Blogger templates

Friday, 30 August 2013

10 Wasiat Imam Syafie

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

10Wasiat Imam Syafie | Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut..

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara." 

PERTAMA : HAK KEPADA DIRI iaitu : 
  • Mengurangkan tidur
  • Mengurangkan makan
  • Mengurangkan percakapan dan ;
  • Berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA : HAK KEPADA MALAIKAT MAUT iaitu :  
  • Mengqada'kan kewajipan-kewajipan yang tertinggal
  • Mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi
  • Membuat persediaan untuk mati dan ;
  • Merasa cinta kepada Allah

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR iaitu :
  • Membuang tabiat suka menabur fitnah
  • Membuang tabiat kencing merata-rata
  • Memperbanyakkan solat Tahajjud dan ;
  • Membantu orang yang dizalimi

KEEMPAT : HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR iaitu :
  • Tidak berdusta
  • Berkata benar
  • Meninggalkan maksiat dan ;
  • Nasihat menasihati

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat) iaitu :
  • Menahan kemarahan
  • Banyak berzikir
  • Mengikhlaskan amalan dan ;
  • Sanggup menanggung kesusahan

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (Titian Yang Merintangi Neraka Pada Hari Akhirat) iaitu :
  • Membuang tabiat suka mengumpat
  • Bersikap warak
  • Suka membantu orang beriman dan ;
  • Suka berjemaah

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (Malaikat Penjaga Neraka) iaitu :
  • Menangis lantaran takutkan Allah SWT
  • Berbuat baik kepada ibu bapa
  • Bersedekah secara terang-terangan mahu pun secara sembunyi dan ;
  • Memperelok akhlak

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat Penjaga Syurga) iaitu :
  • Berasa redha dengan Qadha' Allah
  • Bersabar menerima bala
  • Bersyukur ke atas nikmat Allah dan ;
  • Bertaubat dari melakukan maksiat

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW iaitu :
  • Berselawat ke atas baginda
  • Berpegang dengan syariat
  • Bergantung kepada as-Sunnah (Hadith)
  • Menyayangi para sahabat dan ;
  • Bersaing dalam mencari keredhaan Allah

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT iaitu :
  • Mengajak manusia ke arah kebaikan
  • Mencegah manusia dari kemungkaran
  • Menyukai ketaatan dan ;
  • Membenci kemaksiatan




- WALLAHU'ALAM -


Read More

Thursday, 29 August 2013

Falling In Love With It..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Falling In Love With It.. | Jatuh cinta lagi ko iols.. Hehe.. Oppps! Bukan jatuh cinta dengan orang ye. Cukuplah sorang cinta hati tu. Ni jatuh cinta lain. Jatuh cinta dengan satu produk yang Mieza tengah cuba sekarang. Best sangat! Hehehe..


Shaklee product tu of courselah jatuh nombor 1 kan, tiada tolok banding keberkesanannya. Tapi ni produk lain. Khas untuk kesihatan dan kecantikan kulit terutamanya yang jenis kulit kering & kusam macam Mieza ni. Nak tau? Nanti Mieza review ye. Hehe.. Suspen tak, suspen tak? ;p



NOTE : Received a positive feedback from one of my Shaklee customer.. Am so glad.. Alhamdulillah.. =)



Read More

Wednesday, 28 August 2013

Working On New Planning.. ^_^

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Working On New Planning.. ^_^ | Semalam blog sepi jer kan? Huhu.. Sorry ye, sekarang ni agak busy dengan business Shaklee & new planning for Rafhanah De' Blogshop.. Banyak planning sebenarnya, bukan untuk kedai maya Mieza jer, tapi untuk Shaklee jugak. Tengah bermotivasi nak majukan bisnes selangkah lagi ke hadapan. Niat ni dah lama tertanam, tapi banyak kekangan yang menghalang.

