Blogger templates

Thursday, 31 October 2013

Pilih Produk Yang Betul..

Pilih Produk Yang Betul.. | Hari ni buka web BPFK, saja nak semak status produk2 Shaklee. Alhamdulillah, nampaknya semua produk Shaklee berdaftar. Ada yang tak tau ke BPFK tu apa? Bagi yang tak tau tu BPFK ni ialah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Dulu masa kerja memang kena tau pasal ni since Mieza ada terlibat dengan klinikal research.. So, dari situ lah tau sikit2 pasal ni.. =)

Lepas dah semak status produk2 Shaklee, terus ke bahagian Newsletter plak. Agak memeranjatkan bila Mieza terbaca berkenaan satu kenyataan akhbar tentang satu produk hot slimming sekarang ni. Mieza tak nak sebut kat sini. Kalau nak tau selanjutnya boleh rujuk Drug Registration Guidance Document Updates ni. Buka2 FB, ada sorang rakan merangkap salah seorang supplier Mieza up status pasal produk ni. Katanya dia pernah cuba & side effect yang dia dapat memang sangat tidak menyihatkan. 

"Bahaya ********* ni. Sis penah try, dalam 2 hari. Badan jadi lemah, otak jadi blur semacam jer. Selera makan terus hilang."

Nampak dia punya side effect tu? Sebab tu boleh kurus cepat. So, apa yang Mieza nak cakap kat sini.. Nak kurus, nak kekal langsing, nak cantik tu boleh. Takde yang mustahil. Tapi janganlah dengan cara yang memudaratkan macam ni. Bila nak cuba sesuatu produk tu, kaji dulu asal usul produk.. Mana datang sumbernya? Boleh dipercayai ke tidak? Selamat ke tidak? Halal ke tidak? Jangan main telan jer..

Kaji intipati kandungan satu2 produk tu sebelum beli & amalkan secara membabi buta. Zaman sekarang ni semuanya di hujung jari. Rajin2kan diri search or google pasal produk yang korang makan. Jangan terlalu mudah terpedaya dengan tipu helah manusia. Seelok2nya, kaji latar belakang pengasas & syarikat pengeluaran produk tersebut terlebih dahulu. Dan semak status produk tersebut dengan BPFK. Jika telah sah  berdaftar, maka produk itu selamat untuk digunakan.

Suplemen Shaklee memang tidak dapat bagi anda kurus, langsing, & cantik dalam masa yang singkat seperti produk2 lain. Ini kerana produk kami bukan ubat tetapi hanya makanan tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan keperluan nutrisi tubuh badan kita yang diserap secara perlahan & efektif. Ada yang cakap produk2 Shaklee mahal. Ye, kami akui memang agak mahal memandangkan prosedur yang dijalankan untuk menghasilkannya memerlukan kos yang tinggi bagi memastikan kualiti dan jaminan keselamatan kepada pengguna.  

Jadi pilihlah produk yang betul2 dijamin selamat sebelum mengamalkannya. Kesihatan kita tanggungjawab kita. Jangan perjudikan kesihatan dengan sesuatu yang memudaratkan. Nanti dah sakit, lagi mahal kos rawatan tu. So think & choose your product wisely, not rashly..


Teringat anak buah pernah tanya pasal 1 produk slimming ni. Lupa nama apa. Tapi katanya makan tu boleh hilang 16 kilo dalam masa 2 minggu. Tapi Mieza suruh dia fikir betul2 sebelum cuba satu2 produk tu. Mana ada produk yang boleh buat berat badan turun mendadak macam tu dalam masa singkat. Kalau ada pun, mesti ada something not good for ur health. Nasib baik dia nak dengar nasihat Mieza.. Ni bukan cerita nak tutup periuk nasi orang ye. Tapi sebab I care. I care with your health. Nak2 pulak darah daging sendiri.. Off course la double triple care I give for them..



NOTE : Hari ni closing.. Adakah keajaiban bakal berlaku? Hanya DIA yang tau. Cuma mampu berharap & berserah.. 
[*Autopublish*]

8 comments:

  1. yup mieza sebagai pengguna kita kena sentiasa berhati2 dan memilih produk yang betul untuk kegunaan diri kita...menyesal dahulu itu lebih baik dari menyesal kemudian kan?

    ReplyDelete
  2. yelah mieza.. kena hati2 pilih sesuatu produk.. baik pembeli mahupun pengedar.. pastikan produk yg berdaftar..

    ReplyDelete
  3. betul tu kak mieza.. nak guna untuk diri sendiri kan mestilah kena cari yg betul2 berguna..=)

    ReplyDelete
  4. btul tu...almost everyday CiM akan login web NPCB, not just bcoz of work, tp jeling2 jugak hal2 yg kita patut tahu.

    stiap kali ada rumors yg mengatakan bhn itu bahaya, bhn ini bahaya, CiM akn check dulu utk pastkn.

    ReplyDelete
  5. betul lah Mieza..kdg2 tertarik bila dgr yelah kan dlm masa 2mggu boleh turun 10-16 kg sapa x nak tp bila piker risiko nya..secara logic apelah benda yg kita makan tu kan smp cepat benar turunnya..haishh biar lambat asal selamat kan :)

    ReplyDelete
  6. Akak rasa akak tahu produk apa yg dimaksudkan tue.. sbb akak pun ada terbaca jugak.. dari awal akak mmg tak yakin sbb tak dak kelulusan kkm.. nasib baik la akak tak ambik.. kalau dak huhhh naya oooo.. hehehe

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com