Blogger templates

Monday, 30 September 2013

Seharian Kemaskini Fail..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Seharian Kemaskini Fail.. | Selamat petang Isnin semua! Lambat update hari ni. Huhu.. Sepanjang hari ni tersangatlah busy. Pagi ke branch office setelkan order customer. Berpeluh ketiak tunggu turn walaupun duduk dalam aircond. Dapat rasa tak betapa hebatnya penangan suplemen kesihatan Shaklee? Hujung2 bulan memang ramai yang place order. Baru gaji katakan.. Hehe.. Ada yang repeat order, siap tambah suplemen tambahan pun ada.. Alhamdulillah.. Semakin hari produk Shaklee semakin diterima ramai.. =)

Okay, stop! Hari ni tak nak cerita pasal Shaklee dulu. Yang tu kita story later k. Hari ni Mieza lebihkan perhatian untuk Rafhanah Trading. Lepas balik dari branch Shaklee, singgah kedai buku beli extra fail untuk office. Lepas tu, singgah makan di Restoran Nasi Kandar A.K. Dah kenyang2, terus balik uruskan hal2 pejabat pulak. Kemaskini apa yang patut. Filing system memang takleh blah. *Nampak sangat management aku failed! -.-"* Gara2 busy dengan business di Rafhanah De' Blogshop & sekarang ni pulak dengan Shaklee, memang agak tunggang langgang prestasi kerja aku.. So, hari ni memang fokus pada kerja2 ofis jer..

Kerja pengemaskinian sistem fail bermula! Update nama setiap fail dengan lebih sistematik & profesional. Hehe.. 
Selepas kerja2 pengemaskinian.. =)

Barulah sistematik! Lepas ni boleh bodek bos mintak naik gaji.. Ngahahahaha! Gambar selepas jer ada, keadaan sebelum kemaskini lupa nak snap. Baguslah pun aku lupa. Kalau tak, kompem kena bahan ngan korang.. Serius kucar lanar.. Sape tak tau maksud kucar lanar sila angkat kening tinggi2! Hari dah nak senja, nak kena kemas segala caca marba yang tak diperlukan ni, lepas tu macam biasa masuk dapur ler pulok. Kbai!



NOTE : Setel satu bab.. Esok, opening for October! Nak kemaskini fail Shaklee pulak.. Chaiyok!



Read More

Saturday, 28 September 2013

Kehilangan Pulau Batu Hairan Kekal Menjadi Misteri Hingga Kini..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Kehilangan Pulau Batu Hairan Kekal Menjadi Misteri Hingga Kini.. | Pulau ini dikatakan terletak 65 Kilometer ke timur laut Kudat dan mempunyai keluasan 0.77 Hektar dan 3.1 meter tinggi yang telah ditemui pada 14 April 1988. 


Walaupun kisah Pulau ini telah lama dilupai seiring dengan hilangnya pulau tersebut di bumi Kudat, masyarakat utara Sabah sebenarnya masih tertanya-tanya mengapa pulau ini tiba-tiba wujud, siapa yang mula-mula tahu tentang kewujudannya, ke mana hilangnya pulau tersebut dan apa hikmah disebalik kewujudan pulau tersebut sebanyak 3 kali dalam setahun dan selepas itu hilang sehingga kini. 

Pulau Batu Hairan Yang Menjadi Misteri Sehingga Kini..

Semua persoalan tersebut sukar dijawab dan masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini, sesuai dengan nama pulau tersebut 'Pulau Hairan'.



NOTE :  Baru tau sebenarnya pasal pulau ni.. Betul2 misteri nusantara nih.. 



Read More

Friday, 27 September 2013

Promo Terlajak Laris Sudah Tiba!

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Promo Terlajak Laris Sudah Tiba! | Salam Jumaat! Hari ni Mieza nak buka promosi harga runtuh produk kesihatan Shaklee.. Promosi ni berlangsung sampai hari Isnin ni jer ye.. Jadi, kepada mereka yang masih tercari2 suplemen tambahan tak kiralah untuk diri sendiri ke, untuk anak2, ibu bapa atau untuk satu famili tu, inilah  masanya untuk anda nikmati harga runtuh terlajak murah dari Mieza..!


Setiap pembelian dengan Mieza akan mendapat FREE COSULTATION + FREE JADUAL MAKAN + FREE TIPS.. Extra FREE PENGHANTARAN + FREE GIFT untuk setiap pembelian bernilai RM300 dan ke atas! Cepat grab peluang ini sementara promosi masih berjalan...! ^_^

Kepada yang berminat nak mendaftar sebagai ahli juga boleh contact Mieza bila2 masa sahaja! FREE Kit tambahan & guide untuk mereka yang mendaftar dengan Mieza.. =)

Dapatkan PRODUK TERLAJAK LARIS ini dengan HARGA TERLAJAK MURAH sebelum promosi berakhir..!!!
Happy weekend onwards! ^_~


Hubungi  Mieza Segera!!!
SMS : 019-5327438
SHAKLEE PAGE : Shaklee Ipoh, Perak




Read More

Thursday, 26 September 2013

Dah OK.. Tapi Tak OK..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Dah OK.. Tapi Tak OK.. | Hai korang! Lambat sikit update hari ni. Banyak kerja nak buat.. Since tak dapat nak berceloteh panjang lebar, so Mieza kongsikan sekeping gambar jer lah ye untuk hari ni. Sepatutnya tempek semalam gambar ni, barulah jadi Wordless Wednesday kan? Tapi takpelah, hari ni pun boleh..


