Blogger templates

Tuesday, 30 July 2013

Iftar Bersama Business Group Suami

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
21 Ramadhan 1434H
Iftar Bersama Business Group Suami | Jumaat lepas Mieza berpeluang berbuka puasa bersama business group hubby di Hotel Heritage Ipoh. Takdelah ramai, cuma 8 orang jer semua sekali. Ikut tak larat sebab penat bertawaf pusing JJ tu memang malas nak pergi. Tapi bila fikir lagi penat nak balik masak untuk berbuka dengan kering ideanya dah tak reti nak masak apa, last-last on jer. Hehe..

Heritage Hotel

Mieza dengan incit suami berbuka dengan air dan kurma jer dulu. Lepas tu pergi solat maghrib. Lepas solat maghrib baru heaven nak makan sampai pitam katanya.. Kahkahkah! Yang bagusnya kat sini, diorang sediakan beberapa buah bilik untuk solat. So takdelah kau terpaksa bersesak nak kena tunggu turn nak solat. Bilik-bilik dia pun luas dan sangat selesa. Bila masuk jer bilik air, dan2 pulak rasa nak mandi manda dulu. Tapi takde pulak Mieza snap gambar ruangan bilik solat.. Huhu..

Sempat snap gambar penunjuk arah ni jer..

Dah selesai solat, kitorang pun laju-laju turun ke ruang makan untuk mengisi tembolok masing-masing. Tembolok haruslah dimanjakan dengan penuh kasih sayang tak gitu? Haha! Jadi mari kita beredar ke bab makan, makan, dan makan.. Ready for Pics Spam?! No worries, gambar tak banyak pun sebab iols ni kan pemalu. Rasa macam batak sangat pulak nak snap gambar di setiap sudut. *Padahal takde orang kisah pun ko nak tangkap gambar sampai terlingkup pun.. -.-"* Tapi disebabkan terasa seperti ada yang memerhati, terus terbatal niat nak collect SPAM Pics.. Hehehhe.. So, layan mana yang ada jelah ye..

Ni gambar pemandangan ruang makan dari surau di tingkat atas..

Dari dalam lift pun sempat.. 

Our collections.. Kitorang punya meals saje dah penuh meja.. Orang lain nak taruk pinggan nasik pun dah tak muat.. Tabarus sangat.. Uhuks!

My nasik.. Oh! I'm a rice person.. Apa-apa pun mesti nak makan nasik jugak2.. Tapi tidakkah anda hairan kenapa saya tak gemuk2 ???..

His nasik..

Salad tempoyak.. Kahkahkah! Ko hado?

Air soya for me & tebu for him.. Soya dia ko pekat melekat macam minum dadih pulak aku rasa.. Tanpa pemanis tambahan.. Tak suka sangat, tapi telan jelah sebab haus.. Gugugu~~

Incit suami kata "Hai, gambar kuda pun nak tangkap?".. Selamber aku jawab, "Kehidupan seorang blogger memang cengginilah pun. Selagi bateri camera tak kong, tugasan sebagai mamarazi tu wajib.. Ngahahaha!.."

Dah! Tu jer koleksi spam yang Mieza ada. Ikut hati memanglah nak tawaf satu tempat tu snap gambar sampai lebam. Tapi iols ni kan pemalu. Rasa macam ko dah kenapa bergambar sana sini, tak reti2 nak makan ?? Terus muhasabah diri sendiri.. -_-'

Okaylah, for those yang nak iftar di Hotel Heritage ni bolehlah book awal2 ye. Tinggal lagi lebih kurang 9 hari je lagi kita berpuasa. Sempat lagi kalau nak pergi. Net rate untuk dewasa RM50.. Untuk kanak-kanak Mieza tak sure pulak sebab kitorang semua orang2 dewasa jer masa tu. Tak ambil port pulak pasal rate untuk budak2.. Uhuhu~~

Map location to Heritage Hotel Ipoh

Ipoh Heritage Hotel
Jalan Raja Dihilir, 
30350 Ipoh, Perak, Malaysia
Tel : 605-242 8888
Fax : 605-241 5299 



15 comments:

  1. Deco buffet dia ala2 kampung gitew kan.. kelass la..;)

    ReplyDelete
  2. Hehehe...dah nama pon blogger. Tak sah klo tak amik gambar kan. Saya pon klo nak amik gambar kena sorok2 sbb nanti kena perli dgn hubby ☺☺

    ReplyDelete
  3. wahh syoknye berbuka kat sana.. untung laa.. deqla lom berbuka kat luar lagi tahun ni.. huhu..

    ReplyDelete
  4. wahh beznya xda lah mhl sgt kan..okla hrga tu..bk uuadah lk tu..

    ReplyDelete
  5. Salam #21 Ramadhan Mieza..

    ehh Mieza orang Ipoh ke? hehe raya ni ade kat Ipoh tak ? akak balik ipoh, cadangnya bolelah beli minyak tu (^_~)..


    > sejak berkahwin, dh x mkn kat heritage hotel dah hehhe

    ReplyDelete
  6. Wah meriahnya juadah...best la makan nasi Tp x gemuk..M ni kalau mkn nasi bebanyak sure cpt ja naik badan dahku -.-'

    ReplyDelete
  7. wah... bestnya.. memang terbaik :)

    ReplyDelete
  8. wahh cantik decoration dia :) bestnya

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum ros...wah seronoknya berbuka...;)

    ReplyDelete
  10. oit buat kite lapaaaaaaaa. hahaha. kite dah raya ni. tak tau lah sempat ke tak pose lagi. wuwuwu. sedih betol.

    next week akram ajak buffet lagi. hikhik

    ReplyDelete
  11. Bestnyee >.< sama la kite kak. Papepun mesti cari nasi dulu. Hee~

    ReplyDelete
  12. wahhh. nmpk meriah la sini. ;)

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com