Apa planning Mieza? Hehe.. Buat masa ni biarlah rahsia dulu sebab masih lagi dalam penelitian dan perbincangan dengan beberapa pihak. Planning untuk jangkamasa panjang masih lagi dalam perancangan. Banyak nak kena buat untuk tu. Tapi untuk yang terdekat ni bagi yang ikut Page Blogshop Mieza tu taulah kot. Hehe.. Nanti Mieza war-warkan dalam next entry ye.. 

Harap segala yang dirancang akan mendapat sambutan ramai dan berjaya capai visi. Mudah-mudahan dengan izinNYA.. Doa-doakanlah ye.. =)


NOTE : Tengah seronok dengan Shaklee.. Hehe.. (",)



Read More

Monday, 26 August 2013

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) : Bagaimana Mengesannya & Kaedah Rawatan Yang Sesuai

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) : Bagaimana Mengesannya & Kaedah Rawatan Yang Sesuai | Alhamdulillah, masih lagi dipinjamkan nyawa untuk terus bernafas pada hari ni. Hari ni Mieza nak sambung sikit lagi info pasal Lupus/SLE. Bagi yang belum kenal apa itu Lupus, boleh ke entri-entri Mieza sebelum ni ye --> Jenis Dan Punca | Simptom Dan Kesan Terhadap Organ.


Bagaimana Untuk Mengesan SLE?
Untuk mengesahkan pesakit mengidap SLE bukanlah suatu yang mudah. Kadangkala para doktor mengambil masa yang lama berbulan atau bertahun untuk mengesan SLE. Itu pun jika pesakit datang secara berterusan kepada seorang doktor untuk mendapat rawatan. Dengan cara ini semua gejala dapat dikumpul dan direkodkan.

Pesakit juga kenalah memberitahu doktor kesemua masalah yang dialami dengan betul dan tepat. Kebolehan berkomunikasi yang berkesan di antara doktor dan pesakit sangat penting. Bagi pihak pesakit, ianya dapat membentuk kefahaman dan kesedaran tentang penyakit SLE. Bagi pihak doktor pula, ianya memerlukan pengetahuan serta pengalaman yang luas untuk mengesahkan diagnosis dengan tepat dan cekap. Di antara perkara yang perlu dilaporkan kepada doktor ialah sejarah kesihatan dan masalah kesihatan yang dialami sehingga kini. Maklumat ini amat membantu dan kritikal untuk menentukan diagnosis. Keputusan pemeriksaan darah dan air kencing serta pemeriksaan fizikal juga amat penting bagi membuat diagnosis yang tepat.

Tidak ada satu sahaja kajian untuk mengesahkan diagnosis dengan tepat. Malah ianya memerlukan beberapa ujian darah dan air kencing. Ujian yang dianggap berkesan ialah ujian bagi menganalisa auto-antibodi dalam darah pesakit SLE, seperti antibodi antinuklear (ANA) yang bertindak melawan komponen nukleus sel tubuh. Kebanyakan pengidap SLE mempunyai antibodi antinuklear. Namun demikian ada penyakit auto-imun dan jangkitan lain juga mempunyai antibodi antinuklear. Kadang kala orang yang sihat juga mempunyai antibodi antinuklear.

Selain dari ujian darah ANA, ada beberapa lagi ujian auto-antibodi yang khusus untuk membantu diagnosis SLE. Ini adalah anti-DNA, anti-Sm, anti-RNP, anti-Ro (SSA), dan anti-La (SSB). Walaubagaimanapun tidak semua pengidap SLE mempunyai keputusan ujian-ujian tersebut yang positif, dan tidak bermakna bila tidak mempunyai antibodi tersebut bukan mengidap SLE.

Biopsi ialah satu lagi ujian yang dijalankan bagi membantu diagnosis SLE dan ini dilakukan dengan mengambil sedikit contoh tisu organ yang terlibat misalnya tisu kulit, tisu buah pinggang, dan sebagainya. Ada juga sesetengah doktor menjalankan ujian antibodi antikardiolipin (antifosfolipid). Jika seorang pesakit SLE mempunyai antibodi ini, terutama pesakit wanita yang hamil, mereka boleh mendapat risiko pembekuan darah serta keguguran bayi. Kesemua ujian-ujian ini adalah sumber maklumat untuk membantu membuat diagnosa. Secara keseluruhannya, sejarah rawatan, gejala dan keputusan ujian dapat membantu membuat diagnosa SLE.