So apa yang OK ? Apa yang tak OK ? Lihat dan nilaikan sendiri.. 

::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::


Mieza mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan entri Mieza hari ni. Bukan tujuan Mieza nak aibkan sesiapa.. Sekadar peringatan untuk kita semua terutamanya wanita. Peringatan ni untuk diri Mieza jugak.. Sama2 kita bermuhasabah dan saling memperbaiki kekurangan diri..



NOTE : Perlu lebih banyak muhasabah diri sendiri.. T_T



Read More

Wednesday, 25 September 2013

BRINGING NINETOLOGY ONTO THE NEXT UPSCALE LEVEL

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

BRINGING NINETOLOGY ONTO THE NEXT UPSCALE LEVEL | In conjunction with Malaysia’s 56th Independence Day, Ninetology Malaysia has officially launched its Flagship Touch Point at Plaza Low Yat, Malaysia’s Largest IT Lifestyle Mall, on 30 August 2013. With a concept like no other, Ninetology’s Flagship Touch Point offers consumers an experiential touch point for today’s lifestyles and culture as well as a product showcase. At the Flagship Touch Point, not only would the Ninetology products be showcased, it’s a place where consumers can learn how to use a smartphone to enhance their lifestyles and interests. The flagship Touch Point will serve as a youth and culture training hub to spread the urbanite culture that is cultivated by Ninetology. The Ninetology smartphones are not just communication tools, but a device that can advance one’s social visibility, thus opening doors to more opportunities. Eight more Flagship Touch Points within the Klang Valley will be opened this year with another nine outlets scheduled within Malaysia by next year. The Ninetology’s Flagship Touch Point is opened from 10.00am to 10.00pm daily.

A ribbon cutting ceremony was held to launch the first Flagship Touch Point. Gracing the ceremony were the management team of Ninetology Malaysia comprising of Sean Ng (Chief Executive Officer), Marco Beh (Chief Operations Officer), Shian (Chief Finance Officer), Vijian Chan (Chief Marketing Officer), and Eddy Tay (Head of Channel); Michael Lee (General Manager, Property Management and Operations of Plaza Low Yat), and celebrities such as Z-Chen, Iqwal Hafiz, and Sasi the Don.

Earlier last month, Ninetology Malaysia also launched their U9 Series at KL Hilton Hotel, Malaysia. The “Unite-as-One” power-infused technology with the urbanite profile was presented in three models: The X1, Z1, and Z1+, which are new and stylish devices engineered to meet the human needs of speed, precision and high levels of engagement. For more information on Ninetology U9 smartphones, visit www.ninetology.com/u9


“We are very proud to be in strategic partnership with MediaTek Inc, the leading fabless semiconductor company for wireless communications and digital multimedia solutions.  MediaTek’s invaluable support in providing us with high performance and reliable information communications solutions, as well as highly integrated and customized solutions, has significantly shortened our time-to-market, enhanced our product competitiveness, and also bring a better overall user experience. We are currently second largest in terms of mobile device market share. With the introduction of the U9 series, we hope to further strengthen Ninetology’s position as well as to grab a sizeable share in the Premium Smart Phones category,” said Mr. Sean Ng Chee Heng (Chief Executive Officer, Ninetology Marketing Sdn. Bhd.).

Mr. Arthur Wang, Senior Director, Head of EMSM, Mediatek Inc. receiving the Certificate of Appreciation from Mr. Sean Ng, CEO of Ninetology Marketing Sdn. Bhd.

The U9 series smart phones with 16GB ROM/1GB RAM of internal memory are ideal for viewing videos, playing games and other content with super-fast connectivity, are powered by Android 4.2 and a MediaTek MT6589 1.2GHz Quad-core processor, in which would deliver a richer smart phone experience at a competitive price. Customers enjoy access to more than thousands of applications including social network, productivity and utilities, entertainment, and appstore. They have display screens of 4.8” (X1), 5.7” (Z1) and 5.5” (Z1+) respectively. They are slim and light and would be a stylish and durable companion for upbeat lifestyles. (Please click on the thumbnail below for a larger view on the specifications)


At the launch, Ninetology also revealed their newly appointed Product Spokesperson, Z-Chen, a Malaysian Mandopop singer, also fondly known as the R&B Little Prince.  “As a singer and urbanite myself, I can truly appreciate the U9 series.  The U9 smart phones truly understand my needs as an individualist with various interests and a strong desire for freedom.  With the U9 series, there are unlimited possibilities to enrich my lifestyle and illuminate my unique personality, work and music. I feel that I am always united-as-one with my U9 smart phone in one seamless human-technology integration,” said Chen.


Mr. Leslie Loh, Chief Digital Officer of Ninetology Marketing Sdn. Bhd. (2nd from right) introducing a gadget review program targeting all Malaysian bloggers – Tech Kaiju Arena. Along side from left is Kevin Chong TraxxFM Radio Presenter, Quah of quachee.blogspot.com, and Mark O’Dea from The London Boys.

