Kejayaan Bukan Untuk Orang Yang Malas

by - 8:30:00 am

Kejayaan Bukan Untuk Orang Yang Malas | Salam Selasa semua! Sabtu, Ahad & semalam blog sunyi.. Datang2 hari ni keluar tajuk berbaur motivasi lagi.. Entri kali ni sekadar perkongsian hasil dari pemerhatian & pengalaman sendiri yang mana telah banyak memotivasikan diri Mieza sehingga hari ini.


Frankly speaking, Mieza ni bukanlah berasal dari keluarga senang. Dari kecik sampai besar Mieza dibesarkan olah seorang ibu tunggal. Ayah pergi menyambut seruan Ilahi sejak Mieza berumur 9 tahun lagi. Sejak dari tu mak lah yang bekerja siang malam cari duit nak tampung anak2 belajar. Nak bagi anak2 jadi orang terpelajar macam anak2 orang lain. Mak bergolok bergadai nak sara Mieza belajar sampai masuk U. Isu keluarga memang banyak. Memang sedih kenangkan semua tu. Dan idola paling Mieza kagum sampai sekarang ialah mak Mieza sendiri. Tapi hari ni bukan nak cerita pasal perjalanan hidup Mieza & keluarga Mieza.. Taknak sedih2 kat sini. Tu semua takkan bawa ke mana. Lagi buat kita down, murung & ketinggalan lagi ada.


Jadi marilah kita bercerita pasal orang malas. Straight to the point jelah senang. MALAS! Mieza mengaku Mieza ada sifat2 malas ni. Sesekali datang rajin, rajinlah. Tapi bila direnung balik kenapa sampai sekarang Mieza tak dapat apa yang Mieza impikan, inilah dia puncanya. MALAS! Huhu.. 


Selalu kalau kita tengok orang yang senang & berjaya sekarang ni diorang bermula dari mana? Adakah lahir2 jer terus berjaya? Adakah lahir2 jer terus dapat masuk U? Adakah lahir2 jer terus dapat kerja bagus2? Adakah lahir2 jer terus jadi PM? Tak kan?


Semua daripada kita ni bermula dari "0".. Zero! Takde apa2.. Apa pun tak tau kan? Tapi dari mana datangnya motivasi untuk berjaya tu? Macamana orang2 yang berjaya sekarang ni dapat apa yang diorang ada sekarang? Jawapannya ialah diri sendiri.. Ya, diri sendiri!


Mieza sebenarnya sedikit kesal dengan sikap segelintir daripada kita ni yang takde motivasi diri. Paling Mieza kesal ialah majoriti daripadanya ialah bangsa Melayu. Orang nak kaya, dia nak kaya. Orang lain hidup senang, dia pun nak hidup senang. Tapi usaha takde. Bila disuruh buat kerja sikit mengeluh. Macam2 alasan dibagi. Takde masa lah, tak retilah, sibuk dengan anak lah, banyak kerja lah, takutlah, gitulah ginilah.. Asal buat satu2 benda tu, awal2 jer rajin, beriya nak majukan diri sendiri.. tapi hujung2nya suram.. Sepi.. Sudahnya berkubur segala benda yang diusahakan.. Dah macamana nak maju?


Macam apa yang Mieza usahakan sekarang ni. Mieza tak buat sekadar suka2 untuk cari side income or what so ever.. Tapi Mieza buat sebab nak bantu ringankan beban suami, nak menambahbaik ekonomi & taraf hidup keluarga, nak bantu orang yang memerlukan, nak bagi kesenangan pada seluruh ahli keluarga dan untuk jaminan masa depan anak2 Mieza nanti. Sebab apa? Sebab Mieza sedar Mieza bukan orang senang. Mieza & suami sama2 buat biz sendiri.


Orang kata buat biz sendiri ni kaya, mewah, banyak duit. Ya betul! Tapi bukan dalam jangkamasa pendek ni. Buat masa sekarang ni kami memang bukan orang senang. Orang pakai kereta, rumah besar, makan sedap2, tapi kami takde semua tu. Suami Mieza keluar pagi balik malam naik motor je.. Berpanas, berhujan berembun semua dengan motor tu. Kami pergi uruskan order2 dari customer Shaklee pun dengan motor. Kalau panas, panaslah. Kalau hujan pun hujanlah. Yang penting barang sampai ke tangan pelanggan seperti yang dijanjikan.


Orang selalu pandang rendah pada kami, dengan bisnes kami. Tapi kami tak amik pusing semua tu. Bagi kami, biarlah susah sikit sekarang ni, tapi insha Allah akan datang dapat beri kesenangan pada anak2 & keluarga kami. Yang penting, jangan MALAS! Jangan buat kerja hangat2 tahi ayam. Komitmen & usaha perlu berterusan.


Adat dalam hidup, ada pasang surut. Semua orang rasa tu. Jangan rebah sekali, terus tersungkur selama2nya. Andai kata hari ni kita rebah, ingat esok masih ada. Bangkit & melangkahlah terus ke hadapan. Andai kita kecundang di tengah jalan, jangan putus asa. Jangan diikutkan rasa kecewa. Sebaliknya pandanglah terus ke hadapan. Jangan berpatah pada kekalahan. Jangan sesekali mengalah pada kekecewaan. Ingat Allah itu ada. Berdoalah & mohon diberi kekuatan untuk terus melangkah. Usaha, usaha & usaha! Insha Allah kejayaan akan jadi milik kita.





NOTE : I am nobody right now. I'm just a person with nothing to give instead of words & motivations. But I believe in Allah.. 2 to 3 years from now on I'll become one of the most successful person who u know..  Insha Allah.. =)

You May Also Like

10 Silent Hunter's Footprints

  1. Misi dah ada dlm diri. Tinggak kekuatan dan kecekalan utk membantu kejayaan. Yg penting teruskan usaha..

    ReplyDelete
  2. betul tu kalu malas2 macam ne nak berjaya kan...

    ReplyDelete
  3. Kagum dgn smangat mieza
    Saya sendiripun mieza, masih beajar utk tidak beralasan....

    ReplyDelete
  4. Mieza.. kita miza.. hehehehe ;) done follow u.. thanx follow sya yer.. i like ur entry ni.. ;)

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Tiada yang akan berjaya kalau malas.

    ReplyDelete
  6. betul2..diri sdiri tu yg memainkn peranan penting.apa yg kita buat..apa yg kita pelajari..itu yg akan merubah diri kita :)

    ReplyDelete
  7. man jada wajadda kan kak....yg penting kita nampak usaha kita..biarlah apa org nak kata =)

    ReplyDelete
  8. Betul tue mieza..bukan senang nak senang kan.. kena berusaha keras sikit kalau nak rasa hidup yg selesa.. all the best dear.. =D

    ReplyDelete
  9. betul.. dan kejayaan hanyalah utk mereka yg rajin berusaha.. chaiyok2.. =D

    ReplyDelete