Selain itu, ujian biasa yang selalu dilakukan untuk memantau perkembangan penyakit SLE adalah “FBC” (Full Blood Count), “blood chemistry”, “ESR” (erythrocyte sedimentation rate) dan ujian air kencing. Ini dapat memberi maklumat yang penting. Satu lagi ujian yang biasa dilakukan ialah mengukur paras darah yang dipanggil “complement”. Keputusan ujian darah “ESR” bagi pengidap SLE biasanya lebih tinggi bacaannya, tetapi bacaan paras “complement” darahnya adalah rendah terutama semasa penyakit itu sedang dalam peringkat aktif (flare). Ujian X-ray dan ujian-ujian pengimejan yang lain boleh juga membantu dalam memastikan jika ada organ-organ lain yang terjejas.


Kaedah Rawatan Yang Sesuai :-
Disebabkan pesakit SLE mengalami berbagai gejala kita akan dapat melihat pesakitnya di pelbagai klinik seperti di klinik rheumatologi, dermatologi, nefrologi, hematologi, neurologi dan psykiatrik. Untuk menentukan pesakit SLE dirawat dengan sempurna, pakar-pakar dari pelbagai disiplin perlu bergabung tenaga bagi merawat dan menghalang penyakit SLE dari terus aktif (flare) serta dapat mengawal komplikasi dan menghalang organ-organ yang diserang SLE dari terus rosak.


NSAIDs - Bagi mereka yang mengalami sakit sendi dan otot atau demam, ubat bagi mengurangkan keradangan dipanggil nonstroidal anti-inflammatory (NSAIDs) biasanya digunakan. Mungkin hanya NSAIDs yang digunakan atau digabung bersama ubat lain bagi menahan kesakitan, mengawal bengkak dan merawat demam.
  •  Kesan Sampingan NSAIDs : Sakit perut, pedih ulu hati, cirit-birit, dan pengumpulan air yang menyebabkan kaki membengkak.



Hydroxychloroquine - Ubat anti malaria yang pada asalnya digunakan untuk merawat malaria didapati amat berkesan untuk merawat SLE. Hydroxychloroquine diberi atau digabungkan dengan ubat lain. Ia biasa digunakan untuk merawat keletihan, sakit sendi, sakit kulit dan keradangan paru-paru. Kajian klinikal mendapati penggunaan Hydroxychloroquine yang berterusan boleh menghalang penyakit SLE dari berulang. 
  • Kesan Sampingan Hydroxychloroquine : Sakit perut dan kerosakan pada retina walaupun sangat jarang berlaku. 


Kortikosteroid - Jenis kortikosteroid yang biasa digunakan ialah prednisolone. Kortikosteroid boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan, dalam bentuk krim yang disapu pada kulit, atau suntikan. Memandangkan tindakan dan reaksinya yang tersangat kuat dan ketara sekali, penggunaan dalam dos yang rendah adalah diamalkan untuk keberkesanan rawatan.
  • Kesan Sampingan Jangka Pendek : Bengkak muka, tambah selera makan, penambahan berat badan. (Kesan sampingan ini akan hilang apabila pengambilan ubat ini dihentikan. Namun begitu, pemberhentian pengambilannya secara tiba-tiba adalah merbahaya. Oleh itu doktor akan mengurangkan dos secara sedikit demi sedikit hinggalah ianya boleh diberhentikan). 
  • Kesan Sampingan Jangka Panjang :  Tulang rapuh (osteoporosis), tekanan darah tinggi, paras kolestrol yang tinggi, parasa gula dalam darah yang tinggi (diabetes), kerosakan pada arteri, mudah mendapat jangkitan dan katarak. (Apabila SLE dapat dikawal, dos akan dikurangkan secara berperingkat. Bagi mengurangkan risiko osteoporosis, pesakit akan diberi ubatan tambahan seperti kalsium, vitamin D, dan lain-lain lagi).


