Blogger templates

Friday, 25 October 2013

7 Sunnah Hebat

7Sunnah Hebat | Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan.. Dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari.


Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:-

Pertama :

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua :

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga :

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun, langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat : 

Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima :

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam :

Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh :

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua. 

21 comments:

  1. semoga kita dapat sama2 mengamalkan sunnag hebat ini ^_^

    ReplyDelete
  2. terima kasih dgn perkongsian ini.

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg baik kak Ros..teruskan usaha myampaikan risalah dakwah meskipun sekelumit cuma =). insyaAllah, kalau x mampu nak amalkan semua jgn pula tinggalkan semua..kata2 ne yg sy pegang..

    ReplyDelete
  4. Info berguna. Salam ziarah kembali, juga follow kembali. :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, kak Ummi suka entri ni..tq Rosmiza ^^

    ReplyDelete
  6. terima kasih di atas perkongsian yang sangat bermanfaat.. :D

    ReplyDelete
  7. Ada juga yg mampu kakak lakukan setiap hari ada juga yg belum mampu. Macam membaca quran subuh kakak jarang buat sebab biasa kakak baca selepas maghrib (melainkan jumaat kakak baca sebab sambung suroh Kahfi biasa tak habis malam sambung subuh). Dhuha kakak boleh lakukan selalu sebab sekejap aje pun kan..

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing sis. Smoga kita dpt amalkannya.

    ReplyDelete
  9. terima kasih berkongsi..jom kita ikut sunnah rasul.. ;)

    ReplyDelete
  10. semoga sunah sunah ni dapat kita amalkan..terima kasih share :)

    ReplyDelete
  11. nampak 7 cam sedikitkan tapi payah nak buatkan... harap kita akan dapat melakukannyer...

    ReplyDelete
  12. thanks 4 sharing..=) marilah kita sama2 mengamalkannya..

    ReplyDelete
  13. moga menjadi amaln unutk kita smua. tq for sharing. :)

    ReplyDelete
  14. semoga kita dapt same2 amalkan nye...

    ReplyDelete
  15. nice entry Mieza..
    sama2 amalkan :)

    ReplyDelete
  16. Thanks 4 sharing mieza.. Insyaallah jom kita sama2 amalkan 7 sunnah hebat nie...

    ReplyDelete
  17. Allahuakhbar.....sama2lah kita ingat mengingatkan. encari keredaa Allah itu sgt mudah, melaksanakannya dgn ikhlas tu yg payah

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com