Blogger templates

Thursday, 11 July 2013

Top 10 Bazaar Ramadhan Di Lembah Klang

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Top 10 Bazaar Ramadhan Di Lembah Klang | Sebut saja masuk bulan Ramadhan, umat manusia bukan main seronok lah kan berpesta makanan di bazaar-bazaar Ramadhan. Kalau ikut nafsu lapar tu semua benda nak dibelinya. Biasalah, bila dah seharian menahan lapar dahaga, nafsu makan tu makin menjadi-jadilah kalau dah disogok dengan macam-macam pilihan makanan depan mata. Peniaga pun apa lagi, bukan main galak meraih rezeki.

Di bulan Ramadhan, warga Malaysia berpusu-pusu ke bazaar di waktu petang untuk membeli makanan. Bagi umat Islam memang untuk berbuka puasa. Tapi bagi mereka yang bukan beragama Islam pula, mereka sama-sama memeriahkan bazaar-bazaar Ramadhan untuk menjamu selera dengan pilihan makanan yang berbagai-bagai yang jarang sekali dapat jumpa di bulan-bulan lain. 

Jadi hari ni, Mieza nak berkongsi sedikit info tentang top 10 Bazaar Ramadhan di sekitar Lembah Klang yang boleh korang kunjungi :-

STADIUM SHAH ALAM
Ini adalah bazaar Ramadhan terbesar di Selangor. Antara makanan terkenal di Bazaar Ramadhan Stadium Shah Alam ni ialah Papa John Kambing, Ayam Golek, Nasi Khabsa, Jus Mango "Oshin", Kebab Cucuk dan Kambing Golek.

SUBANG JAYA (SS18)
Kat sini diorang mula beroperasi awal iaitu seawal jam 3 petang. So, bolehla datang awal untuk elakkan kesesakan lalulintas dan masalah tempat letak kereta. Antara makanan yang terkenal di Bazaar Ramadhan SS18 ni ialah Ayam Golek dan Kambing Golek Grill.


JALAN TAR
Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Kalau nak beli air murah-murah, boleh dapat kat sini. Antara menu terkenal di Bazaar Ramadhan Jalan Tar ni ialah Cendol dan Air Mata Kucing. RM2 sahaja..

KAMPUNG BARU
Bazaar Ramadhan kat Kampung Baru ni memang terkenal dengan bubur lambuk percuma. Boleh dapat kat masjid-masjid. So siapa yang nak rasa bubur lambuk percuma tu boleh la datang sini. Terdapat kira-kira 150 gerai yang beroperasi sepanjang bulan Ramadhan ni. Antara menu terkenal yang anda boleh dapat di Bazaar Ramadhan Kampung Baru ni ialah Bubur Lambuk, Roti John, Putu Bamboo dan Air Tebu.

TAMAN MELAWATI
Ni antara bazaar Ramadhan favourite Mieza & husband masa kitorang tinggal di Gombak dulu. Ada satu gerai mak cik ni, lauk-lauk dia memang sedap-sedap. Mak cik tu orang Kelantan. Kalau nak beli lauk dia kena pergi awal, kalau tak tinggal bekas je la jawabnya. Kitorang ni antara pelanggan tetap kat situ. Sampai mak cik tu dari jauh pun dah kenal kitorang, siap boleh dapat diskaun lagi. Kekeke.. Kat sini juga ramai artis-artis tempatan kita yang mengambil peluang membuka gerai-gerai makanan. Memang tak sah lah kalau tak jumpa artis kat sini. So, kalau rasa-rasa nak jumpa artis tu bolehla gi terjah Bazaar Ramadhan Taman Melawati ni. Antara menu terkenal kat sini ialah Ikan Bakar, Roti Boom, Dim Sum, Air Kelapa dah Kuih-Muih. Ikan bakar kat sini memang terbaik! ^_~

PANTAI DALAM
Bazaar Ramadhan Pantai Dalam ni terletak berdekatan dengan stesen LRT University. So, kalau nak elak  jam boleh la naik LRT je datang sini. Tapi kalau naik LRT jam ngan orang ramai pulak kan? Gugugu~~ Kalau nak naik jugak boleh, tapi keluar awal sikit.. Antara menu terkenal kat sini ialah Roti Jala, Kuih Cara, Ayam Percik dan Air Keladi.

KELANA JAYA
Bazaar Ramadhan Kelana Jaya ni terletak di seberang Mini Market Giant SS6/1, Kelana Jaya. Bagi yang biasa pergi Giant kat area situ tu taulah ni kan? Antara menu terkenal kat sini ialah Nasi Kukus, Air Kelapa dan Tebu tanpa tambahan, Nasi Goreng dan Sotong Bakar. Pergh! Sotong bakar..! Favourite jugak tu.. Glup! -.-'

TTDI
Kelebihan kat sini, perniagaan bermula awal untuk menarik pelanggan dari semua kaum dan agama. Bagi yang tidak berpuasa boleh dapatkan makanan tengah hari dan minum petang di sini. *Ni untuk yang bukan beragama Islam je ye. Korang yang Islam tu jangan mengada-ngada gi beli makan tengahari pulak* Sesuai untuk penghuni di Damansara dan Bandar Utama sebab bazaar ni terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 3. Antara menu terkenal kat sini ialah Tepung Pelita, Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah dan Popiah.

