Blogger templates

Wednesday, 5 June 2013

Slipped Disc.. Adakah Merbahaya?

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Slipped Disc.. Adakah Merbahaya? | Dalam entri yang lepas, Mieza ada bagitahu yang Mieza sekarang sering mengalami sakit-sakit badan terutamanya di bahagian bahu sebelah kiri kan? Risau terkena slipped disc. So, Mieza buat research pasal penyakit ni. Hasil pembacaan, inilah yang Mieza jumpa..

Apa Itu Penyakit Cakera Tergelincir Tulang Belakang?
Cakera tulang belakang ialah sejenis tissue kenyal  leper yang melapik di antara dua segmen tulang belakang. Terdapat berpuluh cekera sepanjang tulang belakang kita bermula dari leher hinggalah ke pinggang. Fungsinya ialah untuk menyerap gegaran (shock absorber) dan mengagihkan tekanan yang sekata pada tulang belakang. 

Penyakit cakera tergelincir atau slipped disc ialah disebabakan oleh berlakunya benjolan/gelinciran (herniation) cakera ini yang selalunya disusuli dengan himpitan pada akar saraf (nerve root) yang berdekatan. Selain dari itu kemungkinan juga berlaku rembesan cecair kimia dari cekera yang amat toksik pada akar saraf. Oleh itu pesakit biasanya akan mengalami gejala sakit belakang yang menjalar turun kekaki (sciatica) jika ianya berlaku dibahagian pinggang. Manakala rasa sakit pada tengkok yang menjalar turun ke tangan akan berlaku pada pesakit yang menghidapainya pada bahagian leher. Kesakitan yang turun kekaki atau tangan itu ialah sejenis sakit saraf yang ditakfrifkan sebagai elektrik shock, mencucuk, kebas  atau panas yang disebabkan oleh himpitan akar saraf tadi. Rasa sakit biasanya akan bertambah kuat jika pesakit bersin atau batuk.


Makanisma kesakitan saraf yang berpunca dari cakera tergelincir.



KenapaBenjolan atau Kegelinciran Ini Berlaku? 
Keadaan ini disebabkan oleh rekahan atau kelemahan cakera itu sendiri. Kenapa boleh berlaku kelemahan atau rekahan pada cakera ini? Kajian telah menunjukkan berlakunya proses penuaan yang cepat yang selalunya disabitkan dengan penggunaan yang lasak atau melampau (wear and tear). Sebab itulah penyakit cakera tergelincir ini kerap berlaku di bahagian pinggang dan tengkok kerana di bahagian inilah tulang belakang kita banyak melakukan pergerakan.

Terdapat faktor risiko yang telah diketahui boleh menjuruskan kepada penyakit ini. Orang yang banyak melakukan kerja mengangkat objek berat, membongkok, batuk kronik,obesiti telah dikaitkan dengan berlakunya penyakit ini.Ini disebabkan aktiviti ini memberikan tekanan yang kuat pada tulang belakang. Oleh sebab itulah penyakit ini juga boleh berlaku pada orang muda.


Diagnosis Dan Kecelaruan Diagnosis
Biasanya sakit ini datang dengan tiba-tiba dan berlanjutan menjadi kronik sehingga berbulan atau bertahun jika pesakit tidak menerima rawatan sepatutnya. Diagnosis penyakit ini boleh dibuat oleh doktor orthopedic atau pakar rawatan sakit kronik. Pemeriksaan klinikal dan siasatan termasuk X Ray dan MRI perlu untuk sokongan. Bukti pada MRI yang selaras dengan gejala klinikal diambil kira dalam membuat diagnosis. Ini adalah kerana kajian telah membuktikan 30% daripada orang ramai yang mengalami cakera tergelincir (berdasarkan MRI) langsung tidak mengalami apa-apa gejala klinikal. Oleh itu, jika MRI pesakit menunjukkan bukti cakera tergelincir tapi kesakitan yang dialami tidak seperti yang sepatutnya (sakit belakang yang menjalar turun ke kaki) maka pembedahan tidak patut dilakukan.  Doktor sepatutnya merawat pesakit bukannya merawat MRI.

Lebih mengelirukan lagi, banyak keadaan klinikal lain boleh meyerupai gejala cakera tergelincir ini. Penyakit sendi lumbar facet, pririformis syndrome, sakit akar saraf kimia (chemical radikulopaty)sakit otot myofascial pada belakang dan punggung juga mampu menghasilkan sakit yang menjalar turun ke kaki dengan kualiti yang agak berbeza. Doktor yang bijak akan dapat membezakan penyakit-penyakit ini dengan penyakit cakera tergelincir.


Rawatan
Bergantung kepada tahap sakit pesakit, rawatannya juga akan berbeza. Perlu diketahui bahawa kebanyakan pesakit (80-90%) akan beransur sembuh dalam setahun hanya dengan rawatan konservatif (tanpa pembedahan). Hanya 10% pesakit yang mengalami cakera tergelincir memerlukan pembedahan sebagai rawatan muktamat akhirnya. Di negara maju seperti Singapura, semua kes cakera tergelincir akan dirujuk kepada pakar sakit kronik dahulu untuk rawatan konservatif sebelum pakar bedah orthopedic memutuskan untuk pembedahan. Tetapi senario ini tidak berlaku di Malaysia. Banyak pesakit  melalui pembedahan dengan  justifikasi yang agak longgar. Pastikan anda mendapat rawatan konservatif yang betul sebelum akhirnya setuju untuk melakukan pembedahan. Pakar sakit kronik boleh membantu anda.