Immunosuppresif - Bagi sesetengah pesakit yang buah pinggang dan sistem saraf pusatnya terjejas oleh SLE, sejenis ubat yang dipanggil immunosuppresif mungkin digunakan. Jenis-jenis immunosuppresif, seperti Cyclophosphamide (Cytoxan) dan mycophenolate mofetil (CellCept), bertindak menghalang sistem imun yang terlalu aktif dengan menyekat pengeluaran antibodi. Immunosuppresif boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan atau secara infusi (drip). 
  • Kesan Sampingan : Loya, muntah, rambut gugur, masalah pundi kencing, kurang kesuburan, risiko untuk mendapat kanser, serta senang mendapat jangkitan. Kesan sampingan akan lebih ketara jika penggunaan ubat ini dilanjutkan dalam masa yang sama.

Walaupun rawatan SLE semakin bertambah baik dan jangka hayat penghidap SLE juga semakin bertambah lama, namun ianya tetap sejenis penyakit kronik yang boleh menghadkan aktiviti seseorang. Biasanya kualiti hidup dibendung oleh gejala seperti keletihan dan sakit sendi. Namun ia bukanlah menggugat nyawa seseorang. Cara yang terbaik mengawal SLE ialah dengan mengambil semua ubat-ubatan seperti yang di tentukan, sering berjumpa doktor anda, dan mempelajari seberapa banyak tentang SLE.





Read More

Sunday, 25 August 2013

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) : Simptom Dan Kesan Terhadap Organ

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) : Simptom, Kesan Terhadap Organ & Bagaimana Ia Dirawat | Semalam Mieza dah kongsikan tentang Jenis Dan Punca SLE. Hari ni Mieza nak bawa anda semua untuk lebih mengenali penyakit SLE ni. Apakah simptom atau gejala yang dialami oleh pesakit, kesannya terhadap organ dalam badan kita dan bagaimana merawat penyakit ini.

Apakah Gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.
Ciri-Ciri Penyakit Ialah:
  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protein dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

Apakah Kesan SLE Terhadap Organ Dalam Badan?
SLE boleh menjejaskan organ-organ di dalam badan seperti berikut :
  • Buah pinggang - Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang, rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.
  • Paru-paru - Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

  • Sistem saraf - SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.
  • Saluran darah - Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.
  • Darah - Pesakit SLE mungkin mengalami kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.
  • Jantung - Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

Read More

Saturday, 24 August 2013

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) : Jenis Dan Punca

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) : Jenis Dan Punca | Kaum wanita berisiko lebih tinggi untuk mendapat SLE iaitu 10 kali ganda berbanding dengan kaum lelaki. Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami. Biasanya ianya melibatkan beberapa pakar untuk merawat penyakit ini. Pesakit juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.

Apa Itu SLE? 
Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya diiringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Jenis-Jenis Lupus
  • Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
  • Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.
  • Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.
Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil “Drug-Induced Lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.


Apakah Yang Menyebabkan SLE?
Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga, “gene lupus” yang khusus belum lagi dikenalpasti.
Kajian menyarankan ada beberapa “gene” mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami. Bagaimana pun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.
SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.

Credit To : http://www.lupusmalaysia.org



NOTE : Apakah gejala atau simptom-simptom SLE, kesan SLE terhadap organ-organ dalam tubuh dan bagaimana ia boleh dirawat? Mungkinkah ada penyelesaian terhadap penyakit ini? Mieza akan kongsikan di next entri. Tunggu ye.. ^^,



Read More

Friday, 23 August 2013

Rezeki Switch2U..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Rezeki Switch2U.. | Alhamdulillah, nampaknya bulan puasa hari tu rezeki Mieza murah sangat-sangat. Selain Blogbuster Campaign Switch2U yang dah diluluskan, dapat tiket wayang FREE dari KLIPS. Order untuk suplemen kesihatan Shaklee pun bukan main rancak. Dan Alhamdulillah, merasa juga bonus setelah sebulan lebih bersama Shaklee. Terima kasih kepada semua yang meyakini keberkesanan produk-produk Shaklee. 