For those bloggers who are interested to review the U9 series smart phones, you can check out more on the Tech Kaiju Arena Program by submitting your name, blog link, email and contact number to publisher@ninetology.com early to avoid disappointment. Only shortlisted candidates will be contacted. Terms and conditions apply. This program will be ongoing until December 2013.

              



Read More

Bonus Bulanan 500K Dengan Shaklee..!

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Bonus Bulanan 500K Dengan Shaklee..! | Amboi! Cakap pasal bonus, laju jer semua datang terjah kan? Hehe.. Hari ni nak sembang2 bisnes sikit. Dalam ramai2 daripada kita ni ada tak yang minat bisnes or memang ada bisnes sendiri? Tak kisahlah bisnes apa pun, jual tudung ke, jual baju ke, jual barangan baby ke, ambil tempahan buat kek ke.. Apa2 jelah..


Mieza dulu masa awal2 terjun ke bidang ni memang tak terfikir akan jadikan bisnes ni sebagai punca pendapatan utama Mieza. Sebab masa awal2 start dulu Mieza just buat sebagai satu hobi & sebagai pendapatan sampingan. Tapi makin lama Mieza dalam dunia bisnes ni makin seronok pulak rasa. Ye, memang bila berniaga sendiri takde gaji bulan2 macam uols yang kerja dengan kerajaan mahupun swasta. Takde jugak bonus tahunan macam uols. Tapi semua tu kita boleh usahakan kalau betul ada kemahuan & kesungguhan.


Contoh macam sekarang ni, nak masuk 3 bulan Mieza melibatkan diri dalam bisnes Shaklee dah 2 kali merasa bonus bulanan. Ya, 2 kali! Lepas lah buat tambah2 duit bayar bil & buat belanja family makan2.. Mieza join Shaklee hujung bulan Jun yang lepas.. Masa tu just join untuk beli & consume untuk diri sendiri jer. Tak terfikir pun nak jana income or nak raih bonus bulanan segala ni. Yela, nak jual produk kesihatan ni kena study dulu pasal produk tu, kena kaji & bereksperimen atas diri sendiri. If bagus, Mieza akan cakap bagus.. If not, Mieza akan cakap sebaliknya.


Dengar jugak cakap2 orang, "Ala, dia sendiri jual mesti lah dia kata bagus.. Mana ada peniaga nak cakap buruk2 pasal produk dia..!" Ye, mungkin ada sesetengah peniaga macam tu. Tapi untuk produk kesihatan macam ni, kita takleh sesuka hati kata bagus kalau takde bukti dan kajian klinikal ke atasnya.. Kang kalau ada apa2 efek buruk pada kesihatan pelanggan kita, tak memasal jer kena saman, kena heret keluar masuk court.. Na'uzubillah, mintak dijauhkan.. Lagi pun, sepanjang Shaklee bertapak di Malaysia ni, belum pernah kan ada kes pelanggan saman pengedar Shaklee, produk Shaklee jadi tajuk utama muka depan suratkhabar sebab memudaratkan kesihatan pengguna, or pengedar Shaklee masuk berita sebab menipu pelanggan.. Pernah dengar? Takde kan? Sebab apa? Sebab produk ni 100% dihasilkan dari bahan semulajadi, diyakini selamat, tidak memudaratkan kesihatan, dan yang paling penting HALAL!


Malah, makin ramai yang berminat untuk mencuba & terus menggunakan rangkaian produk2 Shaklee ni sebab diorang dah rasa sendiri kesan & kehebatannya. Permintaan semakin hari semakin meningkat.. Stok kat Malaysia selalu habis.. Siap beratur yang booking sebab takut tak sempat order.. Macam tu sekali sambutan hangat yang diterima.. Dari situlah lahirnya jutawan2 Shaklee yang berjaya meraih bonus bulanan sehingga 500K..! Ini FAKTA ye bukan AUTA. Diulangi, FAKTA bukan AUTA! 


Terbukti, dengan berbisnes sendiri pun boleh raih bonus tahunan malah bonus bulanan yang lumayan. Bak kata Shaheizy Sam, di mana ada kemahuan di situ ada highway! Hehe.. Tapi semuanya perlukan keazaman yang kental, kegigihan yang tak berbelah bahagi, dan usaha yang padu. Paling penting, sentiasa meminta kepadaNYA kerana DIA lah yang memberikan kita rezeki, bukan orang lain. So, kepada peniaga2 di luar sana jangan takut atau risau tak ada orang nak beli barang or produk kita sebab dah terlalu banyak pesaing. Yakinlah dengan rezeki yang telah ditetapkan untuk kita, pertingkatkan amalan rohani.. Ringankan tangan menadah doa memohon pada Yang Maha Pemberi Rezeki.. Jangan berhati busuk tabur pasir dalam periuk nasi orang lain.. Bersainglah secara sihat.. Insha Allah, akan dipermudahkan segalanya.. =)


Banyak tips sebenarnya nak murah rezeki ni.. Antara nak dengan tak nak or rajin dengan malas jer.. ^_~



Ada Yang Berminat Nak Join Bisnes Shaklee? Guide & Tips Disediakan..! Online Coaching Juga Turut Disediakan..! FREE Of Charge! I Will Guide You Till Succes! Insha Allah.. ^_^

CONTACT ME! 

