Blogger templates

Thursday, 10 October 2013

Be Carefull With My Heart


Be Carefull With My Heart | Jangan terpedaya sangat dengan tajuk ni. Nampak macam aku berjiwang pulak petang2 cani. Hehe.. Actually ni tajuk siri terbaru telenovela filipina yang Mieza tengah ikut sekarang.. Baru start hari Isnin baru ni. Yang sebelum2 ni tak ikut sangat. Kali ni macam menarik pulak, terus ikut dari awal.. Hehehe..


Siri 'Be Carefull With My Heart' ni diarahkan oleh direktor Jeffrey R. Jeturian dan Mervyn B. Brondial dan menampilkan barisan pelakon seperti Jodi Sta. Maria, Richard Yap, Mutya Orquia, Janella Salvador dan Jerome Ponce. Jom Mieza share sikit sinopsis cerita ni..

'Be Carefull With My Heart' mengisahkan tentang seorang gadis bernama Maya Dela Rosa (Jodi Sta. Maria) yang bekerja sebagai pemandu pelancong di kampung halamannya di Ilocos Norte, Utara Filipina. Wang sering menjadi masalah utama untuk menyara hidup & membaikpulih rumah. Suatu malam ketika hujan lebat, kakaknya, Christina cuba membaiki bumbung rumah mereka yang rosak akibat ribut. Malang menimpa apabila Christina terjatuh semasa cuba memanjat ke bumbung rumah lalu menyebabkan kakinya cedera teruk. Dengan kos perubatan yang tinggi, Maya terpaksa keluar dari Ilocos Norte untuk meneruskan hidup dan menampung perbelanjaan keluarga.

Maya mengembara ke bandar metropolitan Manila untuk mencapai cita2nya menjadi pramugari bagi membantu menyara keluarganya. Maya tidak mahu impiannya dihalang oleh sesiapa pun termasuk Richard Lim (Richard Yap), seorang duda yang kaya. Ironiknya, Richard merupakan harapan terakhir Maya untuk merealisasikan cita2nya kerana pengaruh lelaki tersebut dalam industri penerbangan. Namun Richard hanya akan membantu Maya jika Maya bersetuju untuk menjadi pengasuh kepada anak2nya.


Atas desakan keadaan, Maya terpaksa bersetuju dengan tawaran tersebut. Apabila Maya menjejakkan kaki ke banglo mewah milik Richard, dia secara tidak langsung terlibat dengan kehidupan peribadi Richard & 3 orang anaknya yang bermasalah iaitu Luke, Nikki & Abigail. Maya merasakan pemergian isteri Richard turut memusnahkan keharmonian & kegembiraan di dalam keluarga tersebut.

Justeru, Maya mengambil inisiatif untuk merapatkan kembali hubungan Richard dengan anak2nya. Berjayakah usaha & pengorbanan Maya merapatkan semula hubungan kekeluargaan Richard dengan anak2nya? Mampukah Maya mencapai impian menjadi seorang pramugari? Apakah kesudahan hubungan Maya dengan keluarga Richard? 

Jangan lupa saksikan siri terbaru telenovela 'Be Carefull With My Heart' setiap Isnin hingga Khamis, jam 3 petang di TV3! Bagi yang bekerja & tak sempat nak tengok terus kat tv tu, bolehla layari www.tonton.com.my & tengok kat sana ye..! ^_~



NOTE : Rasanya ni first time Mieza buat review drama filipina.. Hehehe.. Biasanya tak layan sangat drama2 macam ni.. Tapi kalau dah sampai review kat blog tu maksudnya betul2 best la tu.. Hehehe..

5 comments:

  1. mungkin boleh try tgk juga. sbb saya biasa layan citer melayu je

    ReplyDelete
  2. Drama2 mcm ni klu dah mula faham jalan ceritanya mmg pasti melekat nk tngok smpi habis siri :)

    ReplyDelete
  3. Ai x sempat layan cite ptg2 ni..komit dgn keja..huhu

    ReplyDelete
  4. Tak dak peluang la nak tgk..time show tue akak kat ofis..huhuhu.. bestnya kalau boleh dok umh jer kan..huhuhu

    ReplyDelete
  5. sinopsis macam best. dah lama tak layan cerita dari Filipina lepas menggila dengan Pangako Sayo dulu. hehe

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com