Blogger templates

Thursday, 4 July 2013

Words I Want To Say To You.. [Khas Buat Encik Suami]

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Words I Want To Say To You.. [Khas Buat Encik Suami] | Pembuka entri hari ini Mieza nak kongsi tips buat para suami dan bakal-bakal suami, bagaimana caranya agar sentiasa disayangi isteri. Khas untuk tatapan para suami especially my beloved husband..  ^_^



Tips Sentiasa Disayangi Isteri :-

  • Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
  • Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
  • Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
  • Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup tv. Berikan sepenuh perhatian kepadanya.
  • Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang perlu dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
  • Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tetapi tunjukkan sifat memahami anda.
  • Jika pada suatu malam dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
  • Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
  • Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
  • Berikan dia 5 kali pelukan setiap hari. Satu di waktu subuh, satu di waktu zohor, satu di waktu asar, satu di waktu maghrib dan satu lagi di waktu isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu terluang.
  • Katakan "Aku Cinta Padamu" sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
  • Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
  • Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walaupun di khalayak ramai.
  • Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
  • Solat bersama dan berdoa bersama.
  • Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
  • Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
  • Apabila anda berjauhan darinya, beritahu bahawa anda merinduinya.
  • Perhatikan bagaimanakan perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda mengambil berat seperti, "Awak nampak gembira hari ni" atau "Awak nampak letih".. Kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang menggembirakannya dan sebaliknya.
      
Ramai lelaki menganggap perkara penting bila bersama wanita ialah dengan melakukan perkara-perkara besar sahaja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah apabila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda mengambil berat terhadapnya. Siapa setuju? ^_~


NOTE : Fall in love dengan lagu ni, gabungan suara 3 orang team Running Man, Kim Jong Kook, Ha Dong Hoon, Kang Gary..! ^_~



13 comments:

  1. suka2,,
    bagus en,somi bace ni..

    Pada saya, kalo en.Somi tolong sikittttttttttttt ja saya dah rasa terharu...tapi kalo byk2 lg super
    duper bangga

    ReplyDelete
  2. hihi
    sweet jer kalau bakal suami buat semua ni

    ReplyDelete
  3. nice tips...jom pratikkan.. moga kita sentiasa disayangi oleh suami masing2.. ;)

    ReplyDelete
  4. wah..kalau semuanya perkara ni diamalkan oleh para2 suami diluar sana,pasti bahagia rumahtangga :)

    ReplyDelete
  5. thanks tau.. saya akan cuba ikuti tip2 ni bila dah bergelar seorang suami nanti :)

    ReplyDelete
  6. beznya dh kwin kn..smua nya pahala..hehe

    ReplyDelete
  7. ehem2.
    tak sabar laaaaaaaaaaa nak kawen.
    hahahaha!

    tapi akram tak romantik pon.
    die memang suke menghiraukan benda2 kecik ni. huhuhu

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum mieza, thanks dear sharing. sheila suka baca. hehhee.

    p/s: kalau ada masa, kita jumpa yanggg. heee boleh berbuka sama sama nanti :)

    ReplyDelete
  9. Salam...thanks fir the share..

    Psss...thanks for dropping by blog...from the same segmeny...ada masa rietta join bloglist ramadhan awk yea....

    ReplyDelete
  10. waa tips bagus untuk para husband :)

    fae follower #734 from segmen deqla http://norumara.blogspot.com/2013/07/senarai-peserta-mini-segmen.html

    http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. gd one ni tq share yer . Selamat menjalani ibadah puasa & Mudah2an amalan & ibadat kita diterima Allah swt hendaknyer

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com