10 Wasiat Imam Syafie

by - 9:00:00 am

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

10Wasiat Imam Syafie | Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut..

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara." 

PERTAMA : HAK KEPADA DIRI iaitu : 
  • Mengurangkan tidur
  • Mengurangkan makan
  • Mengurangkan percakapan dan ;
  • Berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA : HAK KEPADA MALAIKAT MAUT iaitu :  
  • Mengqada'kan kewajipan-kewajipan yang tertinggal
  • Mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi
  • Membuat persediaan untuk mati dan ;
  • Merasa cinta kepada Allah

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR iaitu :
  • Membuang tabiat suka menabur fitnah
  • Membuang tabiat kencing merata-rata
  • Memperbanyakkan solat Tahajjud dan ;
  • Membantu orang yang dizalimi

KEEMPAT : HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR iaitu :
  • Tidak berdusta
  • Berkata benar
  • Meninggalkan maksiat dan ;
  • Nasihat menasihati

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat) iaitu :
  • Menahan kemarahan
  • Banyak berzikir
  • Mengikhlaskan amalan dan ;
  • Sanggup menanggung kesusahan

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (Titian Yang Merintangi Neraka Pada Hari Akhirat) iaitu :
  • Membuang tabiat suka mengumpat
  • Bersikap warak
  • Suka membantu orang beriman dan ;
  • Suka berjemaah

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (Malaikat Penjaga Neraka) iaitu :
  • Menangis lantaran takutkan Allah SWT
  • Berbuat baik kepada ibu bapa
  • Bersedekah secara terang-terangan mahu pun secara sembunyi dan ;
  • Memperelok akhlak

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat Penjaga Syurga) iaitu :
  • Berasa redha dengan Qadha' Allah
  • Bersabar menerima bala
  • Bersyukur ke atas nikmat Allah dan ;
  • Bertaubat dari melakukan maksiat

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW iaitu :
  • Berselawat ke atas baginda
  • Berpegang dengan syariat
  • Bergantung kepada as-Sunnah (Hadith)
  • Menyayangi para sahabat dan ;
  • Bersaing dalam mencari keredhaan Allah

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT iaitu :
  • Mengajak manusia ke arah kebaikan
  • Mencegah manusia dari kemungkaran
  • Menyukai ketaatan dan ;
  • Membenci kemaksiatan




- WALLAHU'ALAM -


You May Also Like

25 Silent Hunter's Footprints

  1. Assalamualaikum mieza. insyallah, sama2 kita beristiqomah ke jalan yang diredhaiNya. thanks sharing ilmu. sheila nak mohon share dekat fanpage sheila boleh?

    ReplyDelete
  2. selamat hari jumaat miza! heeee ^^

    ReplyDelete
  3. Terima kasih informasi berguna...:)

    ReplyDelete
  4. nice sharing miza...sama-samalah kita mengingati pesanan itu...

    ReplyDelete
  5. sma2 muhasabah diri.. peringatan buat diri deqla ni...sbb byk lagi kekurangan pd diri deqla.. terima kasih mieza sudi berkongsi..

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah syukran atas perkongsiannya

    ReplyDelete
  7. Assalammualikum...permaisuri comel,

    Perkongsian yang menarik...

    mselim3

    ReplyDelete
  8. Terasa banyak perlu perbaiki diri. Alhamdulillah. Terima kasih atas ilmu berguna ni.

    ReplyDelete
  9. Thanks Mieza..kerana mengeingatkan..semoga kita sama-sama menjaga amala kita ya..

    ReplyDelete
  10. banyak rupanya hak2 yg kita tak tau. thanks share ilmu meeja.

    klik dove & lactacyd. ;)

    ReplyDelete
  11. banyaknya hak yg tak terlaksana lg..thanx for sharing :')

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah... moga jadi panduan buat kita semua..

    ReplyDelete
  13. tenkiu untuk info berguna nie..kadang2 kita tak tau apa hak kita sendiri :)

    ReplyDelete
  14. masyaallah dapat ilmu yag bermanfaat di sii..

    ReplyDelete
  15. wasiat ni mmg terbaik...dan sgt2 berguna..

    ReplyDelete
  16. tq for sharing.. sama2 kt dalaminya

    ReplyDelete