Okay, nanti-nanti Mieza kongsi pasal KLIPS and Shaklee ye. Hari-hari cerita pasal Shaklee kang ada yang bosan pulak.. Huhu.. Hari ni nak kongsi pasal Campaign Blogbuster Switch2U yang dah pun tamat 29 Julai yang lepas. Bila tengok earning hasil dari campaign ni rasa macam tak percaya pun ada. Sebab Mieza tak expect pun boleh cecah nilai yang tinggi macam tu. Yelah, dalam banyak-banyak Blogbuster Campaign yang Mieza dah join, inilah video campaign yang paling simple Mieza pernah buat. Kalau nak diukur dari segi kualiti tu memang ke laut lah. Maklumla, last minute punya kerja. Edit gambar pun tak kemas.. Masa submit video tu pun tak letak harapan tinggi lulus tapisan. 

Tapi rezeki Allah ta'ala nak bagi, dapat juga Mieza merasa earning dari campaign ni. Ni Mieza kongsikan earning yang Mieza berjaya raih dari campaign Switch2U. Sebelum tu nak maklumkan awal-awal lah ye, Mieza kongsikan ni bukan dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebagai motivasi dan pembakar semangat untuk korang semua.

Mieza just submit 1 video jer untuk campaign ni. Tapi kali ni Mieza guna 2 platform. Satu Mieza submit atas nama blog ni, lagi satu which is video yang sama Mieza submit atas nama Blogshop Mieza. Kalau sebelum ni Mieza submit minimum 2 video untuk each campaign, tapi kali ni sempat create 1 jer. Nama pun last minute kan? Huhu.. Tapi rasa berbaloi sangat bertungkus lumus siapkan video untuk campaign ni walaupun kualiti cam hampeh. Alhamdulillah.. =)

Masih belum cukup motivasi ? Baca SINI pulak. Semoga dapat naikkan mood & semangat korang untuk jana pendapatan sampingan dengan Nuffnang & blog. Jangan malas atau takut untuk mencuba. Tak rugi apa pun. Sebaliknya kita dapat ilmu baru. Ye tak? All the best! ^_^


NOTE : So far, korang lebih prefer CPUV/BE atau Blogbuster Campaign? For me, I prefer BC.. Hehe.. =)



Read More

Thursday, 22 August 2013

Apa Kata Psikologist..?

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Apa Kata Psikologist..? | Semalam macam biasa melaghakan diri di Fb. Biasa kat situ jelah Mieza dapat ikut perkembangan terkini kawan-kawan lama. Nak harap contact, memang payah. Masing-masing dah ada komitmen & tanggungjawab masing-masing. Nasib baik juga lah ada Fb ni. =)

Dalam sibuk update member-member tu terjumpa satu benda yang Mieza rasa menarik untuk dikongsikan. Jom baca apa kata psikologist! ^_^
  • Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biar pun hanya perkara kecil yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yang mempunyai jiwa yang sangat sunyi.
  • Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia adalah orang yang kuat bersedih.
  • Apabila seseorang kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan 1000 rahsia.
  • Sekiranya seseorang itu sukar untuk mengeluarkan airmata, dia sebenarnya adalah seorang yang lemah.
  • Jika seseorang itu mudah menangis meskipun hanya disebabkan perkara yang kecil, dia adalah seorang yang berhati lembut.
  • Dan sekiranya seseorang itu cepat marah biarpun hanya disebabkan perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang.