SMS : 019-5327438
SHAKLEE PAGE : Shaklee Ipoh, Perak



Read More

Tuesday, 24 September 2013

Set "Milk Booster" Shaklee

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Set "Milk Booster" Shaklee | Dah lama tak cerita pasal Shaklee kan? Hari ni Mieza nak cerita sikit pasal Set "Milk Booster" Shaklee. Ramai di kalangan para ibu yang mengadu susu badan semakin berkurang, bayi pun meragam sebab tak cukup susu. Ada yang ambil inisiatif dengan memberi susu formula kepada bayi. Ada jugak yang nak fully breastfeed bayi mereka hinggalah genap 2 tahun, tapi buntu sebab susu badan merudum.
.:: UNDIAN IKHLAS DIPERLUKAN.. ::.
Ada pelbagai cara untuk meningkatkan penghasilan susu badan. Salah satunya ialah dengan mengambil Set "Milk Booster" Shaklee. Set ini bertujuan memperkayakan susu ibu yang sudah semulajadi kaya dengan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Set "Milk Booster" Shaklee terdiri daripada Alfalfa Complex + B Complex + Vitamin C dan Vitalea.. Add on ESP untuk lebih tenaga.. 


Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus untuk imun sistem, Vitalea adalah untuk pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa dan ESP sebagai perangsang untuk membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu, juga membantu masalah keputihan, bau badan, angin serta membekalkan tenaga yang berpanjangan kepada ibu.

Testimoni Set "Milk Bosster" Shaklee

Siapa Yang Perlukan Set "Milk Booster" Shaklee?
Set ini digalakkan kepada ibu yang mempunyai masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactationMasalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walaupun telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... Set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik. Insha Allah..



NOTE : Pastikan kita membekalkan kesemua 12 vitamin dan 7 zat galian dalam keperluan harian sejajar dengan keperluan tubuh kita dan anak dengan Shaklee...! ^_~



Inbox atau SMS Mieza segera untuk dapatkan harga istimewa..!
SMS : 019-5327438
SHAKLEE PAGE : Shaklee Ipoh, Perak




Read More

Monday, 23 September 2013

Yes! Berjaya Jugak Pasang Template Design Sendiri..! ^_^

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Yes! Berjaya Jugak Pasang Template Design Sendiri..! ^_^ | Isnin kembali lagi..! Selamat kembali bertugas kepada mereka yang bekerja..! Bagi yang duduk kat rumah ni pun, walaupun bunyi macam rileks santai jer tapi tetap bekerja macam uols tau.. So, no jeles2 hokay.. ^^,

Dua tiga hari ni, mood berphotoshop bukan main menggunung lagi aku ni tau.. Lama sungguh dah rasanya tak  berphotoshop. Kebetulan 2,3 hari ni mood incit lappy okay.. tak hang, tak padam.. So, aku ambil kesempatan mengasah skill yang dah penuh berselaput dek karat. Huhu~~

Design padam design padam design padam, akhirnya tercipta jugak full template design untuk blog aku. Takdela cantik mana pun kalau nak dibandingkan dengan design mereka yang jauh lebih berbakat tu. Maklumla, aku ni bukannya terer sangat design2 ni.  Cuma ada basic sikit2 jer.. Tu pun bergantung atas kerajinan.. Kalau rajin jadilah.. Kalau malas, nak design rumah pondok bodoh2 tu pun tak menjadi.. Kakakakah! 

Dan hasilnya.......
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
v
First attempt.. 

Template ni aku dah try pasang kat blog aku yang satu lagi. Blog tu memang aku jadikan tempat untuk aku test template baru & edit coding. So, senang sikit. Takdela kacau coding blog asal. Tapi kan, bab nak pasang tu pulak, humakai..! Macam nak pengsan rasa. Kalau skill photoshop dah penuh berselaput dek karat, skill bermain dengan coding lagilah.. Penuh dek sawang.. -.-"
Mula2 pasang header & footer tu okay jer.. Takde masalah.. Tang header tu paling senang kot. Cuma pandai2lah adjust mana yang patut supaya takde gap antara header & body and body & footer. Tapi kan, part body tu yang masalah sikit. Coding dah jumpa, dah siap pasang.. Tersenget benget lah pulak.. Siap content terkeluar2 dari body. Stress haku! Jenuh la aku duk try cari tang mana silap. Godek punya godek, adjust sana adjust sini, last2 menjadi jugak.. Maka terhasillah satu lagi template baru.. Weeehooo! ^_^

Buat masa ni, aku takkan pasang lagi template tu kat sini. Baju baru ni pun baru rasmi 2,3 hari. Tak puas pakai lagi.. Template tu pun sekadar percubaan jer.. Tu cara aku belajar design & berjinak2 dengan coding.. Korang pun boleh belajar kalau nak.. Hehe.. Alhamdulillah, berjaya jugak aku kuasai ilmu pasang template blog sendiri.. ^^,

Pssst! Ada yang nak ke template ni? Hehe.. ^_~



NOTE : Nak edit sidebar pulak lepas ni.. Chaiyok!.. \^o^/



Read More

Sunday, 22 September 2013

Vector Ni Aku Yang Punya!

