Cerita AidilAdha Vs. Birthday Celebration

by - 8:30:00 am

Cerita AidilAdha Vs. Birthday Celebration | This is what we call cerita basi.. Mihmihmih! Biasalah, cerita tak berapa nak hot, mula cam malas nak update kat sini.. Tapi tengah duk tapis2 gambar dari camera tadi ada pulak gambar masa raya haji baru2 ni. Walaupun tak banyak & takde muka cik puan blog dalam gambar, tapi rasa sayang pulak kalau tak diabadikan dalam blog. Maka, terhasillah entri basi ni.. Ekekeke..


Dipendekkan cerita, raya haji lepas Mieza beraya di rumah MIL. Pagi raya tu baru balik umah MIL. Kengkonon feeling2 balik kampung. Kahkahkah! Walhal takdela jauh mana pun. Sampai2 semua hidangan dah siap. Tinggal makan jer. Dah serasa macam menantu hantu jer pulak aku ni.. Tak tolong tak apa, datang2 mentekedarah. Ugh! -.-'


Petang tu follow SIL pegi umah jiran sebelah. Ada buat korban kat sebelah tu. Tapi Mieza tak tengok pun. Sebelum kerbau & lembu tu kena sembelih aku dah cabut dulu. Huhu. Bukan tak boleh tengok darah ke apa, tapi tak sampai hati. Kang dah tak pasal takleh makan daging langsung. Huhu.. Gambar waktu siang memang sekeping pun nan hado. Erm..


Ok, skip terus cerita waktu malam. Boleh gitu? Haha! To make it short katanya, haruslah skip mana2 cerita yang tak hot. So, malam tu family mak uda dari KL sampai. Dan kebetulan esoknya birthday SIL Mieza. So, kitorang pakat sambut birthday ler plak. Sambut simple2 jer. Beli kek sebiji, pastu beli kfc. Makan ramai2. Ok, lets the pics talk..

Ada yang tertanya2 tak kenapa "anak2 ibu"? Sebab laki iols pun nak join sekali.. Haha! Birthday dia dah lepas. Tapi takde celebrate macam ni. Ibu just belanja makan pizza. Tapi kitorang bertiga jer masa tu.. So, dia ambil kesempatan nak celebrate sekali.. Terus tulis macam gitu.. Kekeke..

Main menu.. Ayam goreng kfc..

Wakil tolong tiup lilin.. Dak Darwisy.. Hehe..

Dah selesai aktiviti makan2, me & hubby balik ambil kain baju terus shoot balik ke rumah ibu. Tidur sana. Hehehe.. So, tu jelah cerita raya haji Mieza.. Biasa2 jer. Baju raya pun memang tak bertempah or beli. Main sarung jer baju yang ada. Asal berbaju sudah.. Hehe..

Ni birthday cake incit husband.. Ditempah khas oleh SIL.. Tempek ler sekali alang2.. Malas nak buat dua tiga entri. 


Kek coklat dua2 sebab kami semua penggila coklat. Mieza suka choc moist cake jer. Selain dari tu kurang suka gak. Eh, kebetulan pulak cam sama jer tema kek ni. Tulisan kaler purple pink.. Hehehe.. Okay, tu jer nak gebang! Bubai! ^_^


Dalam pada nak pendek, terpanjang jugak entri ni.. Haha! Ini semua poyo! ^o^




NOTE : Lagi beberapa hari nak closing.. Tercapaikah targetku??? Semoga diperkenankan segala doa & dipermudahkan segala urusan.. Amin..

You May Also Like

10 Silent Hunter's Footprints

  1. best smbut sekali..bru lbh meriah lg...

    samalah kt..tak sggup tgk smbelih lg..huhuh

    ReplyDelete
  2. basi tak basi, yang penting kita happy mieza... *_^

    ReplyDelete
  3. wah bestnyer..sedasp je tgk kek tu..yg penting ayam tu..hah lapo...

    ReplyDelete
  4. tergoda tengok kek tu.. sodapppp

    ReplyDelete
  5. Aku pun suke kek coklat.... Huhu

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaaaaaaaaaa coklat!
    sedapnyaaaaaaaaaaa ayam goreng kfc. hahaha.

    ish lapar la pulak :P

    ReplyDelete
  7. samelah kita kak.raya takde pic pun..hehe..btw,kek tu nampak fluffy sedap je..happy belated bday untuk SIL akak n husband akak.

    ReplyDelete
  8. Kunjung balas dan follow juga di sini (sahabat ke 857) dari kakak. Happy belated birthday utk semua yg diraikan.

    Keluarga kakak pun suka kek coklat dan apa juga yg berbercoklat.

    ReplyDelete
  9. comelnye kek yg ada payung tu..hihi.. happy belated besday!

    ReplyDelete