Korang ada ke ciri-ciri macam ni? Ni semua kata psikologist ye, bukan Mieza reka ikut suka jiwa sendiri.. Betul ke tak tu, hanya orang yang ada ciri-ciri ni je yang boleh sahkan.. Hehehe.. ;-)

Kalau orang yang suka kecantikan macam bunga ni apa maksudnya ye? Jangan kata minah bunga pulak.. Ngahahaha!


NOTE : Cuba fahami orang lain sebelum minta orang fahami kita.. Sama2 saling memahami. Itu adalah lebih membahagiakan.. =)



Read More

Wednesday, 21 August 2013

Updatelah Sikit..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Updatelah Sikit.. | Tajuk tak boleh blah betul. Kahkahkah! Musim-musim raya ni liat betul lah hai nak update blog. Kalau nak ikut cerita tu, banyak jer cerita yang nak dicerita. Hutang story bulan Jun dulu pun berlambak lagi. Ada satu entri review yang Mieza patut update sebenarnya tapi sampai sekarang tak terupdate. Nak kata mood tu masih tengah syok beraya, takde pun. Biasa-biasa je dah mood ni. Tapi tu lah, 'Owl Type Person' ni memang cengginilah. Banyak benda yang nak dibuat, tapi last-last satu haram tak terbuat. 

Bila tengok orang lain gigih hari-hari update the latest story, jari ni pun termotivasi lah jugak nak istiqamah update blog setiap hari.. Memang buka dashboard blogger setiap hari, tapi asal nak start taip entri baru je, otak dah blurr.. Tak tau nak mula dari mana. Tak tau nak up story yang mana dulu. Nampak sangat dah banyak cerita tertangguh. Ngahahaha!

Maka terhasillah entri yang takde kualiti langsung ni ha. Asal berupdate katanya. Lalalalalala~! 

Motif gambar? No idea.. Kahkahkah!


NOTE : Mode tapis2 story ON!



Read More

Monday, 19 August 2013

Penyelesaian Kepada Masalah Sendi & Tulang..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Penyelesaian Kepada Masalah Sendi & Tulang.. | Masalah sendi berpunca dari pelbagai jenis keadaan samada faktor umur, kecederaan, kurang khasiat dan bermacam lagi. Walau apa sekalipun puncanya ianya memang membebankan, ia mengakibatkan rasa ketidakselasaan kepada struktur badan kita. Keadaan ini akan semakin memudaratkan sekiranya tidak dibendung dari awal. 

Bagaimana cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini? 

SHAKLEE JOINT HEALTH SET adalah jawapannya! Set ini adalah set lengkap untuk kesihatan sendi yang optimum. Ia membantu memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan merupakan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi anda. Set ini juga membantu mengekalkan tulang yang kuat.

SHAKLEE JOINT HEALTH SET terdiri daripada 3 suplemen penting untuk kesihatan sendi dan tulang iaitu Omega Guard, Ostematrix dan Advanced Joint Health Tablet.



Supplemen ini sesuai untuk semua peringkat umur. Ianya sesuai untuk kanak-kanak, orang dewasa yang ingin mengekalkan kesihatan sendi dan tulang, juga sesuai untuk dihadiahkan kepada ibu dan ayah kita yang semakin berumur. Bagi mereka yang aktif bersukan dan gemarkan aktiviti lasak juga amat digalakkan untuk mengambil SHAKLEE JOINT HEALTH SET ini .



Ini antara testimoni pengguna :


Ayuh jangan tunggu lagi! Berbaloi untuk berbelanja demi badan yang sihat. Bila badan sihat insha Allah semua perkara akan menjadi lebih mudah. Bulan ni Advanced Joint Health Tablet tengah promosi. Inilah masanya untuk anda melabur dengan harga super jimat! Book dulu, bayar lepas gaji pun boleh.. =)


NOTE : *Set ini cukup untuk bekalan supplement selama tiga 3 bulan*



Inbox atau SMS Mieza segera untuk maklumat lanjut.. 
SMS : 019-5327438
SHAKLEE PAGE : Shaklee Ipoh, Perak



Read More

Saturday, 17 August 2013

Kekal Langsing Dengan Bajet Slimming Set SHAKLEE!

