7 Sebab Kenapa Kita Patut Makan Kurma

by - 2:30:00 pm

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

7 Sebab Kenapa Kita Patut Makan Kurma | Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. 

7 Sebab Kenapa Kita Patut Makan Kurma
1. Membuat Kita Bertenaga Terutamanya Di Bulan Ramadhan
Kurma adalah makanan yang paling cepat diproses dan diserap, sekali gus memberikan tenaga segera kepada badan kita.

Kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta dengan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang.  Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengandungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2. Kaya Dengan Serat Dan Potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu, kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli minuman 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.


3. Penguat Memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Kurma amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4. Baik Untuk Wanita Mengandung / Bersalin
Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.

5. Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah RA, “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6. Merawat Penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ia direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7. Mengubati Gangguan Usus Dan Sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.






NOTE : Masa kecik-kecik dulu memang tak suka makan kurma. Tapi Alhamdulillah, dah dewasa ni suka pulak makan.. =)



You May Also Like

10 Silent Hunter's Footprints

  1. kita suka kurma sbb yakin dgn khasiatnya....dh stat mkn kurma sjak syaban ritu huhu pagi2 ambik sebijik kurma

    ReplyDelete
  2. Ya,...sangat2 memberi tenaga...=))

    Saya mnyusukan anak pun dibulan puasa ni alhamdulillah...rasa bertenaga..

    yela, dulu kecik2 mmg x suka mkn kurma...agknya bdak2 mmg mcmtu kot..=) saya pon..

    ReplyDelete
  3. kurma memang best dan berkhasiat,kalau masa belajar dulu,slalu makan yang tengah basah2 tu..fresh sangat..^_^

    ReplyDelete
  4. byk khasiat kurma...blh jd amalan lpas ni..

    ReplyDelete
  5. tak beli kurma lagikkk. wuwuwuuwuwu

    ReplyDelete
  6. haah. dulu pun tak suke kurma tapi skrg baru boleh mkn. tu pun kejap² minum air. hehe.

    ReplyDelete
  7. berbuka mkn kurma terus dpt energy kan..

    salam ramadhan mieza.. ;)

    ReplyDelete
  8. bg deqla wajib berbuka dgn kurma dulu..kalo kat umah la.. kalo berbuka kat luar kalo ada kurma mmg jamah la kurma.. deqla suka kurma yusof taiyob..

    ReplyDelete
  9. akk..bila akk citer pasal kurma sy teringt waktu dulu2.sy xbpe nk mkn kurma sbb ada kejadian yg membatkan sy takut.sy ni pelupa so sllu sy ingt sy ni tercekik biji kurma then nervous n panik.start 2 xmkn dah

    ReplyDelete
  10. Mmg berkhasiat Kurma ni....nice info...

    ReplyDelete