REVIEW : Pilaten Crystal Collagen Eye Mask

by - 9:00:00 am

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

REVIEW : Pilaten Crystal Collagen Eye Mask | Dua tiga hari ni bumi Klebang dibasahi hujan. Dari pagi bawak ke malam asyik hujan jer. Memang syok buat taik mata. Sampai nak mandi pun terpaksa jeram air. Kalau tak, maunya tak bermandi 2,3 hari. Eheheh! Alhamdulillah, hujan rahmat.. =)


Bila hujan2 ni kerja nak membuta jelah kan? Hehe.. Celik2 mata, dah dapat eyebag 2 ketul.. Ko ade? Haha! So, inilah dianya yang Mieza nak kongsikan hari ni. Dah lama dah berhutang pasal nak review produk best ni dengan korang semua. Tapi masa tak mengizinkan.. Hari ni ada masa sikit, so Mieza cuba jugak reveal apa yang buat Mieza Falling In Love sangat tu.. Jom kita tengok! ^^,

Pilaten Crystal Collagen Eye Mask

Yezza! Inilah dia benda yang buat Mieza jatuh cinta tu. Pilaten Crystal Collagen Eye Mask! Apa yang buat Mieza tertarik untuk cuba eye mask ni ialah perkataan 'Collagen' tu.. Hehe.. Semua pun tau kan khasiat collagen ni memang super best! So, apa salahnya mencuba.. ^_^


Buka jer pack, boleh nampak betapa kaya dengan lembapannya eye mask ni. Since kulit Mieza ni jenis kering dan kusam, so Mieza akan cari produk yang berfungsi untuk melembapkan kulit. Eye mask ni memang mempunyai fungsi tersebut. Tu yang membuatkan lagi beriya-iya Mieza nak cuba. Hehe.. Boleh nampak kan dia punya mask ni bukan dalam bentuk mask biasa. Kalau mask biasa tu selalunya kertas kan? Cuma lembap jer. Tapi Pilaten Crystal Collagen Eye Mask ni dalam bentuk gel. Jadi, apa tunggu lagi? Marilah kita ber'eye mask'! ^_^

Cara-Cara Pakai Pilaten Crystal Collagen Eye Mask
Ni masa 1st time pakai.. Bodoh2 lagi.. Terbalik hokay! Sepatutnya yang sebelah dalam kat bahagian hidung tu kena duk kat bahagian luar.. Haha! Bedal ajer ler..

Pertama kali pakai tu memang bodoh2 lagi. Main hentam jer.. Dah jenuh baca direction tapi gambarnya tak jelas. So, aku bedal jer tempek terbalik. Feduliks! Ngahahaha...! Tapi walaupun terbalik, tetap puas hati dengan hasil dia kau.. Tak caye? Meh, Mieza tayang before & after applying this awesome mask! ^^,

BEFORE & AFTER

Ini gambar with no filter ye.. Memang Mieza tak filter langsung.. Gelap & cerah tu sebab faktor pencahayaan. Boleh nampak tak beza gambar sebelum Mieza pakai Pilaten Crystal Collagen Eye Mask  ni dengan selepas pakai? Gambar yang sebelah kiri tu jelas nampak my eye bag kan? Lepas pakai, eye bag terus hilang! Amazing sangat tau! This is my very 1st time jumpa mask yang superb ohsem! Sebelum ni guna mask yang jenis kertas tu. Memang tak boleh dapat effect seohsem ni hanya dengan sekali pakai. Kena 2,3 kali pakai baru nampak kesan dia. Tapi for this mask, pertama kali pakai, terus jatuh cinta. Now, this product dah jadi MUST HAVE item demi kecintaan terhadap mata iols.. Lep2!.. ^_^



