Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) : Simptom Dan Kesan Terhadap Organ

by - 11:13:00 am

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) : Simptom, Kesan Terhadap Organ & Bagaimana Ia Dirawat | Semalam Mieza dah kongsikan tentang Jenis Dan Punca SLE. Hari ni Mieza nak bawa anda semua untuk lebih mengenali penyakit SLE ni. Apakah simptom atau gejala yang dialami oleh pesakit, kesannya terhadap organ dalam badan kita dan bagaimana merawat penyakit ini.

Apakah Gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.
Ciri-Ciri Penyakit Ialah:
  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protein dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

Apakah Kesan SLE Terhadap Organ Dalam Badan?
SLE boleh menjejaskan organ-organ di dalam badan seperti berikut :
  • Buah pinggang - Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang, rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.
  • Paru-paru - Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

  • Sistem saraf - SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.
  • Saluran darah - Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.
  • Darah - Pesakit SLE mungkin mengalami kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.
  • Jantung - Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

You May Also Like

8 Silent Hunter's Footprints

  1. I tahu psl penyakit nie pn dari blog dayang deno..kalau x sblm nie mmg tak tahu.. btw good info dear.. ;)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaiku miza

    maaf lama xsinggah sini

    tq sharing psl sle ni..

    ReplyDelete
  3. ada sorg blogger yg hadapi pykt ninif tak slh yui..

    ReplyDelete
  4. wwo first time acik tahu tentang nie,. thanks sharing :)

    ReplyDelete
  5. seram sejuk baca...takut kalau hidapi penyakit nie...

    ReplyDelete
  6. Serammmmm. Huhu. Kene jaga kesihatan dari muda. Kene jaga pemakanan. Hihi

    ReplyDelete
  7. owhh ni yg penyakit td deqla baca ..gigih baca ciri2 penyakit tu.. risau jugak kot2 ada kat deqla.. huhu..

    ReplyDelete
  8. Info yang berguna... tq sbb sudi berkongsi maklumat..

    ReplyDelete