Comfort Zone Bukan Untuk Orang Yang Berjaya..

by - 2:28:00 pm


Comfort Zone Bukan Untuk Orang Yang Berjaya.. | Baru2 ni Mieza ada ikut sesi inspirasi jutawan Shaklee di Ipoh. Banyak ilmu dapat kat sana. Dan banyak orang tak tau yang dalam Shaklee ni kita bukan sorang2, kita ada group sokongan, kita ada master2 yang dah bergelar jutawan yang sentiasa support & bagi kita motivasi rohani & jasmani. Kita ada ramai tulang belakang yang sama2 bergerak dengan kita. Sebab tu Mieza berani join biz ni. Okay, tu cerita lain. Nak tau, kena join dulu.. Kat dalam biz ni ada macam2 benda yang korang belum tau... So kalau nak tau, joinlah! Keluar dari "Comfort Zone" tu.. Hehe.. =)



:: Entri ni Mieza copy paste jer dari perkongsian Mieza dalam group sokongan Shaklee di Fb. Harap ada yang sudi baca & jadikan ni sebagai satu motivasi untuk anda semua. ::


Ni antara ilmu yang Miza dapat masa ikut Magic Session Ipoh dengan 13 Master hebat & PM Cery baru2 ni.. Banyak benda yang dikongsikan dalam sesi tu sebenarnya Mieza dah pernah belajar masa ikut satu program bulan Februari yang lepas.. Nama program tu GCAP.. Nanti senang2 Mieza kongsi ilmu yang Mieza dapat masa GCAP tu ye.. Banyak sangat..! Memang terlalu banyak ilmu yang Mieza dapat masa tu.. Tapi tu lah, ilmu satu fail gedabak besar, habis program, balik simpan dalam almari.. Inilah salah satu toxic behaviour yang ada pada sesetengah daripada kita.. Aku la tu.. Erm.. 


So, hari ni just nak cerita pasal "Comfort Zone".. Ramai daripada kita yang susah nak berjaya ni adalah dari golongan2 yang berada dalam "Comfort Zone". Kita terlalu selesa duduk dalam "Comfort Zone" tu sampai tak nak langsung keluar dari situ.. Taknak langsung usaha untuk bebas dari "Comfort Zone" tu.. Biasa orang2 macam ni dia jenis yang tak berani nak utarakan pendapat, tak berani nak ambil risiko, tak berani nak cuba sesuatu yang baru, tak berani nak rempuh kesusahan, tak berani nak bersaing dengan orang lain, tak berani itu tak berani ini.. Pendek kata semua tak beranilah.. Takde keyakinan diri.. Tu pasal "Self Confidence" plak.. Nanti Mieza ulas pasal tu plak ye.. 



Mieza sendiri pun pernah duduk dalam "Comfort Zone" ni. Semua orang ada "Comfort Zone" masing2.. Dia cuma tau itulah dunia dia, itulah kerja dia, itulah rezeki dia, itulah hidup dia.. Orang kata, kalau takat tu, takat tu jelah... Takde nak usaha untuk dapat lebih. Contoh paling mudah la ye, si A ni kerja makan gaji.. Kerja sambilan plak tu.. Bukan kerja tetap pun.. Tapi dalam fikiran dia, takpelah kerja sambilan pun.. Janji aku ada kerja, ada gaji.. Lepas lah wat tanggung makan minum dari duk harap orang bagi.. Bila ditanya, ko tak nak cari kerja lain ke? At least carilah kerja tetap.. Jawapan dia, aku tak kesah kerja sambilan pun.. Aku rela je keja macam ni.. Asalkan aku ada keje.. Kalau aku apply keje lain pun, belum tentu dapatnya.



Nampak tak? Actually tu adalah situasi sebenar ye.. Bukan cerita rekaan.. Mieza dulu kerja sebagai Pegawai Penyelidik Sambilan di sebuah institut penyelidikan di Kuala Lumpur.. Memang kerja bawah government, bawah Kementerian Kesihatan. Bunyi macam gah je kan? Padahal jawatan sambilan jer.. Gaji memang on off & lewat seminggu dari permanent staf.. Orang ujung bulan dah dapat gaji, kitorang seminggu or 2 minggu lepas tu baru merasa. Nak2 kalau ujung2 tahun macam ni.. Memang selalu masalah tak cukup duit nak bayar gaji kitorang yang staf sambilan ni. Awal tahun, bertabah jela tunggu gaji. Elaun apa semua takde. OT lagilah takde.. Datang keje ujung minggu free2 jer.. Berkhidmat Untuk Negara sangat.. Haha! 