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Kekal Langsing Dengan Bajet Slimming Set SHAKLEE! | Musim2 raya ni tak sah kalau pergi ke rumah saudara mara or kawan-kawan tak makan kan? Haruslah makan. Kang kecik pulak hati tuan rumah.. Dengan open house sana sini, tambah lagi pulak dengan kenduri kahwin berderet2.. Lepas tu bila timbang, terkejut tengok berat badan sendiri.. Oh no!

Dah lah belanja untuk sambut raya pun dah beratus-ratus duit terbang kan? Sekarang ni pulak duk pening nak kumpul bajet untuk dapatkan rawatan pelangsingan di pusat-pusat pelangsingan terkenal. Yelah, tak makan kang kempunan pulak. Dah nama pun raya, mestilah nak makan sedap-sedap tak gitu? Tapi bila makan beriya-iya berat badan pulak naik mendadak. Pening lagi sekali.. Huhu..

Tapi tak mengapa. Jangan pening-pening sangat. Mieza ada rahsia kekal langsing untuk dikongsikan dengan anda semua! Tak perlu bayar mahal-mahal pergi buat treatment untuk dapatkan bentuk badan ideal. Yang penting, ikut nasihat dan cadangan pengambilan supplemen yang betul. Insha Allah, anda akan berjaya mengembalikan berat badan ideal..

Apa rahsianya? Tentunya Bajet Slimming Set  SHAKLEE! Yezza! Ini memang betul-betul set bajet yang anda boleh pilih mengikut kemampuan poket masing-masing. Ada 6 pilihan set bajet untuk kekal langsing dengan harga paling murah dan jimat.

BAJET SLIMMING SET SHAKLEE

:: SET A : Cinch Shake ::

:: SET B : Lecithin + Alfalfa [Set Bajet] ::
:: SET C : Lecithin + Alfalfa + Omega Guard ::
:: SET D : Lecithin + Alfalfa + ESP ::
:: SET E : Lecithin + Alfalfa + Omega Guard + ESP ::
:: SET F : Cinch + Lecithin + Alfalfa + Omega Guard ::




Pssst! Ni Mieza ada berita best buat mereka yang membuat pembelian RM200 dan ke atas! Ada 10 free gifts untuk 10 pembeli terawal yang membuat pembelian mana-mana produk SHAKLEE dengan Mieza pada bulan ni. BULAN NI SAHAJA YE! Next month maybe ada maybe tak ada. Tunggu jelah.. Hehe.. So, apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah order! Nak order dulu, bayar lepas gaji nanti pun boleh.. ^_~

JOM KEKAL LANGSING! ^_~



Inbox atau SMS Mieza segera untuk dapatkan harga istimewa..!
SMS : 019-5327438
SHAKLEE PAGE : Shaklee Ipoh, Perak



Read More

Tuesday, 13 August 2013

Salam Aidilfitri Dari Kami..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Salam Aidilfitri.. | 6 Syawal 1434H.. Di kesempatan ini Mieza ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin andai selama Mieza menulis di blog ni, ada yang terasa hati atau terguris perasaan sama ada secara sengaja mahu pun tidak sengaja. Harap dimaafkan.


Tahun ni dugaan beraya dalam keadaan kurang sihat. Masih mampu tersenyum demi menceriakan aidilfitri insan-insan tersayang. Syukur kepada Allah kerana dikurniakan seorang suami yang setia menjaga diri ini dan juga keluarga yang sangat mengambil berat. Alhamdulillah, sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil dan tanda Allah masih sayangkan kita.. Juga sebagai peringatan agar jangan leka dan lupakanNYA.. =)


NOTE : Ralat tak dapat beraya dengan kawan2 lama & rakan blogger Kak Dayana. Tapi apakan daya, kesihatan tak mengizinkan.. Seandainya masih dipanjangkan umur bertemu Ramadhan & Syawal akan datang, insha Allah kita bertemu..




Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com