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Vector Ni Aku Yang Punya! | Happy Sunday semua! Hari tu tengah sibuk bloghopping ke hulu ke hilir, singgahlah kat blog adik comey aku sorang ni. Siapa lagi kalau bukan si pengantin baru Azhafizah. Aku panggil dia Fiza jer. Bagi sesiapa yang memang dah kenal Fiza & ikut blog dia, mesti korang tau dia punya kepakaran mendesign blog & buat vector potrait.


Aku memang dah lama kagum dengan hasil seni si Fiza ni. Ko tengok blog dia dah la kan.. Punya lah lawa.. Pernah la jugak nak tempah design blog dengan Fiza, tapi since Fiza pun banyak komitment lain  tambah2 pulak masa tu dia sibuk dengan wedding preparation.. So, dia tak ambil tempahan untuk blog design kecuali vector potrait, header, pamplet, & photoprops for photobooth.


Ronda punya ronda punya ronda *berapa banyak ronda daaa...*, terjumpalah aku dengan entri Fiza pasal Vector Potrait sorang lagi blogger cun ni. Katanya tengah promotion untuk single vector.. RM10 jer hoi..! Giler ko tak nak tempah..! Bukan selalu Fiza buat promotion macam ni tau. Tapi limit untuk 5 orang terawal sahaja. Dalam entri tu katanya ada lagi space untuk place order. So, apa lagi.. Laju2 aku gi hantar email kat Fiza.. Hehehe..


Yang paling aku kagum la kan, Fiza punya servis ni tip top ko jah! Hari ni aku tempah, esok dah siap dah. Ish2! Aku tak tau lah mana datang kepantasan luar biasa dorang ni wat kerja. Servis pantas! Hasil dabooom! Tak percaya?? Tengok vector potrait aku yang dah disiapkan oleh Fiza ni....

Credit to Azhafizah.Com

UNDIAN ANDA DIPERLUKAN!

Kagum tak? Bagi aku, dah cantik sangat2 dah ni even Fiza kata bahagian manik & lace tu tak dapat nak bagi lagi details.. Dia kata tak cukup details, bagi aku dah terover details dah ni. Kalau nak harap aku buat sendiri, memang jadi rupa orang lidi je ler jawabnya.. Ngahahahaha! Setakat ni aku masih takde asas nak buat vector ni. Setakat design biasa2 tu bolehla, cuma malas + lappy tak mampu nak tampung perisian adobe photoshop. Asal buka jer photoshop, terus dia hang... Tapi ada masa jugaklah.. Selalunya kalau malam2 okay jer, maybe sebab suhu waktu malam sejuk sikit kot.. Ko taulah laptop aku ni, asal panas jer padam, asal padam jer panas.. Eh?


Ewah! Panjang pulak aku membebel hari ni. Oh ya! Nak tengok gambar asal vector ni? Korang boleh tengok kat Vector Ni Aku Yang Punya!. Sama tak? Hikhik! So far, aku sangat berpuas hati dengan hasil kerja Fiza. Lepas ni maybe akan muncul rupa blog aku dengan header vector baru pulak... Ngeeeee! ^^,




NOTE : Dah berjaya design & pasang full template blog hasil seni tangan sendiri.. Yeeehuuuuu! \^o^/



Read More

Saturday, 21 September 2013

Mat Putih Putih Melati Ali Darah

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Mat Putih Putih Melati Ali Darah | Sabtu! Korang gi mana je ari ni? Bagi yang bekerja tu dah tentu2 lah kat tempat kerja kan? Aku macam biasa duk melepak kat rumah jer. Aktiviti pun macam biasa. Rutin harian seorang surirumahtangga, kemas rumah, kemas dapur, masak, makan, basuh pinggan, lepak. Haha! Sungguh tak produktif.. -.-

CLICK TO ENLARGE

Tadi saje duk godek2 stats blog.. Tetiba rasa nak tengok keyword carian yang hit minggu ni. Jumpalah satu keyword ni, 'Mat Putih Putih Melati Ali Darah'.. Hahaha! Aku pun tak tau la apa yang si pencari ni nak cari. Adeh la hai.. Macam2 la korang ni.. Kadang2 boleh buat aku pecah perut gelak tengok keyword pelik2 macam ni. Sebelum2 ni banyak jugak aku jumpa keyword pelik2 orang cari kat blog ni. Tapi tak pernah terfikir nak screenshot & tempek kat sini.. Lepas ni kena rajin2 check stats kat blog nampak gaya.. Hehehehee..

UNDIAN ANDA DIPERLUKAN!


NOTE : Aku rasa loading ke blog ni makin slow la.. Korang rasa slow tak? Hmmm, kena buang apa2 yang tek perlu nampak gaya..


Read More

Friday, 20 September 2013

Yeay! Tukar Baju Baru Dah Blog Aku..! \^o^/

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Yeay! Tukar Baju Baru Dah Blog Aku..! \^o^/ | Salam petang Jumaat semua! Hari ni semangat berkobar nak update blog. Almaklumlah, blog dah makin cantik. Baru tukar baju baru. Baju lama dah hantar dobi. Haha!