Sampailah Mieza decide utk resign & pindah ke Ipoh. Husband suh Mieza rehat dari bekerja buat sementara. So, duk umah jer lah. Sampailah skang, dah setahun lebih dah resign & jadi fulltime housewife. Mieza buat biz dropship... Tapi taula kan biz dropship ni untung bape sangat. Tu pun bukan hari2 orang beli barang kita. Sampailah Mieza jumpa Shaklee ni.. Thanks sangat kepada insan yang bawa Mieza keluar dari "Comfort Zone" ni, kak Dayana.. Dialah orang yang bertanggungjawab yang perkenalkan Mieza dengan Shaklee & guide Mieza sampai sekarang.. Actually, dah lama dengar pasal Shaklee ni.. Sejak Mieza baru abis study lagi. Masa tu tahun 2008. Ada sorang member ajak Mieza join. Tapi dia tak explain betul2. Tiba2 jer mesej ajak join. Mana maunya aku nak berbisnes2 ni.. MLM plak tu.. Plus masa tu mana ada duit lagi nak bayar membership registration bagai.. Rasanya kalau masa tu Mieza dah start, skang dah duk sebaris dengan master2 Shaklee dalam team jutawan tu kot.. Entah2 dah sama level dengan PM Cery.. Hehe..


Bersama Presidential Master Cery.. Peluk2 sikit amik aura jutawan.. Hehe.. 


Yang Mieza nak kongsi kat sini ialah, macamana Mieza perlahan2 mula keluar dari "Comfort Zone" Mieza. Dari bekerja, gaji boleh tahan jugaklah masyuk masa tu, lepas tu resign even Mieza & suami masing2 belum stabil dari segi ekonomi, lepas tu buat pulak biz dropship yg kadang2 kena maki ngan customer sebab barang yang sampai ke tangan diorang tak sama macam dalam gambar (biz dropship ni stok takde ngan kita, kita just diberi gambar produk untuk diiklankan, then mark up la sikit harga kalau nak untung.. Bila ada orang order, kita bagi semua details customer kpd suplier kita, so diorang la yang akan uruskan penghantaran semua.. Di situlah risikonya..) Sekarang ni ada lagi buat, tapi tak aktif dah macam dulu. Fokus Mieza skang ialah Shaklee.. Mieza nampak Mieza boleh pergi jauh dengan Shaklee.. Dengan adanya bimbingan dan sokongan adik beradik Shaklee yang lain, Insha Allah semua tu tak mustahil..



So, sama2 lah kita bantu diri kita, bantu kawan2 kita untuk keluar dari "Comfort Zone" masing2.. Jangan terlalu selesa dengan dunia sendiri.. Tengok macam rama2, kalau dia tak struggle keluar dari kepompong masa dia di peringkat lava tu, lama2 dia akan mati dalam tu jer. Sama macam bayi.. Dah cukup 9 bulan 10 hari, tapi kalau dia tak struggle untuk keluar dari rahim ibu, boleh memudarat & membahayakan kedua2 ibu & bayi tu sendiri. Sebab tu doktor akan guna macam2 kaedah untuk keluarkan juga bayi tu sebelum kesan lagi buruk berlaku.


Mieza sendiri pun kaki masih lagi tersangkut dalam "Comfort Zone" nih.. Still struggling to get out of it.. Sape nak berjaya tu KELUAR lah dari "Comfort Zone" masing2.. Sama2 kita tarik antara satu sama lain untuk keluar dari "Comfort Zone" tu. Ada yang kata susah. Takde benda yang senang dalam dunia ni. Masa kita kecik, susah tak nak belajar berjalan? Susah tak nak belajar bercakap? Susah tak nak belajar menulis? Susah tak nak belajar membaca? Susah tak nak belajar mengira? Semuanya susah kan? Tapi sekarang boleh jer kita buat semua tu. Tak susah pun. Semua tu atas daya usaha & diri masing2.. Antara nak dengan taknak jer.  So, renung2kanlah..





NOTE : Orang yang berjaya adalah orang yang bekerja di luar "Zon Selesa" mereka.

You May Also Like

11 Silent Hunter's Footprints

  1. peewittt.heeee

    9/10 kejayaan adalah dr perniagaan kan..usaha tangga kejayaan..mana ada org trs Berjaya Mieza..so teruskan niat murni tu :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. org yg dah biasa dgn confort zone ni slalunya susah nk kluar dari zon tu.. x berani ambil risiko. Salam Rabu.. :)

    ReplyDelete
  3. kalau nk berjaya mmg kena rajin..kalau hangat2 tahi ayam je mcm sy nie, hm..paham2 la sndri..hihi

    ReplyDelete
  4. kagum dgn mieza ni tau.. dari bekerja jadi housewife, then bisneswoman pulak.. chaiyoklah mieza.. moga trs maju ye..

    ReplyDelete
  5. bestnya miza. huhu. suka betol baca inspiring post camni. huhu. gud luck miza. kawan2 kite pon ramai yang join shaklee ni. kite belum ditakdirkan lagi kot nak buat bisness. hmmm maybe one day. but nor selesa makan gaji dulu. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Tahniah kerana berani keluar dari confort Zone Mieza.

    ReplyDelete
  7. Nak kluar dari confort zone juga. Harap dpt join program mcm ni gak.

    ReplyDelete