Lepas dah pakai, bila dah habis segala khasiat kolagen dan lembapan tu diserap oleh kulit kita, mask tadi akan jadi cenggini. Nipis, kecut & kering. Kawasan lingkaran bawah mata kita pun terasa sejuk & lembap jer. Oh ya! Lepas pakai tu tak payah cuci muka dah ye. If ada lagi lebihan lembapan tadi, just sapu perlahan2 di sekitar bawah mata kita. Biarkan ia meresap sendiri ke dalam kulit kita. Kalau ikut direction, just pakai untuk 20-30 minit jer. Tapi Mieza belasah pakai sampai kering kontang. Rugi kot lebihan2 lembapan yang tinggal tu.. Hehe.. =)


Kat bawah ni Mieza kongsikan kelebihan & perbezaan Pilaten Crystal Collagen Eye Mask ni dengan eye mask lain. Mieza copy paste jer ye dari pack eye mask ni. Pandai2lah korang pi google translate kalau tak paham..

Fourfold Eye Treatment : 
Powerful reduces dark circles, Powerful removes puffiness, Prevent + Refine Aging

What is different between Crystal Eye Mask and ordinary eye mask paper?
  1. Absorption : Our mask is made of plant collagen. It will gradually dissolve under body temperature and premeate into the skin. Ordinary mask ingredients, on the contrary, are usually absorbed by the cotton paper used.
  2. Effectiveness : Ingredients used are taken from the nature. The compositions of which are very close to that of the human skin tissues. With high-density plant collagen and transparent mask releasing technology, the ingredients can be quickly absorbed by skin.

Ingredients :
Water, Glycerin, Polyvinyl Alcohol, Sodium Polyarylate, Tartariacid, Grape Seed Oil, Retinyl Plamitate, Tocophbryl Acetate, BHT, Methylparaben, Fragaben, Fragrance, Phyto-Collagen, Aloe


Since Mieza sendiri pun dah cuba & sangat berpuas hati dengan produk ni, so haruslah dijadikan salah satu item untuk dijual di kedai Maya Mieza.. Hehe.. So, sesiapa yang ada masalah eye bag or lingkaran gelap bawah mata tu boleh la cuba Pilaten Crystal Collagen Eye Mask ni. Harga pun murah jer. Cuma RM2.50 untuk satu pek. Beli 10 pek, dapat RM20. Murah kan? Berbaloi-baloi sangat beli..! ^_~


For more info, boleh dapatkan di kedai Mieza di..

If nak order, boleh order kat


NOTE : Lepas ni nak review pasal face mask pulak.. Sape nak tau?! ^^,



You May Also Like

14 Silent Hunter's Footprints

  1. kt kdh ni pn asyik berujan jg skang ni...mcm best jer produk tu mieza...details info mieza bg tq

    ReplyDelete
  2. aah la miza. nampak berkesan. huhuhu.

    kat sini pon hari2 hujan. sejuk giler tido malam. tu yang bangun pagi punye liat nak mandi. haha!

    ReplyDelete
  3. Menarik ni mieza. Nampak perubahannya.

    ReplyDelete
  4. wahh.. nampak la kesannya . deqla pun ada eyebag..boleh dicuba ni..nnti apa2 deqla rojer mieza eh..

    ReplyDelete
  5. wahhh menariknya.... kalau tak cukup tidur memang akan ada eye bag..

    ReplyDelete
  6. bagus produk ni.. nampak ketara sangat perubahannya..

    ReplyDelete
  7. wah..macam best lak produk ni sis..

    ReplyDelete
  8. Hmm...menarik ni mieza..boleh cuba coz kita punya eye bag pun boleh tahan....nanti kita drop by dekat kedai you ya...

    ReplyDelete
  9. Wah! Eyebag tu hilang la.... Bestnya eye mask tu yek

    ReplyDelete
  10. lelaki boleh pakai ke?? he3 gurau je =) nmpak keberkesanannya ye..

    ReplyDelete
  11. best ke MIeza?rs sejuk2 eh?
    even MIeza kata terbalik Ai stil xleh bayang lagi,x nmpk mcm mn nk letak kedudukan yg betul..aiyoo teruk betul,nmpk cam ok je...

    bila dah abis gel tu nmpk cam tapak kaki lak.hahahha

    ReplyDelete