Blogger templates

Thursday, 5 September 2013

Warkah Buat Semua Teman & Pelanggan Yang Disayangi..

 photo AssalamualaikumRose_zpsfa96a7bc.jpg
Warkah Buat Semua Teman & Pelanggan Yang Disayangi.. | Alhamdulillah, masih lagi setia dengan bisnes Shaklee & Rafhanah. Dan masih lagi ada pelanggan yang setia membuat pembelian dengan kami. Makin hari makin bertambah tanggungjawab dengan bisnes, pada pelanggan, dan juga pada rumahtangga. Masa memang sangat2 terhad dah sekarang. Banyak perkara yang nak kena urus. Siap dah buat schedule dah sekarang ni.


Macam poyo jer bunyi kan siap nak berschedule2 bagai. Tapi mesti kena buat jugak, kalau tak tunggang terbalik la rumah ni. Tanggungjawab sebagai seorang isteri & surirumah tu tetap la jatuh no. 1. Bila diteliti balik schedule tu, baru perasan masa untuk diri sendiri tu memang takde langsung dah. Keutamaan 100% diberikan kepada keluarga dan bisnes jer.. Huhu..

Penat  tu memanglah penat. Tapi inilah harga yang perlu kita bayar kalau nak berjaya dalam sesuatu yang kita usahakan. Mieza meletakkan harapan yang cukup tinggi untuk kedua-dua perniagaan Mieza ni baik Rafhanah De' Blogshop mahu pun Shaklee, Ipoh Perak. Dua2 ada target yang Mieza nak capai dan yang Mieza akan capai. Insha Allah. Semoga dipermudahkan. 

Buat Teman Blogger,
Masa nak berblog & blogwalking ke blog korang semua memang sangat terhad dah sekarang. Huhu.. Tp still lagi berblog cuma dah tak kencang macam dulu la. Kalau sempat taip entri baru, Mieza akan taip. Kalau tak, Mieza akan cuba draft siap2 & set autopublish. So, kalau tetiba sunyi sepi jer blog Mieza ni maksudnya tak sempat ler tu.. Hehe.. Apa2 pun Mieza akan cuba jugak curi2 masa untuk blogwalk ke teratak korang ye. Cuma antara cepat dengan lambat jelah.. =)
Meh, peluk sikit.. Hikhik! ^.^


Buat Pelanggan Shaklee,
Kalau sebelum ni Mieza buat penghantaran (by hand) setiap hari di sekitar Ipoh, selepas ni tidak lagi ye. Jangan risau, penghantaran masih dibuat, cuma masa penghantaran tu dihadkan sebab tak terkejar dah nak merempit ke sana ke mari hari2. Dengan harga minyak sekarang ni lagi kan? *Isu tu, isu.. Haha! Kata cool.. Pui!* Dahlah harapkan incit husband jer bawak pergi hantar barang. Mieza ni walaupun dah nak masuk 2 tahun tinggal kat Ipoh, tapi still buta jalan. Nasib baik ler incit husband support bisnes Mieza ni. Melayankan jer.. Hehe.. Kesian jugak tengok dia asyik rushing ke hulu ke hilir. Walaupun berbisnes sendiri, kena jugak aktif bergerak cari client, cari projek. Bukan nak layan bisnes cik puan bini jer.. Kekekeke.. So, bermula bulan ni iaitu SEPTEMBER 2013, Mieza hanya akan buat penghantaran pada hari Sabtu & Ahad sahaja ye. 
Comel tak kite merempit dengan skuter pink? Hikhik! ^_~

Tapi penghantaran melalui POS masih lagi berjalan seperti biasa ye. So, kalau nak barang sampai cepat, guna khidmat pos yang disediakan. Kalau tak kesah barang sampai lambat, boleh tunggu Mieza gi hantar ujung minggu nanti ye.. Tapi macam biasalah, minyak tu tetap kena cas.. Hehehe.. Harap korang semua fahamla ye. Apa pun terima kasih sangat2 kepada semua pelanggan yang sentiasa support & setia membuat pembelian dengan Mieza. Korang memang best! Xoxo! ^_^ 

Korang yang masih belum cuba produk Shaklee tu janganlah teragak2 lagi. Mieza berani bagi jaminan produk ni produk terbaik di pasaran. Mieza sendiri pun guna produk ni. Kalau tak bagus, Mieza takkan suggest.. Nak jana income dengan kami pun boleh.. Hehe.. Menyempat ajer promot bisnes sendiri.. 


NOTE : Sales bulan lepas ada peningkatan. Ehem, merasa lagilah bonus bulan ni. Alhamdulillah.. ^^,



11 comments:

  1. best x peluk Ai..muah2..hehehe moga trs bkembang dan bjaya lah bisnes Miza.amin...

    psst..comel gile skuter pink tu.ahaks

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mieza. alhamdullilah. murah rezeki awak. teruskan bisnes ya. sheila doakan awak berjaya dalam bisnes awak. hehehe. sheila teringin nak try shaklee :)

    ReplyDelete
  3. berbisnes adik ahkak ni. gud luck yang.. nnti akak balik ipoh, kite dating erk :)

    ReplyDelete
  4. Memang mkn shaklee. Dah jadi ahli pon. Smoga business bertambah maju.

    ReplyDelete
  5. ok la tu asalkan semua berjalan lancar.. makin maju bisnes mieza ye.. ;)

    ReplyDelete
  6. terima ksih masih jenguk blog saya walopun BZ...
    yela...semoga bertambah maju bisnes tu...=)

    ReplyDelete
  7. its ok la mieza.. kami pahammm.. yg penting mieza terus berusaha dan berjaya dlm dua2 bisnes tu ye..pinjam skuter.. hihi

    ReplyDelete
  8. moga mieza berjalan & success dlm dua2 kerjaya.
    produk shaklee ni dah lama dipasaran, mohon doa jer agar dipermudahkan, so far feedback yg dh menggunakan, takde yg hentam menghentam kannn...

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com