Tip Menjaga Kulit Ketika Jerebu

by - 7:00:00 am

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Tip Menjaga Kulit Ketika Jerebu | Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi apabila zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan serta mungkin menyebabkan masalah pernafasan. 

Antara punca utama berlakunya jerebu adalah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. Dalam pada masalah pencemaran udara yang kian meruncing ini, pelbagai masalah kesihatan akan timbul seperti iritasi kerongkong dan batuk-batuk, kesukaran bernafas atau hidung tersumbat, iritasi di mata serta mata merah, serta kulit terasa gatal-gatal.


Pandangan Satelit Jerebu Yang Melanda Malaysia 17 Jam Lalu. Sumber Google. 

Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah di atas ialah pakai topeng muka yang mempunyai penuras, kurangkan penggunaan kenderaan terutama motosikal, sentiasa basuh bahagian yang terdedah atau mandi, dan sediakan ubat jika anda mempunyai masalah pernafasan.


Kulit kita paling banyak terdedah dengan pencemaran udara. Amatlah perlu untuk kita mengambil berat akan kesihatan kulit kita kerana jika dibiarkan ianya boleh mengakibatkan iritasi yang teruk dan mengundang kepada penyakit yang lebih merbahaya. Oleh itu, menjaga kulit ketika jerebu adalah amat penting. Ikuti tip-tip berikut.


Tip Menjaga Kulit Ketika Jerebu :-

Lindungi Kulit
Elakkan dari terlibat dengan aktiviti luar yang terlampau. Tetapi jika ia tidak dapat dielakkan, rajin-rajinkanlah mencuci muka dan kulit badan yang terdedah itu. Pastikan juga tiada kulit luka yang terdedah. Ini merupakan punca utama ia dijangkiti kuman.

Pelindung
Rawatan penjagaan kulit perlu dipertingkatkan. Ia boleh dilakukan dengan menyapu krim pelindung matahari yang mempunyai kandungan SPF yang tinggi iaitu lebih daripada 30+. Ia penting bagi melindungi kulit dari terkena terus oleh pancaran matahari.

Minum Air
Jangan lupa untuk minum air masak dengan kerap. Ia bukan sahaja membantu mengembalikan jumlah air dalam badan yang hilang, malah ia merupakan salah satu senjata untuk melawan pelbagai jenis penyakit. Juga dapatkan pemeriksaan daripada doktor bagi memastikan kesihatan anda berada di tahap yang baik. 

Bercutilah
Sekiranya laporan menunjukkan kadar jerebu akan menjadi semakin serius, ambil cuti dan pergilah melancong ke luar kawasan yang tidak terjejas. Bahaya jerebu ternyata sangat merisaukan. Namun, inilah cabaran yang perlu kita hadapi tambahan lagi berada di negara beriklim khatulistiwa. 


Semoga tip-tip yang diberikan ini dapat membantu anda menjaga kesihatan kulit anda. Paling penting, banyakkan meminum air masak untuk membantu mengembalikan kandungan air dalam badan kita sekaligus menyahtoksin bahan-bahan yang tidak diperlukan. 





NOTE : Bacaan IPU terkini di Ipoh semakin meningkat.. 



You May Also Like

6 Silent Hunter's Footprints

  1. kena pakai topeng muka dan byk minum air time jerebu nih.

    ReplyDelete
  2. yela ros.....jerebu dah sampai utara...
    tekak saya pun perit

    ReplyDelete
  3. jerebu ni bawak penyakit..deqla pun nk selsema, sakit tekak dah ni.. kena minum air masak 8 gelas sehari tu yg pntg.. tp kdg2 x cukop pun 8 gelas.. haha..

    ReplyDelete
  4. pAKAI fACE MASK.. Nurrul kat kampus pun boleh tahan dahsyat jerebunya.. sesak nafas..

    ReplyDelete
  5. semalam nak beli mask dekat farmasi tapi dah habis.. terpaksa lah hirup asap jerebu ni.. sadis :(

    ReplyDelete
  6. memang kena banyak minum air tau...tekak ni rase kering aje...

    ReplyDelete