ats bahu sndiri..hehee sy slalu lenguh bahu nih..mugkin dsebabkan mgandung sama..hehee

    ReplyDelete