Aku tulis entri ni khas untuk orang yang bertanggungjawab mendesignkan baju baru ni *mendesign pun boleh ;p*.. Thanks a lot to JiaKreatif kerana telah bertungkus lumus menyiapkan baju baru untuk blog aku ni. Kesian Jia, sampai naik pening melayan kerenah aku. Aku ni kan biasalah, banyak songeh sikit. Kejap nak tukar tu, japgi kang nak tukar ni.. Aku rasa dalam banyak2 customer Jia, aku lah kot yang paling banyak cekadak. Huhu.. Sorry ye Jia.. Saya tau susah nak buat design2 segala ni. Bukan senang nak perah idea kan? Sebab tu saya upah orang, sebab saya sendiri pun dah tak lalu nak design sendiri... T_T


Btw, ini lah dia rupa keseluruhan baju baru blog aku..
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
Designed By JiaKreatif

Aku just tukar Header, Footer & pasang border kat keliling blog. Background tu aku create sendiri. So far, aku sangat berpuas hati dengan servis JiaKreatif ni. Memang tip top & pantas! Aku respect jugak la kat Jia ni coz sabar melayan kerenah customer macam aku ni. Huhu.. Lepas ni, jangan serik pulak ye Jia if saya nak tempah lagi.. Huhu~


Mintak pendapat sikit please.. Lawa tak baju baru blog aku ni? Siap tempek muka cik puan blog dengan bos besar lagi. Anak2 bulus tak ketinggalan. Hehe..So, kepada korang2 yang berniat nak tukar baju untuk blog masing2 tu bolehla cari Jia ye. Memang takkan menyesal ko bayar Jia, sebab servis & hasil kerja dia sangat2lah memuaskan. Tapi kalau nak tempah tu, korang decidela dari awal nak tema macamana, nak kaler apa bagai tu. Jangan jadi macam aku ni. Buat pening kepala designer jer.. Huhu..


NOTE : Lepas ni nak edit content blog plak.. ^__^


  
Read More

Asal Panas Jer Padam..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Asal Panas Jer Padam.. | Lappy yang aku guna sekarang ni lappy husband masa zaman belajar dulu.. Dah season sangat dah, tapi alhamdulillah boleh guna lagi kalau setakat nak update blog, layan FB semua tu. Umur lappy ni dah masuk 10 tahun. Season tak season kan? Hehehe.. Tapi aku suka giler lah brand Lenovo ni. Dia punya jangka hayat tu lama. Season2 pun masih mampu berkhidmat untuk tuan dia.. =)

Kalau nak harap lappy aku, memang dah lama berkubur. Tak sampai setahun dah gol! Sakkit jiwa dibuatnya. Nasib lah husband baik ati nak bagi lappy ni kat aku. Kalau tak, takde la korang merasa nak baca entri2 aku yang poyo ni. Haha! Cuma kalau nak online streaming memang tak dapat la.. Selalu kalau nak layan Running Man, terpaksa mintak belas husband. Pinjam lappy dia.. Hehehe.. 

Lagi satu lappy ni tak tahan kalau ON lama2. Sebab bila dah lama ON, dia akan start panas. Bila dah panas dia akan hang, pastu padam terus. Kadang2 tengah syok taip entri dia boleh tetiba hang & padam. Sabor jelah.. Tapi, apa2 pun syukur sangat ada lappy ni. Kalau tak, nak berbisnes pun susah.. Huhu..



NOTE : Takde idea, tu yang keluar entri pasal lappy pulak ni.. Kekekeke.. Padahal cerita banyak jer, cuma belum sempat nak update.. Huhu..



Read More

Thursday, 19 September 2013

Gempar! Penemuan Piramid Di Segitiga Bermuda!

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Gempar! Penemuan Piramid Di Segitiga Bermuda! | Agak menggemparkan bila sekumpulan saintis Amerika, Perancis dan beberapa negara lainnya pada saat melakukan pencarian dan penyelidikan di dasar laut Segitiga Bermuda, lautan Atlantik, menemui sebuah piramid yang berdiri tegak di bawah laut yang menggelora.

Piramid yang dikatakan dijumpai di kawasan Segitiga Bermuda..

Piramid yang dikatakan lebih besar daripada piramid yang ada di Mesir ini mempunyai ketinggian 200 meter, dan berkelebaran 300 meter. Di atas piramid terdapat dua buah lubang yang sangat besar, yang menyebabkan pusaran raksasa di kawasan sekitar. Seterusnya menimbulkan ombak besar yang bergelora di kawasan tersebut.

Persoalannya, bagaimanakah orang-orang yang hidup pada zaman itu membina piramid di kawasan yang terkenal dengan arus derasnya?



Read More

Wednesday, 18 September 2013

Wordless Wednesday#46 : Adam Mukhriz

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg




NOTE : Sama tema pinky2 gitu.. Hehe.. =)



Read More

Tuesday, 17 September 2013

Budak Letih Kuat Main..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Budak Letih Kuat Main.. | Cerita anak bulus yang kuat main. Si Ceceq ni memang kuat main. Tengah malam buta orang lain semua dah tidur dia still lagi aktif lompat sana lompat sini, cakar sana cakar sini, kacau orang tidur ajak orang main dengan dia. Kadang2 naik hangin jugak aku. Bila orang marah, dia nyorok kejap. Pastu japgi kang sambung menyepah rumah. Kadang2 terlepas gak hangin aku, kena cepuk baru diam. Lepas tu terus tidur. Kesian... 