BANGSAR
Bazaar Ramadhan Bangsar ni terletak di depan Masjid Bangsar dan food court. Siapa yang tinggal kat area Bangsar tu tau lah ni ye. So, antara menu terkenal yang korang boleh dapat kat sini ialah Ikan Bakar Portugis, Raja Murtabak, Rojak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Ayam Percik, Rojala. Apa tu Rojala? Mieza pun tak tau. Tak pernah lagi sampai sini. Roti Jala lah kot.. Gugugu~~

BANDAR BARU BANGI
Ha, yang ni jauh sikit dari bandar KL. Bazaar Ramadhan Bandar Baru Bangi. Ianya terletak di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Antara menu terkenal di sini ialah Ayam Golek, Nasi Ambang, Nasi Lemak Kukus dan Burger Bakar. Tu dia! Burger bakar, kalau dapat makan di bulan puasa ni memang nangislah kan? Kihkihkih!

Jadi inilah dia top 10 Bazaar Ramadhan di sekitar Lembah Klang yang korang boleh cuba terjah. Mieza sebenarnya bab-bab bazaar Ramadhan ni tak adalah gemar sangat nak pergi. Entah, macam tak ada benda menarik pun. Sama jugak macam pasar-pasar malam biasa. Cumanya lebih banyak pilihan. Tu jelah kot yang specialnya. Maybe sebab kat Ipoh ni Mieza belum jumpa bazaar Ramadhan yang betul-betul best macam kat KL dulu kot. Gugugu~~

Mohon jangan terliur pulak dengan gambar-gambar kat atas ni. Ekekekeke.. Petang ni boleh lah cuba try ushar bagi mereka yang tinggal di kawasan berdekatan tu ye..


Semua info ni Mieza cedok kat SINI. Nak tau lebih lanjut boleh gi baca sendiri.. ^_~



15 comments:

  1. wah...byknye...kt cni rietta blom pergi mna mna lgik...mlsnk bersesak...

    ReplyDelete
  2. semuanya x penah pegi..hahahaa.. selalunya pegi bazar area umah je la.. kat selyg... ;)

    ReplyDelete
  3. semua makanan tu nampak sedap *sesungguhnya aku sedap berpuasa* :D apa2 pun kalo beli di bazaar ramadhan elakkan membazir ^^

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum ros...meriahnya kalau pi bazar ni mcm2 ada...:)

    ReplyDelete
  5. hurm.. menarik jugakkan ..
    tapi akak jarang pegi bazar, tak sanggup bersesak2. prefer masak je kat umah. tapi kalo hari bercuti mmg ke Bazar, sebb bole sabar nak bersesak hehhe

    ReplyDelete
  6. makanan kat bandar baru bangi the best! banyak dan sedap. kampung baru pernah pegi. jalan tar pon penah pegi.

    Yang kat stesen LRT universiti tu dah tutup sebab ade construction. ade pon dalam 5-6 kedai je tu pon dorang bukak kat dalam kawasan apartment kite.

    Tapi kalau dekat pantai dalam betul2 tu bukak lagi kot. yang tu memang besar. tp jauh la dengan lrt. huhuhu

    ReplyDelete
  7. banyak tu..tp jauh gak dr tempat sy..huhu~

    ReplyDelete
  8. saya pernah gi yg stadium shah alam & bangi. memang rambang mata dibuatnya.huhuhu

    ReplyDelete
  9. HeNRieTTa JoSe
    -> Samalah.. Mieza pun malas nak ke bazaar sebab tu lah.. Malas nak bersesak. Serabut.. Ngee..

    Deqla Manjew
    -> Mieza langsung malas nk pegi.. Kalau pegi pun sekadar temankan hubby je.. Kesian pulak dah dia ajak gi bazaar.. =)


    Nurfaezah Abdullah
    -> Dulu masa kecik2 memang suka membazir kalau pegi bazaar.. Itu nak beli ini nak beli.. Last2 balik umah jumpa nasik, tersadai kenyang.. Segala kuih yang dibeli sentuh pun tak.. Nasib baiklah dah dewasa ni tak suka gi bazaar sangat.. Hehe

    Mas Zull
    -> Meriah memang meriah.. Tapi Mieza tak lalu lah mama nak pegi tempat sesak2 macam ni.. Sakit kepala.. Huhu..

    Nisah Idham
    -> Samalah.. Mieza pun malas.. Rela lagi pening mikir nak masak menu apa dari pening bersesak dengan orang ramai.. Hehe..

    J.Syazwana
    -> Tu diap kaki makan.. Tau ajer kat mana yang best.. Hehe..

    Yana Libra
    -> Ye ke? Yana duk area mana?

    aReLaN
    -> Ye ke? Mieza dua2 tak pernah sampai lagi.. Hehe..

    ReplyDelete
  10. wahh meriahnya tgk..tp 1 pn xpnh p lg..hiihi

    ReplyDelete
  11. tak pernah lagi sampai kat sume tmpt ni. hehe. awal awal ni smgt masak ade lagi. hehehe.

    ReplyDelete
  12. aaaaaaaaaaaaaaaa terliur... huhu

    ReplyDelete
  13. Kalo p mmg mencabar mata rasanya..=)

    ReplyDelete
  14. owh kat BBB...ayam golek ek yg popular?iman dok BBB tapi xtau sbb iman mkn xmemilih

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com