Checklist Raya 2013!!!

by - 8:30:00 am

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
20 Ramadhan 1434H

Checklist Raya 2013!!! | Ewah, bukan main lagi tajuk. Tak nak kalah. Siap berchecklist bagai. Bukan apa, tahun ni jer rasa bersemangat sikit nak raya. Kalau tahun lepas, 2 tahun berturut-turut tu memang ke laut habis mood raya. Jenuh lah duk putar-putar lagu raya nak kasi naik mood raya. Tapi nan hado mood tu nak datang. Mood shopping baju raya, tudung raya, kasut raya? Memang tak ada. Kuih raya? Lagi lah tak ada. Beraya seadanya jer. Tapi tahun ni semangat raya tu lain macam pulak. Punya semangat sampai lagu kat blog pun dah tukar ke lagu raya. Kalau boleh hari-hari nak tukar lagu lain. Ngahaha!

Jom semak checklist!
Baju kurung - 2 pasang
Tudung - 2 helai
Baju Melayu untuk incit suami - 1 pasang
T-shirt untuk incit suami - 2 helai
Jeans untuk incit suami - 2 helai

See? Pendek jer checklistnya.. Yang penting masih berpada-pada dalam berbelanja.. Takdelah melampau-lampau shoping tu. Kasut, handbag semua tu guna mana yang ada sudah. Wedges yang beli tahun lepas pun masih elok. Jarang pakai. Pakai jer yang tu. Jangan nak membazir sangatlah kan. Baju-baju incit suami tu semua tangkap masa JCard Day Sabtu lepas. Dua hari berturut-turut ko weols kejar JCard Day. Kahkahkah! Hari Jumaat pergi JJ Kinta City. Tapi tak beli apa pun, bertawaf semata-mata sampai lembik. Tak banyak pilihan. Last-last balik dengan tangan kosong. Nasib dapat makan mewah masa iftar hari tu. *Nanti next entry Mieza cerita pasal iftar ye.. ^^,* Hari Sabtu tu pulak pergi terjah Aeon di Station 18. Lepas berbuka baru pergi. Baru gagah sikit nak tawaf katanya. Kehkehkeh.. Kat Aeon Station 18 ni lagi banyak pilihan. Dapatlah beli baju-baju incit suami. Baju Mieza awal-awal dah beli. Hehe.. =)

Tudung raya.. Cantik tak? Hehe.. Gambar baju raya tak boleh tayang sekarang. Nanti basi. Heheh.. Tema tahun ni? Asalnya plan warna kuning lembut, tapi punyalah payah nak cari baju kurung kain cotton warna kuning lembut. Kalau ada pun mahalnya mak aiii! Pengsan!!! Last-last, tukar tema. Memang awal-awal dah ada 2 option. Untuk kes-kes macam ni lah.. Nasib baik lah ada warna untuk second option tu. Warna apa? Cuba teka. Clue nak kata ada pada tudung tu pun tak jugak. Nampak tak permainan kite kat situ? Ahaks! ^^,

Tapi macam ada kekurangan sesuatu kan? Yezza! Kuih raya! Niatnya nak buat sendiri tahun ni. Tapi entah bila nak start. Dah lama tak baking2 ni. Resepi pun entah hilang ke mana. Doa-doa lah agar diriku untuk membaking ye. Kahkahkah! Ini semua poyo! Sudahnya nanti buat kuih tunjuk-tunjuk jer. Lalalala...

Nak tudung raya cantik-cantik macam ni? Boleh try silau-silau di kedai Mieza. Baru upload malam tadi. Singgah jangan tak singgah! Menyempat ajer promot kedai sendiri. Kehkehkeh..! Ada new kurung moden juga ye. Boleh cuci-cuci mata kalau sudi.. Hehe.. =)

Okaylah tu jer lah kot update untuk hari ni. Apa kata korang share pasal persiapan korang pulak? Kite memang suka menyibuk pasal preparation nak sambut raya ni. Hehe.. Next entry will update pasal  iftar. Tungguuuuuu.....


NOTE : First raya bertema.. Sebelum2 ni main belasah jer. Asal berbaju, jangan bogel sudah. Jadi kes lain pulak kang.. Gugugu~


   

You May Also Like

11 Shaklee Lovers Visit

  1. yui ni utk diri sndiri apa pun lom lg kak..huhuuh..

    ReplyDelete
  2. Cantik... Ok nak terjah tudung lah.. :)

    ReplyDelete
  3. amboii siap dah list dia.. ok la tu, semangan dah kembali pulih.. ehh ada lagu raya eh? deqla x dgr sini..huhu.. deqla pun dah tukar lagu raya.. nnti nk tukar2 lagu raya lain jugak..hihi.. cantik tdg raya mieza.. deqla lom cari lagi tudung.. sepsg lagi baju raya pun lom cari lagi..huhu..

    ReplyDelete
  4. same lah kite dua pasang je. hihihi.

    bestnya duduk rumah gentel kuih. wuwuwu. buat cookies choc chip please! pastu ajar kite. hikhik

    ReplyDelete
  5. ein lum shopping raya lg... :(

    ReplyDelete
  6. lega dh siap smua kan.hehe..bla nk wt kuih rya

    ReplyDelete
  7. Melaram sakan la raya ni..hi hi..done Ikea

    ReplyDelete
  8. due je ke? hahaha. ade pun dh cukup kan mieza. :)

    ReplyDelete
  9. kita pun baju kurung 2 pasang hihihi

    ReplyDelete