Bila siang orang lain semua dah bangun, dah keluar main kat luar, dia still lagi terbungkam tidur. Tidur tak kalah, nak tempat best2 jer. Ni masa aku tengah menaip ni, budak Ceceq ni still bergulung atas katil.. Diva sangat tau. Japgi kang bangun cari makan, buang air, pastu sambung tidur.. Ceceq.. Ceceq.. Besar dah dia.. =)


NOTE : Business slow sikit minggu ni. Banyak kerja tertangguh.. Huhu..



Read More

Monday, 16 September 2013

Selamat Hari Malaysia Dari Blog ZPC!!!

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Selamat Hari Malaysia Dari Blog ZPC!!! Lewat aku post entri ni.. Sabor jela.. Huhu.. Last Friday, mood swing sangat2.. Tapi Alhamdulillah, hari ni dah okay dah.. Thanks to all yang bagi kata2 semangat untuk iols! Hehehe.. 2 hari tak jenguk blog.. Busy.. Sabtu ke majlis persandingan sepupu belah asben. Malam tu ada acara karaoke bagai pulak (Nanti Mieza story mory ye..). Dalam pukul 1am lebih jugaklah sampai umah.. Semalam pulak gi umah MIL bawak kak ipar beli barang sikit. Kepala berdenyut dari masa majlis sepupu tu lagi dah. Tapi tahankan ajer la.. Hari ni baru hilang denyut tu.. Alhamdulillah..
Aku rasa intro aku bukan ke laut dah ni, tapi dah ke bulan bintang. Tak ada kena mengena langsung dengan tajuk.. Kehkehkeh!.. ;p

Okaylah, straight to the point.. Just nak ucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA yang Ke-50 buat semua rakyat Malaysia  especially buat pengunjung2 setia blog ZPC ni.. Hari ni cuti kan? So, no more Monday Blues ye.. Esok dah start kerja balik.. So, selamat mengumpul mood bekerja.. Jangan nak ber'Tuesday Blue' pulak.. Mihmihmih! ^_~




NOTE : Hari ni operasi basuh kain baju sampai 4 round.. Giler ah! Pecah rekod.. Ahahaha! ^o^



Read More

Friday, 13 September 2013

Bila Dah Sampai Limit..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Bila Dah Sampai Limit.. | Tak taulah nak kategorikan entri ni dalam kategori apa.. Kategori luah perasaankah? Kategori mengadu dombakah? Atau kategori release tension..? Sumpah, aku tak tau.. Sebagai seorang manusia biasa aku pun sama macam orang lain, tak lepas dari bebanan masalah, tekanan, krisis kewangan, perhubungan, dan masalah dengan masayarakat sekeliling.. Semua ni kadang2 kita tak jangka akan berlaku, tapi kita tau semua orang akan hadapi benda yang sama dalam hidup masing2.. Cuma dari segi tahap kesulitan tu mungkin berbeza2 bagi setiap orang. 

Bila tertekan selalunya kita akan cari orang yang paling rapat & yang kita percaya untuk berkongsi segala masalah kita. Tapi kadang2 bila orang yang kita percaya tu pulak tak boleh nak bertolak ansur atau tak boleh nak tolong kurangkan masalah kita, maka masa ni lah tekanan semakin bertambah. Sebab tu aku lebih suka berdiam diri & simpan sendiri segala masalah aku. Tapi inilah yang akhirnya akan jadi barah dalam satu2 keadaan dan merosakkan segalanya!

Jika aku masih mampu tersenyum dan membalas segala pertanyaan orang lain terhadap aku, itu adalah tahap tekanan aku yang paling rendah. Bila aku dah mula diam dan tidak menghiraukan orang sekeliling, itu tandanya tekanan aku dah mula naik ke tahap amaran. Dan bila dah sampai limit dia, aku akan mula mengalirkan airmata tanpa aku sendiri pun tau kenapa aku menangis. Itu adalah tahap tekanan aku yang dah masuk paras bahaya. Tahap kritikal, aku akan mula mengamuk dan melepaskan perasaan macam orang gila.

Adakah aku mengalami takanan perasaan melampau? I am too tired to think.. Life sometime is so stressfull. I think I need an escape from all the hustle.. 


NOTE : Losing My Energy & Soul.. -.-#



Read More

Wednesday, 11 September 2013

REVIEW : Pilaten Crystal Collagen Eye Mask

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

REVIEW : Pilaten Crystal Collagen Eye Mask | Dua tiga hari ni bumi Klebang dibasahi hujan. Dari pagi bawak ke malam asyik hujan jer. Memang syok buat taik mata. Sampai nak mandi pun terpaksa jeram air. Kalau tak, maunya tak bermandi 2,3 hari. Eheheh! Alhamdulillah, hujan rahmat.. =)


Bila hujan2 ni kerja nak membuta jelah kan? Hehe.. Celik2 mata, dah dapat eyebag 2 ketul.. Ko ade? Haha! So, inilah dianya yang Mieza nak kongsikan hari ni. Dah lama dah berhutang pasal nak review produk best ni dengan korang semua. Tapi masa tak mengizinkan.. Hari ni ada masa sikit, so Mieza cuba jugak reveal apa yang buat Mieza Falling In Love sangat tu.. Jom kita tengok! ^^,

