Blogger templates

Wednesday, 9 October 2013

Pencuci Super Organik Basic H²


Pencuci Super Organik Basic H | Hari ni Mieza akan berkongsi tentang sejenis pencuci organik iaitu Basic H² Organik Super Cleaning Concentrate. Sebab sebelum2 ni asyik bercerita pasal suplemen jer, sampai ramai yang tak tau selain produk2 suplemen untuk kesihatan, sebenarnya Shaklee juga ada sediakan produk2 lain juga termasuklah produk kecantikan dan kebersihan. Nanti Mieza share pasal produk2 lain ye. Hari ni kita kenal2 dulu dengan Basic H² Organic Super Cleaning Concentrate. Boleh? ^_~


Apa Itu Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate ?
Basic H² Organic Super Cleaning Concentrate adalah sejenis cecair pencuci yang berkepekatan dua kali ganda lebih pekat berbanding pencuci jenis cecair yang lain. Ia memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. 


Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.


Sesuai Untuk Membersihkan Seribu Macam Jenis Kotoran Di Rumah

  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan


Sesuai Untuk :
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)


Selain diugunakan sebagai pencuci kotoran degil dan berminyak, Pencuci Super Organik BASIC H² ini juga sangat efektif dalam membantu meredakan demam campak, keradangan pada kulit, gatal2 dan kesan sengatan serangga seperti nyamuk, pepijat dan lain2. Boleh juga digunakan untuk merendam pakaian dan untuk mencuci sayuran dan buah-buahan.



Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Perbezaan Shaklee
Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain. 

Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan


Cara Penggunaan :


  • Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
          --> Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

  • Periuk, besen dan pinggan mangkuk 
          --> Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air


  • Tingkap dan cermin
          --> Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean


  • Lantai
          --> Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air


  • Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
          --> Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam



Harga untuk Basic H² Organic Super Cleaning Concentrate ni tersangatlah murah kalau nak dibandingkan dengan kelebihannya yang pelbagai. Must have item jugak ni di setiap rumah kita. Pastikan kediaman kita bersih dengan penggunaan cecair pencuci yang selamat dan berkesan. Istimewa sekali haruslah dengan Pencuci Super Organik Basic H². ^_~




BERMINAT? BOLEH HUBUNGI MIEZA ! ^^,
SMS : 019-5327438
SHAKLEE PAGE : Shaklee Ipoh, Perak



9 comments:

  1. Assalam..kak..berapa harga untuk 1 botol tu?

    ReplyDelete
  2. Nak beli lah nnt. Byk kegunaannya yer. Tak habis belek lagi brg shaklee ☺

    ReplyDelete
  3. sebeotol bleh tahan brape bln ni?

    terima kasih krn sudi follow

    ReplyDelete
  4. ramai org jual shaklee ni kan..bagus produk die

    ReplyDelete
  5. mieza...
    kita kalo bab 2 kebersihan rumah ni mmg suka tau...=)

    ReplyDelete
  6. first time tau bnda ni..bgs kan mm

    ReplyDelete
  7. byk tmpt boleh cuci tu.. sebotol kecik ke besar? tahan lama x?

    ReplyDelete
  8. Assalam.. bnyk kegunaan & lebih menjimatkan drp pencuci biasa yg lain.. :)

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com