A. Rawatan Konservatif Untuk Cakera Tergelincir
  • Suntikan epidural steroid. Teknik ini samalah dengan kaedah epidural untuk mengurangkan sakit bersalin. Cumanya selain dari ubat bius, doktor juga akan memasukkan sedikit steroid untuk mengurangkan bengkak dan keradangan pada akar saraf yang terhimpit oleh cakera tergelincir. Teknik ini paling tepat jika dilakukan oleh pakar sakit kronik. Sakit saraf yang menjalar turun ke kaki akan lega serta merta. Lebih awal suntikan dibuat maka akan lebih baik kesan penyembuhannya. Keberkesanan suntikan epidural ini lebih ketara jika suntikan dibuat dalam satu bulan pertama.
Suntikan epidural steroid dapat melegakan kesakitan saraf yang berpunca dari cakera tergelincir.
  • Sentiasa aktif dan bergerak sekadarnya. Ini akan menggalakkan pengaliran darah dan oksigen pada cakera yang tercedera. Berehat di katil sambil melakukan traction tidak lagi diguna pakai sekarang ini. Elakkan pergerakan yang boleh mencetuskan rasa sakit seperti membongkok atau terlalu cepat menukar posisi.
  • Ubat penahan sakit seperti paracetamol dan celebrex dapat membantu. Selain itu pesakit juga akan diberi ubat saraf seperti gabapentin. Ubat untuk melembutkan otot belakang seperti baclofen juga akan diberi  kerana keadaan ini biasanya disusuli dengan kekejangan otot belakang.
  • Senaman khusus yang bertujuan untuk menguatkan otot perut dan belakang. Dua otot ini perlu dikuatkan kerana kedua-duanya berperanan sebagai penyokong semulajadi tulang belakang (corset).
  • Mengelakkan pergerakan dan posisi tertentu yang boleh mencetus semula kejadian cakera tergelincir. Mekanik badan (body mechanic) akan diajar dalam melakukan fungsi harian samada di tempat kerja mahupun di rumah.
  • Kurangkan berat badan bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

B. Indikasi Untuk Pembedahan Tulang Belakang
Bila sepatutnya/indikasi pembedahan tulang belakang perlu dibuat untuk penyakit cakera tergelincir ini?  Tiga sebab di bawah merupakan indikasi sebenar untuk dilakukan pembedahan. Indikasi ke 2 & 3 merupakan kedaan kecemasan yang memerlukan pembedahan dengan segera. Pesakit boleh berbincang dengan doktor yang merawat dengan menggunakan panduan ini. Ini dapat mengelakkan pembedahan  yang tidak perlu ke atas tulang belakang pesakit.Tambahan pula kajian menunjukkan bahawa 10-40 % daripada pembedahan tulang belakang akan memberikan kesakitan sampingan lain di kemudian hari. 

  • Apabila rawatan konservatif yang dilakukan gagal merawat kesakitan pesakit. Ia menjelaskan bahawa himpitan pada akar saraf yang agak teruk. Biasanya keputusan ini dibuat setelah 6 bulan menjalani rawatan konservatif ini gagal memberikan sekurang-kurangnya 50% kelegaan kepada pesakit.
  • Apabila berlakunya perubahan secara tiba-tiba kepada fungsi saraf pada kaki pesakit. Contohnya, kaki pesakit menjadi lemah dan tidak boleh berjalan secara tiba-tiba selain dari rasa sakit atau kebas yang sedia ada.
  • Apabila terdapat gangguan saraf pada sistem kencing dan usus. Pesakit merasa susah untuk kencing dan membuang air besar secara tiba-tiba. Atau pun pesakit merasa sukar untuk mengawal kencing dan air besar yang menyebabkan berlakunya kebocoran (caudal equinal syndrome).
  




NOTE : Bila dah baca pasal ni rasanya bukan simptom slipped disc.. Maybe betul sebab stress.. Lega sikit.. ^_^
[*Autopublish*]



11 comments:

  1. sye kalau rasa ada mcm simptom2 yang pelik2 laju2 sye search takut apa2 kan kak..at least boleh lah cegah kalau apa2 :)

    ReplyDelete
  2. adoi msti sakit kan..tambah plk klu nk grak

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kalau bukan. Take care yer sis. Jgn stress2 tau.

    ReplyDelete
  4. lecturer math ena ada seorang kena sakit ni.. kesian dia.. kadang2 dia tak boleh nak berdiri lama dalam bilik kuliyah

    ReplyDelete
  5. Salam dear..
    untuk kesihatan tulang boleh amalkan minum susu selalu. kena ambil makanan yang berasaskan kalsium moga tulang sentiasa sihat utk jangka masa lama.. :) Kalsium boleh juga didapati daripada suplemen ostematrix shaklee..:)

    ReplyDelete
  6. haihh mcm2 penyakit kan..harap2 mieza bkn kena penyakit ni tau..

    ReplyDelete
  7. kite selalu sangat sakit tulang belakang. tapi maybe sebab duduk lame sangat kat opis kot. haha. Akram suruh cek jugak takot kene penyakit ni. adoi malas betol. harap2 bukan la. tapi tengok tanda macam bukan. huhu

    ReplyDelete
  8. minta kite dijauhkan la yer..nauzubillah

    ReplyDelete
  9. baru selamat operate...L4/L5/S1....skrg dlm proses pemulihan..sakit blkg sejak 2006...mula2 mkn ubat elok...pastu 2012 mkn ubat pun x elok2..tpakse kikis tulang..tmbah 2 plate n 6 skru..effect pd kerja agkat berat..byk bdri n bongkok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak operate di hospital general/private? Boleh tau kos keseluruhan? Saya di advise oleh pakar utm sugery. Sebab epidural cuma bertahan sebulan, then saya sakit semula. Kos di swasta rm30k. X sure di GH berapa kos.

      Delete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com