Selangkah Ke Hadapan..

by - 9:00:00 am

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg

Selangkah Ke Hadapan | Selamat pagi & salam September semua! Tak sangka sekejap jer masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 9. Lagi beberapa bulan dah nak masuk tahun baru. Rasa macam baru jer semalam kita melangkah ke tahun 2013. Rupa-rupanya dah 8 bulan berlalu. Huhu.


Dalam entri sebelum ni [KLIK], Mieza ada mention pasal new planning kan? Salah satu perancangan jangka pendek yang Mieza dah rangka adalah pengambilan agen dropship untuk Rafhanah De' Blogshop. Sebenarnya dah lama juga Mieza pertimbangkan pasal perkara ni memandangkan ramai yang bertanya. Alhamdulillah, nampaknya ada rezeki buat mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan dropship ni.

Memang agak sibuk jugak nak pastikan perancangan ni berjalan lancar. Kena sediakan semua jenis data & file dulu. Mieza sediakan semuanya based on pengalaman. So nanti takdelah kelam kabut sangat nak keep updated dengan agen-agen Mieza. Gambar kat bawah ni menjelaskan secara ringkas bagaimana bisnes dropship dijalankan.


Mungkin semua dah tahu bagaimana bisnes dropship ni dijalankan. Tapi ada sedikit perbezaan dan keistimewaan tambahan yang Mieza sediakan untuk agen-agen Mieza. Boleh baca kat SINI ye. =)


Jadi hari ni dengan berkat lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Mieza buka pengambilan agen dropship untuk Rafhanah De' Blogshop. Sesiapa yang berminat boleh la isikan borang permohonan agen dropship kat SINI. Sebelum tu jangan lupa baca dan fahamkan dulu syarat-syarat dan bagaimana bisnes dropship ini dijalankan. Oh ya! Lagi satu, hanya item yang dilabel "Open For Dropship" sahaja dibuka untuk agen ye.. Boleh rujuk koleksi untuk bulan Ogos & September 2013.. =)


Semoga dengan pembukaan pengambilan agen ini dapat membuka peluang buat rakan-rakan memulakan perniagaan sendiri dan membantu menjana pendapatan untuk keperluan keluarga. Insha Allah. =)



NOTE :  Siap2 nak keluar deliver barang customer. Agak2 ada tak yang berminat nak join bisness Shaklee pulak? Hehe.. =)

     

You May Also Like

14 Shaklee Lovers Visit

  1. owhh..ni kira under mieza la eh.. hihi.. x pakar hal2 bisnes ni.. yg berminat tu boleh la join kan..

    ReplyDelete
  2. Fiza join boleh kak?xde kena fee ape2 kan?

    ReplyDelete
  3. Azhafizah Md Nor
    -> Boleh dear. Keahlian percuma.. =)

    ReplyDelete
  4. salam kenal. singgah sini terus tinggal jejak. jom, kalu sudi singgah ke teratak saya plak. >_<

    ReplyDelete
  5. mcm menarik jgk ni. mmg tgh cari something utk buat bisnes. pape nnti cikna contact mieza k. ;)

    ReplyDelete
  6. Nak ja....
    tapi saya belum ready...
    nanti bila2 saya sedia, saya contact mieza ya...=)

    ReplyDelete
  7. alah bestnya miza dah selangkah ke hadapan. huuuuu. tapi kite ni tak reti sangat nak business. nanti2 kalau dah pandai boleh jugak join. hihihi. baru tau macam mana dropship tu berjalan.

    ReplyDelete
  8. waa..bgus jugak ni.. kna keluarkan modal tak?

    ReplyDelete
  9. Chic Na & Aine Ainun
    --> Boleh ajer.. No problem punyo..! Hehehe..

    J.Syazwana
    --> Wana pun boleh maju kalau ada keyakinan & kesungguhan.. Insha Allah

    LYAfrina
    --> Tak perlu keluar modal dear.. Itulah kelebihan bisnes dropship.. Yang penting ada kesungguhan nak berbisnes

    ALL
    Thank kepada semua yang mendoakan! ^_^

    ReplyDelete
  10. Tahniah mieza..dh maju setapak lagi.. semoga berjalan lancar semuanya k..akak pn tgh dok set up business jugak nie..;)

    ReplyDelete