Pilaten Crystal Collagen Eye Mask

Yezza! Inilah dia benda yang buat Mieza jatuh cinta tu. Pilaten Crystal Collagen Eye Mask! Apa yang buat Mieza tertarik untuk cuba eye mask ni ialah perkataan 'Collagen' tu.. Hehe.. Semua pun tau kan khasiat collagen ni memang super best! So, apa salahnya mencuba.. ^_^


Buka jer pack, boleh nampak betapa kaya dengan lembapannya eye mask ni. Since kulit Mieza ni jenis kering dan kusam, so Mieza akan cari produk yang berfungsi untuk melembapkan kulit. Eye mask ni memang mempunyai fungsi tersebut. Tu yang membuatkan lagi beriya-iya Mieza nak cuba. Hehe.. Boleh nampak kan dia punya mask ni bukan dalam bentuk mask biasa. Kalau mask biasa tu selalunya kertas kan? Cuma lembap jer. Tapi Pilaten Crystal Collagen Eye Mask ni dalam bentuk gel. Jadi, apa tunggu lagi? Marilah kita ber'eye mask'! ^_^

Cara-Cara Pakai Pilaten Crystal Collagen Eye Mask
Ni masa 1st time pakai.. Bodoh2 lagi.. Terbalik hokay! Sepatutnya yang sebelah dalam kat bahagian hidung tu kena duk kat bahagian luar.. Haha! Bedal ajer ler..

Pertama kali pakai tu memang bodoh2 lagi. Main hentam jer.. Dah jenuh baca direction tapi gambarnya tak jelas. So, aku bedal jer tempek terbalik. Feduliks! Ngahahaha...! Tapi walaupun terbalik, tetap puas hati dengan hasil dia kau.. Tak caye? Meh, Mieza tayang before & after applying this awesome mask! ^^,

BEFORE & AFTER

Ini gambar with no filter ye.. Memang Mieza tak filter langsung.. Gelap & cerah tu sebab faktor pencahayaan. Boleh nampak tak beza gambar sebelum Mieza pakai Pilaten Crystal Collagen Eye Mask  ni dengan selepas pakai? Gambar yang sebelah kiri tu jelas nampak my eye bag kan? Lepas pakai, eye bag terus hilang! Amazing sangat tau! This is my very 1st time jumpa mask yang superb ohsem! Sebelum ni guna mask yang jenis kertas tu. Memang tak boleh dapat effect seohsem ni hanya dengan sekali pakai. Kena 2,3 kali pakai baru nampak kesan dia. Tapi for this mask, pertama kali pakai, terus jatuh cinta. Now, this product dah jadi MUST HAVE item demi kecintaan terhadap mata iols.. Lep2!.. ^_^



Lepas dah pakai, bila dah habis segala khasiat kolagen dan lembapan tu diserap oleh kulit kita, mask tadi akan jadi cenggini. Nipis, kecut & kering. Kawasan lingkaran bawah mata kita pun terasa sejuk & lembap jer. Oh ya! Lepas pakai tu tak payah cuci muka dah ye. If ada lagi lebihan lembapan tadi, just sapu perlahan2 di sekitar bawah mata kita. Biarkan ia meresap sendiri ke dalam kulit kita. Kalau ikut direction, just pakai untuk 20-30 minit jer. Tapi Mieza belasah pakai sampai kering kontang. Rugi kot lebihan2 lembapan yang tinggal tu.. Hehe.. =)


Kat bawah ni Mieza kongsikan kelebihan & perbezaan Pilaten Crystal Collagen Eye Mask ni dengan eye mask lain. Mieza copy paste jer ye dari pack eye mask ni. Pandai2lah korang pi google translate kalau tak paham..

Fourfold Eye Treatment : 
Powerful reduces dark circles, Powerful removes puffiness, Prevent + Refine Aging

What is different between Crystal Eye Mask and ordinary eye mask paper?
  1. Absorption : Our mask is made of plant collagen. It will gradually dissolve under body temperature and premeate into the skin. Ordinary mask ingredients, on the contrary, are usually absorbed by the cotton paper used.
  2. Effectiveness : Ingredients used are taken from the nature. The compositions of which are very close to that of the human skin tissues. With high-density plant collagen and transparent mask releasing technology, the ingredients can be quickly absorbed by skin.

Ingredients :
Water, Glycerin, Polyvinyl Alcohol, Sodium Polyarylate, Tartariacid, Grape Seed Oil, Retinyl Plamitate, Tocophbryl Acetate, BHT, Methylparaben, Fragaben, Fragrance, Phyto-Collagen, Aloe


Since Mieza sendiri pun dah cuba & sangat berpuas hati dengan produk ni, so haruslah dijadikan salah satu item untuk dijual di kedai Maya Mieza.. Hehe.. So, sesiapa yang ada masalah eye bag or lingkaran gelap bawah mata tu boleh la cuba Pilaten Crystal Collagen Eye Mask ni. Harga pun murah jer. Cuma RM2.50 untuk satu pek. Beli 10 pek, dapat RM20. Murah kan? Berbaloi-baloi sangat beli..! ^_~


For more info, boleh dapatkan di kedai Mieza di..

If nak order, boleh order kat


NOTE : Lepas ni nak review pasal face mask pulak.. Sape nak tau?! ^^,



Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com